Memaparkan catatan dengan label Bussiness. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bussiness. Papar semua catatan

Isnin, 22 Disember 2014

Maxis Tidak Ingin Caj PPU – Ingin membolehkan Lebih Ramai Menggunakan Pelan Data

Pejabat Maxis 

Malam semalam, kami telah berpeluang meluangkan sedikit masa dengan CEO Maxis, dimana beliau telah berkongsi beberapa perkara mengenai Maxis dan pembaharuan yang telah dilakukan oleh mereka akhir-akhir ini. Menjadi fokus utama dalam perkongsian CEO Maxis, Morten Lundal adalah perkongsian mengenai penggunaan data yang semakin meningkat dari hari ke hari.

Morten mengatakan salah satu sebabnya adalah kerana lebih ramai mengakses kandungan melalui telefon pintar mereka, termasuk menonton video yang menggunakan data yang agak tinggi. Menurut Morten, pada rangkaian mereka, pengguna prabayar menggunakan secara purata 800MB sebulan, sementara pengguna pascabayar pula menggunakan secara purata sebanyak 1.4Gb sebulan.

Secara kasarnya, pengguna umum di rangkaian Maxis menggunakan dibawah 2GB untuk sebulan. Penggunaan data mudah-alih lebih digunakan ketika mereka berada di kawasan tanpa WiFi, sebaliknya ketika berada di rumah dan pejabat, mereka mungkin menghubungkan ke rangkaian WiFi, dan mengurangkan penggunaan data mereka.
”Lebih 50% Pengguna Hotlink Menggunakan Telefon Pintar, Purata 800MB sebulan”
Akhir-akhir ini, pihak Maxis telah mula memperluaskan sokongan rangkaian 4G LTE mereka lebih luas, berbanding hanya sekitar Lembah Klang sahaja sebelum ini. Kami sendiri merasai perubahan ini, apabila kebanyakkan kawasan yang kami kunjungi akhir-akhir ini dilihat telah disokong dengan rangkaian 4G LTE, dan seperti biasa, pengguna memerlukan peranti dengan sokongan rangkaian 4G LTE untuk dapat menikmatinya.

Disamping itu, pihak Maxis turut berkongsi mengatakan melalui penawaran #Hotlink yang diperkenalkan pada tahun lepas, ia telah menarik lebih ramai mula menggunakan data pada peranti mereka. #Hotlink merupakan salah satu pelan yang disediakan untuk pengguna prabayar, dimana mereka boleh menggunakan data secara percuma pada kelajuan 64kbps.

Maxis turut mengatakan penawaran #Hotlink telah memberikan kesan negatif kepada penggunaan SMS pada rangkaian mereka. Sejak ia diperkenalkan, penghantaran SMS telah berkurangan pada rangkaian prabayar, sebaliknya pengguna dilihat lebih menggunakan perkhidmatan permesejan seperti WhatsApp untuk berinteraksi memandangkan data ditawarkan secara percuma.

“Maxis ingin menawarkan langganan data tanpa kerisauan.” Morten turut mengatakan yang mana mereka tidak lagi ingin memfokuskan kepada persaingan, sebaliknya ingin memfokuskan untuk membolehkan lebih ramai menggunakan rangkaian data, disamping menawarkan khidmat pelanggan yang baik kepada pelanggan mereka.

Pada masa yang sama, Morten turut berkongsi mengatakan mereka telah mula membuat perubahan pada cara Maxis beroperasi sebagai organisasi. Mereka kini telah lebih kurang menggunakan kertas dalam urusan pejabat mereka, dan ingin menjadi antara syarikat bebas kertas tidak lama lagi. Perkara ini dijangka akan diubah secara berkadar dari organisasi kepada penawaran mereka kepada pelanggan.
Pejabat Maxis KLCC
Muat-Turun Aplikasi Hotlink Red dan terima kredit RM5Pejabat mereka juga telah mula diubah-suai sedikit demi sedikit, dimana semua pekerja termasuk CEO dan mereka berjawatan tinggi bekerja dalam keadaan yang terbuka, dan tidak lagi menggunakan bilik-bilik khas seperti organisasi tradisional. Tempat duduk Morten sendiri adalah selari dengan semua pekerja lain, membolehkan mereka berinteraksi dan menyampaikan sesuatu pesanan dengan lebih efektif.

