Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

Rabu, 14 Oktober 2015

Belanjawan 2016 - "Budget 2016"


Hanya tinggal lagi beberapa hari lagi sebelum Belanjawan 2016 dibentangkan di Parlimen pada 23 Oktober 2015. Apakah yang anda harapankan dari pembentangan Belajawan 2016? Betulkah Belanjawan 2016 mendahulukan rakyat? Apa yang saya harapkan dari Belanjawan tersebut merupakan satu keuntungan yang akan mendatangkan kebaikan kepada rakyat.

Beberapa perkara penting yang mesti difikirkan dalam penyediaan Belanjawan 2016 yang perlu dititik berat (dipandang) oleh kerajaan seperti Kos Sara Hidup, Pemilikan Rumah, Nilai Ringgit

Kos Sara Hidup
Apa yang rakyat perlukan bukanlah kemampuan kemewahan untuk berbelanja sakan (memenuhi kehendak) tetapi sekadar memenuhi keperluan hidup bersesuaian dengan peredaran zaman. Apa yang dimaksudkan disini bukannya mewah tetapi sekadar selesa memenuhi keperluan harian, menyara keluarga (anak, isteri dan ibu bapa serta adik beradik yang masih dibawah tanggungan) dan juga berpeluang menyimpan sedikit sebanyak untuk digunakan dikemudian hari, diwaktu terpaksa (terdesak, kecemasan, kematian, sakit dan sebagainya) disamping perbelanjaan melangsaikan hutang piutang pendidikan, perumahan, kenderaan, rumah dan sebagainya. Selain itu juga, rakyat mengharapkan mampu meluangkan masa bersama-sama bercuti bersama-sama keluarga (bukannya bercuti diluar negara dan tempat-tempat eksklusif) cukup sekadar melepaskan penat berkerja bersantai di tempat-tempat peranginan dalam negara.
Apa yang diperlukan bukannya banyak tetapi beberapa inisiatif kerajaan yang sememangnya mampu sebagai seperti melaksanakan penguatkuasaan sepenuhnya ke atas harga barang keperluan dan beberapa barangan kehendak tertentu dengan mengawal margin keuntungan, mengurangkan lapisan pengedaran (chain supply level) sebagai

Memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat, diharapkan ada sedikit perubahan bukannya besar yang dipinta hanya beberapa sen digunakan untuk menambahbaik kehidupan rakyat dan setiap rakyat berhak mendapatkan kehidupan yang selesa. Malahan isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3500.00 yang berada di bandar-bandar besar juga kini juga tersepit dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari. Ditambah lagi dengan dengan kenaikan tol di beberapa lebuhraya (le sangat) yang sebenarnya tidak mencapai taraf lebuhraya sepertimana yang diinginkan oleh kebanyakan pengguna jalan raya. Ini kerana lebuhraya yang ditafsirkan itu tidak terlepas dari kesesakan lalulintas yang kian meruncing saban hari. 

Pemilikan Rumah
Kerajaan didalam beberapa siri Belanjawan sebelum ini telah melaksanakan beberapa inisiatif pemilikan rumah kepada rakyat. Antaranya Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M), Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA), Projek Perumahan Rayat Termiskin (PPRT), Projek Rumah Mesra Rakyat, Skim Perumahan Belia dan beberapa lagi inisiatif kerajaan. Terima kasih diucapkan kepada Pemerintah dibawah kepimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di atas keprihatinan beliau itu.

Namun setelah diteliti, dikaji, bukan inisiatif berkenaan yang rakyat perlukan kerana rata-rata pada hari ini sebuah rumah yang selesa yang dibina bukanlah berada di dalan lingkungan harga yang mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia pada hari ini. Sebuah rumah yang selesa hanya mampu dimiliki oleh golongan ELIT dalam negara sahaja manakala golongan menengah dan bawahan yang berpendapatan di bawah RM3500 sebulan hanya mampu melihat dan menggigit jari kerana ianya adalah jauh daripada kemampuan mereka. 

Apa tidaknya sebuah rumah jenis Apartmen dibandar-bandar besar berharga tidak kurang RM250K dan ansuran bulanan yang dibayar adalah sekitar RM1,074.18 sebulan selama 30 tahun ke atas margin kewangan 90%. Jika dikira jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM386,706.39 atas kadar faedah 4% setahun. Institusi kewangan memperolehi keuntungan sebanyak RM161,706.39 ke atas setiap pinjaman bernilai RM225K. Ini bermakna faedah keseluruhan yang perlu ditanggung adalah sekitar 71.8695%.


Kerajaan seharusnya tampil dengan penyelesaian yang lebih bijak dengan mengurangkan faedah yang perlu ditanggung oleh rakyat ke atas pemilikan sebuah rumah yang selesa. Pada ketika ini, rakyat terpaksa menanggung margin keuntungan berganda ke atas setiap pemilikan sebuah rumah. Margin keuntungan pertama adalah keuntungan pemaju/developer dan yang kedua adalah margin ke atas pinjaman. Institusi kewangan adalah penerima keuntungan berganda dalam hal ini kerana pembinaan sebuah rumah melibatkan pinjaman pembangunan/pembinaan oleh pemaju daripada institusi kewangan, dan pinjaman perumahan oleh pembeli. Kadar faedah penjaman pembangunan/pembinaan oleh pemaju ini akan diserapkan sebagai kos pembinaan yang akhirnya ditanggung oleh pembeli. Pembeli akhir terpaksa membayar faedah berganda ke atas pemilikan sebuah rumah.

Apa yang kerajaan perlu lakukan adalah melaksanakan satu mekanisme bagi mengelakkan pembeli akhir membayar faedah berganda tidak kira melalui institusi kewangan swasta ataupun institusi pinjaman perumahan kerajaan. 

Kerajaan boleh melaksanakan kaedah seperti berikut:
Institusi A telah memberikan pinjaman pembangunan kepada developer dimana institusi A tidak boleh mengenakan faedah ke atas pinjaman tersebut tetapi pembiayaan perumahan oleh pembeli mestilah dibuat kepada institusi A yang mana akan mengenakan faedah ke atas pinjaman perumah oleh pembeli.
Nilai Ringgit
Pada hari ini nilai Ringgit Malaysia (RM) semakin meruncing, saban hari nilainya semakin rendah dibandingkan dengan beberapa matawang dunia. Situasi ini dilihat seperti tidak ada penghujungnya. Kerajaan harus pantas membendung kejatuhan nilai RM ini, Sikap tunggu dan lihat serta berharap tidak patut diamalkan oleh kerajaan kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan ini. Apatah lagi, beberapa perjanjian pelaburan dengan negara luar disandarkan kepada USD, ini dilihat akan membebankan kerana kita terpaksa membayar lebih untuk pinjaman yang sama sewaktu kejatuhan nilai RM ini. Antara faktor kejatuhan nilai RM ini adalah kerana pemansuhan penggunaan syiling 1 sen. Dengan ketiadaan syiling 1 sen maka nilai syiling yang berada dipasaran adalah 5 sen. Dengan setiap perbezaan 5 sen, maka setiap barangan yang didagangkan dalam negara adalah 5 kali lebih mahal berbanding sebelumnya. 


Sejak dahulu lagi masyarakat dunia mengenali $ sebagai simbol kewangan, namun dengan kemunculan RM sebagai simbol kewangan bagi Ringgit, keyakinan masyarakat dunia terhadap Ringgit telah menurun dan dipercayai membawa kepada kejatuhan nilai ringgit.

Akhir sekali rakyat Malaysia berharap kerajaan mampu merealisasikan beberapa harapan yang mampu mengurangkan beban dan tekanan kepada rakyat, bukannya banyak tetapi cukup sekadar yang termampu dilaksanakan oleh kerajaan. Kerajaan hendaklah lebih tegas dalam menangani isu-isu yang membabitkan masalah rakyat dengan membelakangkan kehendak peribadi, individu dan kumpulan tertentu dalam pentadbiran kerajaan. Tetapi setiap tindakan penyelesaian hendaklah memberikan kebaikan dan pulangan kepada negara tanpa meminggirkan kepentingan rakyat tidak kira apa isu yang timbul.

Janganlah kita asyik leka melobi mereka yang mampu memberikan sumbangan dan keuntungan kembali tetapi fikirkan nasib rakyat "MARHAIN" kerana setiap sen duit yang dibelanjakan oleh kerjaan adalah milik pembayar cukai bukannya milik pemimpin, anggota pentadbiran dari kumpulan Legislatif atau Eksekutif dibawah sistem Parlimen Malaysia.

Apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk meneruskan dan mencapai hasrat tersebut dan supaya setiap nasib rakyat terbela walaupun tidak sepenuhnya.

Diharapkan kerajaan melalui Kementerian Kewangan akan mengkaji kewajaran setiap aspek yang akan menguntungkan rakyat akhirnya, bukan sekadar menekan rakyat dengan perjanjian-perjanjian tersembunyi dengan konglomerat multinasional yang memberikan mereka tender yang membebankan kewangan negara. Kerana diketahui bahawa kewangan negara adalah milik rakyat yang bukannya milik pemimpin, mereka hanyalah individu yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan kewangan negara dengan berhemah.

Semoga kerajaan melalui Menteri Kewangan akan berjaya memulihkan nilai Ringgit Malaysia (RM) yang kian merendah, memanglah merendah diri itu adalah satu amalan adab Melayu Malaysia, namun nilai RM yang semakin merendah bukannlah apa yang harus dipraktikkan dalam pasaran dunia. 

Pakar-pakar ekonomi juga disarankan untuk memikirkan cara terbaik (Paling Baik) untuk meningkatkan nilai RM. Apalah gunanya jika hanya angka yang besar tetapi tidak bernilai (Less Value). Kita seharusnya belajar dari negara-negara yang nilai matawangnya lebih tinggi tanpa perlu mengira siapakah mereka, dimanakah mereka, walaupun mereka adalah musuh kita "Dahulu, Kini dan Selamanya". Janganlah kerana mereka itu lebih rendah kedudukannya dari kita, ilmu dan kemahiran yang mereka miliki itu tidak bernilai. Kerana Allah telah mencipta kita sebagai hambaNya dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing dan kita diciptakan saling melengkapi untuk menyempurnakan kehidupan ini.

Ilmu Allah itu diberikan kepada pakarnya dan untuk mencari ilmu kenalah kita bertanya/belajar daripada pakar-pakarnya. Janganlah kerana harta, pangkat dan darjat dunia yang dikejar kita memperjudikan nasib negara dengan meletakkan mereka yang bukan ahli dalam pentadbiran negara.  Semoga Belanjawan 2016 ini adalah satu belanjawan yang akan meneruskan kesinambungan kerjaya dan politik mereka yang berkenaan.

Rabu, 29 Julai 2015

Alif Mim Nun Wau, Alif Tendang Wau = "SARKIS"


Rasanya kesemua rakyat Malaysia pernah menonton filem P.Ramlee yg berjudul Pendekar Bujang Lapok.. Di dalam filem tersebut terdapat dialog yang merupakan antara dialog yang terus segar diingati kita hingga ke hari ini..

Apakah Maksud yang tersirat di sebalik dialog tersebut..?? Benarkah dialog tersebut diciptakan oleh P.Ramlee untuk menegur pemimpin UMNO..??

Di dalam buku tulisan saudara Abdullah Hussain " Seniman Agung P.Ramlee " terbitan karangkraf, cetakan pertama 1984.

Sejurus selepas Filem Pendekar Bujang Lapok diumumkan sebagai Komedi Terbaik Festival Filem Asia ke 6 di Kuala Lumpur (1959)

Tan Sri Ghazali Shafie yang ketika itu Menteri Kebudayaan dan Penerangan telah berjumpa di tempat duduk peserta dan bertanyakan beberapa soalan berkenaan kejayaan beliau menggondol anugerah filem komedi terbaik peringkat Asia......

Seperti biasa P.Ramlee yg telah terbiasa mengunakan perkataan Lu dan Gua (ketika itu Lu dan Gua adalah bahasa pasar yg digunakan oleh penduduk Singapura).
TS Ghazalie : Macam mana u boleh menang malam ni..??
P.Ramlee : Gua buat filem utk masyarakat bukan untuk wang..
TS Ghazalie : Tahulah tapi macam mana u boleh menang dan macam mana juri dari hong kong, jepun dan dua orang juri jemputan dari Australia boleh pilih filem u sedangkan mereka tak faham bahasa kita.
P.Ramlee : Filem dan Lagu tidak memerlukan bahasa yg khusus. Seni adalah bahasa universal.. Gua hasilkan seni dari gua untuk masyarakat dan dari masyarakat untuk gua. ada nasihat ada sindiran dan teguran agar masyarakat boleh berfikir.. Gua pun kutuk lu punya geng juga..... (Sambil ketawa).
TS Ghazalie : u kutuk apa? i tak nampak pun..
P.Ramlee : Alif Mim Nun Wau tu lu punya geng la..
TS Ghazalie : hah.. i tak faham la..
P.Ramlee : Alif itu Akal, Wau itu Ugama. Alif tendang Wau Sarkis. bermakna Akal Tendang ( Tolak ) Agama maka manusia akan menjadi seperti bintang2 Sarkis, hidup tanpa agama ini hanya layak utk haiwan sahaja. Alif Mim Nun Wau kan bunyinya UMNO
 Terkedu Tan Seri Ghazali Shafie mendengar penjelasan P. Ramlee ketika itu.

...sedutan dari buku tulisan Abdullah Hussain

Note : Ejaan dahulu Ugama bukannya Agama seperti sekarang ini..

Selasa, 28 Julai 2015

Senarai Menteri Kabinet Penggal 2015-2018

Senarai penuh Kabinet 2015

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

MENTERI KEWANGAN
Datuk Seri Najib Razak

MENTERI KEWANGAN II
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:
1. Datuk Chua Tee Yong
2. Datuk Johari Abdul Ghani

MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Timbalan Menteri:
Datuk Mohd Johari Baharum

MENTERI DALAM NEGERI

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri:
1. Datuk Nur Jazlan Mohamed
2. Masir Anak Kujat

MENTERI LUAR NEGERI
Datuk Seri Anifah Aman

Timbalan Menteri 
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2
Datuk Seri Ong Ka Chuan

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Ahmad Maslan
2. Senator Datuk Lee Chee Leong

MENTERI KESIHATAN 
Datuk Seri Dr S.Subramanian

Timbalan Menteri 
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

MENTERI PENDIDIKAN: 
Datuk Seri Mahdzir Khalid

Timbalan Menteri: 
1. P.Kamalanathan
2. Chong Sin Woon (Senator)\

MENTERI PENGAJIAN TINGGI 
Datuk Seri Idris Jusoh

Timbalan Menteri:
Datuk Mary Yap Ken Jin

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Timbalan Menteri: 
Datuk Mas Ermieyati Samsudin

MENTERI PENGANGKUTAN 

Datuk Seri Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: 
Datuk Abdul Aziz Kaprawi

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI: 
Datuk Amar Douglas Unggah Embas

Timbalan Menteri: 
Datuk Noriah Kasnon

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak

Timbalan Menteri:
Datuk Jailani Johari

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri:
Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: 
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri:
1. Datuk Alexander Nanta Linggi
2. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Wilfred Madius Tangau

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Dr Abu Bakar Diah

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: 
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri:
Datuk Ir Hamim Samuri

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

MENTERI KERJA RAYA: 
Datuk Seri Fadillah Yusof

Timbalan Menteri: 
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN: 
Datuk Hamzah Zainuddin

Timbalan Menteri:
Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT 
Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Timbalan Menter
1. Datuk Azizah Mohd Dun
2. Senator Datuk Chew Mei Fun

MENTERI SUMBER MANUSIA 
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem

Timbalan Menteri 
Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN 
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Timbalan Menteri 
Datuk loga Bala Mohan

MENTERI BELIA DAN SUKAN 
Khairy Jamaluddin

Timbalan Menteri 
Datuk M Saravanan

MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI 
1. Datuk Seri Azalina Othman Said
2. Nancy Shukri
3. Senator Datuk Seri Wahid Omar
4. Datuk Wee Ka Siong
5. Datuk Seri Jamil Khir Baharom
6. Senator Datuk Seri Idris Jala
7. Tan Sri Joseph Kurup
8. Datuk Joseph Entulu Belaun
9. Datuk Seri Shahidan Kassim
10. Senator Paul Low Seng Kuan
11. Datuk Mah Siew Keong

Timbalan Menteri 
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Ahad, 12 Julai 2015

How Much Are Malaysia's Politicians Earns

top_politicians_infographics-01-min 
“I am one of the best paid and probably one of the poorest of the Third World prime ministers,” Lee Kuan Yew, the late minister mentor of Singapore was once quoted.
The saying of “if you pay peanuts, you get monkeys,” is also undeniable. To get good quality people, you need to pay for it.
Before the recent amendments to the Members of Parliament (Remuneration) (Amendment) Act that was passed on April 10, 2015, members of the parliament (MPs) in Malaysia received a monthly income of RM4,112.
Other perks MPs get are RM2,500 entertainment allowance, RM1,500 fuel allowance and a RM300 toll allowance, but these do not go into their pockets as income earned.
Whether you think they deserve it or not, a pay raise for members of Parliament and senators has been approved a month ago.
The base salary of an MP jumps to RM16,000 from RM6,508.59, which was higher than the initial proposal of RM11,000 when the Bill was tabled in November last year.
Senators, on the other hand, will receive RM11,000 from RM4,112.79, a whopping 167.45%!
The last amendment to federal lawmakers’ salary and allowances was a mere increase of RM700 more than a decade ago in 2002.
Other than the additional claimable allowances for entertainment, fuel, travel and others, the parliamentarians also receive an allowance of RM200 a day when attending Parliamentary sittings and a daily allowance of RM150 to attend meetings with government agencies.

Rabu, 20 Mei 2015

Doa Tun Dr hasmah Kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika mengerjakan ibadah umrah minggu lalu, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menceritakan sewaktu berada depan Kaabah, beliau mengambil kesempatan itu untuk berdoa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Doa Luarbiasa Tun Siti Hasmah Kepada PM Najib Ketika Di Mekah

Dengan nada sebak, Dr Siti Hasmah berkata, selain berdoa untuk rakyat, beliau turut berdoa supaya Najib "tidak buat sesuatu yang tidak baik terhadap Islam".

Bagaimanapun, isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu tidak mengulas lanjut mengenai doanya itu.

"Saya fikir suami saya dan saya tak sampai (Mekah) tapi Alhamdulillah, Tuhan bagi masa, usia, kesihatan, dapat juga sampai.

"Saya berdoa depan Kaabah untuk keselamatan bagi semua. Saya sebagai ibu, saya juga doakan untuk Najib supaya dia jangan buat sesuatu yang tak baik bagi agama Islam," katanya sebak.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Sepetang Bersama Tun Dr Siti Hasmah sempena Hari Ibu anjuran Yayasan Generasi Muda di Kuala Lumpur yang lalu.

Sekalipun matanya kurang nampak, Dr Siti Hasmah berkata beliau bersyukur kerana tidak menyangka pada usia yang lanjut dapat bersama suaminya diberi peluang dan kesempatan mengerjakan umrah.

"Umur saya 88 tahun, suami 89 tahun. Tak sangka kami berdua boleh juga buat umrah. Tak sangka, sebab mata saya dah kurang nampak sebenarnya.

"Itu sebab saya hendak pergi ke Mekah, ke Masjidil Haram, nak tengok balik Kaabah dengan keadaan penglihatan yang makin kurang. Alhamdulillah saya dapat berbuat demikian," katanya.

Dalam sesi soal jawab pada majlis itu kemudiannya, Dr Siti Hasmah memberitahu hadirin bahawa beliau tidak menyangka akan berkahwin dengan seorang perdana menteri.

Beliau turut menceritakan, semasa Mahathir terlibat dalam dunia politik, ibu kepada tujuh orang anak itu tidak dibenarkan terlibat dalam politik dan hanya boleh menjadi ahli Umno.

"Saya bukan seorang ahli politik dan dia (Mahathir) pesan kalau nak jadi ahli Umno boleh tapi jangan pegang jawatan dan campur dalam politik sangat. Sebab saya seorang doktor pada masa itu.

"Saya tak ada merungut pada suami. Apa nak dirungutkan, saya tak tahu politik. Suami saya pula apa yang berlaku dalam politik atau kerajaan, masa balik rumah tak beritahu saya.

"Sampai dia nak berhenti kerja (sebagai perdana menteri) pun tak beritahu. Dia tak runding dengan saya, dia lebih pandai. Kadang-kadang geram juga," kata Dr Siti Hasmah menyebabkan hadirin ketawa.

Sebelum itu, pada majlis sama Dr Siti Hasmah yang mengenakan baju dan selendang berwarna merah jambu turut diminta oleh hadirin untuk menyanyikan lagu "Getaran Jiwa" yang dihasilkan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Tun Dr Siti Hasmah menyanyikan lagu tersebut sambil diiringi muzik kumpulan live band serta mendapat sorakan dari hadirin pada majlis itu.

Ahad, 22 Mac 2015

Lee Kuan Yew meninggal dunia

BEKAS Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew meninggal dunia pada usia 91 tahun di Hospital Besar Singapura pada kira-kira jam 3.18 pagi tadi. - Foto AFP
 
SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew dan pemimpin yang bertanggungjawab mengubah sebuah negara kerdil di Asia Tenggara kepada pusat perdagangan dan kewangan global meninggal dunia pada usia 91 tahun, kata Pejabat Perdana Menteri.

"Encik Lee meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada kira-kira jam 3.18 pagi tadi," kata kenyataan itu.

Lee, seorang peguam lulusan Cambridge disifatkan sebagai pemimpin yang bertanggungjawab menjadikan Singapura sebagai salah sebuah negara terkaya berdasarkan pendapatan per kapita yang tinggi.

Mendiang adalah pengasas pertama Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura sejak 1959 dan mengetuai negara itu berpisah daripada Malaysia pada 1965. - Reuters

Khamis, 12 Mac 2015

Tanam Buluh menguntungkan.

 

Dalam masa 3 tahun akan datang buluh akan mendapat permintaan yang sangat tinggi. Ini terbukti dengan data bahawa PRU 14 akan berlangsung dalam tempoh lebih kurang 3 tahun lagi. Maka setiap kali itulah juga buluh mendapat permintaan yang tinggi dari penyokong-penyokong parti politik untuk menegakkan banner atau bendera parti dan juga calon masing-masing. Oleh itu ambilah kesempatan ini untuk menanam buluh secukupnya.

Rabu, 11 Mac 2015

Haron Din Mursyidul Am PAS yang baharu




KUALA LUMPUR: Majlis Syura PAS pada Ahad lalu sebulat suara melantik Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am parti yang baharu bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Majlis itu, yang terdiri daripada 15 anggota mewakili pelbagai pihak, membuat keputusan itu dalam satu mesyuarat di ibu pejabat PAS pusat di sini.
Mereka turut melantik Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS. 
Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata keputusan itu dicapai berdasarkan Perlembagaan PAS yang memberi kuasa kepada seluruh anggota Majlis Syura melantik individu paling layak mengetuai mereka sebagai Mursyidul Am.
"Berdasarkan perlembagaan parti, Majlis Syura akan menentukan jawatan itu (mursyidul am dan timbalan) setiap lima tahun," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Jawatan Mursyidul Am PAS kosong berikutan penyandangnya Nik Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Februari lalu.
Allahyarham Nik Aziz menyandang jawatan Mursyidul Am sejak 1995. - BERNAMA

Ahad, 15 Februari 2015

Aku Benci TGNA

Benciku Pada Tok Guru



Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera pada teman-teman dialam maya sekalian. Sebelum kamu membenci diri ini, mohon baca terlebih dahulu kerana aku sekadar COPY & PASTE article ini .


Apa khabar anda semua? Semoga masih diberikan kesihatan disamping keluarga tercinta.



Sungguh sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di dalam nota alam maya ini. Mungkin anda semua terkejut bukan kerana tajuk nota yang saya kongsikan kali ini begitu hangat sesuai dengan hangatnya gelombang Pilihan Raya Umum yang ke 13 negara kita.



Saudaraku sekalian, memang benar sungguh saya pernah membenci Tok Guru Nik Aziz pada tujuh tahun yang lampau. Kenapa agaknya saya membenci beliau? Kerana pada ketika itu, saya baru berusia belasan tahun dan makanan media kami hanyalah media arus perdana.



Setiap hari kami diinduksikan dengan bahan-bahan berita keburukan beliau, keburukan Parti Islam Semelaysia (PAS) dan kemunduran negeri Kelantan. Saya masih ingat lagi ketika saya mempersendakan gaya Tok Guru di kelas bersama teman-teman sekelas dan mereka bergelak ketawa.



Namun begitu, Allah takdirkan ketika saya menyambung pelajar diperingkat pengajian tinggi saya menerima tawaran belajar itu di negeri Cik Siti Wan Kembang, iaitu Kelantan. Pada ketika itu semua saudara mara yang rapat dengan saya mengingatkan agar berhati-hati disana kerana itu negeri pembangkang.



Bila sebut negeri Kelantan, semua ada persepsi negatif kerana telah diolah kotak minda kami untuk mencurahkan rasa benci pada pimpinan dan negeri pembangkang itu.



Subhanallah.



Begitu hebat susunan Allah swt keatas diriku ini. Ingin sekali saya kongsikan pengalaman saya belajar di negeri pembangkang itu.



Hari pertama saya menjejakkan kaki disana sekitar pukul 5 pagi kerana kami baru tiba menaiki bas dari Kuala Lumpur, beg sandang saya mengandungi wang bernilai RM 1000 dan semua dokumen-dokumen penting untuk urusan sambung belajar tertinggal di stesen bas. Saya hanya menyedari beg sandang saya tidak ada pada pukul 9 pagi pada ketika saya sudah berada di asrama.



Segera saya meminta bantuan warden asrama untuk menghantarkan saya ke stesen bas itu agar saya mencari beg itu. Saya cukup bimbang kerana semua benda penting dan duit itu adalah duit belanja saya. Masih segar lagi di ngiang telinga saya kata-kata warden saya pada ketika itu:



"Jangan bimbang beg tu takkan hilang, kerana ini negeri Kelantan"



Saya seolah tidak mengerti kenapa warden itu berkata demikian. Adakah sekadar kata-kata memujuk untuk aku agar tidak begitu risau.



Allahurabbi.



Tatkala kami tiba disana, aku melihat beg sandang yang aku letak diatas bangku stesen bas itu langsung tidak berubah kedudukannya dan seolah-olah tidak pernah diusik langsung oleh sesiapa. Sungguh luarbiasa didikan negeri pembangkang ini terlintas dibenak fikiranku dan baru saya memahami maksud kata-kata warden tadi.



Kisah yang lain, ketika aku keluar bersiar-siar bersama rakan-rakan yang baru sampai dari Sabah untuk kebandar Kota Bharu. Alangkah terkejutnya kami semua bila melihat bandar Kota Bharu sebuah bandar yang maju, tidak seperti yang diwar-warkan kepada kami bahawa ia bandar yang mundur. Bahkan saya melihat ia lebih maju dari daerahku sendiri.



Bila kami perhati semua papan-papan iklan (Signboard) yang ada di Kota Bharu, apabila ia melibatkan gambar wanita pasti ia memakai tudung. Aku pernah melihat, seorang wanita orang putih memakai tudung disebuah iklan. Inilah didikan Tok Guru untuk masyarakatnya.



Demikian juga aku melihat papan tanda perniagaan di mana-mana hatta ia dimiliki oleh orang cina pun pasti ada tulisan jawi pada setiap papan tanda itu. Sungguh perjuangan mereka sampai kepada semua masyarakat tanpa mengira perbezaan fahaman agama.



Pada ketika aku dan teman-teman berjalan di sekitar pasar tamu di berhampiran pasar Siti Khadijah berlaku lagi suasana yang baru saya temui. Saat itu berkumandang azan asar, kami melihat segenap peniaga disekitar situ terus laksana meninggalkan perniagaan masing-masing tanpa menutup perniagaan mereka untuk solat. Subhanallah. Begitu tinggi keyakinan mereka dalam menjaga hak-hak Allah, pasti Allah menjaga hak-hak mereka.



Selama mana saya belajar di Kelantan tidak pernah sekali pun aku temukan papan-papan iklan yang menyebarkan iklan minuman-minuman arak dan sebagainya. Selama itu juga tidak pernah sekalipun saya temui pusat-pusat hiburan seperti karaoke dan pawagam. Sungguh aneh bagiku kerana benda itu tidak asing bagi kami di Sabah.



Bila menyebut Tok Guru, akhirnya saya bersua muka juga dengan Tok Guru. Pada ketika itu, ada seorang teman belajar mengajak saya ke medan ilmu katanya di Kota Bharu pada pagi jumaat. Saya pun ikut dan pergi kemedan ilmu itu, suasananya sungguh luar biasa. Kami terpaksa parking kereta lebih kurang 700 meter jauh dari tempat ceramah itu. Saya melihat begitu ramai orang hadir dan medan ilmu itu betul-betul terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu.



Alangkah terkejutnya saya apabila menyaksikan sendiri ribuan orang sudah sampai dan dipentas sana aku melihat sebuah susuk tubuh yang tua dan orang itu adalah Tok Guru Nik Aziz. Saya duduk mendengar ceramah beliau, dan sedikitpun saya tidak menemukan keburukan yang terkandung dalam ceramah beliau.



Itulah didikan seorang Menteri Besar Kelantan yang membudayakan ilmu pada masyakatnya. Kesannya saya memerhatikan besar atau kecil surau dan masjid-masjid yang terdapat di Kelantan pasti ada seorang Ustaz yang akan mengajarkan ilmu agama. Suasana ini tidak ada di negeriku.



Persepsi benci terhadap beliau beransur hilang. Masih lagi saya ingat saya pernah solat subuh di masjid madrasah beliau di Pulau Melaka. Saya menyaksikan begitu ramai jemaah baik dari penduduk tempatan mahupun pelajar madrasah itu datang memenuhi ruangan masjid itu. Beliau akan mengimamkan solat lima waktu di masjid itu bahkan beliau juga akan membuat pengisian ilmu disana.



Selesai solat subuh disana, saya sekali lagi berasa hairan kenapa ramai orang datang bahkan puluhan orang membawa bayi dan bertemu Tok Guru. Saya menyaksikan Tok Guru akan menggunting rambut bayi itu dan akan menyuapkan buah kurma pada bayi itu. Saya bertanya pada salah seorang sudah membawa bayi mereka untuk bergunting bersama Tok Guru.



"Kamu semua ni memang asal sini ke? Kenapa bawak bayi untuk bergunting dengan Tok Guru"



Inilah jawapan mereka:
"Tidak semua dari kami berasal dari Kelantan, malah ada yang datang dari Terengganu dan negeri-negeri lain. Kami mahu biarlah makanan pertama yang masuk kedalam mulut anak kami adalah dari tangan ulamak seperti  Tok Guru"



Allahu Rabbi. Rupanya selama ini saya membenci insan yang mulia kerana dia seorang ulamak dan dia bukan sahaja seorang menteri besar. Sungguh saya telah berdosa. Persepsi benciku itu meleset sama sekali terhadap Tok Guru. Saya difahamkan hampir setiap hari orang akan datang membawa bayi yang baru lahir untuk bergunting dengan Tok Guru.



Pernah juga saya menyaksikan disaat ada majlis besar peringkat IPT negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan. Entah kenapa saya seolah terasa gembira saat Tok Guru akan tiba, sengaja saya duduk di kerusi hujung tempat laluan orang yang akan masuk kedalam dewan itu, agar saya dapat memerhatikan Tok Guru dari jarak yang dekat.



Subhanallah. Saat Tok Guru lalu betul-betul disebelah saya, saya dapat memerhatikan beliau mengenakan kasut yang popular dengan jolokan kasut kungfu. Setahu saya harganya tidak kurang dari RM 10 sahaja. Saya menyaksikan pakaiannya yang biasa dan diserasikan dengan kain pelekat dan serban pada kepalanya. Sungguh zuhudnya pemimpin bergelar Menteri Besar sepertinya.



Selama saya belajar di Kelantan, tidak ada seorang pun yang kempen untuk kepada saya perihal PAS mahupun perihal kebaikan Tok Guru. Namun, hati saya terbuka untuk mendokong mereka kerana saya menyaksikan sendiri, pemerintahan seperti inilah pemerintahan sebenar. Kalau baik pemimpin sesebuah negara itu, maka baik pula natijah kepada negara dan masyarakatnya.



Pemimpin seperti beliaulah pemimpin yang diidamkan oleh masyarakat sebenarnya. Saya sendiri menyaksikan itu semua secara realitinya, dan barulah saya sedari rupanya segala tomahan dan fitnah dimedia arus perdana itu adalah rekaan semata bahkan ianya adalah cerita menipu rakyat.



Justeru itu, hari ini begitu bersejarah bagi saya. Saya baru balik melihat ceramah perdana PAS dan pakatan rakyat di daerah saya sendiri. Sungguh saya menangis kegembiraan, kerana tanda kemenangan itu telah hadir didaerah ini.



Kalau benar mereka mentadbir negeri ini, sungguh kisah-kisah yang telah kulalui di sana pasti akan kulalui juga disini. Justeru itu, teman-teman sekalian. Kita sayangkan negara ini, marilah kita memilih pemimpin yang boleh menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. In shaa Allah.



Tidak ada niat untukku berkempen dalam catatan ini. Namun, sekadar luahan hati seorang anak bangsa yang pernah membenci seorang ulamak namun kini cukup menyayangi dan mengagumi beliau. Segeralah kita membuka minda dan hati agar membuat keputusan yang terbaik dalam PRU kali ini.



Agar suatu masa nanti anak cucu cicit kita akan menerima budaya ilmu dan bukannya budaya hiburan yang melalaikan. In shaa Allah. Semoga kita semua diberikan kemenangan. Aamiiiin.



Mohon maaf andai catatan kali ini berunsur politik, namun tidak pula ingin meleraikan ukhuwah sesama muslim meskipun berbeza ideologi fahaman politik. Saya hormati prinsip anda dan saya mohon hormatilah prinsip kami yang ingin melihat negeri ini ditadbir oleh perjuangan yang membawa perubahan khususnya perjuangan negara Islam yang syumul.



Al Bakarah Ayat 208:



"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata"





sumber:http://jumatms.blogspot.com/2013/05/benciku-pada-tok-guru.html 

Kini TGNA telah meninggalkan kita semua untuk menemui tuhannya yang Maha Esa. Walaupun TGNA telah tiada lagi kerana lumrah kehidupan ini setiap yang bernyawa akan menemui kematian begitulah juga TGNA yang tidak terlepas dari hakikat ini. Walaupun TGNA telah tiada perjuangan TGNA diteruskan mestilah diteruskan oleh kitasemua dalam mengembangkan ajaran dan syiar Islam di Kelantan khusunya dan dan Malaysia amnya.

Khamis, 11 Disember 2014

Segerakan Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan

 Azih Muda KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon supaya kerajaan mempercepat penambahbaikan kesemua 252 skim perkhidmatan awam bagi membantu penjawat awam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, ketika kerajaan berhasrat mencapai negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, namun pendapatan penjawat awam terutama bagi Kumpulan Pelaksana I dan II serta kumpulan menengah masih lagi rendah.

"Gaji penjawat awam Kumpulan Pelaksana I dan II ini masing-masing RM805 dan RM820 iaitu di bawah paras kemiskinan nasional yang ditetapkan pada RM880.

"Jadi penjawat awam merasa bimbang menjelang lima tahun akan datang ini, apakah pendapatan pergajian penjawat awam ini boleh melayani kehidupan kita dalam tempoh lima tahun lagi," katanya selepas menghadiri mesyuarat kongres berkenaan di sini, hari ini.

Azih berkata, sehingga kini kesatuan itu belum mendapat gambaran tarikh kuat kuasa pelaksanaan skim baharu berkenaan yang sepatutnya telahpun disiapkan pada awal tahun ini.

"Kalau ikut perundingan awal kita dengan kerajaan, skim ini sepatutnya bermula pada 2014, tapi 2015 sudah tinggal tidak  beberapa hari lagi daripada sekarang.

"Hari ini bukan persoalan hendak memiliki rumah, persoalan sekarang bagaimana hendak menggunakan duit gaji untuk sara keluarga, makan minum dan pendidikan anak-anak," katanya.

Beliau turut menyarankan agar kerajaan melaksanakan gaji minimum RM1,200 bagi membolehkan penjawat awam di peringkat rendah menikmati kehidupan yang lebih baik.

Dalam pada itu, Azih sekali lagi memohon agar kerajaan mempercepat pembayaran bonus sekurang-kurangnya pada minggu pertama Januari tahun hadapan bagi meringankan beban penjawat awam menjelang sesi persekolahan pada 2015.

"Harapan Cuepacs supaya walaupun kerajaan bercadang bayar pada Januari, minta bonus dibayar pada minggu pertama dan tidak dibayar bersama gaji, tapi dibayar lebih awal untuk membolehkan persediaan dibuat oleh ibu bapa untuk persekolahan anak-anak mereka," katanya. - Bernama

Ahad, 30 November 2014

CUEPACS minta kerajaan selaras elaun tetap perumahan kumpulan pelaksana


 


MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan melaksanakan penyelarasan elaun tetap perumahan kumpulan pelaksana kakitangan awam membabitkan Gred 40 dan ke bawah dalam Bajet 2015


Presidennya, Azih Muda, berkata penyelarasan elaun dari RM180 ke RM450 itu perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan dengan segera kerana ia adalah isu tertunggak yang memberi kesan langsung kepada kira-kira 700,000 kakitangan pelaksana di negara ini.

Beliau berkata, kadar elaun itu tidak dikaji lebih 11 tahun dan sudah masanya ia dipertimbangkan dalam bajet akan datang selaras dengan taraf ekonomi yang kian meningkat.

"Kenaikan ini wajar dipertimbangkan kerana harga sewa rumah sama ada di kawasan bandar atau luar bandar tidak dapat lagi pada harga RM180. Justeru kumpulan pelaksana ini terpaksa memperuntukkan sejumlah besar gaji yang diperoleh bagi menampung sewa rumah," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-26 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan di sini, hari ini.

Azih berkata, dianggarkan lebih 50 peratus daripada 1.5 juta penjawat awam di negara ini terutama kumpulan pelaksana terpaksa menyewa kerana tidak mampu membeli rumah disebabkan harga yang tinggi.

Beliau berkata, isu itu jika tidak ditangani dengan baik mampu memberi kesan buruk bukan sahaja kepada golongan penjawat awam malah kepada negara.

"Kita bimbang golongan ini tidak mampu memiliki rumah sehingga mereka bersara dan akhirnya menjadi gelandangan," katanya. 

Sementara itu, beliau berkata CUEPACS juga meminta kerajaan mengkaji semula tindakan pemotongan elaun sara hidup (COLA) penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan bagi meringankan beban golongan berkenaan.

"Pemotongan ini tidak wajar kerana kuarters adalah kelebihan yang diberikan kepada kakitangan awam dan elaun COLA itu tidak seharusnya dipotong dengan pemberian kelebihan itu," katanya.

Rabu, 26 November 2014

8 Jalan Utama Di Kuala Lumpur Ditukar Nama

 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini telah mengumumkan bahawa lapan batang jalan utama di Bandaraya Kuala Lumpur akan ditukar kepada nama lapan nama Yang Dipertuan Agong bermula esok.

Antara jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Khidmat Usaha ditukar kepada Jalan Sultan Haji Ahmad Shah. Jalan Ipoh yang bermula dari persimpangan Jalan Segambut hingga persimpangan Jalan Pahang akan menggunakan nama baharu Jalan Sultan Azlan Shah.

Jalan duta berhampiran Istana negara yang menjadi laluan pintu masuk dari negeri-negeri utara ke Kuala Lumpur pula akan dikenali sebagai Jalan Tunku Abdul Halim manakalah Persiaran Duta digantikan menjadi Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin.

Sementara itu Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin manakala Lebuhraya Mahameru diberi nama Lebuhraya Sultan Iskandar, Persiaran Mahameru dinamakan semula sebagai Persiaran Tuanku Jaafar dan akhir sekali Jalan Semarak ditukar namanya menjadi Jalan Sultan Yahya Petra.

Isnin, 13 Oktober 2014

Teks Penuh "Belanjawan 2015"

UCAPAN BAJET TAHUN 2015
Oleh
YAB DATO‟ SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN
KETIKA MEMBENTANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2015)
DI DEWAN RAKYAT
PADA JUMAAT, 10 OKTOBER 2014
“BAJET 2015: EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT”


Tuan Yang Dipertua,

Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2015 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.

MUKADIMAH

Tuan Yang Dipertua,

1. Dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil A‟lamin, Wa bihi Nastai‟n. Diiring pula selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Marilah bersama berdoa, dan yang beragama Islam, menadah kedua-dua tangan setingginya, pohon limpah keberkatan juga inayah-Nya, bagi saya membentang sebuah dokumen penting, yakni Bajet 2015 agar dapat didengar dan dihadami sebaiknya oleh Sidang Dewan dan Rakyat Malaysia seluruhnya.


2. Sebelum meneruskan pembentangan, saya bagi mewakili pihak Kerajaan mengucapkan takziah atas kembalinya ke-Rahmatullah Allahyarham Tun Hajah Suhaila Binti Tan Sri Mohammad Noah yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri ketiga. Semoga rohnya diletakkan di kalangan para solihin dan solihat.
3. Saya turut ingin mengambil kesempatan pada petang Jumaat penuh barakah, penghulu segala hari, mengucapkan selamat kembali ke tanahair kepada YAB Timbalan Perdana Menteri beserta para hujjaj lain, yang telah selesai menunaikan fardhu haji. Moga-moga beruntunglah di atas kurniaan Haji Akbar yang Mabrur hendaknya.
Tuan Yang Dipertua,
4. Secara sedar ataupun tidak, sepanjang hampir 60 tahun merdeka, kita telah merencana pelbagai rancangan jangka pendek, sederhana dan panjang dalam usaha memakmurkan negara. Hakikatnya, pelaksanaan serta pembangunan ekonomi telah melalui segala macam strategi yang disusun kemas lagi sistematik. Jika tidak, mana mungkin Malaysia sampai pada tahap yang ada pada hari ini.
5. Cumanya, ramai yang tidak begitu sedar bahawa proses ini bukanlah satu kerja yang mudah, apatah lagi terjadi dengan semena-mena. Suka atau tidak suka, dalam tempoh yang bukan sekejap, ia menagih ikhtiar-ikhtiar yang cukup banyak, meliputi rencana-rencana yang menyeluruh, dengan segala jerih payah, kepahitan, terutamanya apabila wajarnya diambil ketetapan-ketetapan dan keputusan-keputusan yang tidak popular. Namun, semuanya itu, perlu diperbuat dan diperlakukan oleh pihak Kerajaan yang bertanggungjawab dan berakauntabiliti, demi mendahulukan kepentingan rakyat sejak dulu, kini dan selamanya.
Tuan Yang Dipertua,
6. Dari perspektif ekonomi, ketika mana meraih kemerdekaan 57 tahun lalu, kita telah membina negara ini berlandaskan pertanian. Kemudiannya, kita menuju negara perindustrian moden. Selanjutnya, kita melalui fasa negara berpendapatan sederhana tinggi. Sekarang ini pula, kita sedang melangkah ke arah ekonomi berasaskan perkhidmatan.
7. Bila disimpulkan, objektif, prinsip dan teras kepada 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang, kesepuluh-sepuluh Rancangan Malaysia, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Wawasan Negara dan sejak 2010 Dasar Transformasi Nasional, kesemuanya berkisar tentang pembasmian kemiskinan, peningkatan pendapatan, penyusunan semula masyarakat, sehingga tercapai matlamat sosio-ekonomi, mempelbagaikan ekonomi berteraskan komoditi, pembangunan modal insan, meningkatkan daya saing sektor awam dan swasta, rantaian nilai lebih tinggi, pembangunan secara inklusif dan transformasi Kerajaan, ekonomi, sosial serta politik.
8. Ternyata, bapa-bapa pimpinan terdahulu dengan bijaksana, telah menjalankan kewajiban masing-masing membentuk Malaysia menurut acuan tersendiri. Dimulai perjuangan oleh Tunku Abdul Rahman, diikuti oleh Tun Abdul Razak yang telah melaksanakan pembangunan dan menyusun semula struktur sosial masyarakat, Tun Hussein mengekalkan keamanan dan perpaduan, Tun Mahathir memodenkan negara, manakala Tun Abdullah pula menekankan aspek pembangunan modal insan.

Tuan Yang Dipertua,
9. Seterusnya, Kerajaan yang ada hari ini, terus komited memacu pertumbuhan negara dengan tasawwur yang lebih luas bagi meletakkan Malaysia di jajaran kukuh dari masa ke semasa.
10. Jelasnya, jika dicongak, pembentangan Bajet, petang ini, adalah yang keenam sejak saya mengambil alih pentadbiran, dan juga adalah bajet negara kali yang ke-56. Sesungguhnya jua, Bajet 2015 ini, menjadi bingkisan pelengkap kepada 10 Rancangan Malaysia.
Strategi Pembangunan Nasional Malaysia atau Malaysian National Development Strategy
11. Selanjutnya, pada Mei 2015 nanti, bermulalah jendela Rancangan Malaysia kesebelas. Serentak itu, satu pendekatan baharu sedang digariskan yang dikenali sebagai Strategi Pembangunan Nasional Malaysia atau Malaysian National Development Strategy atau MyNDS.
12. MyNDS akan menjadi antara formula kepada perancangan dan penyediaan program serta projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-11. Ia akan menggunakan sumber yang terhad secara optimum, yakni menumpukan kepada projek dan program berimpak tinggi, kos yang rendah serta pelaksanaan secara cekap dan pantas. Ertinya, Bajet 2016 kelak, akan menjadi pemula kepada pelonjak akhir memacu separuh dekad Malaysia dalam menuju status, dengan izin – High Income Advanced Economy menjelang 2020.
13. Merujuk kepada perjalanan negara-negara yang lain seperti Korea, Jerman, Jepun, Taiwan mahupun China, di mana kebanyakannya bermula dengan asas pertanian sebagai ekonomi mereka dan kini beralih kepada asas ekonomi yang mengutamakan pengetahuan, kemahiran, inovasi dan kepakaran yang tinggi.
14. Jika dapat diterangkan dengan bahasa yang mudah, perancangan dan instrumen ekonomi kepada sesebuah negara perlu disesuaikan mengikut musim dan
5
peredaran masa serta tuntutan domestik dan global. Justeru, untuk terus kekal relevan Malaysia sewajibnya bergerak dengan ekonomi berasaskan pengetahuan, kemahiran tinggi, kepakaran, kreativiti dan inovasi.
Tuan Yang Dipertua,
15. Sememangnya, dari sudut ekonomi, sesebuah negara yang pesat membangun, tidak boleh lari daripada menjana kekayaan menerusi aktiviti capital economy. Namun demikian, dari sudut kesejahteraan rakyat, kita mendengar keluh kesah, sungutan dan rungutan orang ramai. Mereka bertanya melalui komen-komen blog, surat-surat yang diterima, mesyuarat, temubual, sesi dialog dan wacana semasa akan persoalan bahawa angka berjuta-juta, peruntukan berbilion-bilion dan pelbagai projek mega, apakah manfaatnya kepada rakyat terbanyak?
16. Bak kata orang kampong saya di Pekan, maaf bercakap, rasanya, perkara-perkara dokumen bajet begini, serta apa yang disebut seperti jauuuuuuh... dan tidak ada kena mengena dengan pakcik, makcik, kawan-kawan bukan sahaja di luar bandar malahan juga di bandar.
Tuan Yang Dipertua,
17. Sesungguhnya, inilah cabaran terbesar dalam mentadbir Negara seistimewa Malaysia dengan kerencaman masyarakat. Saya selaku Perdana Menteri sehingga petang semalam ketika bertemu para wartawan diajukan soalan apakah hal yang paling sukar untuk diputuskan? Saya menjawab… yakni bagaimana kita hendak mengimbangi antara polisi yang populist in nature as compared to those policies based on economic and financial imperatives.
18. Sejelasnya, Kerajaan yang ada hari ini berpegang teguh kepada prinsip bahawa usaha memantap tadbir urus fiskal seperti mengurangkan defisit fiskal adalah satu tanggungjawab moral generasi kita untuk generasi pewaris masa hadapan. Pokoknya, kita tidak mahu mewariskan Malaysia dengan kewangan Persekutuan yang terbeban dengan masalah hutang.
6
Tuan Yang Dipertua,
Capital Economy dan People Economy
19. Lantaran demikian, mengambil kira dan memahami denyut nadi rakyat serta realiti kehidupan, sebagai Ketua Kerajaan, saya mahukan falsafah tunjang kepada pembikinan bajet tahun ini mestilah menitikberatkan keseimbangan antara capital economy dan people economy.
20. Bila kita membicarakan istilah Capital Economy, ia merujuk kepada pengurusan dan dasar-dasar ekonomi yang berbentuk makro. Ini memudahkan sesebuah negara mengunjurkan sasaran-sasaran utamanya berbanding negara-negara lain. Antaranya, ia merujuk kepada pengurusan ekonomi yang berasaskan modal, pertumbuhan KDNK, pendapatan per kapita, pelaburan swasta, pasaran modal, keuntungan syarikat, penarafan ekonomi dan kredit, indeks Bursa dan nilai saham. Tuan Yang Dipertua, sesudah ini saya akan menyebutnya sebagai Capital Economy.
21. Manakala apabila kita mengupas dan menakrif istilah People Economy, ia merupakan ekonomi yang berorientasikan rakyat meliputi keutamaan-keutamaan dan kepentingan-kepentingan rakyat seperti kos sara hidup, pendapatan isi rumah, peluang pendidikan, pekerjaan dan perniagaan, kualiti hidup, perumahan, latihan, kemahiran, keusahawanan dan keselamatan, yakni aman dari jenayah. Ringkasnya, ia merupakan ekonomi yang berlandaskan pengalaman seharian rakyat. Sesudah ini saya akan menyebutnya sebagai Ekonomi Keperluan Rakyat atau EKR.
Tuan Yang Dipertua,
Ekonomi Keperluan Rakyat
22. Memang benar, dari sudut teori dan ilmiahnya, capital economy dan people economy tidak dapat dipisahkan dan wujud secara simbiosis antara satu dengan yang lain. Walau apapun, ingin saya tegaskan dalam bajet ini, Ekonomi Keperluan Rakyat menjadi paksi dan pegangan dalam mendahulukan kepentingan rakyat.
7
Barulah nanti apabila kita mencapai status negara maju, nikmat kekayaan dan kemakmuran sebenar negara akan melimpah ke kaki-kaki halaman serta mengetuk pintu-pintu rumah setiap rakyat di negara ini, InsyaAllah.
Tuan Yang Dipertua,
PRESTASI DAN PROSPEK EKONOMI
23. Bermula 3 April 2009, setelah lebih 5 tahun, saya memegang pucuk pimpinan sebagai Perdana Menteri, diperkenalkan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, berlandaskan Dasar Transformasi Nasional atau DTN. Ia merangkumkan Program Transformasi Kerajaan atau GTP, Program Transformasi Ekonomi atau ETP, Program Transformasi Politik atau PTP, Program Transformasi Komuniti atau CTP, Program Transformasi Sosial atau STP dan Program Transformasi Fiskal atau FTP dalam usaha kita mencapai matlamat negara ekonomi maju berpendapatan tinggi. ETP telah mensasarkan peningkatan Pendapatan Negara Kasar Per Kapita Malaysia kepada 15,000 dolar Amerika dan memperoleh 444 bilion dollar Amerika dalam pelaburan menjelang 2020.
24. Sejak 2009 juga, secara kumulatifnya, sebanyak 196 projek daripada 12 NKEA dan 6 SRI telah dilaksanakan. Jumlah pelaburan pula mencecah 219 bilion ringgit dan lebih 437,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi telah diwujudkan.
25. Mutakhir ini, ekonomi negara telah tumbuh dengan positif dalam semua sektor dan mencatatkan KDNK sebanyak 6.3 peratus. Alhamdulillah, kita merafak syukur kepada Yang Maha Kuasa, kerana pencapaian ini, menempatkan kita sebagai yang paling tinggi di kalangan negara ASEAN dalam tempoh separuh pertama 2014.
Tuan Yang Dipertua,
26. Antara tahun-tahun 2009 hingga 2014, kita mampu berasa lega dan berbangga dengan prestasi-prestasi berikut. Indeks FBM KLCI telah meningkat sebanyak 114 peratus iaitu daripada 884.45 mata pada Januari 2009 kepada 1,892.65 mata pada Julai 2014. Pertumbuhan modal pasaran juga meningkat sebanyak 162 peratus daripada 667.87 bilion ringgit kepada 1,749.49 bilion ringgit dicatatkan pada 7 Oktober 2014.
27. Pendapatan Negara Kasar Per Kapita pula menunjukkan peningkatan sebanyak 50 peratus iaitu daripada 6,700 dolar Amerika kepada 10,060 dolar Amerika dalam tempoh 5 tahun ini. InsyaAllah, saya yakin pada tahun ini kita akan mencapai pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh pada kadar 5.5 peratus hingga 6 peratus. Kadar defisit fiskal Negara juga semakin bertambah baik. Kita telah dapat menurunkan kadar defisit daripada 6.7 peratus pada 2009 kepada 3.9 peratus pada 2013 dan dijangka terus menurun kepada 3.5 peratus pada tahun ini.
28. Bagi 2015 pula, pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus.
Tuan Yang Dipertua,
29. Berhubung itu, sukalah saya memaklumkan di sini, kita juga telah memecah beberapa rekod pencapaian antaranya:
Pertama: Indeks Bursa Malaysia telah mencatat paras 1,892.65 mata pada Julai 2014, menjadikannnya paras tertinggi dalam sejarah negara; dan
Kedua: Kemasukan pelabur asing sebanyak 38.7 bilion ringgit pada tahun 2013, juga merupakan catatan tertinggi actual realized investments yang pernah dicapai dalam sejarah Negara.
PERUNTUKAN BAJET 2015
Tuan Yang Dipertua,
30. Bajet 2015 memperuntukkan sejumlah 273.9 bilion ringgit iaitu peningkatan sebanyak 9.8 bilion ringgit berbanding peruntukan asal 2014. Daripadanya, 223.4 bilion ringgit bagi perbelanjaan mengurus dan 50.5 bilion ringgit sebagai perbelanjaan pembangunan.
9
31. Di bawah peruntukan mengurus, 65.6 bilion ringgit adalah untuk Emolumen, dan 38.1 bilion ringgit untuk Perkhidmatan dan Bekalan. Agihan terbesar sebanyak 116.4 bilion ringgit adalah untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pembelian Aset pula diperuntukkan sebanyak 1.5 bilion ringgit dan 1.8 bilion ringgit untuk perbelanjaan lain.
32. Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak 29.3 bilion ringgit, diikuti oleh sektor sosial 12.6 bilion ringgit merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan serta kesejahteraan masyarakat. Sektor keselamatan pula diperuntukkan sebanyak 4.9 bilion ringgit. Selebihnya, diagihkan kepada sektor pentadbiran am iaitu sebanyak 1.7 bilion ringgit dan simpanan luar jangka sebanyak 2 bilion ringgit.
33. Pada tahun 2015, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan sebanyak 235.2 bilion ringgit, yakni peningkatan sebanyak 10.2 bilion ringgit berbanding 2014.
Tuan Yang Dipertua,
34. Khususnya pada tahun 2015, dengan perlaksanaan GST, hasil kutipan dianggarkan berjumlah sebanyak 23.2 bilion ringgit. Walau bagaimanapun, sebagai Kerajaan yang prihatin, kita telah mengecualikan sebilangan barangan yang keseluruhannya dianggarkan 3.8 bilion ringgit.
35. Harus diketahui, bahawa dengan perlaksanaan GST ini, maka Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau SST, dimansuhkan yang menyebabkan kehilangan hasil Kerajaan sebanyak 13.8 bilion ringgit. Ertinya, bila ditolak 13.8 bilion ringgit dan 3.8 bilion ringgit daripada kutipan 23.2 bilion ringgit itu, baki yang ada, berjumlah 5.6 bilion ringgit.
36. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4.9 bilion ringgit disalurkan kembali untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BR1M. Akhirnya, hasil bersih kutipan GST hanyalah berbaki 690 juta ringgit.
10
Tuan Yang Dipertua,
BAJET 2015: EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT
37. Bajet 2015 ini digubal berfokus kepada Ekonomi Keperluan Rakyat dengan menggariskan tujuh strategi utama, iaitu:
Strategi Pertama: Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi;
Strategi Kedua: Memantap Tadbir Urus Fiskal;
Strategi Ketiga: Mengupaya Modal Insan dan Keusahawanan;
Strategi Keempat: Memperkasa Agenda Bumiputera;
Strategi Kelima: Memartabat Peranan Wanita;
Strategi Keenam: Membangun Program Transformasi Belia Negara; dan
Strategi Ketujuh: Mensejahtera Rakyat
Tuan Yang Dipertua,
STRATEGI PERTAMA: MEMPERKUKUH PERTUMBUHAN EKONOMI
38. Dalam hal ini, Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.
Tindakan Pertama: Merancakkan Sektor Perkhidmatan
39. Untuk makluman, pada 2013, sektor perkhidmatan menyumbang 55.2 peratus kepada KDNK. Bagi mencapai sasaran 60 peratus menjelang tahun 2020, Kerajaan akan merancakkan sektor perkhidmatan dengan melaksanakan perkara-perkara berikut:
Pertama: Melaksana Blueprint Sektor Perkhidmatan;
Kedua: Menyediakan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah 5 bilion ringgit kepada semua Perusahaan Kecil dan Sederhana yang terlibat dalam sektor perkhidmatan dengan had maksimum pembiayaan
11
sebanyak 5 juta ringgit bersekali 70 peratus jaminan Kerajaan. Ia dijangka memberi manfaat kepada 4,000 syarikat PKS;
Ketiga: Mewujudkan Research Incentive Scheme for Entreprise dengan peruntukan 10 juta ringgit untuk menggalakkan syarikat-syarikat menubuhkan pusat penyelidikan dalam bidang berteknologi tinggi, ICT dan industri berasaskan pengetahuan;
Keempat: Memperkenalkan semula Dana Perkhidmatan Eksport berjumlah 300 juta ringgit untuk menggalakkan PKS menjalankan kajian kemungkinan pasaran dan promosi eksport bagi menembusi pasaran baru; dan
Kelima: Mengukuhkan Skim Pembangunan Francais di bawah KPDNKK bersama Persatuan Francais Malaysia. Sebanyak 20 juta ringgit diperuntukkan untuk skim ini.
Tindakan ke-2: Memperkukuhkan Pasaran Kewangan Islam
40. Industri kewangan Islam Malaysia kini, mencakupi 25 peratus daripada industri perbankan dari segi aset. Di peringkat antarabangsa pula, Malaysia kekal sebagai pasaran sukuk terbesar di dunia, merangkumi 60 peratus daripada pasaran sukuk global.
41. Selanjutnya, Kerajaan akan memperkenalkan akaun pelaburan patuh syariah pada 2015, dikenali sebagai Investment Account Platform, atau IAP. Ia akan memberi peluang kepada pelabur dalam pembiayaan aktiviti keusahawanan dan pembangunan PKS yang berdaya maju. Pada masa yang sama, IAP akan menarik pelabur institusi dan individu termasuk High Net Worth Individuals dalam pasaran kewangan Islam. Dalam hal ini, dana permulaan sebanyak 150 juta ringgit akan disediakan.
42. Bagi menggalakkan pelaburan dalam IAP, Kerajaan mencadangkan pelabur individu diberi pengecualian cukai pendapatan ke atas keuntungan dari pelaburan yang layak selama 3 tahun berturut-turut.
12
43. Untuk merancakkan terbitan dan urusniaga pasaran sukuk dan bon tempatan pula, Kerajaan telah memperkenalkan produk Bon dan Sukuk Dagangan Bursa atau ETBS pada Januari 2013. Makanya, Kerajaan mencadangkan supaya Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Terbitan Pelaburan Kerajaan turut disenaraikan dan diurus niaga dalam ETBS.
44. Selain itu, perbelanjaan menerbitkan sukuk telah diberi potongan cukai mulai tahun taksiran 2003 hingga tahun taksiran 2015. Selaras dengan ini, dicadangkan potongan cukai bagi perbelanjaan menerbitkan sukuk berasaskan prinsip Ijarah dan Wakalah dilanjutkan selama 3 tahun lagi sehingga tahun taksiran 2018.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan ke-3: Menggalakkan Industri Perkapalan Tempatan
45. Akta Perkapalan Saudagar 2011 memperuntukkan keperluan mandatori insurans atau sekuriti kewangan untuk perlindungan liabiliti pihak ketiga bagi kapal yang beroperasi di Malaysia. Buat masa ini, kebanyakan pemilik kapal muatan besar di Malaysia mempunyai perlindungan liabiliti pihak ketiga melalui Protection & Indemnity, di luar negara.
46. Justeru, bagi membantu pemilik kapal muatan kasar 300 tan ke bawah, Kerajaan akan menubuhkan Kelab P&I Malaysia, di bawah Exim Bank, pada kadar premium yang berpatutan.
Tindakan ke-4: Mempastikan pertumbuhan wilayah yang seimbang dan inklusif, dengan terus menggalakkan pelaburan di kawasan-kawasan yang kurang membangun
47. Dalam konteks ini, Kerajaan akan menambahbaik pakej insentif khas yang disediakan di bawah Koridor-koridor Ekonomi merangkumi lebih banyak kawasan yang kurang maju.
13
Tindakan ke-5: Insentif Untuk Pengurusan Kawasan Perindustrian
48. Kawasan-kawasan perindustrian yang mempunyai kemudahan awam atau infrastruktur yang diselenggara secara sistematik merupakan antara faktor utama yang menyokong pembangunan industri. Dalam hal ini, insentif dengan 100 peratus pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun akan disediakan untuk menggalakkan pihak swasta menyelenggara dan menambah baik kawasan perindustrian di kawasan kurang membangun. Manakala insentif dengan 70 peratus pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun akan disediakan kepada pihak swasta yang mengurus kawasan perindustrian di kawasan yang lain.
Tindakan ke-6: Elaun Modal Bagi Peningkatan Proses Automasi oleh Industri Berintensif Buruh
49. Kerajaan akan menyediakan insentif elaun modal perbelanjaan automasi untuk menggalakkan proses automasi sektor perkilangan mengikut kategori berikut:
 Kategori Pertama, iaitu untuk industri yang mempunyai kebergantungan buruh yang tinggi seperti industri produk getah, plastik, kayu, perabot dan tekstil. Insentif yang ditawarkan adalah elaun modal perbelanjaan automasi sebanyak 200 peratus ke atas 4 juta ringgit perbelanjaan pertama. Insentif ini adalah bagi tempoh 2015 hingga 2017; dan
 Kategori Kedua iaitu untuk industri-industri yang lain. Insentif yang ditawarkan adalah elaun modal perbelanjaan automasi sebanyak 200 peratus ke atas 2 juta ringgit perbelanjaan modal pertama. Insentif ini adalah bagi tempoh 2015 hingga 2020.
Tindakan ke-7: Pelaburan Berkualiti Tinggi
50. Dalam menggalakkan pelaburan berkualiti tinggi dan lebih tertumpu, pakej galakan lebih istimewa akan ditawarkan untuk projek-projek pelaburan yang
14
berasaskan teknologi, inovasi dan pengetahuan, melibatkan pekerja berkelayakan tinggi dan berpengetahuan, dengan gaji yang tinggi.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan ke-8: Merancak Pelaburan Awam dan Swasta
51. Bagi tahun 2015, beberapa projek infrastrutur akan dilaksanakan:
Pertama: Membina Lebuh Raya Sungai Besi - Ulu Klang sepanjang 59 kilometer dengan kos pembinaan berjumlah 5.3 bilion ringgit;
Kedua: Membina Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting sepanjang 276 kilometer dengan kos pembinaan berjumlah 5 bilion ringgit;
Ketiga: Membina Lebuh Raya Damansara - Shah Alam sepanjang 47 kilometer dengan kos pembinaan 4.2 bilion ringgit;
Keempat: Membina Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur - Hubungan Timur sepanjang 36 kilometer dengan kos pembinaan 1.6 bilion ringgit;
Kelima: Menaik taraf landasan keretapi sektor Pantai Timur melibatkan jajaran Gemas-Mentakab, Jerantut-Sungai Yu dan Gua Musang-Tumpat dengan peruntukan 150 juta ringgit;
Keenam: Pembinaan MRT Jajaran Kedua sepanjang 56 kilometer dari Selayang ke Putrajaya, melibatkan anggaran 23 bilion ringgit; dan
Ketujuh: Manakala, Projek LRT3, yang bakal menghubungkan Bandar Utama sehingga Shah Alam dan Klang, dianggarkan 9 bilion ringgit akan dilaksanakan.
15
52. Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nilai pelaburan 69 bilion ringgit pula yang dijangka dapat mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan.
53. Di samping itu, bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, dana pinjaman Sustainable Mobility Fund berjumlah 70 juta ringgit disediakan bawah SME Bank. Sebagai permulaan, 50 bas elektrik akan diperkenalkan.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan ke-9: Menggalakkan Penubuhan Hab Prinsipal
54. Untuk ini, Kerajaan akan terus berusaha memperbanyakkan lagi pusat operasi global syarikat multinasional di Malaysia. Sejajar dengan itu, satu insentif Hab Prinsipal yang berbentuk customised incentives akan diperkenalkan mulai awal tahun depan.
Tindakan ke-10: Merancakkan Industri Kreatif
55. Untuk memajukan industri kreatif seperti animasi, perfileman, seni reka, dan warisan budaya, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 200 juta ringgit kepada MyCreative Ventures pada tahun 2012. Lanjutan daripada ini, usaha ini diteruskan melalui Dana Industri Kandungan Digital di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebanyak 100 juta ringgit.
Tindakan ke-11: Meningkatkan Keupayaan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi
56. High Speed Broad Band, di kawasan ekonomi berimpak tinggi, akan diteruskan meliputi ibu negeri dan bandar-bandar terpilih di seluruh negara. Sebanyak 2.7 bilion ringgit akan dibelanjakan dalam tempoh tiga tahun melibatkan pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baru dan pembinaan kabel dasar laut.
16
Tindakan ke-12: Merancak Industri Pelancongan
57. Sempena sambutan „Malaysia - Year of Festivals 2015‟, Kerajaan mensasarkan kedatangan pelancong asing seramai 29.4 juta orang dengan jangkaan pendapatan sebanyak 89 bilion ringgit. Untuk tujuan ini, sebanyak 316 juta ringgit diperuntukkan bagi pelbagai program di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan ke-13: Membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana
58. Kini, sumbangan PKS kepada KDNK adalah sebanyak 33 peratus dan kita mensasarkan peningkatan kepada 41 peratus menjelang 2020.
59. Maka, bagi merancakkan penglibatan PKS dalam aktiviti ekonomi, Kerajaan mencadangkan pelaksanaan SME Investment Partner, di mana PKS akan diberi bantuan pembiayaan dalam bentuk pinjaman, ekuiti atau kedua-duanya, terutamanya di peringkat start-up. Dana permulaan berjumlah 375 juta ringgit akan disediakan untuk tempoh lima tahun, di mana 250 juta ringgit adalah daripada SME Bank dan 125 juta ringgit lagi daripada pelabur swasta. Di bawah SME Corp pula, 10 juta ringgit akan diperuntukkan untuk Business Accelerator Programme.
60. Sebagai meningkatkan penggunaan teknologi baru, automasi dan inovasi dalam pembangunan PKS pula, sebanyak 80 juta ringgit diperuntukkan untuk Skim Pinjaman Mudah Automasi dan Pemodenan PKS di bawah Malaysian Industrial Development Finance Berhad.
Tuan Yang Dipertua,
61. Di sudut lain, TEKUN juga telah menyalurkan pinjaman berjumlah 3.1 bilion ringgit kepada hampir 300 ribu orang peminjam dengan had pembiayaan di antara 1,000 hingga 100 ribu ringgit. Pada tahun 2015, TEKUN akan menyediakan tambahan dana pembiayaan sebanyak 500 juta ringgit, diagihkan seperti berikut:
17
Pertama: 350 juta ringgit diperuntukkan kepada usahawan Bumiputera yakni hampir 33 ribu orang peminjam baru;
Kedua: 50 juta ringgit dikhususkan kepada Skim Pembiayaan Usahawan Muda India, dijangka memanfaatkan 5,000 peminjam kaum India;
Ketiga: 50 juta ringgit diperuntukkan kepada Program Pembangunan Usahawan Wanita Muda Profesional yakni pembiayaan kepada 5,000 peminjam wanita profesional; dan
Keempat: 50 juta ringgit diperuntukkan kepada Program Pembangunan Usahawan Bekas Tentera, yang menawarkan pembiayaan kepada 5,000 orang bekas tentera yang tidak berpencen.
62. Seiring itu, bagi membantu PKS kaum Cina, Kerajaan akan menyediakan pinjaman mudah sebanyak 50 juta ringgit, manakala bagi penjaja dan peniaga kecil sebanyak 30 juta ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan ke-14: Pembangunan Inovasi dan Pengkomersilan
63. Ketika ini, nisbah R&D kepada KDNK adalah rendah jika dibanding dengan negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan. Justeru, Kerajaan memperuntukkan 1.3 bilion ringgit kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi melaksanakan program berkaitan, antaranya:
Pertama: Mensasarkan 360 produk inovasi berimpak tinggi dikomersilkan dalam tempoh 5 tahun akan datang;
Kedua: Menyediakan dana penyelidikan sebanyak 290 juta ringgit bagi menjalankan pelbagai aktiviti R&D&C yang berimpak tinggi;
18
Ketiga: Menjenamakan semula SIRIM. Untuk itu, SME Technology Penetration, Upgrading Program dan Technology Auditing akan dilaksanakan;
Keempat: Memperkenalkan inisiatif baru iaitu Public Private Research Network yang diterajui Kementerian Pendidikan dengan kerjasama MTDC dengan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit; dan
Kelima: Memperkukuhkan Program Technology Commercialization Platform oleh Agensi Inovasi Malaysia dengan tambahan 50 juta ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
STRATEGI KEDUA: MEMANTAP TADBIR URUS FISKAL
64. Hakikatnya, Kerajaan sentiasa berusaha bagi mengukuhkan kemampanan kedudukan kewangan Negara, untuk menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh dan mengurangkan defisit fiskal, bagi mencapai bajet berimbang.
Tindakan Pertama: Melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan
65. Semasa pengumuman GST sewaktu pembentangan Bajet 2014 lalu, Kerajaan telah mencadangkan senarai barang makanan dan perkhidmatan asas tidak dikenakan GST. Maka berdasarkan kepada maklumbalas pelbagai lapisan masyarakat, Kerajaan telah bersetuju untuk meluaskan skop barang yang tidak dikenakan GST. Antara penambahannya adalah:
(i) Semua jenis buah-buahan tempatan dan diimport;
(ii) Roti putih dan roti wholemeal;
(iii) Serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk koko;
(iv) Mi kuning, kue tiau, laksa dan bihun;
(v) Ubat-ubatan Penting Nasional yang meliputi hampir 2,900 jenama ubat. Ubat-ubatan ini adalah bagi kegunaan rawatan untuk 30 jenis penyakit
19
termasuk sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan rawatan kesuburan;
(vi) Bahan bacaan seperti buku mewarna kanak-kanak, buku latihan dan rujukan, buku teks, kamus dan kitab agama; dan
(vii) Surat khabar.
66. Selain itu, Kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST daripada 200 unit kepada 300 unit pertama. Ini bermakna, sebanyak 70 peratus isi rumah akan mendapat manfaat langsung.
67. Di samping itu, bagi mempastikan pelaksanaan GST tidak membebankan rakyat, Kerajaan bersetuju supaya penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST. Melalui langkah ini, pengguna dan kumpulan sasaran yang berkenaan tidak perlu membayar GST bagi pembelian petrol RON95, diesel dan LPG.
Tuan Yang Dipertua,
68. Molek saya nyatakan di sini bahawa, daripada 944 barang dan perkhidmatan yang terdapat di dalam basket of goods, Indeks Harga Pengguna, 532 barang atau 56 peratus dijangka mengalami penurunan harga sehingga 4.1 peratus. Antara produk tersebut adalah ubat-ubatan, barangan elektrik seperti peti sejuk dan mesin basuh, produk tekstil, barangan plastik seperti baldi dan pinggan mangkuk, kasut dan selipar, perabot rumah, lampin bayi, sabun, daging, telur ayam, minyak masak, makanan laut, beras dan sayur-sayuran.
69. Manakala sekitar 354 jenis barang dan perkhidmatan yang akan mengalami kenaikan harga tidak melebihi 5.8 peratus. Apa yang penting, Kerajaan berharap para peniaga bersifat bertanggungjawab dengan tidak meningkatkan harga sehingga membebankan rakyat. Untuk memudahkan rakyat, Kerajaan akan mengeluarkan shoppers’ guide bagi membolehkan mereka membuat perbandingan harga sebelum dan selepas GST.
20
Tuan Yang Dipertua,
70. Perlu difahami baik-baik juga, sebenarnya, kesan langsung daripada perlaksanaan GST, membolehkan Kerajaan mengurangkan beban cukai kepada rakyat seperti berikut:
Pertama: Kepada individu dan isi rumah bagi tahun taksiran 2015
(i) Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan. Melalui langkah ini, seramai 300 ribu orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar.
(ii) Manakala, golongan berkeluarga yang berpendapatan empat ribu ringgit sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.
(iii) Cukai pendapatan individu juga akan distruktur semula di mana pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi 100 ribu ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit. Kadar cukai maksimum yang kini 26 peratus pula, dikurangkan kepada 24 peratus, 24.5 peratus dan 25 peratus. Justeru, pembayar cukai akan menikmati penjimatan bayaran cukai sekurang-kurangnya sebanyak 5.3 peratus.
Kedua: Bagi tahun taksiran 2015, kadar cukai pendapatan koperasi juga dikurangkan satu hingga dua mata peratusan. Selain itu, yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai juga dibenarkan potongan cukai;
Ketiga: Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus; dan
Keempat: Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus.
21
Tuan Yang Dipertua,
71. Pada satu perspektif, pengalaman antarabangsa membuktikan, tahap kesediaan peniaga adalah salah satu faktor kejayaan pelaksanaan GST. Bagi membantu para peniaga, insentif dan bantuan berikut akan dilaksanakan:
Pertama: Pemberian Geran latihan sebanyak 100 juta ringgit kepada peniaga untuk menghantar kakitangan menjalani latihan tentang GST;
Kedua: Bantuan kewangan berjumlah 150 juta ringgit kepada PKS bagi pembelian perisian perakaunan;
Ketiga: Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberi Elaun Modal Dipercepatkan; dan
Keempat: Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST diberi potongan cukai tambahan.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan ke-2: Merasionalisasi Subsidi
72. Kerajaan telah memperuntukkan 588 juta ringgit bagi pelbagai subsidi pada tahun 1994. Jumlah ini telah meningkat kepada 40.5 bilion ringgit pada tahun 2014.
73. Bagi menambah baik kedudukan kewangan awam, Kerajaan komited untuk melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi, terutamanya subsidi petroleum. Langkah ini bertujuan mempastikan pemberian subsidi lebih bersasar serta mengurangkan ketirisan dan penyeludupan. Kerajaan akan mempastikan langkah rasionalisasi subsidi dilaksanakan secara berperingkat bagi mempastikan ianya tidak membebankan rakyat.
74. Kini, lebih 21 bilion ringgit setahun diperuntukkan untuk membiayai subsidi petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG. Kesannya, peruntukan subsidi telah
22
meningkat lebih 14 kali ganda daripada 1.65 bilion ringgit tahun 2002 kepada 23.5 bilion ringgit tahun 2013, semata-mata untuk mengekalkan harga runcit petrol yang rendah. Ini disebabkan peningkatan jumlah kenderaan daripada 13.6 juta unit pada 2008 kepada 23.7 juta unit pada 2013.
75. Oleh yang demikian, bagi mempastikan pemberian subsidi yang lebih bersasar dan mengambil kira kesedaran dan kesediaan rakyat terhadap langkah rasionalisasi subsidi, Kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baru pemberian subsidi petroleum yang akan saya umumkan dalam masa terdekat.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan ke-3: Menyebar Luas Strategi Lautan Biru Kebangsaan
76. National Blue Ocean Strategy, telah menunjukkan keberkesanan pelaksanaan projek dan program Kerajaan. Untuk itu sebanyak 356 juta ringgit akan disediakan bagi tahun 2015, iaitu:
Pertama: Membuka 4 buah lagi UTC di Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis serta 1 mini UTC di Kedah; dan
Kedua: Mempergiatkan latihan peningkatan kemahiran atau upskilling kepada 5,000 pelatih melalui program 1Malaysia Skills and Employability Scheme bagi sektor awam dan 1Malaysia Training Centre bagi sektor swasta.
23
Tuan Yang Dipertua,
STRATEGI KETIGA: MENGUPAYA MODAL INSAN DAN KEUSAHAWANAN
77. Kontemporari ini, antara faktor yang menentukan kejayaan bagi sesebuah negara banyak bergantung kepada sumber manusianya. Kekayaan kini tidak lagi berasaskan kepada sumber „bahan mentah‟ seperti petroleum, kelapa sawit atau sumber galian, semata-mata, tetapi juga merangkumi idea, kreativiti dan inovasi serta kemahiran insaniah, termasuklah ciptaan-ciptaan produk terkini, yang berupaya menjana ekonomi dan melahirkan usahawan-usahawan baharu.
78. Bagi maksud strategi ini dan falsafah modal insan, selaras dengan Ekonomi Keperluan Rakyat, adalah menjadi hasrat Kerajaan agar komponen gaji dalam KDNK ditingkatkan daripada takuk 34 peratus pada masa ini kepada 40 peratus daripada KDNK menjelang 2020.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan Pertama: Memantapkan Profesionalisme Perguruan dan Prestasi Sekolah
79. Sektor pendidikan negara akan terus diperkukuh selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Bagi tujuan ini, 56 bilion ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membiayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuk penekanan akan diberikan kepada pemantapan sekolah-sekolah yang memerlukan bimbingan serta bantuan khusus. Justeru, peruntukan sebanyak 250 juta ringgit disediakan untuk menjayakan program Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah dan program Rakan Peningkatan Sekolah.
24
Tindakan Ke-2: Mengupaya Program Sekolah Amanah dan Pembinaan Sekolah Baru
80. Kerajaan juga akan memperluaskan program Sekolah Amanah yang telah dimulakan pada tahun 2011. Setakat ini, 30 buah Sekolah Amanah telah diwujudkan yang memanfaatkan lebih 20 ribu pelajar dan 1,500 guru. Di bawah program ini, Pengetua diberi kuasa autonomi dan akauntabiliti yang tinggi dalam menguruskan pentadbiran serta proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Justeru, pada tahun hadapan, Kerajaan bercadang untuk memperluaskan program ini ke 20 buah sekolah lagi di negeri Johor, Sarawak, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan peruntukan 10 juta ringgit.
81. Di samping itu, Kerajaan juga akan membina 12 buah sekolah baru, iaitu 7 buah Sekolah Rendah, 3 buah Sekolah Menengah dan 2 buah Sekolah Berasrama Penuh di seluruh negara.
Tindakan Ke-3: Mengarus Perdana Pendidikan Teknikal dan Vokasional
82. Menjelang tahun 2020, sekurang-kurangnya 46 peratus pekerjaan memerlukan kelayakan teknikal dan vokasional. Untuk itu, Kerajaan akan meningkatkan pengambilan pelajar di kolej vokasional dan kolej komuniti melalui program Transformasi Vokasional dan Teknik serta menaik taraf kolej. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan memperuntukkan 1.2 bilion ringgit.
83. Bersabit hal ini juga, buat masa ini bagi permohonan untuk mengambil jurusan di bawah Program Latihan Teknikal dan Vokasional atau TEVT, yang diterima oleh Kementerian Pendidikan jauh melebihi kemampuan tempat yang boleh disediakan, yakni lebih kurang 20 ribu. Jadinya, sebagai langkah untuk membuka lebih peluang bagi bidang ini, Kerajaan bersetuju meluluskan 100 juta ringgit dengan serta merta kepada Kementerian Pendidikan untuk menempatkan 10 ribu pelajar di kolej-kolej teknikal dan vokasional swasta. Di samping itu, 50 juta ringgit juga turut diperuntukkan kepada MARA bagi perlaksanaan Program TEVT.
25
Tuan Yang Dipertua,
84. Sebagai dorongan kepada syarikat swasta pula, Kerajaan mencadangkan galakan cukai sedia ada ditambahbaik seperti berikut:
Pertama: Potongan dua kali bagi maksud pengiraan cukai pendapatan diperluaskan kepada biasiswa untuk pelajar di peringkat pengajian pensijilan vokasional dan teknik;
Kedua: Potongan dua kali bagi maksud pengiraan cukai pendapatan ke atas perbelanjaan syarikat dalam melaksanakan program internship berstruktur di peringkat diploma dan vokasional; dan
Ketiga: Potongan tambahan bagi maksud pengiraan cukai pendapatan diberi ke atas perbelanjaan latihan yang ditanggung oleh majikan bagi pekerja untuk mendapatkan sijil dan kelayakan profesional yang diiktiraf.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan Ke-4: Membangunkan dan Menyelenggara Fasiliti Pendidikan
85. Dalam aspek keselamatan dan persekitaran pembelajaran pula, Kerajaan akan menyediakan 800 juta ringgit untuk tujuan ini dengan pecahan seperti berikut:
 Sekolah Kebangsaan 450 juta ringgit;
 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 50 juta ringgit;
 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 50 juta ringgit;
 Sekolah Mubaligh 50 juta ringgit;
 Sekolah Berasrama Penuh 50 juta ringgit;
 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan 50 juta ringgit;
 MRSM 50 juta ringgit;
 Sekolah Pondok yang berdaftar 25 juta ringgit; dan
26
 Sekolah Menengah Kebangsaan Cina atau conforming school yang mengguna pakai kurikulum Kebangsaan diperuntukkan sebanyak 25 juta ringgit
86. Kerajaan juga sukacita mengumumkan supaya pembayaran kos bil elektrik dan air kepada semua Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan di bawah Kementerian Pendidikan, dapat dibayar sepenuhnya dengan siling sebanyak 5,000 ringgit sebulan. Ini berbeza dengan kuota 2,000 ringgit setiap sekolah sebelum ini.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan Ke-5: Menaja Pelajaran
87. Untuk Tahun 2015, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 3 bilion ringgit, di mana 1.9 bilion ringgit melalui tajaan JPA, sebanyak 759 juta ringgit kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan 258 juta ringgit kepada Kementerian Kesihatan.
Tindakan Ke-6: Memperluas Program MyBrain15
88. Kerajaan telah memperkenalkan program MyBrain15 untuk menghasilkan 60 ribu pemegang PhD menjelang tahun 2023. Setakat ini, seramai 34,525 pelajar sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah melibatkan perbelanjaan lebih 386 juta ringgit. Untuk tahun 2015, sebanyak 112 juta ringgit lagi akan diperuntukkan. MyBrain15 yang kini terbuka kepada sektor swasta, dicadangkan diperluas kepada penjawat awam dan kakitangan badan berkanun yang ingin melanjutkan pengajian secara separuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan.
Tindakan Ke-7: Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
89. Sejak penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN pada 1997 sehingga kini, seramai 2.1 juta rakyat Malaysia telah mengambil
27
pinjaman berjumlah 47.8 bilion ringgit. Namun demikian, setakat 31 Ogos 2014, hanya 5.36 bilion ringgit atau 46 peratus daripada 11.76 bilion ringgit telah dikutip.
90. Lebih menyedihkan, terdapat seramai 174 ribu peminjam, yang langsung tidak pernah membayar balik setakat 2010. Oleh itu, Kerajaan akan mengambil langkah baru yang setimpal dan sewajarnya kepada para peminjam ini.
Tuan Yang Dipertua,
91. Hatta dalam Islam pun, melalui mafhum beberapa hadis sahih antaranya riwayat Muslim menyatakan bahawa, roh seorang mukmin itu tergantung-gantung dengan sebab berhutang, waima dosa orang mati syahid pun diampuni, melainkan hutangnya.
92. Berkait ini, harap ramai dapat mengambil iktibar. Jadinya, dalam usaha menggalakkan peminjam membuat bayaran balik, Kerajaan mencadangkan supaya 10 peratus rebat diberikan sekiranya peminjam membuat bayaran balik pinjaman secara berterusan selama 12 bulan sehingga 31 Disember 2015. Sebagai tambahan, tawaran diskaun 20 peratus diberikan kepada peminjam yang membuat penyelesaian secara sekaligus atau lump sum mulai hari ini sehingga 31 Mac 2015.
93. Sejak tahun 2005, golongan berpendapatan tidak melebihi 2,000 ringgit sebulan, yang menyimpan di dalam SSPN-i, telah menikmati pemberian geran sepadan. Justeru, bagi menggalakkan lebih ramai ibu bapa menjadi pendeposit untuk menikmati geran sepadan ini, Kerajaan mencadangkan supaya had pendapatan isi rumah pencarum dinaikkan kepada tidak melebihi 4,000 ringgit sebulan.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan Ke-8: Meningkat Kebolehpasaran Graduan
94. Sehingga kini, dianggarkan seramai 53 ribu graduan masih belum lagi mendapatkan pekerjaan setelah 6 bulan tamat pengajian. Untuk meningkatkan
28
kebolehpasaran graduan, Kerajaan mencadangkan supaya kurikulum dan program latihan kemahiran di institusi latihan kemahiran awam serta institusi pengajian tinggi dikaji semula. Untuk tujuan ini, Talent Corp akan menyediakan 30 juta ringgit bagi program Industry Academia Collaboration di mana, universiti, entiti Kerajaan dan industri bekerjasama membangunkan kurikulum program internship serta latihan industri.
95. Selain itu, keyakinan diri dan kemahiran graduan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris akan dipertingkatkan. Pada masa ini, syarat kemasukan am ke IPTA mengkehendaki pelajar mencapai tahap minimum di Band 1 dalam Malaysian University English Test atau MUET. Mulai tahun hadapan:
(i) bagi kemasukan ke IPTA tahap minimum Band MUET ditingkatkan mengikut bidang pengajian seperti contoh berikut:
a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial - Band 2
b) Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM - Band 3
c) Pengajian Undang-undang & Perubatan - Band 4
(ii) sebagai syarat bergraduan pula, pelajar wajib mencapai:
a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial - Band 3
b) Pengajian STEM – Band 4
c) Pengajian Undang-undang & Perubatan - Band 5
Saya juga ingin menyarankan IPTS melaksanakan langkah yang sama.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan Ke-9: Mensejahterakan Golongan Pekerja
96. Pada suku kedua 2014, jumlah pekerjaan adalah sebanyak 13.5 juta iaitu peningkatan lebih 1.6 juta pekerjaan berbanding tahun 2010. Bagi mempastikan kebajikan pekerja terus terbela:
29
(i) Akta Kerja 1955 dan akta perburuhan yang berkaitan akan dikaji semula yang termasuk terma dan syarat pekerjaan, pelantikan dan pemberhentian, waktu bekerja yang fleksibel serta faedah penamatan kerja;
(ii) Portal JobsMalaysia akan ditambahbaik bagi memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja yang semakin dinamik;
(iii) Kerajaan akan memperkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan bertujuan membantu golongan pekerja yang diberhentikan melalui pemberian bantuan saraan sementara serta peluang latihan semula atau reskilling and upskilling; dan
(iv) Menyediakan latihan teknikal dan bantuan pendidikan kepada golongan belia India terutama dari keluarga kurang berkemampuan dengan peruntukan 30 juta ringgit.
97. Pada tahun 2011, Skim Latihan 1Malaysia atau SL1M telah berjaya mendapatkan pekerjaan kepada lebih 45 ribu graduan dari kalangan isi rumah berpendapatan rendah dan luar bandar. Kerajaan telah menyokong usaha CSR oleh majikan dalam perlaksanaannya melalui galakan potongan dua kali kepada syarikat bagi maksud pengiraan cukai pendapatan sehingga 31 Disember 2016. Saya mencadangkan galakan cukai ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan Ke-10 : Globally Recognised Industry and Professional Certification atau 1MalaysiaGRIP
98. Bagi memperhebatkan program upskilling dan reskilling, Kerajaan akan memperkenalkan satu program baru, iaitu Globally Recognised Industry and Professional Certification atau 1MalaysiaGRIP dengan peruntukan sebanyak 300 juta ringgit secara matching grant antara Kerajaan dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad bagi melatih seramai 30 ribu pekerja.
30
Tindakan Ke-11 : Program Latihan Kemahiran
99. Kerajaan akan meningkatkan program latihan kemahiran di institusi latihan kemahiran Jabatan Tenaga Kerja atau JTK. Program latihan ini akan melibatkan pelajar lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, graduan universiti atau kolej serta pekerja industri terutama pekerja separuh mahir. Bagi mengoptimumkan 32 institusi latihan JTK, Kerajaan akan mengoptimumkan kapasiti latihan double shift bagi program sepenuh masa melibatkan 176 kursus yang mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran pekerjaan. Pengambilan pelajar sebanyak 2 kali setahun dianggarkan melibatkan 48 ribu dalam tempoh 5 tahun pelaksanaannya dengan peruntukan 570 juta ringgit.
Tindakan Ke-12: Syarikat Permulaan atau Start-up
100. Kerajaan berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi tumpuan bagi Syarikat Permulaan atau Start-up di rantau ini. Salah satu usaha adalah penubuhan MaGIC bagi mewujudkan ekosistem yang lebih kondusif untuk memudahcara syarikat Start-up memulakan perniagaan. Justeru, bagi menarik lebih ramai usahawan ekspatriat syarikat Start-up beroperasi di Malaysia, dicadangkan kriteria khas Modal Berbayar syarikat Start-up ditetapkan sebanyak 75 ribu ringgit. Usahawan ekspatriat Start-up yang layak akan diberi Startup Work Pass untuk tempoh satu tahun.
Tuan Yang Dipertua,
STRATEGI KEEMPAT: MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA
101. Sejak Merdeka, semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan Bumiputera oleh pihak Kerajaan telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat majmuk tersebut. Secara prinsipnya, perkara dan amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat Malaysia, dilindungi, dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
31
102. Makanya, Melayu dan Bumiputera sebagai teras kepada agenda nasional tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Sesungguhnya, sebarang prakarsa bersifat nasional yang tidak mengambilkira atau mengabaikan agenda Melayu serta Bumiputera sama ada Islam mahupun bukan Islam, adalah tidak adil dan tidak saksama.
103. Hatta, sejarah telah membuktikan sejak puluhan tahun dilaksanakan, bukan sahaja orang Melayu dan Bumiputera, bahkan semua rakyat Malaysia berkongsi nikmat, meraih manfaat bersama, hasil daripada pembangunan ekonomi negara. Jelasnya, ini telah kita lakukan bukanlah dengan mengambil, atau menidakkan hak sesiapa, tetapi sebenarnya melalui penciptaan kekayaan baru dan penjanaan pertumbuhan ekonomi yang mampan. Apatah lagi menjelang 2020, jumlah Melayu dan Bumiputera, Islam dan Bukan Islam, akan mencapai lebih 70 peratus.
Tuan Yang Dipertua,
Tindakan Pertama: Meningkatkan Pemilikan Ekuiti Bumiputera
104. Dalam konteks pemilikan ekuiti syarikat korporat, masyarakat Bumiputera masih belum mencapai sasaran 30 peratus. Sementara itu, effective control ke atas syarikat korporat terkini, hanyalah pada sekitar 10 peratus. Lantaran itu, Kerajaan menerusi EKUINAS akan diperuntukkan 600 juta ringgit bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat-syarikat swasta mahupun GLC. Sehingga kini, EKUINAS telah melaksanakan pelaburan kumulatif bernilai 2.3 bilion ringgit dalam pelbagai sektor.
Tindakan Ke-2: Memantapkan Keusahawanan Bumiputera
105. Bagi melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera, beberapa inisiatif telah dirancang:
Pertama: Memperkukuh peranan Institut Keusahawanan Negara atau INSKEN sebagai Pusat Kecemerlangan Keusahawanan Bumiputera;
32
Kedua: Merancakkan lagi program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera atau SUPERB dengan peruntukan tambahan sebanyak 30 juta ringgit. Program ini juga akan diperluaskan penyertaannya kepada usahawan di Sabah dan Sarawak;
Ketiga: Memperkenalkan program pre-eksport untuk syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi atau TERAS bagi meningkatkan penjenamaan, pensijilan antarabangsa, dan market survey keluaran Bumiputera. Program ini mensasarkan 60 syarikat TERAS yang dapat meningkatkan kapasiti dan menembusi pasaran antarabangsa; dan
Keempat: Memperluaskan program carve-out and compete secara meritokrasi meliputi projek Kerajaan dan penswastaan, termasuk projek MRT jajaran kedua dan Lebuhraya Pan Borneo.
Tindakan Ke-3: PKS Bumiputera
106. Bagi PLS Bumiputera pula, antara inisiatif-iniatif khusus yang akan dilaksanakan melalui Bajet 2015 adalah seperti berikut:
Pertama Lembaga Tabung Haji akan memperuntukkan 200 juta ringgit bagi penubuhan Akaun Pelaburan Terhad patuh syariah di Bank Islam. Tujuan akaun ini adalah bagi menyedia kemudahan pembiayaan dan kredit yang bernilai antara 50 ribu hingga 1 juta ringgit mulai Januari 2015; dan
Kedua: Amanah Ikhtiar Malaysia atau AIM akan menggunakan sumber dalaman berjumlah 1.8 bilion ringgit untuk menyediakan pembiayaan yang dapat memanfaatkan 346 ribu sahabat AIM.
Tindakan Ke-4: Membangunkan Modal Insan Bumiputera
107. Sebagai sebuah institusi unggul Bumiputera, MARA perlu terus diperteguhkan. Pastinya, antara aspek yang terpenting ialah Pembangunan Modal
33
Insan. Ia merupakan salah satu pelengkap bagi Memperkasa Agenda Bumiputera. Dalam hal ini Kerajaan telah menyediakan inisiatif-inisiatif berikut:
Pertama: 2 bilion ringgit diperuntukkan menerusi MARA kepada pelajar Bumiputera yang layak untuk tajaan pelajaran;
Kedua: 72 juta ringgit akan digunakan oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dalam pelaksanaan 3 program dalam bentuk biasiswa, latihan dan bantuan kewangan yang keseluruhannya melibatkan 5 ribu orang; dan
Ketiga: Menubuhkan Pusat Perakaunan Profesional di Universiti Teknologi Mara dengan kerjasama Institut Akauntan Malaysia.
Tuan Yang Dipertua,
108. Sememangnya, Kerajaan sentiasa mengambil berat dan amat prihatin dalam membangun dan membela nasib rakyat di Sabah dan Sarawak dalam agenda pembangunan negara.
109. Sehubungan itu, sebagaimana Projek Lebuhraya Utara-Selatan telah mentransformasikan pembangunan dari Perlis ke Johor, Kerajaan akan mula membina Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 kilometer melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936 kilometer dan jajaran Sabah sepanjang 727 kilometer dengan kos pembinaan sebanyak 27 bilion ringgit.
110. Menerusi NBOS pula, satu lagi mini UTC dan RTC masing-masing di Sabah dan Sarawak akan dibuka bagi memudahkan urusan masyarakat di pedalaman dan bandar.
111. Membina Klinik Kesihatan di Tenom, Sabah dan di Lubok Antu, Sarawak, serta menaik taraf kemudahan di Hospital Tawau. Kerajaan akan turut menyediakan perkhidmatan perubatan nuklear dan radioterapi bagi merawat pesakit kanser di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Likas Sabah.
34
Tuan Yang Dipertua,
112. Negeri Sabah merupakan negeri yang mempunyai pesisiran pantai yang panjang dan luas. Justeru, bagi memperkukuhkan keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah atau ESSZONE, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah atau ESSCOM diperuntukkan 660 juta ringgit.
113. Dua batalion melibatkan satu batalion PGA PDRM dan satu batalion Tentera Darat dengan jumlah anggota baru seramai 1,280 anggota telah diluluskan. Dua buah kem juga akan dibina di ESSZONE iaitu Kem Batalion 20 PGA di Beluran dan Kem ATM di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah.
114. Di samping itu, kelengkapan operasi pertahanan dan keselamatan akan ditambah baik. Antaranya perolehan sistem radar pengawasan yang berkeupayaan tinggi. Kerajaan juga akan menggunakan satu pelantar minyak yang diubahsuai dan sebuah kapal auxillary sebagai Sea Basing di perairan ESSZONE dengan peruntukan sebanyak 230 juta ringgit melalui program CSR Petronas.
115. Sebagai tambahan, untuk membolehkan pesawat berkeupayaan tinggi mendarat, Kerajaan akan memanjangkan landasan lapangan terbang di Lahad Datu dan perpindahan Skuadron Hawk dari Butterworth ke Labuan, dengan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit.
116. Kerajaan juga akan menempatkan semula perkampungan-perkampungan air seperti di Semporna dan Sandakan secara berperingkat. Kerajaan berharap dengan inisiatif ini, keselamatan rakyat Malaysia di Sabah akan terus terjamin dan aktiviti ekonomi akan terus rancak.
35
Tuan Yang Dipertua,
117. Sebagai Memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan di Sabah dan Sarawak, julung-julung kalinya subsidi padi bukit diperkenalkan dengan peruntukan sebanyak 70 juta ringgit. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada kawasan penanaman seluas 76,000 hektar.
118. Hakikatnya, Kerajaan amat mementingkan kesejahteraan rakyat, terutama yang melibatkan aspek kos sara hidup seharian mereka. Justeru, Kerajaan akan berusaha untuk terus menyeimbangkan harga barang keperluan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak melalui langkah-langkah berikut:
Pertama: 262 juta ringgit bagi membiayai kos pengangkutan dan penguatkuasaan kawalan harga barangan keperluan harian terutamanya di Sabah dan Sarawak; dan
Kedua: Tambahan 2 buah KR1M di Sabah menjadikan jumlah 16 buah dan 3 buah lagi di Sarawak menjadikan 19 buah.
Sesungguhnya, agenda pembelaan nasib rakyat di Sabah dan Sarawak, Agi Idup Agi Ngelaban, akan tatap kita perjuangkan.
Tuan Yang Dipertua,
STRATEGI KELIMA: MEMARTABAT PERANAN WANITA
119. Sesungguhnya wanita sangat istimewa. Keunikan mereka bukan sekadar penyeri kepada sesebuah keluarga, malahan menjadi penyuluh dalam mengatasi banyak permasalahan kehidupan. Bahkan wanita itulah tulang belakang pembangunan negara. Sesuai dengan itu, Kerajaan sentiasa mengambil berat dalam mempastikan mereka terus berperanan dalam mewarnai negara dan generasi mendatang.
36
120. Pada masa ini, pekerja wanita hanya mewakili 38 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja di negara ini. Bagi meningkatkan sumbangan wanita dalam pembangunan negara, Kerajaan akan menumpukan kepada usaha mempergiatkan penglibatan wanita dalam pasaran kerja dan aktiviti keusahawanan. Atas tujuan ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, diperuntukkan sejumlah 2.26 bilion ringgit bagi pembangunan dan operasi. Antaranya program-programnya termasuklah:
Pertama: Memperkukuh Program Pengarah Wanita bagi mencapai 30 peratus penglibatan wanita dalam kumpulan pembuat keputusan. Kerajaan merancang untuk melatih 125 orang bakal pengarah wanita untuk mengisi jawatan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan Kerajaan dan swasta. Saya menyeru syarikat milik Kerajaan dan swasta memberi peluang kepada lebih ramai wanita profesional menjadi ahli lembaga pengarah;
Kedua: Menambah baik peluang wanita untuk kembali ke pasaran kerja melalui program 1Malaysia Support for Housewife yang menitikberatkan latihan kemahiran dan galakan suri rumah; dan
Ketiga: Talent Corp akan mewujudkan Program Women Career Comeback untuk wanita profesional kembali ke pasaran pekerjaan berdasarkan kelayakan professional.
121. Kerajaan juga sentiasa peka terhadap kesejahteraan golongan wanita terutamanya dari aspek keselamatan. Sehubungan itu, Kerajaan akan membeli premis Rumah Perlindungan Khas Wanita mengikut zon wilayah timur, utara dan tengah. Selain itu, bagi memberi peluang kepada ibu tunggal yang berminat dalam keusahawanan, Kerajaan akan meneruskan Program Kemahiran Inkubator Ibu Tunggal atau I-KIT, Program Inkubator Keusahawanan Wanita dan Program Teras Pembangunan Wanita.
37
122. Seterusnya, susulan daripada pembiayaan keseluruhan yang disediakan di bawah AIM, usahawan wanita India akan diberi peruntukan khusus sebanyak 30 juta ringgit.
123. Selain itu, bagi Penjawat Awam, Kerajaan bersetuju menambah baik kemudahan Cuti Menjaga Anak dengan meminda syarat pemberian supaya tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin berkuat kuasa 1 Januari 2015. Kemudahan ini terhad untuk tempoh satu tahun dan diperluaskan kepada pegawai wanita yang mempunyai anak tiri tanggungan, anak angkat yang diambil mengikut undang-undang, anak pelihara dan anak kurang upaya.
124. Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menggalakkan penubuhan lebih banyak pusat penjagaan kanak-kanak di premis pejabat swasta, garis panduan sedia ada akan dipinda. Mulai Januari 2015, Kerajaan akan membenarkan majikan mengendalikan pusat penjagaan kanak-kanak melebihi tingkat dua, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Tuntasnya, apa yang dilakukan oleh Kerajaan ini, sudah tentu mampu mengangkat martabat wanita, dalam berperanan aktif di persada negara.
Tuan Yang Dipertua,
STRATEGI KEENAM: MEMBANGUN PROGRAM TRANSFORMASI BELIA NEGARA
125. Bagi saya belia bukan sekadar harapan bangsa, tidak hanya setakat aset atau rakan kongsi kepada pembangunan negara, malah nilaian belia adalah lebih daripada kesemuanya itu. Bertolak daripada itu, Kerajaan prihatin kepada kehidupan generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan dan memikul amanah demi kemajuan dan kemakmuran masa depan Malaysia yang kita cintai ini.
38
Pelan Transformasi Belia Negara
126. Bagi mencapai hasrat ini, Kerajaan akan melancarkan Pelan Transformasi Belia Negara. Bagi menjayakan pelbagai program belia, sebanyak 320 juta ringgit diperuntukan untuk tujuan berikut:
Pertama: Mengkaji semula Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN dan satu konsep baru yang menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan akan diperkenalkan dalam sedikit masa lagi;
Kedua: Menambahbaik program Rakan Muda dan memperkenalkan program Kem Uniti;
Ketiga: Mengukuhkan aspek kepimpinan belia melalui pengenalan program Akademi Kepimpinan Belia untuk mengasah bakat kepimpinan di kalangan Belia Malaysia;
Keempat: Mempergiatkan program kesukarelawan belia melalui 1M4U dan memperkenalkan program MyCorp. Program MyCorp melibatkan belia menjalankan aktiviti sukarela kebajikan dan sosio ekonomi di peringkat antarabangsa dengan peruntukan 10 juta ringgit;
Kelima: Menggilap bakat keusahawanan di kalangan belia melalui Program MaGIC, SME Bank dan Agro Bank serta memperkenalkan Online Resource Centre dan menganjur persidangan keusahawanan sosial antarabangsa;
Keenam: Melaksanakan Program Agropreneur Muda oleh FAMA yang melibatkan 1,200 orang belia dengan sasaran pendapatan melebihi 5,000 ringgit sebulan; dan
Ketujuh: Meningkatkan keupayaan dan kemahiran belia melalui Program Transformasi IKBN dan Program Coding Bootcamp serta program Projek Angkat Dan Upaya atau PADU.
39
Tuan Yang Dipertua,
1Malaysia Youth City
127. Kerajaan juga berhasrat supaya satu ekosistem komprehensif yang disertai belia dapat disediakan untuk meningkatkan keupayaan dan memajukan diri dalam pekerjaan dan keusahawanan serta dapat menikmati kemudahan perumahan dan rekreasi. Untuk ini, Kerajaan akan mewujudkan 1Malaysia Youth City dengan peruntukan 100 juta ringgit bagi membiayai tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Skim Perumahan Belia atau Youth Housing Scheme
128. Bila mengupas ehwal belia juga, pemilikan rumah merupakan satu isu besar khususnya soal harga rumah dan keboleh biayaan. Menyedari permasalahan ini, sukacita saya mengumumkan Skim Perumahan Belia atau Youth Housing Scheme secara perkongsian pintar di antara Kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas.
129. Skim ini menawarkan pemilikan rumah pertama yang bernilai tidak melebihi 500 ribu ringgit, kepada belia berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun serta mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi 10 ribu ringgit. Tempoh pembiayaan maksimum adalah 35 tahun.
130. Di bawah skim ini, sebanyak 200 ringgit sebulan diberikan oleh Kerajaan untuk tempoh 2 tahun pertama bagi mengurangkan beban ansuran bulanan pinjaman perumahan. Pengecualian sebanyak 50 peratus duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman juga diberi.
131. Lebih menarik, Kerajaan turut menyediakan jaminan pinjaman sebanyak 10 peratus, bagi membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan penuh termasuk kos insuran. Peminjam juga boleh mengeluarkan wang daripada Akaun 2 KWSP mereka untuk menampung pembayaran ansuran bulanan dan kos lain yang berkaitan.
40
132. Oleh itu, saya menyeru golongan belia supaya merebut peluang ini yang ditawarkan secara “first come first served basis” untuk 20,000 unit rumah sahaja.
Tuan Yang Dipertua,
Blueprint Negara Bersukan atau Sporting Nation
133. Pada aspek lain, Kerajaan akan mengambil langkah bersepadu ke arah mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan. Untuk ini, Kerajaan akan merealisasikan Blueprint Negara Bersukan atau Sporting Nation. Bagi mencapai hasrat ini, Kerajaan memperuntukkan 103 juta ringgit bagi melaksanakan langkah-langkah berikut;
Pertama: Mempastikan kelestarian dan kesinambungan bakat sukan bermula daripada peringkat sekolah rendah melalui Program Malaysian Talent Identification. Program ini melibatkan pengujian, saringan dan pengkhususan bakat di kalangan pelajar sekolah;
Kedua: Meningkatkan mutu sukan berprestasi tinggi untuk enam bidang sukan terpilih dalam fasa pertama iaitu Bola Sepak, Berbasikal, Badminton, Sepak Takraw, Renang dan Olahraga;
Ketiga: Menyemarakkan Program FitMalaysia yang menumpukan kepada kecergasan fizikal; dan
Keempat: Menyambut Hari Sukan Negara pada hari Sabtu pertama dalam bulan November pada setiap tahun dengan penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat secara serentak di seluruh negara.
41
Tuan Yang Dipertua,
STRATEGI KETUJUH : MENSEJAHTERA RAKYAT
134. Sebenarnya, kemakmuran sesebuah negara bergantung juga kepada kemampuannya untuk menyediakan tahap kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.
Bantuan Persekolahan
135. Sebagai langkah meringankan beban perbelanjaan awal persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga pelajar, khususnya golongan berpendapatan rendah, Kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan. Bantuan sebanyak 100 ringgit seorang, akan disalurkan mulai Januari tahun depan kepada seramai 5.4 juta pelajar, sekolah rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak 540 juta ringgit.
Program Baucar Buku 1Malaysia
136. Selanjutnya, bagi tujuan pembelian buku-buku rujukan dan peralatan pengajian, Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan Program Baucar Buku 1Malaysia dengan kadar bantuan 250 ringgit seorang. Program ini diperuntukkan sejumlah 325 juta ringgit dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar.
Tuan Yang Dipertua,
Memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan
137. Bagi Memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan, di samping membantu petani, penternak dan nelayan menambah pendapatan, Kerajaan memperuntukkan sejumlah 6 bilion ringgit kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Antaranya inisiatif yang akan dilaksanakan ialah:
42
Pertama: Mulai tahun 2015 sehingga 2017, Kerajaan akan membuka 65 buah Pasar Tani Kekal dan 50 buah Pasar Ikan yang beroperasi setiap hari di beberapa lokasi terpilih. Setakat ini terdapat 526 pasar tani dan 50 pasar ikan di seluruh negara;
Kedua: Memperkenalkan program lelongan sayur-sayuran berkualiti dengan harga berpatutan, setiap minggu di 85 lokasi Pusat Operasi Urusniaga FAMA dan pasar tani terpilih di seluruh negara;
Ketiga: Merancakkan penanaman dan tanaman semula pokok buah-buahan seperti durian, manggis, langsat, rambutan serta memperhebatkan Program Jom Bertani supaya rakyat mengusahakan tanaman kontan dan sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri; dan
Keempat: Menyediakan geran pemadanan sebanyak 100 juta ringgit kepada Lembaga Pertubuhan Peladang untuk membolehkan ahli-ahlinya membuat pinjaman bagi meningkatkan produktiviti ladang dan rangkaian pemasaran.
138. Selain itu, Kerajaan akan mempergiatkan empat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu di Rompin, Batang Lupar, Kota Belud dan Pekan yang melibatkan kawasan tanaman padi seluas 25,905 hektar. Bagi tujuan ini, sebagai permulaan, Kerajaan memperuntukkan 100 juta ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
Pembangunan dan Kebajikan Nelayan
139. Semua lapisan rakyat, tidak kira di mana, adalah penting. Kerajaan amat prihatin tentang pembangunan dan kebajikan nelayan yang sentiasa menghadapi pelbagai cabaran hidup. Dalam menangani masalah pendapatan nelayan yang tidak menentu terutamanya ketika musim tengkujuh, serta persekitaran perkampungan nelayan yang tidak selesa, Kerajaan akan:
43
Pertama: Menaikkan elaun sara hidup nelayan Zon A kepada 300 ringgit daripada 200 ringgit sebulan. Bagi nelayan Zon B dan C, elaun sara hidup dinaikkan kepada 250 ringgit sebulan;
Kedua: Bagi nelayan darat sepenuh masa, buat pertama kalinya akan diberi elaun 200 ringgit sebulan. Pemberian elaun ini melibatkan lebih 44 ribu nelayan;
Ketiga: Mempergiatkan lagi aktiviti akuakultur seperti ternakan ikan, udang, kupang dan tiram dalam sangkar bagi mempelbagaikan sumber pendapatan nelayan yang terjejas terutama di musim tengkujuh. Untuk ini, sebanyak 60 juta ringgit diperuntukkan; dan
Keempat: Memasang Automatic Identification System ke atas bot-bot nelayan untuk meningkatkan hasil tangkapan ikan, mempastikan kedudukan bot nelayan berdasarkan zon tangkapan dan mengurangkan kos operasi. Untuk tujuan ini, 27 juta ringgit diperuntukkan.
140. Dalam Bajet 2012, saya telah mengumumkan peruntukan sebanyak 300 juta ringgit untuk Projek Khas Perumahan Nelayan bagi membaik pulih dan membina rumah nelayan. Sebagai meneruskan usaha murni ini, sukacita saya mengumumkan tambahan 250 juta ringgit untuk projek perumahan nelayan dan bagi menyempurnakan lagi perkampungan nelayan.
Tuan Yang Dipertua,
Program Penyeragaman Harga dan Kedai Rakyat 1Malaysia
141. Kerajaan amat komited melaksanakan beberapa inisiatif termasuklah program penyeragaman harga, pemberian subsidi pengangkutan dan pembukaan lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia. Untuk itu, antara langkah yang akan dilaksanakan oleh KPDNKK adalah:
44
Pertama: Menambah 20 buah lagi Kedai Rakyat 1Malaysia atau KR1M di Semenanjung;
Kedua: Mewujudkan dan memberi peruntukan kepada kumpulan pemantau harga atau price watch team dari kalangan persatuan pengguna; dan
Ketiga: Memperkukuhkan Unit Penguatkuasaan GST dengan 2,270 anggota, Unit Pemantauan Harga seramai 1,300 anggota dan Skuad Pengguna seramai 202,800 sukarelawan serta penglibatan 579 penghulu dan penggawa.
Tuan Yang Dipertua,
Mempertingkatkan Sistem Pengangkutan Awam
142. Bagi mempertingkatkan sistem pengangkutan awam pula, Kerajaan akan memperkenalkan beberapa program berikut:
Pertama: Menyediakan perkhidmatan bas antara bandar kepada penduduk yang menetap di luar tetapi bekerja di Kuala Lumpur. Kemudahan ini menawarkan tambang bulanan pada kadar diskaun 30 peratus. Sebagai permulaan, 3 laluan bas akan beroperasi iaitu Rawang-KL; Klang-KL dan Seremban-KL;
Kedua: Menyediakan perkhidmatan Electric Train Service atau ETS Ipoh-Butterworth bermula pada April 2015; dan
Ketiga: Menambahbaik Perkhidmatan Bas Berhenti-henti di beberapa ibu negeri melalui sistem kontrak dengan syarikat bas sedia ada. Pelaksanaan program ini adalah secara berperingkat dan akan melibatkan Bandaraya Kuching, Ipoh, Seremban, Kuala Terengganu dan Kangar.
45
Tuan Yang Dipertua,
Bantuan Khas Kepada Pekebun Kecil Getah dan Kelapa Sawit
143. Baru-baru ini Kerajaan telah memberi bantuan khas sebanyak 500 ringgit secara one-off kepada pekebun kecil getah yang terjejas akibat kejatuhan harga getah. Lembaga Getah Malaysia atau LGM akan memperuntukkan 100 juta ringgit bagi melaksanakan mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang untuk melindungi pekebun kecil daripada mengalami kerugian terutamanya sewaktu harga pasaran dunia lebih rendah daripada harga minimum yang ditetapkan. LGM akan turut menyediakan pinjaman mudah berjumlah 6.4 juta ringgit sebagai modal pusingan kepada 64 buah koperasi pekebun kecil bagi membeli getah terus daripada kira-kira 442,000 pekebun kecil getah di seluruh negara.
144. Bagi pekebun kecil kelapa sawit pula, Kerajaan akan meneruskan insentif untuk penanaman baru dan penanaman semula dengan peruntukan sebanyak 41 juta ringgit. Di samping itu, pengecualian duti eksport minyak sawit mentah atau CPO akan dilanjutkan sehingga bulan Disember 2014.
Tuan Yang Dipertua,
Perkhidmatan dan Kemudahan Kesihatan
145. Bagi perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat, Kerajaan akan memperuntukkan 23.3 bilion ringgit untuk pelaksanaan inisiatif berikut:
Pertama: Membina dua buah hospital iaitu Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak. Membina 20 Klinik Kesihatan dan 4 Klinik Pergigian antaranya di Klinik Kesihatan di Kuala Lipis, Pahang, dan Klinik Pergigian di Kluang, Johor;
Kedua: Menambah 30 Klinik 1Malaysia yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 290 buah di seluruh negara dan membina sebuah Klinik Kesihatan di Cyberjaya. Kerajaan juga akan menempatkan 30 orang doktor perubatan di 30 Klinik 1Malaysia;
46
Ketiga: Mengganti 635 unit mesin hemodalisis di hospital dan klinik Kerajaan dengan peruntukan sebanyak 30 juta ringgit. Bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta, Kerajaan akan menyediakan ruang di hospital dan klinik kesihatan Kerajaan untuk menempatkan 244 buah mesin hemodalisis lagi yang akan disumbangkan oleh sektor swasta dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat mereka; dan
Keempat: Menyediakan ubat-ubatan bagi pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis kronik dan akut dengan peruntukan sebanyak 45.4 juta ringgit.
146. Pada masa ini, perbelanjaan perubatan penyakit serius seperti kanser, kegagalan buah pinggang dan serangan jantung telah diberi pelepasan cukai sehingga 5,000 ringgit. Bagi meringankan tanggungan kos rawatan dan perubatan penyakit serius ini, Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai ini ditingkatkan kepada 6,000 ringgit. Pelepasan cukai ini bukan sahaja untuk pembayar cukai itu sendiri tetapi juga meliputi pasangan dan anak.
147. Mutakhir ini, penularan wabak demam denggi semakin serius. Bagi mengekang penularan wabak berkenaan, program pencegahan denggi akan dipertingkatkan, melalui kesedaran komuniti dan perolehan peralatan pencegahan denggi seperti re-agen, Ultra Low Volume dan Mist Blower. Di samping itu, Kerajaan akan mengagihkan sebanyak 55 ribu test kit denggi kepada semua klinik swasta untuk mempercepatkan proses pengesanan awal denggi secara percuma. Untuk itu, sebanyak 30 juta ringgit diperuntukkan.
Tuan Yang Dipertua,
Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
148. Kerajaan amat prihatin terutama kepada golongan yang memerlukan. Selaras dengan ini, Kerajaan memperuntukkan sebanyak 2.2 bilion ringgit kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan program berikut:
47
Pertama: Menyediakan 1.2 bilion ringgit bantuan kewangan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya atau OKU. Untuk menunjukan keprihatinan kepada golongan ini, Kerajaan bersetuju kadar bantuan bagi OKU bekerja dinaikan daripada 300 ringgit kepada 350 ringgit manakala bagi OKU tidak bekerja dinaikkan daripada 150 ringgit kepada 200 ringgit. Ini memberi manfaat kepada 110 ribu OKU, dengan peruntukan 66 juta ringgit;
Kedua: Menaikkan pelepasan cukai bagi setiap anak yang OKU daripada 5,000 ringgit kepada 6,000 ringgit;
Ketiga: Menaikkan pelepasan cukai bagi pembelian peralatan sokongan asas bagi diri sendiri, pasangan, anak dan ibu bapa yang OKU daripada 5,000 ringgit kepada 6,000 ringgit;
Keempat: Menaikkan kadar makanan harian 8,700 penghuni di 63 institusi Jabatan Kemajuan Masyarakat daripada 8 ringgit kepada 16 ringgit;
Kelima: Meningkatkan geran tahunan Majlis Kebangsaan bagi OKU, daripada 500 ribu ringgit kepada 1 juta ringgit; dan
Keenam: Menambah 5 buah Pusat Aktiviti Warga Emas menjadikan 50 buah di seluruh negara serta Unit Penyayang Warga Emas yang menyediakan pengangkutan percuma kepada warga emas ke hospital.
149. Di samping itu, bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 711 juta ringgit kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan.
48
Tuan Yang Dipertua,
Pemilikan Rumah
150. Untuk menangani isu pemilikan rumah dengan harga yang berpatutan, pelbagai projek dan program akan terus dilaksanakan, antaranya:
Pertama: Membina 80 ribu unit rumah PR1MA dengan peruntukan sebanyak 1.3 bilion ringgit. Had kelayakan pendapatan isi rumah juga dinaikkan daripada 8 ribu ringgit kepada 10 ribu ringgit. Selain itu, Skim Pembiayaan Sewa-beli atau rent-to-own akan diperkenalkan kepada individu yang tidak berupaya mendapat pembiayaan daripada bank;
Kedua: Membina 26 ribu unit rumah Program Perumahan Rakyat oleh Jabatan Perumahan Negara dengan peruntukan sebanyak 644 juta ringgit; dan
Ketiga: Membina 12 ribu unit Rumah Mesra Rakyat dan 5 ribu unit Rumah Idaman Rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad. Di samping itu, SPNB juga akan membina 20 ribu unit Rumah Aspirasi Rakyat di atas tanah persendirian.
151. Bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah pertama dan mengurangkan kos membeli rumah, Kerajaan bersetuju melanjutkan pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman serta menaikkan had harga rumah daripada 400 ribu ringgit kepada 500 ribu ringgit. Pengecualian ini diberikan sehingga 31 Disember 2016.
152. Kerajaan juga bersetuju menambah baik program Skim Rumah Pertamaku kendalian Cagamas, dengan menaikkan had nilai harga rumah kepada 500 ribu ringgit, selaras dengan pengecualian duti setem tersebut. Di samping itu, had kelayakan umur peminjam bagi skim ini akan dinaikkan daripada 35 kepada 40 tahun.
49
153. Bagi memberi keselesaan kepada rakyat yang mendiami perumahan kos rendah awam, peruntukan penyelenggaraan sebanyak 40 juta ringgit disediakan di bawah Program Penyelenggaraan Perumahan Awam. Manakala bagi penyelenggaraan perumahan kos rendah swasta pula, 100 juta ringgit disediakan di bawah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia.
Tuan Yang Dipertua,
154. Pada masa ini, cukai keuntungan ke atas pelupusan sesuatu harta tanah di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 ditaksir secara formal. Kerajaan telah melaksanakan sistem taksiran sendiri bagi cukai pendapatan individu dan syarikat sejak tahun 2001 dan 2004. Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk terus memodenkan sistem percukaian negara dan memandangkan pembayar cukai pada masa ini lebih bertanggungjawab, adalah dicadangkan mulai tahun 2016, cukai keuntungan ke atas pelupusan harta tanah ditaksir secara sendiri bagi tujuan pengiraan cukai keuntungan harta tanah.
Kemudahan dan Infrastruktur Luar Bandar
155. Kerajaan juga terus komited menyedia dan menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar. Sejumlah 4.5 bilion ringgit akan diperuntukkan terutamanya di Sabah dan Sarawak bagi melaksanakan program berikut, antaranya:
Pertama: projek jalan luar bandar sepanjang 635 kilometer termasuk bekas jalan-jalan balak di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak 943 juta ringgit;
Kedua: Melaksanakan program penyambungan bekalan elektrik kepada lebih 15 ribu buah rumah dengan peruntukan sebanyak 1.1 bilion ringgit;
Ketiga: program bekalan air bersih luar bandar kepada 7,500 buah rumah dengan peruntukan sebanyak 394 juta ringgit;
50
Keempat: program membina dan membaik pulih rumah usang melibatkan 9,500 buah rumah dengan peruntukan sebanyak 200 juta ringgit;
Kelima: Meningkatkan mutu perkhidmatan udara luar bandar di Sabah dan Sarawak melalui penyelenggaraan dan sewaan pesawat baru dengan peruntukan sebanyak 160 juta ringgit;
Keenam: Melaksanakan program pembangunan ekonomi, kemudahan infrastruktur dan penambahbaikan taraf hidup masyarakat Orang Asli dengan peruntukan sebanyak 352 juta ringgit; dan
Ketujuh: Menambah sepuluh batang tiang lampu menjadikannya 20 batang tiang lampu di setiap kampung di seluruh negara yang melibatkan lebih 22 ribu kampung dengan peruntukan sebanyak 26 juta ringgit. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 56 juta ringgit bagi menyediakan lampu jalan kampung.
Tuan Yang Dipertua,
National Water Blueprint
156. Bekalan air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian setiap insan dan industri. Sehubungan itu, Kerajaan akan menyediakan National Water Blueprint bagi mempastikan kelangsungan bekalan air di seluruh negara untuk jangka panjang. Ini termasuk pengurusan sungai secara holistik, pembinaan dan penambahbaikan loji-loji rawatan air.
157. Sumber bekalan air juga dipelbagaikan melalui penerokaan air bawah tanah, penggunaan semula air terawat untuk industri dan pertanian serta meluaskan penggunaan storm water retainer system. Bagi mengatasi kekurangan bekalan air di Lembah Klang, pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 akan digiatkan. Ini melibatkan kos sebanyak 3 bilion ringgit yang mampu menambah bekalan air terawat sebanyak 1,130 juta liter sehari.
51
158. Di samping itu, untuk mengatasi masalah kehilangan air tidak berhasil atau Non Revenue Water, sebanyak 112 juta ringgit diperuntukkan bagi kerja-kerja mewujudkan zon kawalan kebocoran, menjalankan kerja pengesanan dan pembaikan paip-paip bocor.
Tuan Yang Dipertua,
Keselamatan dan Ketenteraman Awam
159. Bagi meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta pertahanan negara, peruntukan sebanyak 17.7 bilion ringgit disediakan untuk Angkatan Tentera Malaysia, sementara sebanyak 9.1 bilion ringgit diperuntukkan untuk Polis DiRaja Malaysia. Sejumlah 804 juta ringgit juga, diperuntukkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bagi memperkukuhkan penguatkuasaan maritim.
160. Kerajaan komited untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini, yang menjadi salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara. Untuk ini, Kerajaan telah meluluskan tambahan sebanyak 11,757 perjawatan anggota polis, selain membina sebanyak 14 Ibu Pejabat Polis dan Balai Polis, termasuk bangunan baharu IPK Perlis serta terus memperkukuhkan dengan penambahan 1,000 lagi unit rondaan bermotosikal PDRM. Selain itu, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 121 juta ringgit kepada PDRM untuk melaksanakan pelbagai program NKRA.
161. Bagi meningkatkan kesiapsiagaan aset dan anggota tentera, sebanyak 7 bilion ringgit diperuntukkan untuk memperoleh dan menyelenggara aset-aset pertahanan. Selain itu, kebajikan anggota tentera akan dipertingkatkan termasuk perkhidmatan kesihatan dan penyediaan kediaman.
162. Manakala, bagi meningkatkan keselamatan maritim, APMM disediakan peruntukan sebanyak 393 juta ringgit. Ini adalah untuk meningkatkan kecekapan operasi dan pembelian 7 buah kapal peronda baharu.
52
Tuan Yang Dipertua,
163. Selain itu, Jabatan Sukarelawan Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri atau RELA, akan terus memainkan peranan sebagai sebuah agensi sukarelawan untuk membantu pasukan keselamatan dalam mengekalkan keselamatan dan keamanan negara. Sebanyak 117 juta ringgit akan disediakan terutamanya untuk latihan dan bina upaya bagi mengukuh peranan RELA.
Tuan Yang Dipertua,
Pemerkasaan NGO
164. Sejak dahulu, Kerajaan sememangnya mengiktiraf peranan penting NGO. Justeru, saya mengisytiharkan tahun hadapan sebagai pemerkasaan NGO dan kesukarelawan atau MyNGO 2015. Untuk itu, geran secara one-off dengan peruntukan 50 juta ringgit disediakan kepada NGO berwibawa termasuk yang beruniform, melibatkan program berasaskan pembangunan komuniti, perpaduan, kebajikan masyarakat, kepenggunaan, kesihatan dan keselamatan.
Tuan Yang Dipertua,
165. Ahli-Ahli Dewan yang mulia, serta rakyat Malaysia dikasihi sekalian yang sedang menyaksikan bajet 2015 ini, di kaca-kaca televisyen dan mendengar di corong-corong radio luar sana.
166. Bersyukurlah..bersyukurlah.. kita semua berpijak di atas bumi yang aman, sentosa lagi permai. Menjunjung pula langit luas terbentang. Secara geografinya, tanah air bertuah ini, terpisah oleh Laut China Selatan, menggabungkan Tanah Semenanjung, dengan Sabah dan Sarawak sebagai sebuah kesatuan yang berkeramat, bermula dari Arau, Perlis, membawa hingga ke Semporna, Sabah sampai ke penghujung Ulu Lachau, Sarawak meliputi kawasan seluas hampir 330,290 kilometer persegi.
53
Tuan Yang Dipertua,
167. Sudah menjadi lumrah kehidupan ada pasang surutnya. Bak kata pujangga...,musim panas..., kehujanan..., musim hujan..., kepanasan. Sesungguhnya, tahun 2014 menjadi takwim yang penuh dugaan. Pada suku tahun pertama, belum pun lagi reda dengan misteri kehilangan MH370, rakyat Malaysia dikejutkan pula dengan peristiwa tragik pesawat MH17 milik Malaysia Airlines System ditembak jatuh di Timur Ukraine.
168. Meski apapun, berbekal pengertian surah ke-94 Al-Insyirah, pada setiap kesukaran itu pastinya ada hikmah-hikmah dan kesenangan yang menanti. Tampaknya, rakyat Malaysia menerima dengan tenang dan tabah akan apa yang telah berlaku. Kita telah bersatu dalam suasana kesedihan, membentuk solidariti yang tidak terpecah bentengnya.
169. Menghadapi krisis ini, Kerajaan telah berusaha tanpa lelah, sehingga tidak pernah terjadi dalam sejarah, perundingan penuh dramatik dan berdiplomasi dengan puak pemisah yang tidak beridentiti negara, demi mencari penyelesaian mendapatkan kotak hitam, memasuki kawasan kejadian, sehingga berjaya membawa pulang, hampir kesemua jenazah yang terkorban kembali ke bumi Malaysia di mana mereka berasal.
170. Walau apapun, life goes on, hidup perlu diteruskan, when things get tough, the tough gets going. Apa yang mustahaknya, apabila cabaran datang melanda, rakyat Malaysia telah berjaya keluar sebagai juara.
Tuan Yang Dipertua,
171. Di atas segalanya, memetik madah Rabindranath Tagore, seorang pujangga terkenal bahawa, “...Janganlah kita menangis kerana matahari telah menghilang sebentar daripada kehidupan, kerana airmata itu bisa menghalang kita melihat bintang-bintang yang masih bergemerlapan...”
54
Tuan Yang Dipertua,
Pusat Percetakan Al-Quran
172. Saya yakin, dalam kemajmukan dan kepelbagaian agama, masing-masing telah pun berbuat sehabis baik dan berdoa mengikut kepercayaan semua demi kebaikan Malaysia. Bagi pihak Kerajaan pula, antara lain, kita menzahirkan rasa syukur atas banyak kurniaan Ilahi dan bersetuju membina Pusat Percetakan Al-Quran di Putrajaya, yakni kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi. Pusat ini atas inisiatif Kerajaan, bersama Yayasan Restu, dijangka dapat mencetak sehingga sejuta naskhah Al-Quran setahun untuk diedarkan ke seluruh dunia. Selain itu, Pusat ini juga akan menjadi tempat tumpuan penggiat dan penggemar seni khat. Untuk itu, Kerajaan akan memperuntukkan 30 juta ringgit bagi tempoh tiga tahun.
Tuan Yang Dipertua,
173. Seperti saban tahun, saya sebutkan bahawa, Malaysia yang terbina seutuh ini, tidak lain dan tidak bukan, hasil mahsul kerja keras Kerajaan Barisan Nasional, selama berdekad-dekad yang disokong oleh rakyat. Tidak seperti pihak pembangkang yang siiiiiibukkkkkkkk merebut kuasa sesama sendiri, berkemelut dalam parti, sehingga pihak istana pun menjadi murka.
Tuan Yang Dipertua,
174. Alhamdulillah...,Alhamdulillah..., di celah-celah pelbagai dugaan ini, Malaysia melangkah gagah dengan banyak catatan pencapaian di peringkat global, antaranya:
Pertama: Memperbaiki kedudukan dalam Laporan World Competitiveness Index 2014, menduduki tangga ke-12 daripada tangga ke-15 pada tahun sebelumnya. Kedudukan tersebut menunjukkan kita lebih kompetitif berbanding United Kingdom, Australia dan Finland;
55
Kedua: Menduduki tangga ke-3 terbaik daripada 22 buah negara bagi penilaian Best Emerging Markets yang dikeluarkan oleh Bloomberg; dan
Ketiga: Menduduki tangga ke-6 daripada 189 buah negara, dalam Laporan Ease of Doing Business oleh Bank Dunia, di mana kita menduduki tangga pertama dalam aspek mendapatkan kemudahan pembiayaan.
175. Berhubung ini, menurut hadis, bersyukur kepada Tuhan, bererti juga, berterima kasih sesama manusia.
