Khamis, 12 September 2013

Perkara Sunnat di lakukan pada hari Jumaat

MEMOTONG KUKU

Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”  - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


SURAH AL-KAHFI

Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.” - Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi

Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud :  “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq.” - Riwayat Al-Baihaqi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan