Memaparkan catatan dengan label Pregnancy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pregnancy. Papar semua catatan

Ahad, 12 April 2015

Kesan Buruk Tidak Berpantang Selepas Melahirkan Anak Yang Wanita Perlu Tahu !

Kebanyakkan  wanita atau ibu yang baru melahirkan anak, malas berpantang atau degil apabila disuruh berpantang dan paling teruk tak tahu lansung tentang apa itu berpantang . Memang lumrah manusia perkara baik memang susah nak ikut & kadang2 deme ni  (ckp org perak) ada pendapat  sendiri berdasarkan kawan2, buku dll. Tapi Alhamdulillah dengan adanya  teknologi sekarang, wanita yg baru bersalin pada masa sekarang, banyak membaca, mendapatkan khidmat nasihat drpd pakar atau bidan, bagaimana nak berpantang secara traditional tetapi moden.  

Syarikat k.shila iaitu Mom’s Postnatal Care Consultant & Services  menjalankan servis berurut & bertungku serta khidmat nasihat kepada bakal-bakal ibu dan bapa tentang menghadapi kelahiran, cara berpantang, pemakan dan bagaimana mengatasi situasi meroyan dan bagaimana mengelak meroyan ketika berpantang, juga bagaimana menghindari demam kuning pada baby dan macam2 lagi. Paling penting berpantang cara traditional tapi moden. Untuk keterangan lanjut boleh jenguk  untuk nak kongsi & tahu akibat atau kesannya jika tak berpantang.

Ada sesetengah wanita yang degil, tak mahu berpantang, tak nak ambik jamu lepas bersalin, tak nak berurut atau bertungku, mandi air sejuk, minum air sejuk, makan ikut suka. Bila mak marah atau tegur tunjuk muka masam atau jawab “Alah..! org tau la” dlm hati kata “dah tua nanti semua org sakit, rasa badan ni ok je tak rasa apa2 pun”.. Kalau ada yang buat macam ni, cer baca cite kat bawah ni.. ini barusalah satu kesan.. nanti k.shila kongsikan banyak lg kesan. Tolong baca ia penting ok!!!



Apakah Akibat & Kesan :

Rahim Jatuh / Prolapse

Prolapse Rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh kebawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran, Justera itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat

- Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
- Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.
- Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa di gelar "tombong”.

Gangguan Kencing

Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
      -  kerap kencing
      -  sakit ketika nak kencing
      -  kencing yg tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini
         di panggil (Stress Incontincence).

Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan  ibadah seperti solat.

Gangguan Hubungan Kelamin

Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, Maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan. Ramai wanita seta suami mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika melakukan hubungan seks, terutama selepas melahirkan anak. Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

Sakit Pingang & Tidak selesa dibahagian Sulit Wanita

Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.

Gangguan Kesihatan

Dalam Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.

Oleh Sebab itu, jangan ambik mudah tentang berpantang, pakai bengkung, makan jamu bersalin & makan makanan yg disyorkan.. Kalau tak tau nak cari kat mana jamu, Bengkung, daun mandi, senang cite barangan untuk berpantang

Rabu, 7 Januari 2015

Diet Selepas Bersalin

diet lepas bersalin
Tidak kiralah diet pantang mana yang anda ikuti semasa berpantang atau selepas bersalin, pastikan anda makan diet yang berkhasiat dan seimbang bagi memastikan pengambilan nutrien yang optimum.  Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam itik, daging merah dan legum.  Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu, terutamanya jika anda menyusu susu ibu.

Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buahbuahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit. Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil supplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.. Elakkan kafein, alkohol dan nikotin jika anda menyusu susu ibu.

Jamu (herba, akar dan rempah ubatan)

Pandangan tradisional: Jamu membantu memanaskan tubuh ibu, meningkatkan aras tenaga, menghilangkan lemak dan toksin berlebihan daripada tubuh, serta mengecutkan rahim.
Kata doktor: Buat masa ini, tiada kajian atau bukti terperinci yang membuktikan manfaat pengambilan Jamu selepas bersalin, tetapi para pakar bersetuju bahawa aroma Jamu sememangnya menenang dan menyamankan apabila disapu di seluruh tubuh. Bagi Jamu yang diambil secara oral, utamakan kualiti dan kebersihan Jamu bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.

Halia

Pandangan tradisional: Halia dianggap makanan yang “memanaskan”; ia membantu menggalakkan peredaran darah, mencegah atau melegakan angin dan menguatkan sendi.
Kata doktor: Walaupun kajian menunjukkan bahawa halia mungkin boleh mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil, namun tiada kajian yang telah menyokongnya sebagai makanan yang “memanaskan”. Anda boleh menggunakan halia sebagai rempah dalam makanan berpantang tetapi pengambilan berlebihan mungkin boleh mengakibatkan ibu melepaskan “angin”. Percayalah, angin ini bukan daripada sendi atau kepala ibu yang baru lepas bersalin dan tiada kaitan dengan sebarang sakit belakang atau sakit sendi di masa hadapan.

Ikan Haruan

Pandangan tradisional: Sup ikan daripada ikan haruan segar mempunyai ciri merawat yang menggalakkan penyembuhan luka dalaman, terutama sekali wanita yang telah menjalani pembedahan Caesarean.
Kata doktor: Kajian menunjukkan bahawa ikan haruan mengandungi asid amino dan asid lemak tertentu yang penting untuk penyembuhan kecederaan. Secara amnya, makanan berprotein tinggi (seperti ayam itik, daging tanpa lemak, ikan dan produk tenusu) boleh mempercepatkan penyembuhan luka atau kecederaan. Ibuibu baru perlu memastikan pengambilan pelbagai jenis makanan sumber protein untuk membantu mereka pulih dengan segera.

Herba Cina

Pandangan tradisional: Sup herba disediakan menggunakan herba Cina tradisional tertentu, seperti kurma merah, kei zhi (wolfberry) dan dong guai (angelica), yang dikatakan boleh membantu menyihatkan darah, merawat simptom selepas bersalin seperti discaj yang berpanjangan dan membaiki tahap tenaga.
Kata doktor: Tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa herba Cina akan memanfaatkan ibu selepas bersalin, tetapi kajian telah menunjukkan bahawa herba-herba ini bersifat antioksidan. Kesan sedemikan mungkin boleh membantu menggalakkan penyembuhan tisu dan menguatkan sistem imun. Namun demikian, janganlah mengambil herba sehingga keterlaluan kerana antioksidan seperti vitamin C dan E boleh diperolehi secara semulajadi daripada buah-buahan dan sayuran.

Sayuran Labu (seperti labu botol dan timun Jepun)

Pandangan tradisional: Membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Kata doktor: Tiada makanan khusus yang boleh meningkatkan pengeluaran susu ibu. Namun demikian, bagi memastikan pengeluaran susu yang berterusan, minumlah cecair yang mencukupi untuk mengganti semula cecair yang hilang daripada tubuh anda. Anda juga perlu makan dan rehat dengan sempurna supaya mempunyai tenaga untuk penghasilan susu yang optimum. Yang paling penting, teruskanlah penyusuan susu ibu.

Ahad, 20 Oktober 2013

Kehebatan perkhidmatan bidan di Sweden

LAAFTMAN memeriksa kandungan Singelman di klinik Mama Mia, Sweden.

HANYA sekali menjalani ultrabunyi dalam tempoh sembilan bulan dan tidak perlu berjumpa doktor. Itulah gambaran penjagaan ibu-ibu mengandung di Sweden.

Walaupun tidak melakukan prosedur seperti negara-negara Barat lain, gaya penjagaan ibu mengandung di negara itu terbukti membawa kebaikan.

Organisasi Selamatkan Kanak-Kanak menyatakan, Sweden merupakan negara kedua terbaik di dunia untuk bakal ibu selepas Finland.

Menurut Laporan Kesihatan Perinatal Eropah 2010, negara tersebut mencatat kadar kematian terendah selepas Iceland iaitu sebanyak 1.5 kematian daripada 1,000 kelahiran manakala jumlah ibu yang meninggal semasa melahirkan anak ialah 3.1 daripada 100,000 kelahiran.

Di Sweden, bidan-bidan diberi kepercayaan untuk menjaga kesihatan ibu mengandung dan janinnya.

Ia merupakan satu-satunya rawatan yang boleh didapati oleh kaum wanita dan diberikan secara percuma kepada pesakit bawah faedah kesihatan negeri.

"Seorang doktor boleh dipanggil jika bidan mendapati ada sesuatu yang tidak kena kepada ibu yang mengandung," kata seorang bidan di pusat bandar Stockholm, Sofie Laaftman.

Bagi mereka yang biasa dengan rawatan perubatan intensif semasa mengandung, cara masyarakat Sweden mungkin dilihat sebagai rawatan asas sahaja.

Antara rawatan tersebut ialah ujian darah dan air kencing untuk mengesan kekurangan vitamin atau anomali, pemeriksaan tekanan darah ibu dan denyutan jantung janin serta nasihat pemakanan.

Bayi pramatang

Ibu yang mengandung normal tanpa sebarang komplikasi akan menjalani rawatan ultrabunyi sekali sahaja dalam tempoh sembilan bulan.

"Kehamilan adalah keadaan yang biasa dan ia tidak sakit," kata seorang Profesor Penjagaan Kesihatan dan Sains di Universiti Gothenburg, Marie Berg.

Laaftman turut menyokong kenyataan Berg dengan memberitahu kebanyakan wanita ber usia bawah 40 tahun tidak memerlukan rawatan rapi kerana tubuh badan mereka masih sihat dan mampu melahirkan anak. Ia adalah proses semula jadi bagi seorang ibu.

Kajian saintifik Kerjasama Cochrane membuat kesimpulan bahawa kebanyakan wanita yang tidak mempunyai komplikasi kehamilan mendapat banyak kelebihan jika menggunakan khidmat seorang bidan berbanding doktor.

KELAHIRAN bayi juga turut disambut oleh bidan dan doktor cuma akan dipanggil jika berlaku komplikasi. - Gambar hiasan

Penulis kajian itu menyatakan, penjagaan seorang bidan mampu mengurangkan jumlah kelahiran bayi pramatang. Di Sweden, hanya lima peratus kelahiran bayi lahir pramatang.

Segelintir ibu mengandung di negara itu yang kurang berinteraksi bersama bidan atau doktor akan mengalami kesukaran semasa melahirkan bayi mereka.

Seorang ibu mengandung, Christina Singelman, 31, berkongsi pengalaman kandungan pertamanya apabila dia dibelenggu rasa sunyi kerana kurang bertemu dengan doktor.

Singelman berkata, dalam tempoh kandungannya berusia 10 minggu, dia hanya mendapatkan satu rawatan di klinik bagi rawatan ultrabunyi.

Bagi Adina Trunk, 33, dia telah berjumpa dengan dua bidan berbeza untuk kedua-dua kandungannya kerana menghadapi masalah yang sama.

"Bidan-bidan ini sangat berwibawa, tetapi kaedah itu sendiri telah meletakkan mereka dalam kedudukan yang pasif atau kurang bercakap.

"Para ibu mengandung terpaksa mengambil inisiatif untuk bertanya soalan atau berkemungkinan berjumpa dengan pakar lain," katanya.

Kelahiran bayi

Di samping itu, kelahiran bayi juga turut disambut oleh bidan. Doktor akan terlibat sama jika berlakunya komplikasi semasa kelahiran bayi tersebut atau jika ibu mengandung meminta suntikan epidura.

Bidan di Sweden telah diberi kepercayaan penjagaan ibu mengandung sejak abad ke-18 lagi.

Peningkatan profesion perubatan moden pada hari ini turut memberi kesan kepada bidan-bidan apabila mereka terpaksa menyerahkan separuh daripada tanggungjawab kepada doktor.

Namun, bidan di Sweden tetap berterima kasih kepada sokongan yang telah diberikan oleh doktor sekali gus mewujudkan kesatuan yang kukuh.

Sistem itu juga tidak pernah dipersoalkan ekoran rekod prestasi yang kukuh.

Jumlah kelahiran bayi secara pembedahan juga rendah di Sweden dengan kira-kira 17 peratus pada 2011 dan hanya 10 peratus wanita melakukan episiotomi.

Episiotomi adalah pengguntingan kulit dan otot antara faraj dan dubur untuk melebarkan ruang bagi bayi keluar. - AFP

Rabu, 3 Julai 2013

Mencegah Infeksi kehamilan

Infeksi kehamilan adalah merupakan sesuatu hal yang harus dihindari oleh para ibu hamil. Karena akibat dampak efek infeksi kehamilan akan bisa menyebabkan janin yang dilahirkan menjadi cacat. Oleh karena itulah pengetahuan akan pencegahan infeksi kehamilan harus dimengerti dan dipahami oleh para ibu yang sedang mengandung demi kesehatan kehamilannya dan juga kesehatan janin selama dalam kandungan dan setelah melalui proses persalinannya nantinya.

Karena memang kondisi ibu hamil selama masa kehamilannya juga rentan terhadap penyakit infeksi, yang mana hal ini akan bisa berdampak kurang baik dan kurang sehat terhadap kehamilan dan juga janinnya itu sendiri maka sang ibu hamil harus bisa menjaga kehamilannya dengan baik dan melakukan berbagai hal yang bisa menjadikan dirinya ikut andil dan turut serta dalam mencegah infeksi kehamilan.

Tips Cara Mencegah Infeksi Kehamilan

Ada beberapa hal yang bisa menjadikan seorang ibu hamil terkena infeksi. Secara garis besar penyebab infeksi kehamilan terbagi menjadi 3 bagian besar yaitu :

  1. Infeksi Oleh Virus. Contohnya jenis virus yang bisa menyerang ibu hamil ini meliputi dari infeksi virus varisella zooster, sitomegalovirus, influenza, parotitis, enterovirus, rubeola, virus pernafasan, parfovirus, rubella.
  2. Infeksi Oleh bakteri. Contoh infeksi pada ibu hamil karena bakteri terdiri dari Streptokokus grup A, Streptokokus grup B, Shigella, Listeriosis, Mourbus Hansen, Salmonella.
  3. Infeksi Oleh Protozoa. Contoh infeksi pada ibu hamil karena protozoa ini terdiri dari infeksi Toksoplasmosis, Amubiasis, infeksi jamur. Ini adalah berbagai etiologi infeksi ibu hamil juga.

Ibu hamil rentan terhadap infeksi oleh karena pada saat kehamilan maka sel sistem kekebalan tubuh (sel T) jumlahnya akan terus meningkat yang hal ini bermanfaat serta mempunyai fungsi untuk melindungi bayi. Namun karena sel-sel ini sibuk dalam hal melindungi bayi yang sedang berkembang maka sang ibu hamil justru menjadi lebih rentan dan mudah untuk terkena infeksi.

Sistem kekebalan tubuh ibu hamil yang lemah inilah yang turut membuka jalan bagi terjadi infeksi pada ibu hamil itu sendiri. Infeksi selama kehamilan bila tak diwaspadai dapat berakibat fatal, baik bagi ibu dan bayi. Tapi jika didiagnosis pada tahap awal, mereka dapat disembuhkan.

Ada beberapa cara tips pencegahan infeksi ibu hamil yang bisa dilakukan oleh para ibu yang sedang mengandung dan juga bantuan serta support yang baik dari suami dan keluarga. Karena memang manfaat tujuan pencegahan infeksi pada kehamilan ini adalah salah satunya adalah tentunya melindungi ibu hamil dan bayinya dari infeksi dalam kehamilan.

Tips mencegah infeksi ibu hamil yaitu :

1. Menjaga Kebersihan Tangan Ibu Hamil.

Karena kita tahu bahwa sumber penyebaran penyakit dan infeksi salah satunya adalah melalui media tangan. Untuk itulah penting sekli untuk diperhatikan oleh para ibu hamil untuk menjaga kebersihan tangannya. Bisa dilakukan dengan cara mencuci tangan yang baik, yaitu dengan air yang mengalir.

Terutama juga bagi para ibu hamil yang bekerja di rumah sakit sebagai Petugas Tenaga Kesehatan atau tempat pelayanan kesehatan lainnya bisa dilakukan dengan cuci tangan berbasis alkohol. Karena memang tempat pelayanan kesehatan terutama rumah sakit adalah tempat penyakit dan juga bisa menjadi sumber terjadinya infeksi.

2. Menjaga Kebersihan Dan Kesehatan Makanan Yang Dikonsumsi.

Makanan bisa menjaga bahan untuk menjaga kesehatan dan kebugaran tubuh bila makanan tersebut adalah makanan yang sehat serta bergizi. Sebaliknya makanan yang kurang sehat bisa juga menimbulkan terjadinya sebuah penyakit. Bagi para ibu hamil hindari makanan mentah atau pun makanan yang kurang matang dalam pemasakannya. Karena akan bisa menjadi sumber terjadinya infeksi bumil (ibu hamil) terutama adalah infeksi toksoplasma.

3. Melakukan Imunisasi Ibu Hamil.

Pada jaman sekarang ini imunisasi untuk para ibu hamil untuk mencegah timbulnya penyakit serta infeksi mudah didapatkan. Karena dari beraneka ragam jenis imunisasi lengkap bagi bayi, imunisasi juga ada yang tersedia untuk menjaga kesehatan ibu hamil sendiri.

4. Menghindari Paparan Terhadap Orang Yang Sedang Terkena Infeksi.

Terutama dengan orang yang sedang terkena penyakit cacar atau pun penyakit rubella. Karena kedua jenis penyakit ini akan bisa berakibat fatal bagi bayi anda terutama pada awal-awal kehamilan.

5. Menjaga Kebersihan Lingkungan.

Ini adalah termasuk dalam pola hidup sehat yang harus dilakukan dan diterapkan oleh para ibu hamil untuk menjaga kesehatan kehamilannya tersebut. Menjaga lingkungan agar tetap bersih juga dalam rangka untuk menghindari penularan berbagai jenis penyakit yang menular seperti halnya demam berdarah, cacar atau malaria.

6. Rajin Memeriksakan Kesehatan Kehamilan.

Pemeriksaan kehamilan ini penting demi untuk mencegah hal-hal yang bisa berakibat kurang baik atau pun kurang sehat. Baik itu terhadap kesehatan ibu hamil maupun bagi kesehatan sang janin. Bila ada hal-hal yang membahayakan kehamilan dapat dideteksi secara dini dan dilakukan pengobatan dan perawatan oleh tenaga-tenaga kesehatan yang profesional.

Demikian beberapa hal yang bisa dilakukan dalam rangka mencegah infeksi kehamilan demi terjaganya kesehatan ibi hamil dan juga janinnya selama masa kehamilan dan juga proses persalinannya.

Ahad, 16 Jun 2013

Flek Ibu Hamil

Flek pada kehamilan memang kadangkala terjadi pada para ibu hamil. Tetapi apapun jenis flek yang terjadi pada saat mengandung harus tetap diwaspadai, apalagi yang baru pertama kali mempunyai pengalaman dalam kehamilan dan akan mempunyai calon buah hati anak yang pertama kalinya. Tentunya menjaga kesehatan ibu hamil tetap harus menjadi perhatian bagi para ibu hamil. Termasuk mengenali akan tanda flek ibu hamil yang perlu untuk diwasapadai bila ini terjadi pada kehamilan ibu-ibu semuanya.

Yang dimaksud dengan pengertian flek adalah perdarahan ringan (spotting) adalah bila jumlah darah yang keluar sedikit, bercak darah berasal dari organ dan berwarna merah atau kecokelatan dan tidak sampai mengotori pakaian dalam. Sedangkan yang dimaksud dengan perdarahan ibu hamil maka jumlahnya akan jauh lebih banyak daripada flek dan mengotori pakaian dalam. Ini tentunya jelas lebih serius dan juga berbahaya daripada flek coklat biasa.

Penyebab perdarahan ibu hamil kemungkinan bisa terjadi, jika ada bagian implantasi yang lepas dan tidak terjadi koagulasi (proses tubuh menghentikan atau menutup perdarahan yang terjadi pada hasil konsepsi).

Yang masuk dalam kategori normal adalah bila flek kehamilan ini seperti halnya menstruasi dan terjadi pada awal-awal kehamilan yang disebabkan olah karena darah yang dilepas saat telur hasil pembuahan melekatkan diri ke dinding rahim. Keluar flek (disebut juga spotting) adalah perdarahan ringan yang bisa terjadi kapan saja pada saat hamil, terutama pada flek trimester pertama kehamilan.

Penyebab Tanda Gejala Flek Ibu Hamil

Sekitar kurang lebih 20% wanita hamil dalam menjalani masa kehamilannya akan mengalami spotting pada trimester pertama. Hal ini bisa jadi merupakan bagian alami dari kehamilan, namun harus juga dipastikan dahulu bahwa hal ini tidak menimbulkan komplikasi yang membahayakan baik bagi ibu hamil sendiri maupun bagi sang janin.

Tanda gejala flek ibu hamil yang berbahaya adalah bila jumlah darah yang keluar cukup banyak, terjadi dalam kurun waktu yang lama, dan disertai dengan gejala lain, misalnya nyeri perut, keluarnya gumpalan darah atau jaringan, pingsan, lemas, disertai gejala semacam itu sangat perlu untuk diwaspadai karena bisa jadi hal ini merupakan tanda awal keguguran yang masuk dalam kategori kehamilan resiko tinggi.

Hal semacam ini bisa juga disertai dengan terjadinya keputihan pada kehamilan. Keputihan adalah disebabkan oleh karena meningkatnya aliran darah ke daerah kelamin ibu saat kehamilan. Pada kondisi yang normal, lendir yang keluar lebih encer, berwarna putih, namun tidak menyebabkan iritasi.

Sedangkan bila keputihan ini keluarnya adalah lendir yang kental, berwarna kekuningan dan berbau. Seringkali disertai dengan rasa gatal atau panas maka hal ini harus segera dikonsultasikan kepada dokter. Biasanya timbul karena infeksi atau pun jamur. Sehingga nantinya dokter bisa menjelaskan penyebab keputihan saat hamil dengan sejelas-jelasnya. Kita juga harus berhati-hati bila timbulnya flek atau perdarahan ini pada trimester kedua (II) atau pun timbul flek pada trimester III (ketiga).
Hal-hal lain yang berhubungan dengan penyebab perdarahan pada trimester I (pertama) kehamilan yang harus diwaspadai antara lain bisa disebabkan oleh karena :
1. Kehamilan Ektopik.
Sel telur yang telah dibuahi menempel di luar rahim bukan di dalam rahim sang ibu. Yang tersering adalah menempel pada tuba Falopi, sehingga janin tidak dapat berkembang karena kekurangan nutrisi yang pada umumnya disalurkan melalui plasenta. Tanda gejala ciri kehamilan ektopik antara lain nyeri perut dan juga perdarahan. Perdarahan akibat kehamilan ektopik sangat berbahaya karena hal ini akan bisa mengancam nyawa sang ibu.
2. Keguguran (Abortus).
Perdarahan yang keluar banyak dari organ kelamin ibu dari merupakan tanda awal keguguran, disertai dengan tanda gejala seperti nyeri perut dan rasa mulas. Perdarahan pada abortus ini bisa terjadi banyak juga bisa sedikit dan bila telah berumur janinnya akan bisa berbentuk jaringan hasil pembuahan.
3. Kehamilan Anggur / Mola (Mola Hidatidosa).
Pada keadaan ini, plasenta tidak terbentuk secara normal. Pada pemeriksaan USG dapat terlihat bukan janin yang berkembang, tetapi jaringan abnormal yang tumbuh.
4. Kelainan Di Leher Rahim.
Kelainan ini bisa berwujud polip atau bahkan kanker rahim. Keduanya bisa menyebabkan terjadinya perdarahan pada kehamilan atau di luar kehamilan. Di luar kehamilan ini maksudnya adalah keluar darah seperti menstruasi tetapi bukan pada saat menstruasi.
Ada beberapa cara tips mengatasi flek pada ibu hamil bila itu adalah kondisi yang tidak membahayakan dan patologis, diantara perawatan ketika terjadi flek atau perdarahan yaitu :
  1. Bila terjadi suatu hal yang berhubungan dengan flek perdarahan pada saat hamil, akan lebih baik untuk segera berkonsultasi dengan dokter yang berkompeten dalam bidang kesehatan kehamilan. Baik itu jumlahnya sedikit atau pun banyak. Itu semua demi untuk memastikan kesehatan ibu hamil dan kesehatan janin pula.
  2. Banyak istirahat (bedrest) dan tidak melakukan aktifitas yang berlebihan yang membutuhkan energi banyak. Ini adalah bagian dari pengobatan perawatan flek perdarahan.
  3. Untuk sementara tidak melakukan hubungan suami istri terlebih dahulu.
  4. Senantiasa berdoa dan berpikiran positif terhadap kehamilan yang sedang dijalaninya ini.

Demikian beberapa hal yang berkaitan dengan flek yang terjadi ibu hamil dan hubungannya dengan kesehatan kehamilan yang sedang dijalaninya selama 9 bulan masa kehamilan seorang ibu hamil.

Rabu, 22 Mei 2013

Petua Kehamilan | Kenapa Susah Nak Hamil

Bagi suami isteri - elakkan dari memakan bahan-bahan berikut:
a) Ajinomoto & seangkatan dengannya
b) cili @ tomato sos - kandungan ada angkatan ajinomoto
c) tomato
d) taugeh
e) peria yg beli kat pasar - tanam sendiri ok
f) kobis
g) makanan laut - kerang, sotong, ikan bakar
h) makanan yang dibakar terus (direct) dengan api - ikan bakar, satay
Amalkan amalan berikut, selepas solat atau bila-bila masa & ketika dimana jua:
a) Istigfar
b) Subhanallah
c) Alhamdulillah
d) Allah hu Akbar
e) Selawat keatas Nabi Muhammad SAW
Ketika mandi:
a) jirus tepat diatas kepala (bukan diubun-ubun) dengan niat mohon supaya dikeluarkan segala penyakit, angin & darah kotor, hati busuk, disihatkan tubuh badan & hati & dll. - iring sekali dengan selawat keatas Nabi Muhammad SAW (dalam hati)
b) cuci pusat dengan diiringi selawat keatas Nabi Muhammad SAW (dalam hati) MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA
Assalamualaikum Warahmatullah.
Ada yang meminta saya menulis artikel tentang waktu kesuburan wanita. Saya tahu ada yang dah sangat mahir.. kalau tak mahir takkan ada 6 orang askar kat rumah kan... hehe. Tapi yang baru-baru nak mencuba tuh tentu ada yang malu nak bertanya. Baik juga kalau tahu, InsyaAllah boleh kongsi dengan suami atau adik beradik atau anak-anak dara kat rumah.
Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.
KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
FAHAMI KITARAN HAID
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.  Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.
Selamat Mencuba!
Kepada mereka yang sukar untuk mengandung walaupun telah lama kahwin. Sila baca ‘post’ kali ini. Post kali ini menerangkan punca dan sebab-sebab mengapa anda sukar untuk mengandung. Ia juga memberikan beberapa nasihat yang patut anda amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Juga disertakan satu petua yang sangat baik untuk diamalkan.
Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup.
Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.
Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung.
Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta pelbagai rawatan kesuburan lainnya. Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan, ia hanya sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.
Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.
Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.
Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.
Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.
Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”
“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
“Sudah berkahwin?” saya menambah.
“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab.
Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.
“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.
Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin.
Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:
Elakkan:
Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
Makan junk food
Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
Makan burger dan nugget
Makan jambu batu
Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.
Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah
Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).
Tips Dan Petua Untuk Mudah Mengandung
Kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, saya ada menerima 1 email dari salah seorang pembaca setia blog pakarhowto ini.  Dalam email nya kepada saya, beliau telah berkongsi tentang tips dan petua bagaimana untuk mudah mengandung. Beliau menulis berdasarkan pengalaman sebenar beliau. Jadi saya rasa, adalah sangat wajar jika saya dapat berkongsi apa yang beliau kongsikan ini dengan anda semua.
Bilelah kita nak dapat anak ni??? huhu
Semoga apa yang dikongsikan ini, dapat sikit sebanyak memberikan panduan kepada mereka yang sedang berusaha untuk mendapat anak.
Berikut adalah kandungan email yang saya terima dari beliau.
Disini saya ingin juga berkongsi pengalaman berkaitan tips @ petua utk senang hamil walaupun saya masih belum hamil lg tp saya masih mencuba lagi ni.. Saya sudah berkajwin selama hampir 3 thn..Macam2 petua & tips telah saya amalkan tp mmg belum ada rezeki lagi tuhan nak bg..tidak mengapa..saya akan bersabar & berusaha sehingga dapat..insyallah..
Saya pernah mendapatkan rawatan doktor pakar..Saya pernah pergi utk membuat rawatan di LPPKN tp masih belum ‘melekat’ lg….tahun ini saya berjumpa dengan doktor pakar dan beliau ada mengatakan saya mengalami ‘Polycystic Ovary’/Ovari bengkak..itu adalah punca mengapa saya tidak mengandung sampai sekarang. Beliau menyuruh saya utk diet & turunkan berat bdn kepada berat badan ideal..Skg berat bdn saya 75kg dgn ketinggian 166 cm. doktor menyarankan utk saya menurunkan berat sehinnga 60kg iaitu kpd berat bdn ideal..Doktor mengatakan berat bdn yg berlebihan menyebabkan ovari saya bengkak..Doktor memberikan saya ubat subur & perlu dimakan selama 2 bln tetapi masih tidak mendatangkan hasil..Akhirnya doktor menyarankan saya utk membuat IUI..tp saya belum bersedia ke arah itu..biarlah saya terus mencuba..dan mencuba..
Tahun lepas saya ada mencuba produk ‘biodex’..ramai yg bercerita mengenai prduk tersebut & ramai yg telah menggunakannya mendapat anak…saya pun teringin mencuba..tp mmg bkn rezeki saya…xmenjadi juga..saya rasa ini disebabkan kerana saya tidak mengikut peraturannya..kadang2 saya mkn..kadang2 tidak..ini kerana kosnya yg begitu tinggi..xmampu utk saya meneruskannya…
Cuma saya mendapat tips drp pakar drp biodex mengenai mkn yg tidak boleh dimakn & dielakkan..saya tidak digalakkan utk memakan ‘fast food’ contohnya KFC, PIZZAHUT, MC DONALD, A&W dan sebagainya..Jika saya ambil ini akan menambahkan hormon lelaki (prostegen) dlm bdn kite sekaligus melambatkan lg proses utk mendapatkan anak..saya jugak tidak digalakkan utk memakn benda2 yg tajam & berangin contohnya nenas, ubi kayu, limau & sebagainya.
Diharap dgn hasil karangan saya ini dapatlah diguna pakai oleh org2 yg ingin mendapatkan anak..ada lagi tips2 utk mendapatkan anak ini tapi biarlah dulu..Akan saya karangkan kemudian.
Sekian, terima kasih.

Selasa, 7 Mei 2013

Pengguguran

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarahkatuh
Pada kehamilan muda,dimana usia janin masih sangat kecil, pengguguran dilakukan dengan cara menggunakan alat penghisap (suction).
Sang anak yang masih sangat lembut langsung terhisap dan hancur berantakan. Saat dikeluarkan,dapat dilihat cairan merah berupa gumpalan- gumpalan darah dari janin yang baru dibunuh tersebut.
Pada kehamilan lebih lanjut (1-3 bulan) Pada tahap ini,dimana janin baru berusia sekitar beberapa minggu, bagian-bagian tubuhnya mulai terbentuk. Pengguguran dilakukan dengan cara menusuk anak tersebut kemudian bagian-bagian tubuhnya dipotong-potong dengan menggunakan dengan semacam tang khusus untuk pengguguran(cunam abortus).
Anak dalam kandungan itu diraih dengan menggunakan tang tersebut,dengancara menusuk bagian manapun yang bisa tercapai. Bisa lambung, pinggang, bahu atau leher.
Kemudian setelah ditusuk, dihancurkan bagian-bagian tubuhnya. Tulang-tulangnya di remukkan dan seluruh bagian tubuhnya disobek-sobek menjadi bagian kecil-kecil agar mudah dikeluarkan dari kandungan.
Dalam klinik pengguguran, bisa dilihat potongan-potongan bayi yang dihancurkan ini. Ada potongan tangan, potongan kaki, potongan kepala dan bagian-bagian tubuh lain yang mungil. Anak tak berdosa yang masih sedemikian kecil telah dibunuh dengan cara yang paling mengerikan.
Pengguguran pada kehamilan lanjutan (3 sd 6 bulan) Pada tahap ini, bayi sudah semakin besar dan bagian-bagian tubuhnya sudah terlihat jelas. Jantungnya sudah berdetak, tangannya sudah bisa menggenggam. Tubuhnya sudah bisa merasakan sakit, karena jaringan syarafnya sudah terbentuk dengan baik. Penggugurandilakukan dengan terlebih dahulu membunuh bayi ini sebelum dikeluarkan.
Pertama,diberikan suntikan maut (saline) yang langsung dimasukkan kedalam ketuban bayi. Cairan ini akan membakar kulit bayi tersebut secara perlahan- lahan, menyesakkan pernafasannya dan akhirnya setelah menderita selama berjam- jam sampai satu hari bayi itu akhirnya meninggal. Selama proses ini dilakukan, bayi akan berontak, mencoba berteriak dan jantungnya berdetak keras. Pengguguran bukan saja merupakan pembunuhan, tetapi pembunuhan secara amat keji. Setiap wanita harus sadar mengenai hal ini.
Pengguguran pada kehamilan besar (6 sampai 9 bulan) Pada tahap ini,bayi sudah sangat jelas terbentuk. Wajahnya sudah kelihatan, termasuk mata, hidung, bibir dan telinganya yang mungil. Jari-jarinya juga sudah menjadi lebih jelas dan otaknya sudah berfungsi baik.Untuk kasus seperti ini,proses pengguguran dilakukan dengan cara mengeluarkan bayi tersebut hidup-hidup, kemudian dibunuh. Biasanya langsung dilemparkan ke tempat sampah,ditenggelamkan kedalam air atau dipukul kepalanya hingga pecah. Sehingga tangisannya berhenti dan pekerjaan pengguguran itu selesai.
Selesai dengan tuntas,hanya saja darah bayi itu yang akan mengingatkan orang- orang yang terlibat didalam pengguguran ini bahwa pembunuhan keji telah terjadi.
TAHUKAH ANDA …
Semua proses ini seringkali tidak disadari oleh para wanita calon ibu yang melakukan pengguguran. Mereka merasa bahwa pengguguran itu cepat dan tidak sakit,mereka tidak sadar karena dibawah pengaruh obat bius. Namun bagi bayi, itu adalah proses yang sangat mengerikan, menyakitkan dan benar-benar tidak manusiawi. Kematian bayi yang tidak berdosa itu tidak disaksikan oleh sang calon ibu. Seorang wanita yang kelak menjadi ibu yang seharusnya memeluk dan menggendong bayinya, namun ia telah menjadi algojo bagi anaknya sendiri. Semoga bermanfaat dan dijadikan renungan

Khamis, 11 April 2013

Waktu Subur

Kehamilan dalam sebuah kehidupan rumah tangga adalah tentunya akan menjadi idaman. Karena dengan kehadiran buah hati akan bisa meramaikan dan melengkapi suasana sebuah keluarga. Masa subur seorang wanita berkaitan erat dengan siklus haid. Menstruasi haid adalah perubahan fisiologis dalam tubuh wanita yang terjadi secara berkala dan dipengaruhi oleh hormon reproduksi baik FSH-Estrogen atau LH-Progesteron. Periode ini penting dalam hal reproduksi. Pada wanita, biasanya akan terjadi dalam tiap bulannya antara usia remaja sampai menopause. Itu adalah pengertian haid datang bulan.

Cara Rumus Menghitung Masa Subur

Setelah kita mengetahui akan siklus haid maka kita beranjak ke masa subur wanita. Yang dimaksud dengan masa subur adalah suatu masa yang berada dalam siklus menstruasi wanita dimana waktu tersebut sel telur yang telah matang siap untuk dibuahi. Sehingga bila istri melakukan hubungan seksual pada waktu tersebut kemungkinan akan membuahkan kehamilan akan lebih besar.

Pengertian masa subur yang lainnya adalah masa yang berada disekitar waktu keluarnya sel telur tersebut (pada umumnya bagi yang mempunyai siklus menstruasi 28-30 hari berada antara hari ke 12 hingga hari ke 18 dihitung dari hari pertama menstruasi ). Pada saat tersebut tingkat kesuburan wanita yang berpotensi sebuah kehamilan jika berhubungan.

Ada beberapa hal yang perlu menjadi perhatian bila kita akan menentukan dan menghitung masa subur ini. Cara menghitung masa subur ini kita perlu perhatikan beberapa aspek berikut ini :

Sistem Kalender.

Sistem ini biasanya juga digunakan oleh pasangan suami istri ketika menggunakan KB alami atau disebut pula dengan kontrasepsi alami. Dengan sistem kalender ini akan bisa dihitung masa subur dan masa tidak subur pada seorang wanita. Yang menginginkan kehamilan tentunya pula bisa menggunakan metoda ini untuk berusaha mendapatkan momongan. Cara menghitungnya perlu tahu juga apakah siklus haid teratur atau tidak teratur. Bagi yang teratur menstruasinya masa subur anda akan berlangsung 14 +/- 1 pada hari haid berikutnya. Ini berarti bahwa masa subur anda berlangsung pada hari ke 13 sampai hari ke 15 sebelum tanggal haid yang akan datang.

Bila menstruasi tidak teratur maka kita harus tahu siklus selama 6 bulan dahulu. Jumlah hari pada siklus terpanjang yang didapatkan, dikurangi dengan 11 akan diperoleh hari subur terakhir dalam siklus haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada siklus terpendek dikurangi 18, maka dari ini akan diperoleh hari subur pertama dalam siklus haid tersebut.

Kita bisa ambil contoh sebagai berikut : siklus terpanjang = 31, sedangkan siklus terpendek = 26, maka masa subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke 8 sampai hari ke 20. Ketika kita mengetahui akan masa subur tersebut maka berhubungan suami istri pada saat itu tepat sekali dan dianjurkan.

Mengukur temperatur suhu tubuh.

Normal suhu tubuh berada dalam kisaran 35,5 – 36 derajat celsius. Saat ovulasi berlangsung maka suhu bisa mencapai 37 – 38 derajat celcius dan tidak akan kembali ke suhu normal 35 derajat. Kenaikan suhu tubuh terjadi apabila sudah terbentuknya hormon progesteron yang bertugas menyiapkan jaringan dalam rahim untuk menerima sel telur yang telah di buahi.

Hanya saja cara ini tidak semudah cara dan rumus menghitung masa subur yang pertama. Pengukuran ini dilakukan pada saat bangun tidur dengan memasukkan termometer ke dalam dubur atau mulut vagina selama 5 – 6 menit. Tutup kembali mulut vagina selama pengukuran berlangsung, lakukan hal ini setiap hari pada jam yang sama selama 3 bulan.

Dengan melakukan pemeriksaan dengan USG.

Dengan alat yang satu ini akan lebih jelas terlihat karena pemeriksaannya langsung melihat organ-organ dalam yang berkaitan dengan organ reproduksi wanita.

Melakukan pemeriksaan dengan alat uji masa subur.

Alat uji masa subur ini atau disebut pula dengan ovulation test adalah hal yang paling mudah dalam melakukan cara tahu masa subur wanita. Bekerjanya alat bantu tes ini adalah mendeteksi perubahan-perubahan yang terjadi di dalam tubuh sesaat sebelum ovulasi. Sahabat-sahabat bisa langsung menanyakan di tempat apotik yang menjual alat ini. Dan bagaimana cara bekerjanya serta kapan waktu memeriksanya. Karena alat ini bisa ditemukan di apotik-apotik juga.

Khamis, 28 Februari 2013

Tanda-tanda hamil

Perempuan Hamil
Tanda-tanda Kehamilan
Bagi wanita yang baru pertama kali hamil, adakalanya mereka tidak menyedari diri sedang berbadan dua. Namun, mereka mungkin merasi ada sesuatu yang tidak kena pada tubuh terutama selepas tidak mengalami haid. Terdapat beberapa tanda awal kehamilan yang dialami sebahagian wanita. Sesetengah wanita pula mungkin langsung tidak mengalami petanda ini. Antaranya:

1. Rasa lapar berpanjangan
- Ini gejala biasa yang mungkin turut berlaku kepada individu yang tidak hamil. Namun, jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini kerana ia mungkin disebabkan perubahan hormon tetapi jika ia dituruti petanda lain, ambillah tindakan selanjutnya.

2. Mengidam
- Bagi wanita hamil, adakalanya keinginan terhadap sesuatu jenis makanan membuak-buak. Ini membuatkan mereka mahu mendapatkannya walau dalam apa keadaan sekalipun. Suami tentu menjadi ‘mangsa’ tetapi ia juga satu pengalaman menarik tetapi tidak semua wanita mengalaminya. Oleh itu, hayati pengalaman hamil sebaik mungkin kerana ia tidak akan sama untuk setiap kehamilan.

3. Perubahan warna disekeliling payudara
- Apabila kulit di sekeliling payudara menjadi kehitaman, ini mungkin menunjukkan wanita itu sudah beberapa minggu hamil. Tetapi, ia juga boleh berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon dan tidak berkaitan dengan kehamilan atau kandungan terdahulu.

4. Kerap membuang air kecil
- Apabila janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing, wanita hamil akan mengalami kekerapan untuk membuang air. Ia perkara normal berlaku pada setiap wanita hamil.

5. Cepat letih dan tidak bermaya
- Keletihan melampau ini menyebabkan wanita itu seolah-olah tiada tenaga sepanjang masa. Hormon dikeluarkan pada awal kehamilan boleh membuatkan wanita itu berasa cepat letih. Rasa letih serta tidak bermaya ini kerap berlaku pada awal kehamilan.

6. Rasa sakit dan tegang di bahagian payudara
- Sekiranya hamil, payudara menjadi sedikit sensitif dan adakalanya sakit pada sentuhan. Ia seakan-akan sama dengan ketidakselesaan yang terjadi pada payudara sebelum haid. Namun, ia akan berkurangan apabila badan sedah biasa dengan peningkatan hormon ini, malah kesakitan akibat ketegangan juga semakin berkurangan.

7. Rasa loya dan muntah
- Sekiranya bernasib baik, alahan begini tidak akan menyerang kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi terdapat segelintir wanita mula berasa mual dan luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari hamil.

8. Lewat datang bulan
- Sekiranya waktu haid teratur sebelum berlakunya kelewatan, ujian air kencing untuk kehamilan perlu dilakukan untuk mendapatkan kepastian. Ini membolehkan langkah awal pemeriksaan dan penjagaan untuk si ibu dan bayinya.

9. Ujian air kencing positif
- Jika sudah beberapa hari lewat didatangi haid dan terdapat dua jaluran pada alat ujian kehamilan, kemungkinan wanita itu sudah mengandung. Paling penting, berjumpa pakar untuk mendapatkan kepastian serta mengenal pasti bentuk penjagaan diri dan bayi sebaik mungkin.

Rabu, 30 Januari 2013

Peluang hamil 5 kali ganda

Saya berkahwin pada pertengahan 2010 dan kini berumur 27 tahun. Saya sudah menjalani semua ujian kesuburan termasuk ujian darah, ujian tiub follopio dan rahim termasuk air mani. Alhamdulillah, doktor pakar sakit puan mengesahkan saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk hamil namun hingga kini saya masih tidak hamil. Ujian yang saya ambil itu pada akhir 2011 sehingga 2012.

Saya juga pernah menghidap hipertiroid pada 2006 dan sudah sembuh pada 2008 setelah saya mendapatkan rawatan. Saya dinasihatkan untuk berhenti mengambil ubat kerana menurut doktor, dikhuatiri akan berlaku hormon tiroid yang rendah. Setelah berkahwin pada 2010, saya dapati tiroid saya kembali.

Setelah mendapatkan rawatan susulan, doktor menasihatkan untuk mengambil ubat dan mengurangkan dos sehingga seterusnya memberhentikan pengambilan. Pada pertengahan 2011, ia kembali normal dan sehingga kini, saya menjalani pemeriksaan susulan sehingga September 2012, ia didapati normal dan tiada masalah. Saya sudah mencuba pelbagai ubat yang disarankan doktor termasuk diberikan clomid sehingga enam bulan tetapi masih gagal hamil. Selepas itu, saya disarankan menjalani rawatan permanian berhadas (IUI) dan diberikan suntikan puregeon 300IU sebanyak 50IU setiap kali suntikan dan diambil pada hari kelima haid.

Ketika rawatan terbabit, ada dua telur bersaiz matang dan berdiameter 16 hingga 18 milimeter. Doktor juga memantau ketebalan rahim dan semuanya normal namun masih lagi gagal hamil. Kini saya menjalani rawatan IUI untuk kali kedua dan masih menggunakan dos yang sama iaitu sebanyak 50IU tetapi disuntik bermula pada hari kedua haid sehingga hari ke-11 haid. Pada hari ke-12, saya mengambil satu suntikan untuk membantu proses pematangan telur dan akan melakukan prosedur iui pada hari ke-14.

Saya berharap doktor dapat menjelaskan masalah sebenar yang saya hadapi sekali gus membantu saya. Apakah tindakan yang harus saya lakukan? Saya akui rezeki di tangan-Nya tetapi saya dan suami tidak mahu berputus asa dan sentiasa akan berusaha.

AMIRA,
Pulau Pinang.

Jika benar anda tidak mempunyai masalah kesuburan yang dapat dikenal pasti, ini bermakna doktor sudah mengesahkan bahawa:

  • Secara ultrabunyi, rahim anda normal terutama pada lapisan endometrium. Ovari anda pula menunjukkan pembesaran telur dan pengeluaran telur dengan sendirinya (lazimnya juga kitaran haid anda tetap).
  • Ujian semudah HSG menunjukkan ruang rahim anda berbentuk normal dan kedua-dua tiub fallopio anda juga tidak tersumbat.
  • Ujian air mani suami pula menunjukkan jumlah sperma yang normal serta kualitinya cantik (jenis pergerakan serta bentuknya). Justeru, doktor lazimnya menggalakkan anda mencuba (melakukan hubungan seks penetratif sebanyak dua hingga tiga kali seminggu) dengan pil yang mengandungi bahan clomiphene citrate sehingga enam bulan, sama ada dengan atau tanpa pemantauan ultrabunyi trans-vaginal kawasan pelvis. Ini sama seperti yang anda lalui.
  • Dalam tempoh itu atau selepas tempoh itu, doktor mungkin akan menasihatkan anda menjalani IUI. Ini sama ada menggunakan ubat yang sama (memandangkan ovari dan rahim anda normal) ataupun menggunakan suntikan hormon mengandungi bahan FSH yang dapat merangsang lebih banyak kantung telur serta tidak memberikan kesan sampingan terhadap penebalan lapisan endometrium, cuma harganya jauh berbeza mahalnya.

    Apabila didapati sudah bersedia (bilangan serta saiz kantung telur dan ketebalan lapisan endometrium yang dikehendaki), IUI lazimnya dilakukan pada hari yang ditetapkan bergantung kepada maklumat tambahan.

    Jika tidak berjaya, proses IUI yang sama boleh diulangi atau dos ubat ditambah jika protokol rawatan sebelum itu tidak mencapai apa yang dikehendaki doktor. Pada usia anda dan hasil pemeriksaan kesuburan tidak menunjukkan terdapat masalah, IUI dilaporkan dapat meningkatkan peluang kehamilan sebanyak empat hingga lima kali ganda. Kajian menunjukkan peluang IUI secara kumulatif meningkat pada kadar terus yang menaik dalam tiga percubaan pertama, percubaan IUI keempat tidak menambah kejayaan kehamilan dengan banyak dan plot graf menunjukkan garisan yang hampir mendatar. Jika masih belum berjaya dengan IUI, rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) mungkin pilihan seterusnya.

    Seperti mana-mana rawatan kebanyakan penyakit lain, rawatan kesuburan juga berbentuk individu atau khusus dan memerlukan pengalaman atau kesenian dalam memeriksa, memantau dan melakukan prosedur walaupun semudah IUI, ia bukanlah bersifat teknikal semata-mata.

    Tidak semua pasangan yang mempunyai profil seperti anda berdua dan menunjukkan respon yang sama, malah mungkin memerlukan pendekatan yang berbeza.

    Selain itu, tidak semua wanita mengalami hari subur pada hari ke-14, justeru jadual IUI tidak semestinya tetap pada hari ke-14.

    Pengalaman peribadi saya melakukan IUI yang membuahkan kehamilan pada hari lebih lewat lagi, ada beberapa kes antaranya menjalani IUI pada selewat hari ke-21 hingga ke-25. Kita ada mendengar terdapat perbezaan peratus kejayaan sesuatu rawatan kesuburan antara pusat kesuburan berbeza (kerana perbezaan teknik 'mencuci' air mani, jenis media atau pelarut serta alat kateter IUI yang digunakan) mahupun antara doktor dalam hospital yang sama (kerana penilaian pemantauan kantung telur dan rahim yang berbeza dan penggunaan ubat rangsangan dan ubat 'menguatkan' rahim juga berbeza).

    Ahad, 20 Januari 2013

    Awas tiroid antara sebab keguguran

    Awas tiroid antara sebab keguguranAida, 32, mempunyai masalah tiroid sejak sebelum hamil lagi. Namun, masalah ini dapat dikawal dengan pengambilan pelbagai jenis ubat termasuk cara perubatan tradisional.

    Walau bagaimanapun, apabila hamil anak sulung, masalah tiroid kembali dialami. Masalah tiroidnya semakin meruncing semasa trimester pertama lagi. Selain kuat makan, Aida juga kerap menggeletar badan dan cepat berpeluh.

    Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi Hospital Pakar KPJ Selangor, Doktor Haji Mohd Nazri, tiroid adalah sejenis penyakit yang memberi kesan kepada kelenjar tiroid. Ia merupakan kelenjar endoktrin yang mengeluarkan hormon tiroksin (T4) dan hormon triodotiromin (T3). Biasanya ia terletak di pangkal leher atau di bahagian depan saluran pernafasan atau trakea dan juga saluran makan. Hormon tiroid berfungsi untuk mengawal kadar metabolisma badan. Di kalangan wanita terutama yang berusia 20 tahun ke atas, terdapat dua jenis tiroid yang biasa dialami iaitu hipertiroid (lebih kerap berlaku) dan hipotiroid.

    “Di kalangan wanita hamil, tiroid biasanya berlaku seawal trimester pertama. Walau bagaimanapun, wanita yang mempunyai masalah tiroid ini tidak perlu terlalu bimbang keran mereka masih boleh menjaga dan melindungi kesihatan janin dengan belajar dan mengetahui kesannya terhadap kehamilan dengan mengekalkan ujian fungsi tiroid terhadap kehamilan itu sendiri serta mengambil ubat-ubatan yang diperlukan serta mengikut nasihat pakar berkaitan penggunaan ubat-ubatan ini agar tidak menjejaskan kandungan,” jelas Dr Nazri.

    Tambahnya, walaupun tiroid boleh memberi kesan kepada ibu dan bayi, tetapi pada masa yang sama tiroid juga mempunyai fungsi tersendiri kepada ibu dan bayi berkenaan. Dalam tempoh 10-12 minggu pertama kehamilan, bayi akan bergantung sepenuhnya kepada ibu untuk pengeluaran hormon tiroid. Bayi hanya akan menghasilkan hormon tiroidnya sendiri pada akhir trimester pertama. Walau bagaimanapun, bayi masih bergantung kepada ibu untuk jumlah pengambilan iodin yang mencukupi dan penting untuk menghasilkan hormon tiroid.

    “Walau bagaimanapun, risiko bagi ibu hamil yang menghidap tiroid dan tidak memantau dengan betul atau secara teratur masalah ini memungkinkan menjadi salah satu punca keguguran bayi yang dikandungkan, bersalin awal, bayi pramatang, uri lekang awal serta boleh meningkatkan risiko darah tinggi. Sementara bagi bayi dalam kandungan itu pula, keadaan yang dihadapi ibu itu mungkin boleh menjejaskan IQ serta pertumbuhan bayi (bayi kecil),” jelasnya lagi.

