Isnin, 11 Mac 2013

Pemimpin Hebat

1. Cara paling cepat menjadi pemimpin yang dilihat sebagai hebat dan pandai adalah dengan memajukan sesuatu kawasan tanah dengan menjemput pelabur luar datang melabur. Iaitu menjemput perlabur asing membina kilang-kilang, pasaraya, menara pejabat, supaya tanah itu cepat dipenuhi dengan bangunan mega, rakyat juga mendapat peluang 'makan gaji' dan berbelanja di pasaraya pelabur asing itu. Kesan drastik kos sara hidup meningkat kerana kos makan di tempat itu juga naik mendadak, kerana penduduknya semua kaya-kaya kerana bergaji besar. Selepas ditolak dengan sewa rumah yang tinggi, kos makanan yang tinggi dan sebagainya. Tinggalkan baki duit untuk bayar kad kredit, pinjaman peribadi dan lain-lain. Penduduknya majoritinya 'hidup untuk mencari duit'

2. Cara menjadi pemimpin yang kurang popular dan kurang dihormati, apabila memastikan pembangunan diseimbangkan dengan tahap pemikiran dan produktiviti rakyat. Di mana tanah-tanah tidak sewenang-wenangnya diberikan kepada pelabur asing untuk di'jajah'. Ini bagi memastikan majoriti tanah-tanah itu dibangunkan dengan memastikan rakyat menjadi sebahagian daripada pemilik bangunan ataupun pusat komersil yang dibina. Kos sara hidup di kawasan ini lebih rendah dan penduduknya 'mencari duit untuk hidup'. Di kawasan ini, banyak pusat komersil dan bisnes dimiliki oleh penduduk tempatan, dan rata-rata tidak menangggung hutang yang tidak perlu.

Sebagai rakyat, secara puratanya mereka membuat perhitungan ciri-ciri pemimpin yang mereka mahukan berdasarkan salah satu dari ciri di bawah :

1. Apa yang dilihat
2. Apa yang dikaji
3. Matlamat hidup mereka

Itu yang menyebabkan berlakukan pembangunan berbeza di tanah-tanah yang berbeza, gara-gara cara yang berbeza yang digunakan bagi memilih pemimpin. Jika dahulu kuasa pemerintahan dimiliki oleh penjajah. Kini menara, pusat komersil, dan pasaraya banyak juga dimiliki oleh pelabur asing.

Shamsuddin Kadir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan