Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Khamis, 6 Ogos 2015

Resepi Tomyam Campur


Blend
1. Tomato sebijik
2. Lada merah sebijik
3. Bawang putih 2 ulas
4. Bawang besar separuh

Hiris
1. Bawang besar 1 bijik
2. Bawang putih 2 ulas

Ketuk
1. Halia 1cm
2. Cili 3 bijik
3. Serai 2 batang

Potong2
1. Sayur2 campur2
2. Tomato belah 4
3. Ayam,seafood size ikut citarasa masing2

Cara Membuatnya:

Tumis bahan hiris
Masukkan ayam
Masukkan Seafood
Masukan bahan blend
Masukkan pes tomyam
Masukkan bhn ketuk
Gaul2 bio didih
Masukkan sayur2
Masukkan 3 helai daun limau purut
Garam
Gula

Rabu, 22 Julai 2015

Spagetti Goreng

 

Bahan-bahan (3-4 org makan)
1- 8 ulas bawang putih ditumbuk
2- 8-10 biji cili padi ditumbuk (kalau untuk anak2 makan, tak perlu letak pun tak apa)
3- 6 cmb minyak zaiton
4- 15 ekor udang saiz xl
5- 20 ekor kepah (ada jual yg frozen)
6- separuh biji capsicum merah dihiris
7- separuh biji capsicum hijau di hiris
8- 1 cmb parsley serbuk
9- 1cmb basil serbuk
10- garam & gula secukup rasa
11- Setengah bungkus spagetti (direbus dulu)
Cara-cara
1- Tumis bawang putih & cili padi dgn minyak zaiton.
2- Bila naik bau, masukkan udang & kepah. Blh juga gunakan sotong or lala.
3- Masukkan parsley, basil, garam, gula secukup rasa. Gaul.
4- Masukkan pula spagetti & gaul sebati.
5- Akhir sekali masukkan capsicum merah & hijau. Goreng sekejab & siap.
Share Supaya Tak Hilang

Khamis, 16 April 2015

Nugget Ayam


Bahan-bahan:
  1. 200 gm daging ayam kisar
  2. 2 biji telur - ambil putih sahaja
  3. 100 gm serbuk roti
  4. ½ labu bawang besar - cincang/blend
  5. 1 sudu kecil serbuk kari 
  6. Sedikit lada sulah
  7. Sedikit serbuk perasa ayam
  8. Sedikit tepung gandum (jika perlu)
  9. Sedikit minyak masak (untuk menggoreng)
Cara-cara:
  1. Satukan daging ayam kisar dengan putih telur.
  2. Campurkan bawang besar yang dah dicincang dalam adunan, Sally lebih prefer blend.
  3. Kemudian campurkan dengan serbuk kari, serbuk perasa ayam dan lada sulah.
  4. Setelah bahan sebati, ambil sedikit dan dibentuk mengikut kesukaan anda.
  5. Golek-golek dalam serbuk roti tu sampai semua jadi rata.
  6. Goreng dan makan la dengan sos cili...hihihi

TIPS:
  • Kalau rasa lembik sangat, campurkan tepung gandum (2-3 sudu).
  • Masa nak bentukkan tu...pakai la sarung tangan atau sudu sbb nnt melekat kat tangan.
  • Letak garam tu atas pilihan sendiri kalau takde perasa ayam.
  • Boleh campur sayuran seperti cendawan, lobak merah @ jagung untuk pelbagaikan variasi.
  • Sally prefer simpan dalam peti ais semalaman sebelum goreng untuk kurangkan minyak meresap.

Rabu, 15 April 2015

Daging Masak Merah Ala Thai


Bahan-bahan:
1/2 kilo Daging - dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah
2 sudu besar lada kering - yang diblend
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili api - diketuk (terpulang ler pada masing2, nak pedas tambah lagi, tak nak buleh kurangkan)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut - dikoyakkan
Serai - dititik
Kacang panjang - dipotong memanjang
Garam secukup rasa
Perasa secukup rasa
Sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah

Cara membuatnya
Memula, goreng ler daging tu sebentar, ketepikanTumiskan bawang putih hingga naik bau.Masukkan lada kering yang diblend tadi,Kacau hingga lada nampak sedikit garing.Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram,Kacau seketika.Masukkan air bancuhan tepung jagung,Masukkan air ke dalam kuali itu Masukkan daun limau purut dan serai,Masukkan bawang besar ,Masukkan garam&perasa.Kacau sebentar.Masukkan air bancuhan tepung jagung.Setelah kuah nampak likat, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi goreng tadi.

Kangkung Belacan Ala Thai


 Bahan-bahan
- 1 ikat kangkung 
-  5 tangkai cili padi-dihiris
- 3 ulas bawang merah-dihiris
-  2 ulas bawang putih-dihiris
-  segenggam udang-buang kulit
-  1 inci belacan-ditumbuk 
-  Garam dan gula-secukup rasa
Cara-cara

1.     Potong kangkung dan bersihkannya
2.     Tumiskan minyak di kuali bawang-bawang,cili dan belacan-sehingga naik bau
3.     masukkan sayur kangkung ke dalam kuali. Biar ia layu seketika.
4.     masukkan udang-masak seketika
5.     Letak sedikit garam dan gula.
6.     Siap untuk dihidangkan

Selasa, 14 April 2015

Nasi Minyak ala Nasi Hujan Panas

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiljcvgAWR3jUWx6Zok8QhboSc0azs9K5ndyyZJ6TAL_f7vqmLnLlz9jMa-0cnaSSojb_6bD8aOv7OeTk_Enc24pbpUfi9DvM0jktOeb7BoSQ5PjVExe959njhF3MJL4-ZerkpEXEgAYitm/s320/IMG_3377.JPG

Bahan; 
2 pot beras Basmathi-dibasuh dan toskan kering.
3 pot yang sama air (ada orang gunakan sukatan yang sama dengan beras, tapi saya dapati nasinya terlalu berderai dan keras..saya lebih suka sukatannya lebih...terpulanglah, trial and error)
2 sudu minyak sapi
3 sudu minyak masak
1/2 cawan susu sejat/susu segarpun boleh...jangan susu pekat sudahlah
2 helai daun pandan
1 labu bawang besar dimayang halus/dadu
3 ulas bawang putih dimayang nipis/dadu
1 inci halia dimayang halus
3 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan
1/2 cawan kismis kuning/hitam-rendam dalam air panas
1/2 cawan biji gajus -digoreng terlebih dahulu
pewarna hijau, merah dan kuning garam

Cara memasaknya; 
Saya gunakan rice cooker..senang aka malas..hahaha Panaskan ricecooker, masukkan minyak sapi dan minyak masak. Bila dah cair, masukkan bahan bawang dan halia. Kacau hingga jernih dan masukkan rempah kasar. tumis sekejap. Masukkan daun pandan. Masukkan air,garam dan tanak hingga menggelegak. Masukkan susu. Masak sekejap. Masukkan beras, kacau dan tutup periuk. Bila hampir kering, kacau dan masukkan kismis serta biji gajus. Titikkan beberapa spot untuk setiap warna merah hijau dan kuning. Biarkan nasi masak. Bila nasi masak, gemburkan nasi dengan garfu...dah siap...senangkan?.. Masak untuk raya ni kan best...padankan dengan kurma ayam, kuzi, dalca, acar rampai, sambal belacan....huhhhh...mentua lalu kat belakang sure tak nampak..hihihi..ok..byee..

Sambal Belacan

 
Ingredients:
4 oz seeded chilies (sliced thinly)
1 tablespoon belacan (shrimp paste)
1 – 1 1/2 teaspoons sugar
2 tablespoons kalamansi lime juice/lime juice
Salt (optional or to taste)
Method:
Clean chilies with running water, seeded and sliced. Transfer the chilies to a mortar.
Heat up a wok or pan on low heat and “toast” the belacan until aromatic. The texture of the belacan would turn dry and powdery after toasting. Transfer out and add to the chilies and start pounding with the pestle until fine. (Some people like their sambal belacan somewhat coarse so it’s personal preference.)
Transfer out to a bowl, add salt and sugar to taste and add lime juice (or kalamansi lime juice). Blend well. You can keep the sambal in the refrigerator for up to a few days.
Cook’s Notes:
If you don’t have a mortar and pestle, you can use a mini food processor to grind everything.
If you like extra fiery kick in your sambal, you can add a few bird’s eye chilies