    Hipertiroidisme & Kehamilan
    Secara keseluruhannya, punca tiroid paling biasa (80-85%) semasa hamil adalah penyakit Graves (mengambil sempena orang pertama yang menemui penyakit ini). Ia berlaku 1:1,500 di kalangan wanita hamil. Di samping itu, sebab-sebab lain hipertiroidisme adalah tahap hCG yang tinggi yang biasa dilihat semasa alahan teruk (morning sickness).

    “Penyakit Graves biasanya hadir semasa trimester pertama atau mungkin diburukkan lagi sekiranya wanita hamil berkenaan mempunyai masalah gangguan (disorder). Di samping itu, gejala klasik yang dikaitkan dengan hipertiroidisme ialah masalah hipertiroidisme ibu yang tidak dirawat sehingga boleh menyebabkan kelahiran pramatang atau komplikasi serius yang dikenali sebagai pra-eklampsia.

    Selain itu, wanita yang mempunyai penyakit Graves aktif semasa mengandung juga berisiko tinggi untuk mendapat hipertiroidisme sangat teruk yang dikenali sebagai Thyroid Storm. Penyakit Graves sering meningkat semasa trimester ketiga kehamilan dan boleh memburukkan keadaan semasa tempoh selepas bersalin,” terang Dr Nazri lagi. Risiko hipertiroidisme kepada bayi pula bergantung kepada hipertiroidisme ibu. Sekiranya hipertiroidisme ibu yang tidak dikawal, ia boleh menyebabkan masalah tachycardia pada janin (kadar denyutan pantas), bayi kecil, lahir tidak cukup bulan, kelahiran mati dan malformations. Inilah antara sebab kenapa rawatan hipertiroidisme terhadap ibu sangat penting.

    Pengambilan dadah anti-tiroid oleh ibu juga boleh menjejaskan bayi dalam kandungan sekiranya tidak dikawal. Pengambilan ubat dadah terapi jenis Methimazole (Tapazole) atau propylthiouracil (PTU) untuk rawatan hipertiroidisme juga dilihat boleh menjejaskan fungsi tiroid bayi dan menyebabkan penyakit Goiter.

    Simptom & Rawatan
    Lazimnya, antara simptom-simptom bagi penghidap hipertiroid adalah seperti selera makan bertambah, berat badan menurun, menggeletar jari tangan, berdebar-debar, kerap berpeluh, badan terasa panas dan mudah marah. Ia sedikit berbeza dengan simptom hipotiroid di mana pesakit menjadi gemuk, badan sering terasa sejuk, ingatan terganggu, kaki membengkak, kuat tidur dan berasa malas. Diagnosis biasanya dilihat menerusi tanda-tanda atau gejala tiroid berkenaan. Rawatan yang dijalankan pula adalah bergantung kepada tahap penyakit yang dihidapi. Doktor akan membuat imbasan awal risiko pesakit tiroid dan memberikan diskripsi ubat-ubatan bersesuaian dengan tahap penyakit. Hipertiroidisme ringan (gejala dan tahap hormon tiroid sederhana) biasanya hanya dipantau tanpa terapi selagi kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan baik. Apabila hipertiroidisme yang teruk memerlukan terapi, ubat-ubatan anti-tiroid akan menjadi rawatan pilihan dengan berpandukan kepada sejarah penggunaan dadah dalam rawatan sebelumnya.

    Matlamat rawatan terapi adalah untuk membebaskan ibu daripada masalah T4 dan T3 dengan julat normal tinggi pada dos ubat anti-tiroid terendah. Jumlah tahap hormon ini diharap dapat mengurangkan risiko pembentukan hipotirodisme atau Goiter pada bayi. Walau bagaimanapun, sekiranya ibu hamil terpaksa menjalani rawatan terapi hipertiroidisme semasa hamil, ia hendaklah dipantau dengan teliti. Pembedahan membuang kelenjar tiroid jarang disarankan kepada ibu hamil kerana ia mungkin berisiko sama ada dari segi pembedahan itu sendiri mahupun anestesia kepada ibu dan bayi. Penggunaan rawatan radioaktif iodine semasa hamil juga tidak digalakkan kerana ia boleh mengakibatkan kemusnahan kelenjar dan menyebabkan hipotiroidisme kekal.

    Rawatan Beta-blockers boleh digunakan semasa hamil untuk membantu merawat gegaran dan debaran disebabkan hipertiroidisme. Walau bagaimanapun, ia harus digunakan dengan berhati-hati untuk mengelak menjejaskan pertumbuhan bayi.

    Hipertiroidisme/Penyakit Graves selepas bersalin
    Biasanya hipertiroidisme/penyakit Graves akan menjadi lebih teruk dalam tempoh tiga bulan pertama selepas bersalin jika tidak dipantau dan dikawal sedari awal. Sekiranya ini berlaku, dos ubat-ubatan anti-tiroid yang tinggi diperlukan. Biasanya, pada masa ini, pemantauan rapi ujian fungsi tiroid adalah perlu. Walau bagaimanapun, ibu yang menghidap masalah ini yang sedang dirawat dengan ubat anti-tiroid masih boleh menyusukan bayinya tetapi dengan pemantauan pengambilan jenis ubat.

    Khamis, 28 Jun 2012

    10 Tips Untuk Hamil Dengan Cepat!

    Foto: 10 Tips Untuk Hamil Dengan Cepat!<br /><br />Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama.<br /><br />Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.<br /><br />Sekiranya anda merancang untuk hamil di sini terdapat 10 tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat dan selamat.<br /><br /><br />1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi - Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.<br /><br />2. Jumpa doktor anda - Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.<br /><br />3. Dapatkan berat badan yang ideal - Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.<br /><br />4. Ketahui waktu subur anda - Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.<br /><br />5. Hubungan seks yang lebih kerap - Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk memastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan bahagian servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.<br /><br />6. Tingkatkan kesuburan suami - Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mengamalkan cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elakkan dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin juga menjadi penyebab anda lambat hamil.<br /><br />7. Mengambil multivitamin - Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan kuantiti pengeluaran sperma.<br /><br />8. Bersenam secara rutin - Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.<br /><br />9. Mengambil makanan yang seimbang - Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semula jadi.<br /><br />- Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan segera)<br /><br />- Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.<br /><br />- Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.<br /><br />- Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.<br /><br />- Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.<br /><br /><br />10. kurangkan Tekanan - Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:<br /><br />- Memasak.<br />- Bersenam.<br />- Mendengar muzik.<br />- Membaca dan mendengar audiobooks.<br />- Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri.<br />- Habiskan masa dengan kawan dan keluarga.<br />- Beromantik dengan suami.Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat. Sekiranya anda merancang untuk hamil di sini terdapat 10 tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat dan selamat.
    1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi - Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
    2. Jumpa doktor anda - Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG (hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.
    3. Dapatkan berat badan yang ideal - Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
    4. Ketahui waktu subur anda - Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
    5. Hubungan seks yang lebih kerap - Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk memastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan bahagian servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
    6. Tingkatkan kesuburan suami - Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mengamalkan cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elakkan dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin juga menjadi penyebab anda lambat hamil.
    7. Mengambil multivitamin - Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan kuantiti pengeluaran sperma.
    8. Bersenam secara rutin - Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
    9. Mengambil makanan yang seimbang - Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semula jadi.
    - Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat
    - Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
    - Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
    - Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
    - Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
    10. kurangkan Tekanan - Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
    - Memasak.
    - Bersenam.
    - Mendengar muzik.
    - Membaca dan mendengar audiobooks.
    - Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri.
    - Habiskan masa dengan kawan dan keluarga.
    - Beromantik dengan suami.