Rabu, 21 November 2012

Promosi Hujung Tahun

Sempena hujung tahun 2012, kami menawarkan tikar evamatic pada harga promosi supaya anda semua mampu memiliki tikar evamatic di rumah. Tikar evamatic ini mempunyai banyak kelebihan berbanding tikar getah biasa. Dapatkan pada harga promosi sebelum tawaran berakhir…
Kuantiti
 PROMOSI
Pesaing
Kami
Penjimatan
1.00
60.00
50.00
10.00
2.00
115.00
90.00
25.00
3.00
170.00
135.00
35.00
4.00
225.00
180.00
45.00
5.00
280.00
225.00
55.00
6.00
335.00
270.00
65.00
7.00
390.00
315.00
75.00
8.00
445.00
360.00
85.00
9.00
500.00
405.00
95.00
10.00
555.00
450.00
105.00
Sah Sehingga diberitahu….
Untuk pembelian 30 pcs dan ke atas, kami tawarkan pada harga RM35/pcs. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Selasa, 6 November 2012

Usah dibenci - sayangi dan terimalah mereka,

Ibu seorang pelajar datang berjumpa suatu petang. Katanya anak perempuannya tidak pulang ke rumah. Setelah disemak kedatangannya dengan guru kelas didapati dia juga tidak datang ke sekolah.
Ibu itu menangis di hadapan saya. Dia seorang ibu tunggal. Suaminya entah sudah hilang ke mana. Oleh kerana kesempitan dia terpaksa membuat pelbagai jenis kerja untuk menyara hidup dan menanggung dua orang anaknya yang sedang bersekolah.
Anak sulungnya seorang perempuan yang sedang belajar di Tingkatan Dua. Anak keduanya seorang lelaki yang sedang belajar di sekolah rendah. Anak perempuannya yang tidak pulang ke rumah.
Saya kenal akan pelajar ini kerana pernah dirujuk kepada saya atas masalah ponteng. Dia pernah didenda, dan diberikan nasihat. Pelajar ini agak cantik tetapi tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas.
Ibunya memberikan beberapa nama pelajar lain yang sering kali bersamanya. Dia meminta saya mencari anaknya. Dia sangat bimbang akan keselamatan anaknya kerana sudah semalaman tidak pulang ke rumah.
Setelah berbincang dengan pembantu saya, kami keluar mencari pelajar yang hilang. Kami mencari di bandar, di tempat-tempat hiburan dan di taman-taman. Akhirnya berjaya juga kami menemui pelajar tersebut bersama seorang pelajar lain sedang bermain buaian.
Mereka tidak lari melihat kedatangan kami dengan bas sekolah. Mereka juga tidak kelihatan takut. Mereka penat dan seolah-olah hilang arah tuju. Kami membawa mereka kembali ke sekolah.
Secara berasingan kami betemu dengan kedua-dua orang pelajar sekembali ke sekolah. Oleh kerana permintaan ibunya, saya memilih untuk menyoal pelajar Tingkatan Dua tadi. Kami berbual agak panjang. Saya tidak marah kepadanya kerana tidak pergi ke sekolah tetapi cuba mendapatkan cerita sebenar di sebalik tindakannya itu.
Dia tidak banyak bercakap pada mulanya. Tetapi apabila soalan yang sama tetapi ditanya dengan pelbagai cara akhirnya dia terperangkap dan rahsia terbongkar sedikit demi sedikit. Dia keluar bersama teman lelakinya. Mereka berdua-duaan dalam kerete di tepi pantai. Sebelum subuh mereka kembali ke rumah teman lelakinya. Ibu bapa lelaki itu sudah tidur. Mereka tidur bersama.
Itulah pengakuannya setelah hampir sejam kami bercakap. Dia tahu dia telah melakukan kesalahan dan tidak berani pulang ke rumah kerana tidak mahu menghampakan ibunya. Dia sayang dengan ibunya dan mengharapkan kasih sayang tetapi ibunya terlalu sibuk mencari nafkah.
Dia faham akan tanggungjawab dan pengorbanan ibunya terhadap dirinya dan juga adik lelakinya. Dia juga sedar betapa tinggi harapan ibu kepadanya. Dia anak sulung. Dialah yang diharapkan akan dapat belajar bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berjaya.
Namun apakan daya, sebagai seorang gadis meningkat remaja dia juga mengharapkan kasih sayang daripada ibu bapanya. Bapanya sudah menghilangkan diri entah ke mana sejak dia masih kecil. Ibunya sekadar dapat memberikan keperluan material kepadanya.
Bentuk kasih sayang yang dapat diberikan oleh ibunya adalah sekadar keperluan asas. Pengorbanan ibu untuk anak-anaknya sebenarnya lahir daripada kasih sayang yang amat mendalam. Tetapi anak kecil yang membuat perbandingan dengan orang lain, dengan kawan lain, dengan keluarga lain yang lebih bahagia, merasa kecil hati dengan apa yang apa pada dirinya.
Meminta seorang gadis muda berumur 14 tahun untuk menerima realiti hidup pada usia yang terlalu muda amat kejam. Dia tidak dapat menerimanya. Lalu dia mencari kasih sayang daripada kawan-kawannya, dan berakhir dengan teman lelakinya.
Apabila sudah terlanjur dengan perbuatan diri sendiri ditambah dengan kesempatan yang diambil oleh teman lelakinya, penyesalan sudah terlambat. Apa lagi yang boleh dilakukannya?
Saya sedar dan turut bersedih akan perasaan dan apa yang menimpa dirinya. Saya bertambah sedih memikirkan perasaan ibunya apabila diberitahu keadaan yang sebenar. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana reaksinya nanti.
Tetapi apa lagi pilihan yang lebih baik yang ada untuk kami jika tidak memberitahu perkara ini kepada keluarganya? Nasi sudah jadi bubur. Setelah berbincang dengan pembantu saya dan setelah mendapatkan nasihat daripada pengetua kami, kami mengambil keputusan untuk menelefon ibunya.
Pada ketika itu sudah hampir jam tujuh malam. Semua guru dan pelajar sudah pulang meninggalkan sekolah semenjak jam 6 petang lagi. Hanya kami berempat sahaja yang masih tinggal di sekolah.
Sebentar kemudian ibunya datang dengan seorang lagi ahli keluarga lain yang tidak kami kenali. Dengan hati yang berat kami memaklumkan apa yang kami dapati daripada siasatan kami. Ibunya terkejut besar mendengar apa yang kami katakan.
Kedua beranak itu terus memeluk satu sama lain dan mula menangis. Tugas kami terpaksa dihentikan setakat itu sahaja. Kami tidak boleh mencampuri urusan rumah tangga mereka. Mereka terpaksa mencari penyelesaian yang terbaik.
Beberapa hari kemudiannya kami dimaklumkan pelajar tersebut telah meminta untuk berhenti sekolah. Teman lelakinya sanggup mengahwininya setelah sedar bahawa jika dia tidak mahu bertanggungjawab dia akan dihukum merogol gadis bawah umur.
Apa yang boleh kami lakukan sekadar mendoakan semoga mereka bahagia. Tetapi doa kami tidak kesampaian. Belum sampai setahun mereka berkahwin mereka telah bercerai. Pelajar perempuan berumur 14 tahun tadi menjadi janda dalam sekelip mata. Teman lelaki atau bekas suaminya terlepas daripada sebarang pendakwaan undang-undang.
Bayangkan masa depan seorang gadis dihancurkan begitu sahaja apabila tersilap langkah. Bayangkan betapa hancurnya hati ibunya yang banyak berkorban untuk anaknya. Menanggung malu barangkali perkara yang kedua tetapi apabila masa depan seorang anak dimusnahkan begitu sahaja bukanlah senang untuk diterima oleh seorang ibu tunggal.
Apa yang terjadi sudah terjadi. Tiada gunanya kita persalahkan sesiapa kerana yang hilang tetap sudah hilang. Tetapi siapakah pula yang akan menjadikan kejadiaan ini sebagai teladan kepada ramai lagi anak-anak muda yang sedang menjejak kasih yang tidak mungkin? Siapakah yang akan memastikan bahawa perkara yang sama tidak berlaku lagi pada anak-anak yang lain?
Biarpun peristiwa ini sudah lama berlalu tetapi apa yang berlaku masih jelas dalam ingatan saya. Ia menyentuh hati saya dengan begitu mendalam sekali. Saya cuma sedar apabila sesuatu yang buruk berlaku biar apapun yang kita lakukan kita tidak dapat mengubahnya.
Biarpun kita sering memberikan nasihat dan memberikan peringatan, sebelum seorang benar-benar terjerat dan terperangkap dalam rasa ingin tahunya sendiri, dia tidak akan dapat memahami betapa nasihat seorang guru atau ibu bapa begitu penting.
Anak-anak muda yang sedang meningkat remaja biasanya terlalu mudah untuk dipengaruhi. Tanpa hubungan yang rapat di antara anak dengan ibu bapa pada waktu ini, satu kesilapan kecil sahaja mungkin membawa padah yang terasa sehingga seumur hidup.
Berapa hari yang lepas apabila saya mengunjungi sebuah syarikat kerana urusan pekerjaan. Salah seorang kakitangan di sana mengecam saya. Katanya dia pernah berjumpa dengan saya beberapa tahun yang lepas. Saya memerhatikan wanita tersebut beberapa ketika tetapi saya tidak dapat mengingati sama ada saya pernah berjumpa dengannya atau tidak.
Dia kemudian memberitahu saya bahawa dia pernah berjumpa dengan saya semasa saya menyampaikan satu ceramah motivasi kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR. "Cikgu Leelah yang best," katanya. Merah muka saya dipujinya.
Dalam sesi motivasi tersebut saya menekankan pentingnya ibu bapa menjalinkan hubungan yang mesra biarpun anak-anak mereka meningkat remaja. Adalah menjadi kebiasaan anak-anak remaja lebih suka berkongsi masalah dengan rakan sebaya mreka.
Bagi saya ibu bapa harus mengambil tahu apa yang anak-anak mereka lakukan di sekolah dan juga di luar rumah. Jika ibu bapa kurang mengambil tahu dengan alasan sibuk maka hubungan mereka dengan anak akan menjadi renggang.
Anak-anak akan beranggapan ibu bapa mereka semakin hari semakin tidak memahami perasaan mereka. Ini secara tidak langsung memaksa anak-anak kita mencari sahabat lain dan mendapatkan kasih sayang yang mereka perlukan daripada orang lain.
Saya juga mencadangkan bahawa salah satu cara untuk merapatkan hubungan di antara anak dengan ibu bapa ialah dengan cara sentuhan secara fizikal dan yang paling baiknya dengan pelukan. Malah saya membuat demonstrasi dengan meminta semua yang hadir bangun dan cuba memeluk diri mereka sendiri.
Saya bertanya kepada mereka apakah perasaan apabila dipeluk. Mereka jawab seronok. Ada yang menjawab merasa diri mereka diperlukan. Kemudian saya meminta mereka berpelukan antara ibu atau bapa dengan anak-anak mereka.
Permintaan saya ini tidak disambut dengan segera. Ramai yang merasa begitu janggal walaupun sekadar memeluk anak mereka sendiri. Setelah permintaan saya diulangi dan diyakinkan bahawa berpelukan begitu sebenarnya satu tanda kasih sayang.
Maka satu demi satu mereka mula mendekati satu sama lain dan mula berpelukan. Percayalah saya tidak pernah melihat keadaan yang begitu terharu sekali. Begitu ramai anak dan ibu bapa yang menangis apabila mereka berpelukan. Pelukan yang begitu lama diharapkan tetapi tidak pernah dizahirkan. Hari ini saya telah berjaya membawakan pelukan yang mereka tunggu-tunggu. Saya sendiri turut menitiskan air mata menyaksikan suasana yang sungguh mengkagumkan.
Saya dapat bayangkan telah sekian lama hubungan yang renggang di antara ibu bapa dengan anak-anak mereka telah menjejaskan komunikasi yang sebenar di antara mereka. Biarpun dengan satu pelukan ini, saya percaya saya telah berjaya merapatkan hubungan mereka. Pastinya hubungan yang baik akan dapat memberikan lebih banyak sokongan dan keyakinan kepada anak-anak mereka untuk menghadapi peperiksaan.
Bagi saya matlamat sesi motivasi saya telah berjaya. Apabila bertemu semula dengan ibu bapa yang pernah mendengar ceramah saya dan diberitahu bahawa anaknya telah berjaya mendapat keputusan yang lebih baik daripada dijangkanya, saya bertumpang gembira.
Saya hanya mengharapkan lebih ramai ibu dan bapa memeluk anak-anak mereka dan begitulah sebaliknya. Biar apa juga keadaan keluarga kita, tidak usah menyalahkan orang lain tentang apa yang berlaku. Kita sendiri dapat memberikan kasih sayang, biar dalam bentuk yang berbeza. Kita sendiri bertanggungjawab untuk mencari kebahagiaan untuk keluarga kita.







































SUARA HATI MOKHTAR AL-BHUKARY

1. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
2. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!
3. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
4. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
5. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
6. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
7. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
8. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
9. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
10. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.









Bible Itu Injilkah

Kebanyakan orang menyangka bahawa bible adalah nama lain bagi Kitab Injil. Ramai di khalayak umat Islam menyangka bahawa isi bible adalah kitab Injil yang Allah turunkan kepada Nabi Isa A.S. tetapi ianya di ubah. Apakah benar pandangan ini? Mari kita lihat sejarahnya kerana apabila disebut kitab Allah, ia bermaksud wahyu (kalamullah) yang diturunkan Allah S.W.T kepada seorang rasul. Selain Al-Quran, terdapat kitab-kitab lain yang diimani oleh umat islam iaitu Injil, Taurat dan Zabur. Adakah bible merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Isa A.S?
Kenapa Bible Bukan Injil?
Sebenarnya bible adalah himpunan kitab-kitab warisan daripada kitab-kitab yahudi (old testament, Perjanjian Lama) dan kitab-kitab yang ditulis selepas Jesus Christ (new testament, Perjanjian Baru). Ertinya, ia bukan wahyu Allah kepada Nabi Isa seperti Al-Quran yang merupakan wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W. Apabila disebutkan wahyu, maka sebutannya adalah Allah berfirman, kerana itu adalah firman langsung Allah kepada seorang rasul agar disampaikan kepada umat. Bible adalah tulisan manusia atau riwayat. Kerana itulah kita dapati keraguan terhadap ketuluenan bible terus menjadi isu yang dibangkitkan oleh penganut Kristian sendiri.
Apakah kaitan Gospel dengan bible?
Gospel adalah tulisan kitab-kitab warisan yang kononnya telah ditulis oleh pengikut-pengikut Jesus Christ. Gospel merupakan kandungan atau juzuk-juzuk dalam bible. Ia merujuk kepada empat buah kitab awal di dalam bible pada bahagian New Testament yang merakankan kisah hidup dan kematian Jesus Christ; Gospel of Matthew, Mark, Luke dan John yang digelar Canonical bible atau Injil Kanonik. Keempat-empat kitab ini dianggap sahih pada pandangan ilmuan Kristian, walaupun pada awalnya terdapat beberapa kitab Gospel selain daripada itu. Bagaimanapun, tiada satu bahagian pun daripada Gospel tersebut yang masih kekal dan dapat diwarisi. Ironinya, keempat-empat Gospel yang dijadikan rujukan itu asalnya dalam bahasa Greek dan bukannya bahasa Aramaic iaitu bahasa pertuturan Nabi Allah Isa A.S. dan pengikutnya.
Apakah kesan Gospel tersebut terhadap kepercayaan kepada tuhan?
Adalah penting untuk diketahui umum bahawa terdapat 10 buah kitab Gospel sebelum abad ke-4 Masihi. Termaktub di dalam sejarah, Raja Konstantin I telah mengumpulkan ahli-ahli agama dalam Majlis Nicaea pada tahun 325 M bertujuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sengit terhadap persoalan pokok di dalam kepercayaan di kalangan soal kepercayaan di kalangan ahli-ahli agama Kristian iaitu bersangkutan dengan isu sama ada Jesus (Nabi Isa A.S) itu Tuhan atau tidak.
Terdapat dua golongan ilmuan Kristian pada waktu itu. Satu golongan ilmuan mempercayai Jesus adalah seorang insan (hamba Tuhan) dan satu golongan lagi mempercayai ketuhan Jesus (memiliki unsur ketuhanan/anak Tuhan). Golongan majoriti di kalangan ilmuan ketika itu mengatakan bahawa Jesus adalah hamba Tuhan. Walau bagaimanapun, dalam majlis tersebut golongan majoriti ini telah di paksa supaya tunduk dan mengalah kepada golongan minoriti yang mempertuhankan Jesus.
Golongan ilmuan majoriti terpaksa mengalah kepada minoriti. Sesuatu yang bertentangan dengan disiplin ilmu dan amat tidak masuk akal. Semua prinsip ilmu terpaksa tunduk kepada kehendak Raja Konstantin I. Beliau merupakan Maharaja Rom yang pertama memeluk agama Kristian. Sebagai Raja Rom, kepercayaa pagan dan mitos yang berasal daripada mitologi Romawi yang percaya kepada pelbagai tuhan dan dewa-dewi masih bertapak dalam dirinya. Ini mempengaruhi keputusan Majlis Nicaea.
Peranannya dalam mencari jalan penyelesaian kepada pertelingkahan golongan agamawan membawa kepada satu resolusi Majlis Nicaea (325 M) yang menerima pakai doktrin ketuhanan Jesus dan konsep ‘triniti’; mempercayai bahawa ‘tuhan itu tiga’, iaitu terdiri daripada Tuhan bapa, Tuhan anak dan Ruhul Qudus. Serentak dengan itu, Majlis Nicaea (325 M) juga telah menafikan kesahihan beberapa kitab Gospel selain daripada Gospel of Matthew, Mark, Luke dan John, di antaranya ialah The Letter of Barnabas, Didache, Thomas dan Mathias (sekadar menyebut beberapa nama). Bible yang lain ini dianggap palsu, menyimpang, tidak asli atau dongeng. Mereka menggolongkannya ke dalam istilah seperti Gnostik atau Apocrypha.
Peristiwa ini berlaku sekitar 300 tahun setelah ‘kematian’ Jesus Christ. Bertitik tolak dari situlah berkembangnya segala kekeliruan dan pertentangan akidah dengan kepercayaan yang telah dipegang oleh majoriti penganutnya sebelum tarikh tersebut.

Apa Sebenarnya yang Dilihat

Apa Sebenarnya Yang Lelaki Lihat Pada Wanita Berpakaian Ketat?
Mata lelaki cenderung tak berkelip semasa dihadapkan tubuh wanita dalam balutan baju ketat, kecil, atau terbuka. Mereka mudah tergoda dengan penampilan seksi wanita. Tapi, tunggu dulu. Tergoda bukan bererti mereka tertarik untuk berhubungan serius.
Kajian terbaru di Amerika Syarikat menguatkan hujah bahawa ketika lelaki melihat seorang wanita dalam pakaian yang seksi, fikirannya akan berkelana ke arah seks. lelaki akan menjadikan wanita sebagai objek hasrat, tanpa peduli dengan tingkat kecerdasannya.
Dalam kajian tersebut, sejumlah lelaki diperlihatkan siri gambar close up wanita yang fokus ke arah wajah. Sementara kumpulan lelaki lain diperlihatkan siri gambar wanita dengan citra sensual.
Semasa diperlihatkan gambar-gambar wanita berpakaian seksi, berlaku penurunan tahap aktiviti di bahagian otak yang bertanggung jawab terhadap cara pandang tentang seseorang. Fikiran lelaki membina kesepakatan bahawa wanita seksi cenderung tidak bijak,tidak bercita-cita, dan tidak ramah.
kajian serupa yang dilakukan Kurt Gray mengungkap bahawa lelaki menangkap gambaran wanita sensual sebagai seseorang yang berpengalaman soal perasaan, tapi tidak soal logik. Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Psikologi Sosial dan Kepribadian ini juga mengungkap bahawa lelaki memandang wanita dengan baju sopan sebagai peribadi yang kompeten, bijaksana, dan penuh logik.
Hasil kajian tersebut mungkin benar untuk beberapa lelaki. Namun, Kurt dan beberapa orang yang terlibat dalam kajian serupa berharap bahawa penemuan itu hanya mewakili beberapa kumpulan lelaki. Ingat pepatah: Jangan menilai seseorang dari kulitnya.

Kepincangan AES Didedahkan

Lagi kepincangan AES didedahkan. Berita gembira kepada mangsa...
Pengguna jalan raya yang menerima notis saman berhubung kesalahan kelajuan yang melibatkan kamera AES khususnya di KM6.6 Jalan Kajang-Puchong SKVE diminta supaya menghantar butiran saman mereka kepada Kempen Anti Saman Ekor (KASE).
Ini kerana, butiran had kelajuan yang tertera pada notis yang dikeluarkan nyata bercanggah dengan had yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti dipaparkan di laman web rasmi mereka.
Penasihat Perundangan KASE, Zulhazmi Shariff berkata, terdapat pengurangan had laju kepada 80 kilometer sejam (km/j) di kawasan berkenaan sedangkan had kelajuan yang ditetapkan adalah 90 kilometer sejam.
Namun, berdasarkan aduan yang diterima, terdapat pemandu yang disaman pada kelajuan 91km/j walhal Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ, Jaafar Mohamed dalam kenyataan di New Sunday Times berkata, terdapat kelonggaran had kelajuan (buffer) 10km/j pada setiap kamera AES mengikut setiap had laju yang ditetapkan.
“Saman yang dikeluarkan 80km/j. ini bukan buffer tapi pengurangan had kelajuan.
“Buffer patut jika had kelajuan 90km/j, dianjak kepada 100km/j. Saman bermula pada kelajuan 101km/j. Di mana buffer?” soal Zulhazmi.
Jelasnya lagi, kekeliruan turut berlaku terhadap lokasi mahkamah kerana penerima notis berkenaan diarahkan ke Majistret Kajang sedangkan berdasarkan paparan JPJ sepatutnya dirujuk kepada Majistret Sepang.
Justeru, KASE mendesak semua saman tersebut ditarik balik dan saman yang dibayar dipulangkan kembali atau JPJ sendiri akan berhadapan saman balas atas kecuaian mereka.
Beliau turut membangkitkan keadaan paparan gambar yang disertakan pada notis saman AES yang tidak menyatakan butiran had laju berbanding notis saman yang dikeluarkan oleh polis trafik.
Setakat ini, lebih 20 orang pengadu mengemukakan aduan saman di kawasan berkenaan. Mereka yang ingin berbuat demikian boleh menghantarkan butiran melalui email kempenantisamanekor@gmail.com.
Dalam pada itu, Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan ‘keengganan’ Kabinet untuk menagguhkan perlaksanaan AES yang dilihat seolah-olah Menteri Kabinet mempunyai ‘kepentingan’ dalam perkara ini.
Mahfuz sekali lagi mengulangi kesediaan KASE menyediakan pasukan guaman percuma bagi membantu mereka yang menerima saman AES.

Isnin, 5 November 2012

Motivate URself

Fail in academic doesn’t mean we are week.

Guru–calon isteri terbaik…


Setiap makhluk diciptakan Allah berpasang-pasangan. Ini adalah kerana sifat makhluk adalah lemah, iaitu tidak sempurna, dan penuh dengan kekurangan. Oleh itu untuk mencukupi dan menyempurnakan kehidupan Allah ciptakan pasangan dari kalangan(makhluk) mereka sendiri. Tidak dijadikan pasangan bagi makhlukNya dari spesies yang berlainan. Begitulah dengan manusia.
Siapakah yang anda akan pilih untuk menjadi pasangan bagi anda? satu persoalan yang diajukan dan rata-rata mereka yang berada diluar sana memberikan jawapan guru untuk menjadi calon isteri yang terbaik bagi mereka. Antara penjelasan yang biasa (commont) yang dipeolehi adalah:
1. Hidup Berjadual. 
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.
5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah).
Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).
Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu
2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen. 
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada! Semua nak salahkan cikgu. Maka, cikgu mestilah kena komited.
Konsep yang sama
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh? (sambil asah pensel dan pisau di tepi)
3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran. Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa. 
Bila boleh nak menipunya?
Nak berpeleseran?
Jauh sekali. Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu? Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, “GURU ……”
Gila kau. Mana nak sempat lupakan suami begitu? Hidup akan dalam lingkungan – sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.
4. Terapi melepaskan tekanan. Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.
Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.
Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?
Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan. Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.
5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari. 
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.
Bakal doktor  : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku               : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor  : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku               : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor  : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku                : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor  : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku                : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor  : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
Aku                : Amboi kau.
Bakal doktor   : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku                : Kenapa?
Bakal doktor  : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku                : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)
6. Penampilan. Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa. Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?
Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji – “Cikgu lawa gila hari ini!”
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!
Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) – selalu puji cikgu.
Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan.

