Khamis, 31 Julai 2014

My Business


My Shaklee business means a lot to me. I take the whole idea of creating healthier lives for people seriously. We live in a world that needs more people who care about making a difference in their community, in their family and in their self.  

But that’s not all, I am a Shaklee Independent Distributor for many reasons:
  • Flexibility. 
  • Earning Potential.
  • Friends.
  • Products.
  • Cause.
  • Freedom.
  • Shaklee’s Solid Track Record.
  • Family Time.
  • The Shaklee Difference.
  • Clinical Studies.
  • Opportunity.
  • Social Media & Marketing. 
I believe as a Shaklee Distributor I really can help improve lives.
I hope you enjoy my site!

Rabu, 23 Julai 2014

Budaya kutip duit raya boleh undang bahaya?

Budaya kutip duit raya boleh undang bahaya?

KUALA LUMPUR: Menjelang Aidilfitri, bagi dewasa terbayang-bayang kampung halaman, rendang dan ketupat, namun bagi si cilik kanak-kanak, dihitung-hitung hasil pendapatan duit raya yang bakal dikumpul buat tandingan.

Aktiviti mengumpul duit raya dalam kalangan kanak-kanak sudah menjadi budaya setiap kali tibanya Aidilfitri.

Namun, budaya itu yang semakin sebati dan menyeronokkan buat kanak-kanak sebenarnya harus dikekang kerana ia boleh mencetus pelbagai unsur negatif, kata Pakar Psikologi Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor.

Beliau berkata kanak-kanak terutama yang berada di bangku sekolah nalurinya tidak dapat lari dari diburu keterujaan terutama dalam menerima hadiah sama ada berbentuk wang tunai atau kebendaan.

"Kanak-kanak memang suka ganjaran wang, suka hadiah...malahan ada juga sampul duit raya yang tidak diisi duit sebaliknya diisi gula-gula...tetapi kanak-kanak tetap menerimanya kerana mereka suka.

"Namun apa yang menjadi masalahnya apabila ibu bapa terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak sehingga menjadi galakan untuk mereka ini mengumpul duit raya dengan apa cara sekalipun termasuk mengenepikan budaya hormat menghormati dan keselamatan diri," katanya.

Dr Mariani berkata kehadiran Aidilfitri menjadikan kebanyakan ibu bapa leka dengan aktiviti sendiri termasuk melayan tetamu sehingga membiarkan anak masing-masing keluar bersama kawan-kawan.

Katanya, ibu bapa tanpa sedar telah membiarkan anak mereka dengan budaya kurang sopan apabila sanggup mengunjungi kediaman yang tidak dikenali hanya semata-mata untuk mengumpul duit raya.

Lebih membimbangkan, katanya, kanak-kanak yang keluar bersendirian dan berkumpulan dengan rakan sebaya juga terdedah dengan ancaman bahaya dan jenayah seperti kemalangan, penculikan dan sebagainya.

Katanya membiarkan anak-anak yang masih di bangku sekolah rendah keluar bersama kawan-kawan tanpa pengawasan ibu bapa ibarat sengaja mengundang padah kerana setiap kemalangan yang berlaku tidak berbau.

"Bukan itu sahaja, ada ibu bapa yang turut sama teruja dan bertanya anak mereka berapa duit raya yang dapat dikumpul, sehinggakan konsep hari raya yang sebenar iaitu untuk kunjung mengunjungi sudah disalahgunakan," katanya.

Justeru Dr Mariani menasihatkan ibu bapa agar tidak terlalu alpa dengan kehadiran Aidilfitri sehingga anak dibiar bebas dengan aktiviti yang akhirnya membawa kerugian kepada diri sendiri.

"Jangan sudah terhantuk baru tengadah.

"Semarakkan Aidilfitri dengan silaturrahim...berbalik pada budaya Aidilfitri sekitar tahun 60-an, bawalah anak-anak bersama-sama ziarah menziarahi, ia dapat memupuk sifat mengenali saudara mara dan bukannya sekadar mengutip duit raya," katanya. - Oleh Noor Adila Ali
 
sumber: astro awani

Duit Raya... Budaya Merosakkan.