Penambahbaikan Perkhidmatan Awam
176. Maka demikian, jika pada bajet yang lalu, saya telah mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam. Dalam bajet kali ini, Kerajaan akan menambahbaik lagi 252 skim perkhidmatan sedia ada, untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
177. Di samping itu, bagi menghargai khidmat pegawai dan kakitangan kontrak KEMAS, JASA, JPNIN, JAKIM dan Seranta FELDA yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun dan telah tamat perkhidmatan kontrak mengikut umur persaraan wajib, Kerajaan bersetuju memberikan bantuan bulanan sebanyak 300 ringgit seorang. Inisiatif ini akan memanfaatkan 1,655 individu.
Tuan Yang Dipertua,
Perumahan kepada Penjawat Awam
178. Sebetulnya, Kerajaan prihatin terhadap kesukaran penjawat awam untuk mendapat pembiayaan memiliki rumah. Oleh itu, saya mengumumkan had kelayakan minimum pinjaman perumahan dinaikkan daripada kadar 80 ribu ringgit, kepada 120 ribu ringgit dan bagi had kelayakan maksimum, dinaikkan daripada 450 ribu ringgit kepada 600 ribu ringgit. Serentak itu, wang pemprosesan permohonan
56
pinjaman perumahan sebanyak 100 ringgit kita mansuhkan. Kedua-dua cadangan ini, berkuatkuasa pada 1 Januari 2015.
179. Bertolak dari sini, Kerajaan juga komited untuk terus meningkatkan pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M. Pada masa ini, sebanyak 10,639 unit rumah telah diluluskan untuk pembinaan. Pada tahun 2015, bagi membolehkan lebih ramai penjawat awam memiliki rumah, Kerajaan bersetuju untuk membina 5,380 unit rumah lagi, iaitu di Putrajaya 1,600 unit; di Bukit Jalil 1,530 unit; di Papar, Sabah 1,290 unit dan di Bukit Pinang, Kedah 960 unit. Di samping itu, Kerajaan juga menambah baik PPA1M seperti berikut:
Pertama: Menurunkan harga minimum rumah PPA1M yang kini berharga 150 ribu kepada 90 ribu ringgit seunit dengan keluasan lantai minimum 850 kaki persegi;
Kedua: Menaikkan syarat kelayakan pendapatan isi rumah daripada 8,000 ringgit kepada 10,000 ringgit; dan
Ketiga: Menyediakan dana mudahcara sehingga 25 peratus daripada kos projek kepada pemaju yang menyertai skim PPA1M.
180. Laginya, keadaan rumah yang baik dan selesa didiami akan meningkatkan produktiviti penjawat awam. Untuk itu, Kerajaan menyediakan 500 juta ringgit untuk membaik pulih dan menyelenggara secara berperingkat kuarters tentera, polis, guru dan kakitangan kesihatan di seluruh negara. Sebanyak 105 juta ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk penyelenggaraan kuarters Kerajaan, di bawah Program MyBeautiful Malaysia yang melibatkan 126 lokasi.
57
Tuan Yang Dipertua,
Bantuan Rakyat 1Malaysia
181. Dengan mengambil kira peningkatan hasil GST dan kemampuan fiskal Kerajaan, kita tingkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M daripada 650 ringgit kepada 950 ringgit. Ini, untuk isi rumah berpendapatan bulanan tiga ribu ringgit ke bawah. Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun, iaitu 300 ringgit akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak 350 ringgit akan dibayar mulai September 2015.
182. Seterusnya, bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara tiga ribu hingga empat ribu ringgit, Kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada 450 ringgit kepada 750 ringgit. Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun juga, iaitu 200 ringgit akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak 350 ringgit akan dibayar mulai September 2015.
183. Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan, Kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada 300 ringgit kepada 350 ringgit. Bayaran bantuan ini akan dibuat sekaligus mulai awal tahun hadapan.
Tuan Yang Dipertua,
184. Kerajaan juga akan menggantikan insurans takaful berkelompok atau i-BR1M yang telah diperkenalkan sebelum ini dengan Skim Khairat Kematian. Skim ini akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan 1,000 ringgit yang akan berkuat kuasa selama setahun.
58
Tuan Yang Dipertua,
Menghargai Sumbangan Ahli Parlimen
185. Kita sedar bahawa, tanggungjawab seorang Ahli Parlimen begitu besar dan bermakna pada komuniti dan masyarakat setempat. Ahli-ahli Parlimen adalah ketua yang perlu memimpin masyarakat setempat dari semua aspek termasuk kebajikan, keagamaan, sosial dan pendidikan.
186. Dengan kata lain, khidmat Ahli Parlimen sebagai wakil atau pemimpin di kawasan parlimen masing-masing adalah mendesak tidak kira waktu. Bagi mencerminkan tahap tanggungjawab dan kepimpinan ini, sukacita saya mencadangkan agar elaun Ahli-Ahli Parlimen dinaikkan seperti berikut:
 Ahli Dewan Rakyat elaunnya dinaikkan daripada bersamaan gred 54 kepada bersamaan gred Jusa C bersesuaian dengan peranan kepimpinannya; dan
 Ahli Dewan Negara elaunnya dinaikkan daripada bersamaan gred 48 kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C.
187. Cadangan ini juga akan melibatkan kenaikan gaji dan elaun Yang Di Pertua Dewan Rakyat dan Yang Di Pertua Dewan Negara serta Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat dan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Negara sewajarnya, berkuatkuasa 1 Januari 2015.
Tuan Yang Dipertua,
188. Walau bagaimanapun…., walau bagaimanapun…, mohon bertenang…., mohon bertenang…, Kerajaan telah mengambil keputusan supaya, semakan kenaikan gaji bagi anggota pentadbiran dikaji serta ditangguhkan keputusannya sehingga satu masa yang bersesuaian. Ini termasuklah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet dan Timbalan–Timbalan Menteri.
59
Tuan Yang Dipertua,
Menghargai Sumbangan Penjawat Awam
189. Sebagai penutup, seperti biasalah…, seperti biasalah…, buah yang ranum, sudah pun mahu gugur. Makanya, sukacita saya mengumumkan, pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum 500 ringgit. Pemberian bonus ini akan dibayar pada bulan Januari 2015. Kepada pesara Kerajaan pula, bayaran bantuan khas diberi sebanyak 250 ringgit.
190. Saya berharap, pemberian ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan para penjawat awam, terutamanya kepada keluarga untuk persediaan musim awal persekolahan nanti.
Penutup
Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat serta Seluruh Rakyat Yang Sedang Menonton dan Mendengar Bajet ini,
191. Semoga Allah membentang seluas-luas rezeki dan mempermudahkan selurus-lurus jalan bagi pelaksanaan bajet Ekonomi Keperluan Rakyat yang digubah ini.
192. Marilah berdoa dan berharap, apabila kejayaan mula menyentuh, mudah-mudahan bahagia mendatangi. KepadaMu Tuhan, Ya Ilahi Ya Rabbi, kami meminta selamatkan tanah air ini daripada mara bahaya. Rahmatilah roh serta jasad pertiwi terkasih ini, buat selamanya-lamanya.
Tuan Yang Dipertua,
Saya mohon mencadangkan.
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
LANGKAH CUKAI
MUKA SURAT
1
Galakan Cukai Di Bawah Platform Akaun Pelaburan (IAP)
(i)
2
Lanjutan Galakan Cukai Bagi Penerbitan Sukuk
(ii)
3
Galakan Cukai Bagi Pelancongan Kesihatan
(iii)
4
Galakan Cukai Bagi Penajaan Biasiswa
(iv)
5
Galakan Cukai Bagi Program Internship Berstruktur (SIP)
(v)
6
Galakan Cukai Bagi Latihan
(vii)
7
Kajian Semula Pelepasan Perbelanjaan Perubatan Bagi Penyakit Serius
(ix)
8
Kajian Semula Pelepasan Bagi Anak Kelainan Upaya
(x)
9
Kajian Semula Pelepasan Bagi Pembelian Alat Sokongan Asas Orang Kelainan Upaya (OKU)
(xi)
10
Lanjutan Pengecualian Duti Setem Bagi Pembelian Rumah Kediaman Pertama
(xii)
(i)
LAMPIRAN 1
GALAKAN CUKAI DI BAWAH PLATFORM AKAUN PELABURAN (IAP)
Kedudukan Semasa
IAP merupakan satu model pendanaan baru yang menggunakan prinsip patuh syariah yang bertujuan membiayai projek dan usaha niaga. Objektif IAP adalah bagi menggalakkan penyertaan pelabur individu dan institusi/syarikat dalam membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan melalui satu sistem pembiayaan yang cekap, mudah dan telus.
Cadangan
Bagi memastikan IAP dapat memudahkan penyediaan pendanaan untuk manfaat kedua-dua pihak iaitu pelabur dan PKS serta usahawan melalui pembiayaan projek dan usaha niaga secara efektif, adalah dicadangkan keuntungan yang diperoleh pelabur individu daripada pelaburan yang dibuat di bawah IAP diberi pengecualian cukai pendapatan.
Galakan ini tertakluk kepada syarat berikut:
i. Pengecualian cukai adalah bagi tempoh 3 tahun berturut-turut mulai tahun pertama keuntungan diperolehi;
ii. Pelaburan dibuat dalam tempoh 3 tahun mulai tarikh pengoperasian IAP;
iii. Galakan cukai adalah khusus untuk aktiviti pelaburan yang dilakukan di Malaysia, dalam perniagaan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia atau syarikat yang diperbadankan di Malaysia;
iv. Pengecualian cukai adalah khusus untuk pelaburan yang dibuat dalam PKS dan usaha niaga di mana-mana sektor; dan
v. Takrifan PKS adalah berdasarkan definisi terkini yang ditetapkan oleh SME Corporation Malaysia.
Tarikh Kuat Kuasa
Mulai tarikh pengoperasian IAP yang dijadualkan mulai 1 September 2015 hingga 31 Ogos 2018.
(ii)
LAMPIRAN 2
LANJUTAN GALAKAN CUKAI BAGI PENERBITAN SUKUK
Kedudukan Semasa
Potongan cukai diberi ke atas perbelanjaan yang dilakukan bagi menerbitkan sukuk di bawah prinsip Mudharabah, Musyarakah, Ijarah, Istisna’, Murabahah, Bai’ Bithaman Ajil yang berasaskan tawarruq dan Wakalah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti atau Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan.
Galakan ini diberi mulai tahun taksiran 2003 hingga tahun taksiran 2015.
Cadangan
Bagi mengembangkan pasaran sukuk di peringkat antarabangsa, adalah dicadangkan potongan ke atas perbelanjaan yang dilakukan bagi menerbitkan sukuk di bawah prinsip Ijarah dan Wakalah dilanjutkan untuk tempoh 3 tahun lagi.
Tarikh Kuat Kuasa
Mulai tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2018.
(iii)
LAMPIRAN 3
GALAKAN CUKAI BAGI PELANCONGAN KESIHATAN
Kedudukan Semasa
Syarikat yang menyediakan perkhidmatan kemudahan jagaan kesihatan swasta kepada pelancong kesihatan diberi pengecualian ke atas pendapatan bersamaan dengan Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% daripada perbelanjaan modal yang layak bagi tempoh 5 tahun. Galakan ini diberi kepada syarikat baru dan sedia ada yang membuat pembesaran, pemodenan atau pembaharuan.
Syarikat yang layak hendaklah:
i. dilesenkan dengan Kementerian Kesihatan; dan
ii. didaftarkan dengan Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia.
Pelancong kesihatan yang layak adalah seperti berikut:
i. Peserta Program Malaysia My Second Home dan tanggungannya;
ii. Seorang pegawai dagang bukan warganegara Malaysia yang memegang permit kerja Malaysia dan tanggungannya; atau
iii. Seorang bukan warganegara Malaysia yang melawat dan menerima kemudahan jagaan kesihatan swasta di Malaysia.
Galakan ini adalah bagi permohonan yang diterima oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mulai 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2014.
Cadangan
Malaysia berpotensi besar menjadi hab pelancongan kesihatan di rantau ini dan untuk terus merancakkan pertumbuhannya, adalah dicadangkan syarikat baru dan sedia ada yang membuat pembesaran, pemodenan dan pembaharuan dalam menyediakan perkhidmatan kemudahan jagaan kesihatan swasta kepada sekurang-kurangnya 5% pelancong kesihatan daripada jumlah keseluruhan pesakit diberi pengecualian ke atas pendapatan bersamaan dengan Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% daripada perbelanjaan modal yang layak bagi tempoh 5 tahun.
Tarikh Kuat Kuasa
Bagi permohonan yang diterima oleh MIDA mulai 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2017.
(iv)
LAMPIRAN 4
GALAKAN CUKAI BAGI PENAJAAN BIASISWA
Kedudukan Semasa
Biasiswa yang diberi oleh syarikat kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda di institusi pendidikan tinggi tempatan diberi potongan dua kali. Kelayakan pemberian biasiswa bagi pelajar adalah:
i. warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. mengikuti pengajian sepenuh masa;
iii. tidak mempunyai punca pendapatan; dan
iv. jumlah pendapatan ibubapa atau penjaga tidak melebihi RM5,000 sebulan.
Potongan dua kali adalah ke atas perbelanjaan yang dibenarkan seperti berikut:
i. Yuran kursus pengajian yang dikenakan oleh institusi pengajian tinggi; dan
ii. Perbelanjaan bantuan pengajian dan kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian pelajar itu di institusi pendidikan tinggi.
Galakan ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2011 hingga tahun taksiran 2016.
Cadangan
Bagi menggalakkan syarikat menaja biasiswa dalam bidang kemahiran vokasional dan teknikal, adalah dicadangkan biasiswa yang diberi oleh syarikat kepada pelajar yang mengikuti pengajian vokasional dan teknikal di institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan diberi potongan dua kali. Kelayakan pemberian biasiswa semasa dikekalkan.
Tarikh Kuat Kuasa
Mulai tahun taksiran 2015 hingga tahun taksiran 2016.
(v)
LAMPIRAN 5
GALAKAN CUKAI BAGI PROGRAM INTERNSHIP BERSTRUKTUR (SIP)
Kedudukan Semasa
Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) telah melaksanakan satu program SIP untuk memberi pengalaman praktikal yang menekankan pembangunan pengetahuan atau kemahiran khusus, merangkumi kemahiran teknikal, komunikasi dan perniagaan. Program SIP hendaklah diluluskan oleh TalentCorp. Syarikat yang melaksanakan program SIP layak mendapat potongan dua kali ke atas perbelanjaan yang ditanggung.
Kelayakan pelajar dan syarat bagi syarikat di bawah program SIP adalah seperti berikut:
i. Pelajar adalah warganegara Malaysia;
ii. Pelajar mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan tinggi yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia;
iii. Pelajar menamatkan program latihan yang diluluskan sebelum selesai semester akhir pengajian ijazah sarjana muda;
iv. Tempoh internship hendaklah sekurang-kurangnya 10 minggu; dan
v. Elaun latihan bulanan pelajar hendaklah sekurang-kurangnya RM500.
Potongan dua kali adalah ke atas perbelanjaan yang dibenarkan seperti berikut:
i. Elaun latihan bulanan minimum sebanyak RM500;
ii. Perbelanjaan menyediakan latihan kepada pelajar;
iii. Elaun makan, perjalanan dan kemudahan penginapan; dan
iv. Bayaran kepada pihak ketiga yang dilantik untuk menjalankan program SIP.
Galakan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2016.
(vi)
Cadangan
Bagi menggalakkan syarikat meluaskan program SIP kepada pelajar sepenuh masa di peringkat vokasional dan diploma, adalah dicadangkan perbelanjaan yang terlibat dalam melaksanakan program SIP bagi pelajar yang mengikuti kursus vokasional dan diploma diberi potongan dua kali. Kelayakan pelajar dan syarat bagi syarikat di bawah program SIP dikekalkan.
Tarikh Kuat Kuasa
Mulai tahun taksiran 2015 hingga tahun taksiran 2016.
(vii)
LAMPIRAN 6
GALAKAN CUKAI BAGI LATIHAN
Kedudukan Semasa
Perbelanjaan yang ditanggung oleh syarikat untuk menghantar pekerjanya bagi mendapatkan latihan di institusi latihan yang diluluskan layak diberi potongan tambahan tertakluk kepada syarat seperti berikut:
Syarikat perkilangan
i. Program latihan yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA); atau
ii. Program latihan yang dijalankan oleh institusi latihan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.
Syarikat bukan perkilangan
i. Program latihan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan atau mana-mana agensi yang dilantik oleh Menteri Kewangan; atau
ii. Program latihan yang dijalankan oleh institusi latihan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.
Syarikat yang menjalankan aktiviti perhotelan atau pelancongan
i. Program latihan yang diluluskan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan; atau
ii. Program latihan yang dijalankan oleh institusi latihan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.
Galakan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 1991.
(viii)
Cadangan
Galakan cukai wajar disediakan kepada majikan ke atas pembiayaan latihan supaya kemahiran, pengetahuan dan kelayakan pekerja dapat dipertingkatkan seterusnya membantu Kerajaan dalam usaha memperkasakan pembangunan modal insan. Dengan itu, adalah dicadangkan potongan tambahan diberikan ke atas perbelanjaan syarikat bagi membiayai latihan untuk mendapatkan sijil dan kelayakan profesional yang diiktiraf oleh industri seperti perakaunan, kewangan dan pengurusan projek. Program latihan adalah seperti yang diluluskan oleh agensi yang dilantik oleh Menteri Kewangan.
Tarikh Kuat Kuasa
Mulai tahun taksiran 2015.
(ix)
LAMPIRAN 7
KAJIAN SEMULA PELEPASAN PERBELANJAAN
PERUBATAN BAGI PENYAKIT SERIUS
Kedudukan Semasa
Pelepasan sehingga RM5,000 layak dituntut oleh pembayar cukai individu bagi perbelanjaan perubatan penyakit serius untuk diri sendiri, pasangan dan anak. Perbelanjaan yang layak adalah bagi perubatan dan rawatan penyakit serius seperti barah, kegagalan buah pinggang, serangan jantung, sindrom kurang daya tahan (AIDS), penyakit Parkinson dan leukemia.
Cadangan
Bagi meringankan tanggungan kos perubatan dan rawatan penyakit serius, adalah dicadangkan pelepasan bagi perbelanjaan perubatan penyakit serius untuk diri sendiri, pasangan dan anak dinaikkan daripada RM5,000 kepada sehingga RM6,000.
Tarikh Kuat Kuasa
Mulai tahun taksiran 2015.
(x)
LAMPIRAN 8
KAJIAN SEMULA PELEPASAN BAGI ANAK KELAINAN UPAYA
Kedudukan Semasa
Pembayar cukai individu yang kelainan upaya (OKU) atau pembayar cukai individu yang mempunyai tanggungan anak OKU diberi pelepasan seperti berikut:
i. Pelepasan diri RM9,000.
ii. Pelepasan tambahan RM6,000 bagi pembayar cukai OKU.
iii. Pelepasan RM3,000 bagi pasangan.
iv. Pelepasan tambahan RM3,500 bagi pasangan OKU.
v. Pelepasan RM5,000 bagi setiap anak OKU.
vi. Pelepasan tambahan sebanyak RM6,000 bagi setiap anak OKU yang berumur 18 tahun ke atas dan melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam dan luar negara.
Cadangan
Bagi membantu meringankan kos sara hidup pembayar cukai individu OKU atau pembayar cukai individu yang mempunyai tanggungan anak OKU, adalah dicadangkan pelepasan bagi setiap anak OKU dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM6,000.
Tarikh Kuat Kuasa
Mulai tahun taksiran 2015.
(xi)
LAMPIRAN 9
KAJIAN SEMULA PELEPASAN BAGI PEMBELIAN ALAT SOKONGAN ASAS ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)
Kedudukan Semasa
Pembayar cukai individu diberi pelepasan cukai sehingga RM5,000 bagi membeli alat sokongan asas untuk kegunaan sendiri, pasangan, anak dan ibu bapa OKU. Alat sokongan asas termasuk mesin hemodialisis, kerusi roda, anggota palsu dan alat bantuan pendengaran.
Cadangan
Bagi meringankan kos sara hidup golongan OKU, adalah dicadangkan pelepasan bagi pembelian alat sokongan asas untuk kegunaan sendiri, pasangan, anak dan ibu bapa OKU dinaikkan daripada RM5,000 kepada sehingga RM6,000.
Tarikh Kuat Kuasa
Mulai tahun taksiran 2015.
(xii)
LAMPIRAN 10
LANJUTAN PENGECUALIAN DUTI SETEM BAGI
PEMBELIAN RUMAH KEDIAMAN PERTAMA
Kedudukan Semasa
Bagi menggalakkan pemilikan rumah, Kerajaan telah menyediakan insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara berkaitan seperti berikut:
Tahun Galakan Cukai Bagi Pemilikan Rumah Tempoh Pengecualian Bajet 2008 Pengecualian 50% duti setem ke atas surat cara pindah milik bagi pembelian sebuah rumah berharga tidak melebihi RM250,000. Perjanjian jual beli (S&P) disempurnakan mulai 8.9.2007 hingga 31.12.2010. Bajet 2009 Pengecualian 50% duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi pembelian sebuah rumah berharga tidak melebihi RM250,000. S&P disempurnakan mulai 30.8.2008 hingga 31.12.2010. Bajet 2011 Pengecualian 50% duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian sebuah rumah berharga tidak melebihi RM350,000. S&P disempurnakan mulai 1.1.2011 hingga 31.12.2012. Bajet 2013 Pengecualian 50% duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama berharga tidak melebihi RM400,000. S&P disempurnakan mulai 1.1.2013 hingga 31.12.2014.
(xiii)
Cadangan
Bagi mengurangkan kos pemilikan rumah pertama dan memandangkan harga rumah yang semakin meningkat, adalah dicadangkan pengecualian 50% duti setem terus diberi ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian sebuah rumah pertama berharga tidak melebihi RM500,000.
Pengecualian duti setem ini hanya layak bagi individu rakyat Malaysia yang tidak pernah memiliki sebuah rumah sendiri.
Tarikh Kuat Kuasa
Bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2016.