Donald Trump

Assalamualaikum,para sahabat sekelian,mungkin hangpa pernah kot dengaq nama Donald Trump..bagi yang selalu ikuti dalam rancangan The Apprentice kat tv,mesti selalu dengar ayat power Encik Donald iaitu “You’re fire!!”..ish..ish…
Kalau lar korang nak tahu,sebelum dia jadi sebegini billionair encik Donald ni sebenarnya pernah mengalami ‘zaman kegelapan’ nya …dalam erti kata dia pernah mengalami kerugian sebanyak USD900 juta semasa kegawatan ekonomi pada tahun 90an.…huh banyak tuh…kalau kita berada di situasi macam itu…kalau jiwa dan mental tidak kuat…tax tau la nak kata…tapi aku yakin,pedagang di luar sana selagi kita ada iman di dalam hati,insyaallah kita akan hadapi dengan baik…cukuplah Allah sebagai pelindung..
Aku bukan la nak cite pasal yang kurang iman menghadapi situasi macam itu,tapi nak cite yang x da iman pun boleh bangkit dari kegagalan hidup..ish..ish..malu kita sebagai orang Islam.. asalnya encik Donald ini memiliki aset kekayaan bernilai USD$1 billion melalui perniagaan hartanahnya. Apabila berlaku kegawatan ekonomi ,semua nilai hartanah jatuh,ramai para jutawan hartanah dan saham jatuh muflis. Mengikut ceritanya,Donald Trump juga tidak terkecuali. Tetiba isteri encik Donald Trump call..katanyan dia nak mintak cerai dan menuntut pampasan .,Agak-agak korang la…dah la sudah jatuh ditimpa tangga,tetiba plak isteri buat hal…apa korang akan buat masa itu?
Encik Donald ni x putus asa beb…walaupun dah hampir hilang segala harta dan wang serta isteri…dia terus berusaha dan bekerja dengan menggunakan ilmu,pengalaman,serta kemahiran yang dia miliki untuk membina semula empayar perniagaannya. Selepas 3 tahun beliau berjaya mendapat keuntungan lebih dari USD$3 billion. Bagi dia musibah yang melanda membuatkan beliau lebih bijak, kuat dan fokus berbanding sebelumnya..sesungguhnya ujian akan mematangkan kita…(mcm pernah dengar pepatah ini..tapi dimana ek)..
Maybe ada sesetengah yang kata:
Ahh..dia boleh la …dia bukan islam ,so leh amal kan riba,rasuah,judi and macam-macam..nabi dan sahabat pun x kaya macam Donald Trump…
Ini aku nak cite skit pada orang yang bersikap macam ini…tahukah korang..ape yang kita katakan yang dia leh amalkan amalan haram sebab itu dia kaya menunjukkan kita ni x yakin dengan rezeki yang Allah berikan serta larangan Allah terhadap sesuatu yang haram…kita x yakin dengan rukun iman yang pertama…kedua…tahu x bahawa Nabi Muhammad sebenarnya adalah orang yang sangat kaya dan para sahabat nabi pun begitu contoh nya Abdurahman bin Auf…(ini korang dh kenal kot)
Kalau x caya..buka terjemahan Al quran,surah Al-Anfal :1
Ayat menyatakan harta rampasan perang itu milik Allah dan Rasul…(menurut tafsir ibnu katsir) harta Rasul dalam ayat ini merujuk pada harta Nabi Muhammad …kalau dulu lah,kalau pihak musuh kalah,ia akan meninggalkan harta seperti pedang,baju besi,kuda,unta dan banyak lagi dan harta itu kalau menurut ayat 8:1 adalah milik rasul..dan bayangkan semua peperangan nabi ikut sehingga baginda wafat..dan bayangkan berapa banyak harta kekayaannya…Zaman dulu…nilai harta rampasan perang sangat tinggi…kalau x ,Allah x kan turunkan ayat ini yang menceritakan tentang pembahagian harta rampasan perang….
Cuba hangpa bayangkan ,jika nabi berperang di zaman ini,kalau pihak musuh kalah,antara harta rampasan perang zaman ini adalah kereta kebal,kereta selam,jet pejuang,bom nuclear,..kalau dihitung nilai nya..leh sampai berbilion-bilion…huh…dan harta itu milik Nabi…hah,macam itu lah anggapan nilai pada zaman dulu….
Tapi mesti korang pelik kan,nape dalam sirah,kita x dengar Nabi pakai baju mahal-mahal,rumah mewah dan makan makanan yang sedap-sedap…kata ustaz Azahari,Nabi dan para sahabat adalah orang yang PALING SUKA BERSEDEKAH
Cuba kita semua bayangkan,bila nabi pulang dari berperang,bawa harta yang banyak…tiba-tiba tengah jalan,ada orang miskin,maka nabi pun bersedekah lah ..then jumpa plak janda kematian suami,pengemis,dan macam –macam orang..sampai dirumah Aisyah,tinggal sebiji kurma je….tengah-tengah nak makan,tetiba datang pengemis,katanya lapar sangat…maka Nabi pun kasi kurma itu..dan berkata pada si Aisyah..”kita berpuasa la hari ini”…ish..ish…insaf rasanya diri ini….betapa dahsyatnya keimanan nabi dan para sahabat dahulu…

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita ?

Mungkin pada sepasang matanya yang bening – yang selalu menjeling tajam atau yang kadangkala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di pipi. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembutkan dan sekaligus menghangatkan perasaan! Sebenarnya sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan wanita. Seribu gurindam belum lengkap untuk mengambarkan keistimewaan Hawa.
Segala-galanya tentang tubuh seorang wanita adalah keindahan. Mata, bibir, hidung telinga, leher, dada, pinggang, pusat, punggung…… semuanya adalah keindahan.Pendek kata sekujur tubuh wanita, dari hujung rambut hingga hujung kaki, adalah keindahan. Setiap inci tubuhnya, termasuk sudut-sudut yang tersembunyi, adalah kecantikan penuh seni.
Sayangnya, kecantikan itu ada ketika-ketikanya, tidak dilihat dari sudut seni. Tubuh wanita dilihat lebih sebagai rangsangan untuk memenuhi naluri semulajadi manusia ; seks.
Dan sudut-sudut berseni ditubuh wanita pun tidak dinikmati atau dihayati secara seni, tetapi dieksploitasi untuk memenuhi dan memuaskan ego lelaki.
Tidak sahaja pada tubuh, apa sahaja yang dilakukan kaum Hawa adalah keindahan. Langkahnya yang longlai boleh menggetarkan jiwa lelaki, lenggang dan hayunan punggungnya boleh mendebarkan. Kenyitan matanya boleh terus menusuk kejantung hati.
Pendek kata, bagi wanita, kecantikan tubuh adalah segala-galanya. Dan mereka akan mempertahankan kecantikan itu. Tetapi, sekali lagi sayang, kecantikan itu tidak akan dapat dipertahankan. Mustahil, Kecantikan itu hanya sementara dan hanya menunggu masa untuk hilang. Bertapa pun dijaga dan dipelihara, bila tiba masanya, kulit akan berkedut, bibir akan kecut. Bila tiba masanya, wajah akan suram, mata akan cengkung.
Benarlah, tidak ada yang kekal untuk manusia biasa, tidak kira Adam atau Hawa. Kecantikan tubuh pasti akan hilang ditelan masa, dimakan usia. Hanya satu yang tidak dimakan usia dan kekal selamanya iaitu sopan santun dan budi bahasa. Inilah kecantikan sebenarnya!!!

Khamis, 1 November 2012

Have You say Alhamdulillah…

10 Wanita Terkejam Didunia

Wanita, makhluk Allah yang di anugerahkan oleh Allah Rahim dari DzatNya sepatutnya mempunyai sifat penyayang , penuh dengan kelembutan dan kasih dalam diri mereka. Namun seperti pepatah lama, tangan yang menghayun buai mampu menggoncang dunia.
Disebalik setiap Lelaki yang berjaya dibelakang mereka ada wanita yang begitu istimewa.
Disenaraikan dibawah wanita-wanita yang begitu kejam yang pernah dilahirkan didunia. Tidak dapat dipastikan kenapa mereka ini menjadi kejam. Adakah kerana kehidupan ini yany memaksa mereka menjadi kejam atau merupakan satu pilihan untuk menonjolkan diri.
1. Jiang Qing 1914 – 1991
Jiang Qing adalah isteri kpd Mao Tse-tung seorang diktator komunis di China. Kerana kepintarannya menyusun gerakan dia mendapatkan posisi yang paling berkuasa didalam parti komunis (berkuasa seperti Presiden). Dipercayai bahawa dialah dalang disebalik Revolusi Budaya Cina (dimana dia menjadi wakil pemimpin). Jutaan orang di Cina dilaporkan mengalami penyeksaan hak-hak asasi selama Revolusi Budaya. Jutaan yg lain juga dipecat secara paksa. Jumlah korban kematian, baik dari orang barat dan orang timur sekitar 500.000 dalam kekacauan pada tahun 1966-1969 tetapi perkiraan tersebut naik menjadi 3 juta dari 36 juta orang yang dianiaya.
2. Elizabeth I of England 1533 – 1603
Korban : ribuan orang
Elizabeth I, dalam perintahan untuk menindas fahaman Katolik, ribuan penganut Katolik di Inggeris dibunuh. Selama dia melakukan hal-hal baik untuk kehormatan parlimen, dia juga merupakan raja yang kejam. Sebagai tambahan, Elizabeth memberikan Queen Mary of Scots tempat perlindungan, lalu tiba-tiba mengkhianatinya dan meletakkan dia didalam penjara selama hamper 19 tahun, lalu membunuh dia. Dia menganjurkan perompakan melawan kapal-kapal Sepanyol dan mendalangi penukaran budak.
3. Elena Ceauşescu 1916 – 1989
Korban : penghapusan etnik
Elena Ceauşescu merupakan orang Romania yang menyatakan diri sebagai ilmuwan, isteri dari pemimpin komunis Romania Nicolae Ceauşescu, dan wakil perdana menteri Romania. Romania menyatakan bahwa Elena Ceauşescu bertanggungjawab atas pembebasan dari kontrol kelahiran yang mencipta krisis dari tahun 1970-1980an, menghasilkan kebanjiran bayi yang tidak diinginkan. Bayi-bayi, dan anak-anak tersebut akhirnya tinggal di tempat yatim piatu. Dia juga mengetuai komisi kesihatan lingkungan, dimana dia menyangkal adanya AIDS di Romania, yang merupakan salah satu kuasa paling besar didunia barat. Dia juga bertanggungjawab atas kehancuran gereja-gereja dan pendistribusian makanan yang pada tahun 1980an terletak di Romania. Dia akhirnya dihukum bunuh atas kejahatannya yang melawan kemanusiaan dan semasa hukumannya berlangsung, dia berteriak “pergilah ke neraka” ketika itu.
4. Phoolan Devi 1963 – 2001
Korban : 22 org lebih
Phoolan Devi adalan dacoit India (perompak bersenjata) yang mempunyai karier singkat sebagai ahli politik. Pada 1970an dia diculik dia akhirnya bergabung dengan mereka untuk melakukan kejahatan. Pada satu saat dia diperkosa oleh sekumpulan laki-laki di Behmai. Dia memilih untuk lari dan meneruskan hidupnya untuk melakukan kejahatan, merompakk dari orang-orang kaya. Lalu dia akhirnya kembali ke Behmai dan dia memerintahkan semua lelaki untuk berbaris dan menembak mereka semua. Paling tidak sekitar 22 laki-laki terbunuh. Lalu dia akhirnya ditangkap dan menghabiskan 11 tahun penjara. Dia masuk kedalam dunia politik, tetapi hanya dalam waktu yang singkat kerana adanya pemberontakkan. Secara mengejutkan, tahun 1998, Phoolan Devi dinominasikan untuk mendapatkan penghargaan Nobel oleh beberapa anggota parlimen Inggeris. Pada tahun 2001, dia dibunuh oleh seorang lelaki dalam usaha balas dendam atas pembunuhan yang ia lakukan di Behmai.
5. Rosemary West 1953
Korban : 12 org
Bersama suaminya Fred, Rosemary West dipercaya telah menyeksa dan membunuh 12 wanita muda. Pada ogos 1992 Fred West ditangkap setelah tertuduh memperkosa anaknya yang berumur 13 tahun sebanyak 3 kali, dan Rosemary West ditangkap atas kekejaman terhadap anak. West mengembangkan kebiasaan untuk mengambil anak-anak perempuan dari perhentian bas disekitar Gloucester, Inggeris dan memenjarakan mereka dirumah mereka untuk beberapa hari sebelum membunuhnya. West mempunyai nafsu seks yang besar sekali dan menikmati perkosaan secara ekstrem dan seks sadomasocithistic. Rosemary adalah seorang biseksual dan banyak mangsa mereka menjadi korban-korban untuk kepuasan seks dia dan suaminya. West juga bekerja sebagai pelacur. Dua dari anak mereka adalah anak dari kliennya. West adalah salah satu dari hanya dua wanita yang pernah dihukum mati dipenjara di UK (yang lainnya adalah Myra Hindley yang sudah meninggal saat ini)
6. Delphine LaLaurie 1775 – 1842
Korban : 10 org lebih
LaLaurie adalah kaum sosialis yang kejam yang tinggal di New Orleans. Rumahnya adalah ruangan yang penuh dengan keseraman. Pada 10 April 1834, kebakaran terjadi di dapur dan org ramai yg cuba memadamkan kebakaran menemui 2 budak yang dirantai pada dapur, dimana diyakini merekalah yang memulakan kebakaran untuk mendapatkan perhatian. org2 tadi dipandu oleh budak yang lain menuju ke loteng dimana terdapat benda yang lebih mengejutkan. Lebih dari satu dozen budak cacat terbelenggu di tembok atau lantai. Beberapa menjadi subjek untuk percubaan ubat yang mengerikan. Seorang laki-laki terlihat sebagai bagian pertukaran seks yang ganjil, seorang wanita terjebak di kandang yang kecil dengan lengannya yang rosak dan wanita lainnya tanpa tangan dan kaki, dan adanya timbunan daging pada dirinya agar terlihat seperti ulat bulu. Beberapa mulutnya dijahit dan kelaparan sampai mati, yang lainnya lagi tangannya dijahit dengan bahagian badan yang lainnya. Kebanyakan ditemui mati, tetapi beberapa masih hidup dan beberapa meminta untuk dibunuh agar tidak menderita lagi. LaLaurie lari sebelum dia dihakimi dan dia tidak pernah tertangkap.
7. Marybeth Tinning 1942
Korban : 9 org
Antara tahun 1972 dan 1985, Tinning mempunyai 8 anak, dimana semuanya dibunuh termasuk anak angkatnya Selama waktu kematian, tidak ada satupun yang curiga bahawa dia membunuh mereka, dan justeru menyalahkan kelainan genetic. Hal ini terjadi walaupun anak angkatnya adalah anak ketujuh yang dibunuh. Dia mengaku bahawa dia mencekik anak-anaknya, tetapi kemudian dia menarik kembali pengakuan itu. Dia dihukum 20 tahun penjara, dan kedua permintaan pembebasan bersyarat ditolak.
 