Menyentuh secara ringkas untuk tahun 2015, mereka dilihat akan memfokuskan lebih kepada penawaran data yang baik, namun tiada sebarang perancangan untuk penukaran harga penawaran dilihat buat masa ini. Maxis turut mengatakan mereka akan memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi MyMaxis mereka, disamping menambah lebih banyak penawaran melalui aplikasi Hotlink. Bagi anda yang menggunakan rangkaian Hotlink, mungkin boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma untuk menguruskan akaun anda, dan menerima kredit percuma sebanyak RM5 kerana memuat-turunnya.

Isnin, 18 Ogos 2014

Order Shaklee Guna esell

Sekarang Shaklee betul-betul 'ALL OUT' untuk membantu pelanggan mendapatkan produk Shaklee dengan mudah. Buktinya baru-baru ini Shaklee telah melancarkan satu perisian yang MESRA PENGGUNA supaya pelanggan dapat membeli secara ONLINE menggunakan Kad Kredit/Kad Debit tanpa perlu mendaftar Paypal. 

Sistem yang diberi nama ESELL ini adalah SELAMAT kerana ia telah dilengkapi dengan sistem keselamatan terkini hasil kolaborasi Shaklee dan bank-bank pemegang kad anda. Maklumat anda kekal SULIT dan TERPELIHARA. 
Walau bagaimanapun pasti anda tertanya-tanya apa yang anda perlu buat jika anda KLIK link seperti di bawah untuk order?
Langkah 1: Klik link seperti di dalam bulatan:
2. Anda akan melihat paparan seperti ini. Sila baca dan Pilih 'Agree' jika anda bersetuju dengan terma dan syarat.
3. Pilih produk mana yang anda mahu. Boleh unklik jika hanya mahu membeli sebahagian daripada set tersebut. Boleh tambah kuantiti produk jika mahu dan tekan 'Update'. Setelah selesai klik Checkout.
4. Anda akan diminta memasukkan butiran peribadi dan alamat penghantaran. Tekan 'Continue'
5. Anda diminta menyemak senarai produk yang anda mahu dan alamat penghantaran. Jika betul, Klik 'Proceed to Payment' untuk pembayaran.
6. Masukkan nombor kad kredit dan kod. Klik 'Confirm Payment'.


7. Setelah proses pembayaran berjaya, anda akan diberi resit dan boleh dicetak untuk rujukan anda.

8. Tunggu barang anda sampai. Saya akan hubungi anda secara serta merta untuk memberi khidmat konsultasi untuk anda secara PERCUMA.

Mudah kan? Jom KLIK!

Sabtu, 16 Ogos 2014

eSell Shaklee : Beli Produk Secara Online

cara order menggunakan esell shaklee
eSell Shaklee
Baru-baru ini Shaklee Malaysia telah melancarkan sistem online shopping untuk pengguna-penggunanya iaitu eSell. eSell Shaklee ni bolehla diibaratkan macam Zalora, Lazada (to name a few). Sebelum ini, untuk membeli produk Shaklee, pengguna boleh mendapatkannya daripada pengedar Shaklee ataupun pergi sendiri ke cawangan Shaklee di seluruh negara.

Kalau yang tinggal sebelah cawangan Shaklee ok la kan? Takde masalah. Tapi yang tinggal jauh agak sukar nak dapatkan produk Shaklee. Nak tak nak memang kena beli melalui pengedar Shaklee.

Dengan adanya sistem eSell ini, pengguna tidak perlu lagi sms, whatsapp, atau call pengedar Shaklee. Apa yang perlu dibuat hanyalah klik. Semuanya di hujung jari anda. Best kan?

Selain itu, eSell membolehkan pengguna Shaklee membeli secara online walaupun bukan ahli Shaklee. 

Khamis, 31 Julai 2014

My Business


My Shaklee business means a lot to me. I take the whole idea of creating healthier lives for people seriously. We live in a world that needs more people who care about making a difference in their community, in their family and in their self.  

But that’s not all, I am a Shaklee Independent Distributor for many reasons:
  • Flexibility. 
  • Earning Potential.
  • Friends.
  • Products.
  • Cause.
  • Freedom.
  • Shaklee’s Solid Track Record.
  • Family Time.
  • The Shaklee Difference.
  • Clinical Studies.
  • Opportunity.
  • Social Media & Marketing. 
I believe as a Shaklee Distributor I really can help improve lives.
I hope you enjoy my site!