Budaya memberi duit raya sudah sebati dalam perayaan Hari Raya Aidilfitri yang diamalkan di Malaysia. Apa yang lebih menarik, budaya ini hanya berlaku di negara kita dan beberapa negara jiran. Adakah negara-negara Islam yang lain tidak tahu menyambut Hari Raya dengan cara yang betul?
Pemberian duit raya ini tidak salah. Bahkan tiada siapa perlu menyalahkan orang lain atas perbuatan memberi duit raya. Pun begitu, adalah juga tidak salah sekiranya ada segelintir orang yang tidak bersetuju dengan aktiviti ini. Tidak setuju tidak mengapa, asalkan jangan menuduh orang yang melakukannya sebagai satu kesalahan yang tidak boleh diampun. Atau senang cerita, jangan bertelagah atas perkara yang kecil.

Aku juga antara orang yang tidak bersetuju dengan aktiviti pemberian duit raya ini. Di bawah adalah sebab musabab atas alasan mengapa aku tidak bersetuju dengan budaya pemberian duit raya.

1. Konsep memberi duit raya ini datangnya daripada budaya kaum Cina. Apabila ianya budaya orang lain dan tiada paksaaan dalam agama, jadi tidaklah menjadi kesalahan sekiranya aku tidak mahu mengikutnya.

2. Tujuan hari raya untuk melahirkan rasa syukur dan gembira kerana Allah memberi peluang kepada kita untuk menempuh satu bulan penuh bulan yang penuh rahmat, bulan Ramadhan. Bagi melahirkan rasa bersyukur, bukan dengan cara memberi duit raya. Ikutlah panduan dan etika yang telah digariskan oleh sunnah Baginda.

3. Kenapa hanya memberi duit ketika hari raya? Kenapa tidak diberi ketika bulan Ramadhan? Bukankah bulan Ramadhan itu pahala kita digandakan? Apabila kita beri RM10 kepada seorang budak ketika hari raya, pahalanya sama dengan nilai RM10.

Bayangkan kalau kita beri pada bulan Ramadhan, bulan yang dijanjikan pahala digandakan. RM10 x 70 ganda pahala. Bukan setakat itu, malah ia boleh berganda sehingga 700 kali ganda. Jadi jika kita beri RM10, pahala yang kita dapat (insyaAllah) boleh mencecah seperti kita memberi RM700 untuk seorang budak. Bagaimana pula jika kita beri RM10 kepada 10 orang budak di bulan Ramadhan? Lumayan bukan!

Seandainya kita ada RM70 untuk diberikan kepada 10 orang budak. Antara pahala setimpal dengan RM70 (jika di beri ketika Syawal), atau pahala setimpal dengan RM70,000 (jika diberi ketika Ramadhan), mana satu pilihan kita? Jadi, mengapa di tahan-tahan duit yang ada di tangan, sedangkan sekarang ini kita masih di bulan Ramadhan? Yakinkah kita akan hidup sehingga Syawal nanti? Alangkah ruginya kita bila kedekut di bulan Ramadhan tetapi bertukar pemurah ketika tibanya Syawal.

4. Amalan memberi duit raya ini boleh merosakkan amalan ziarah menziarahi sesama kita. Anak-anak hanya mahu pergi ziarah ke rumah tertentu sahaja, rumah yang menjanjikan duit raya. Jika ada rumah yang dikenalpasti tidak akan memberi duit raya, mereka tidak mahu pergi. Akhirnya kita gagal memupuk dan mendidik anak-anak bahawa ziarah itu atas niat silaturrahim dan kerana Allah, bukan kerana duit raya. Mahukah kita duit raya dijadikan sandaran untuk berziarah, bukan kerana Allah?
Hanya rekaan semata-mata

5. Ramai dikalangan ibu-bapa muda yang masih penuh hutang keliling pingggan, tetapi sibuk beratur di bank-bank mahu tukar duit raya. Antara hutang dan sedekah, hutang mesti didahulukan. Orang mati syahid pun walaupun semua dosanya diampunkan, tetapi hutang tidak langsai, ia perlu dilunaskan. Jadi, mengapa dahulukan adat bergembira berbanding hutang yang wajib dibayar? RM70 pun tidak salah sekiranya hendak bayar PTPTN, mereka terima sahaja. Bank pun terima jika bayar lebih RM70 untuk bayar kereta, atau rumah, atau kad kredit.

6. Aktiviti ini juga boleh membuatkan orang lain terasa hati. Bukankah dalam agama kita diseru supaya menjaga hati saudara sesama Islam? Budaya ini boleh menimbulkan situasi, aku bagi RM2 pada budak-budak, dia beri RM10. Aku mana mampu. Secara tidak langsung, sudah lahir kasta di situ. Air muka si miskin akan jatuh depan mak mentua, sebab abang si miskin tu kaya. Bagi mengelakkan rasa malu, si miskin dengan berat hati menambah lagi RM5 sebab setakat itu sahaja yang dia mampu. Akhirnya apa pun tak dapat. Pahala tidak dapat sebab tidak ikhlas, duit pun melayang.