 
8. Dorothea Puente 1929
Korban : 9 org
Dorothy Puente adalah wanita tua yang menjalankan perniagaan rumah sewa. Selama dia menjalankan perniagaan ini, dia telah perlahan-lahan membunuh orang-orang yang tinggal bersamanya dan memalsukan tanda tangan mereka untuk pemeriksaan kesihatan. Dia tidak mengizinkan penyewa-penyewa itu untuk menggunakan telefon atau surat. Dia akan mengambil semua wang yang dikirim untuk para penyewa itu dan menyimpannya untuk dirinya sendiri. Para korbannya biasanya sedang mabuk, dan menderita schizophrenia. Salah satu mayat yang ditemui dikebun belakang, ditemukan tanpa kepala, lengan, dan kaki. wang yang dicuri, dipakai untuk pakaian-pakaian mewah, perfume dan operasi penegangan kulit muka sebelum sebelum dia tertangkap. Puente tidak memperlihatkan kekesalan yang dalam atas kejahatan yang dia lakukan dan saat ini dia berada dipenjara dengan hukuman seumur hidup.
9. Karla Homolka 1970
Korban : 3 (disyaki ada 5 org lainnya)
Karla Homolka adalah pembunuh bersiri dari Kanada yang menarik perhatian media diseluruh dunia ketika dihukum kerana membantu suaminya, Paul Bernardo untuk memperkosa dan membunuh gadis-gadis remaja, termasuk juga adiknya sendiri Tammy Homolka. Karla merakam segala perbuatan dan pembunuhan gadis muda yang dilakukan oleh suaminya, rakaman video ini digunakan sebagai bukti mereka dipengadilan dan beberapa bahagian dapat disaksikan diinternet walaupun kerajaan Kanada meminta agar video itu dihapuskan. Yang lebih mengejutkan lagi, Homolka dibebaskan dari penjara pada tahun 2005 setelah hanya dihukum 12 tahun dan sekarang hidup di West Indies
10. Williamina “Minnie” Dean 1844 – 1895
Korban: 3 org
Minnie Dean adalah satu-satunya wanita yang dihukum bunuh dalam sejarah New Zealand. Dia dihukum bunuh dengan tali gantung. DIsebalik menyelamatkan gadis muda yang miskin, wanita iblis ini membunuh anak mereka dan mengambil wang mereka untuk meningkatkan gaya hidupnya. Pada waktu itu, wanita muda yang hamil tanpa suami dijauhi oleh masyarakat. Hal ini memunculkan suatu kejadian phenomena yang disebut “baby farming” dimana orang akan menjadi sukarela untuk mengambil anak mereka dan membesarkan mereka dengan gaji dari kerajaan. Dean adalah salah seorang pengasuh, tetapi daripada membesarkan anak-anak itu, dia membunuh mereka ketika ada kesempatan dan mengambil gaji itu. Hal ini sangat memungkinkan dilakukan kerana pengasuh tidak wajib mendaftar sesuai hukum. Dalam banyak kes, anak-anak itu lenyap di rumah pengasuh ini. Dean membunuh paling tidak 3 anak tetapi banyak orang yang mengesyaki dia membunuh lebih dari itu. Saat ini, tulang dari 3 anak itu disimpan didalam muzium New Zealand.