7. Ada juga yang kata, "Apa salahnya, bukankah hari raya untuk bergembira. Tak salah untuk gembirakan budak-budak." Betul la apa yang dia kata tu. Memang tidak salah. Sebab itu aku kata perkara ini bergantung pada diri masing-masing.

Cuma pada aku, apabila kita membiasakan budak-budak dengan duit untuk menunjukkan rasa gembira, sebenarnya kita sedang mendidik anak-anak bahawa gembira itu mesti dengan duit. Ada duit, baru gembira. Tiada duit, kita berduka. Lama-lama anak-anak akan menjadi materialistik, bertuhankan duit.

Ada pelbagai cara untuk bergembira selain duit. Bahkan kadang-kadang duit itu mendatang derita berbanding gembira.

8. Antara memberi duit kepada mereka yang perlukan duit (contohnya orang susah) dengan beri duit kepada orang yang tidak perlukan duit (anak-anak kecil), mana yang perlu diberi keutamaan? Benarkah anak-anak kecil itu perlukan duit? Sebenarnya dalam umur kanak-kanak seperti itu, mereka tidak perlukan duit sebab soal duit ini urusan ibu bapa. Ibu bapa yang menguruskan duit. Anak-anak kecil pula hanya perlukan perhatian dan pembelaan dari ibu bapa. Jadi, adalah lebih baik kita memberi kepada mereka yang betul-betul memerlukan duit.

9. Apabila budak-budak mula mempersoalkan jumlah duit raya kepada si pemberi, sebenarnya ketika itu mereka sedang melupakan konsep syukur. "Takkan seringgit je uncle?", "Duit hijau jer? Ingatkan duit merah", "Sekeping je?" dan pelbagai ayat-ayat kreatif dari anak-anak. Apabila dari kecil sudah biasa tidak bersyukur, bagaimana mereka hendak membesar dengan baik?

10. Akhirnya anak-anak lebih suka datangnya bulan Ramadhan bukan kerana datangnya bulan ibadah yang dijanjikan pahala puluhan kali ganda, tetapi mereka menunggu datangnya Ramadhan kerana wujudnya Syawal selepas itu. Apabila berlaku perkara ini saban tahun, sedar tidak sedar kita sedang melahirkan anak-anak dengan jiwa yang materialistik.

11. Menurut ajaran Islam, agama kita amat tidak menggalakkan umatnya meminta-minta. Apabila sedari kecil lagi mereka sudah belajar meminta-minta, apabila besar mereka sudah terdidik untuk terus meminta-minta. Ini akan memberikan imej buruk kepada agama. Adalah lebih baik mereka berusaha sendiri mencari duit walaupun hasilnya sedikit, daripada menjadi orang yang meminta-minta walaupun hasilnya lumayan.

12. Daripada beri duit raya kepada kanak-kanak, lebih baik beri duit raya kepada saudara, ibu bapa atau kanak-kanak yang betul-betul susah seperti anak yatim dan OKU, sekurang2nya dapat membantu meringankan mereka. Jika bagi kepada budak-budak, ntah apa-apa yang dibelinya, mercun, mainan, game, jajan, dan yang jual benda-benda tu pulak mesti tauke cina, akhirnya duit itu hanya membazir sahaja dan hanya menguntungkan peniaga cina. 

13. Kenapa perlu wujud istilah duit angpow raya? Bukankah perkataan angpow itu ada unsur cina? Bak kata seorang anon pejuang bangsa, sudahlah nasi goreng melayu tidak wujud, bila tiba hari raya, muncul pula angpow raya. Budaya inilah akan menghilangkan identiti melayu dan melemahkan anak cucu kita suatu masa nanti.

Selamat Hari Raya


Maaf Zahir....

Proton New Model - Nantikan Kemunculannya

Proton-Raya-06
This is the first official teaser of the upcoming Proton Global Small Car (GSC), also known internally as the P2-30A. A glimpse of the five-door hatchback’s (projector) headlamps appear at the end of the national carmaker’s Raya 2014 ad, with the caption Nantikan Kemunculannya, which translates roughly to “wait for it to surface”. 

In other words, coming soon. But we know that already, because we’ve been following this trail and updating you for a long time now. Our most recent set of spyshots came out earlier this week, where two units were spotted in the KLIA mosque compound, one showing a blue exterior colour for the first time.