Isnin, 13 April 2015

Ayam Masak Merah


Bahan-bahan
  • -  1/2 ekor ayam-potong mengikut selera anda 
  • -  2 sudu besar cili kisar
  • -  3 biji bawang merah-dikisar
  • -  1 ulas bawang putih-dikisar
  • -  1 batang serai
  • -  1 batang kulit kayu manis
  • -  2 sudu besar sos cili
  • -  1/4 biji bawang besar dihiris kasar
  • -  1/2 biji tomato
  • -  1/2 cawan kacang peas
  • -  garam
  • -  gula
Cara Penyediaan
  1. Gaul ayam dengan kunyit , garam dan 2 sudu besar tepung gandum atau tepung goreng ayam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kisar bawang putih dan bawang besar, kalau tumbuk halus pun boleh, ros guna blender sebab takde lesung batu. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing.
  3. Selepas itu masukkan serai yang telah dititik ataupun yang telah dipotong dua, kacau sebati, tomato di potong kecil dan masukkan dalam bahan tumisan tadi, biarkan tomato betul-betul hancur, baru masukkan sos cili.
  4. Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali baru masukkan kacang peas dan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan tabur sedikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar sedia untuk dihidangkan.

Rabu, 1 April 2015

Pajeri Terung

'RESEPI PAJERI TERUNG   Bahan-Bahan : 3 biji terung panjang 5 ulas bawang merah - dikisar 3 ulas bawang putih - dikisar 1/2 inci halia - dikisar 7 cili kering - dikisar rempah ratus - bunga lawang,bunga cengkih,jintan putih,kulit kayu manis 3 ulas bawang merah - dihiris 2 ulas bawang putih - dihiris 1 sudu besar udang kering - ditumbuk 2 sudu besar rempah kari daging 2 sudu besar kerisik Santan secukupnya Asam jawa Garam, Gula serta Gula Melaka Cara-cara Menyediakan: 1. Terung dipotong 2 kerana saiznya yang agak panjang dan dibelah di tengah2nya tapi jangan sampai putus. 2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap hingga warna keperangan. Angkat dan ketepikan. 3. Panaskan minyak dan masukkan rempah ratus, bawang merah dan bawang putih yang dihiris dan tumiskan sehingga kekuningan. 4. Masukkan bahan kisar dan udang kering. Masak sehingga garing. 5. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak lagi sehingga pecah minyak. 6. Kemudian masukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan asam jawa. 7. Akhir sekali masukkan kerisik dan terung yang telah digoreng. Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak. 8. Bolehlah diangkat dan dihidangkan. . Share Supaya Tak Hilang. Sila Comment "Mohon Share" dan tekan Share'


Bahan-Bahan :
3 biji terung panjang
5 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
7 cili kering - dikisar
rempah ratus - bunga lawang,bunga cengkih,jintan putih,kulit kayu manis
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu besar udang kering - ditumbuk
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar kerisik
Santan secukupnya
Asam jawa
Garam, Gula serta Gula Melaka

Cara-cara Menyediakan:
1. Terung dipotong 2 kerana saiznya yang agak panjang dan dibelah di tengah2nya tapi jangan sampai putus.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap hingga warna keperangan. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dan masukkan rempah ratus, bawang merah dan bawang putih yang dihiris dan tumiskan sehingga kekuningan.
4. Masukkan bahan kisar dan udang kering. Masak sehingga garing.
5. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak lagi sehingga pecah minyak.
6. Kemudian masukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan asam jawa.
7. Akhir sekali masukkan kerisik dan terung yang telah digoreng. Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak.
8. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Rabu, 18 Mac 2015

Jeruk Mangga Asam Boi

Jeruk Mangga Asam Boi 
Rasanya dah hampir seminggu jadi viral jeruk mangga asam boi ni di facebook. Rata-rata memang ramai je penjual jeruk mangga asam boi ni. Dimana ada semut, disitu ada gula.. hehe..
Hn nak membeli dengan penjual-penjual ni nanti tak puas hati. So dengan tegarnya daku meredah hujan ke Pasar Presint 2 Putrajaya.

Cara mudah buat jeruk mangga asam boi

Mudah sangat kalau nak buat jeruk ni ok. Buat jeruk mangga asam boi ni makanan santai je. Rasa dia pon boleh tahan sedapppp wehh.. lagi-lagi kalau pilih mangga muda. Bila pergi pasar nak beli buah mangga, orang tu macam tau-tau je Hn nak yang mangga tak masak punya.
Nak beli asam boi pon sama. Hn orang last beli asam boi tu sebab makcik tu kata ramai beli asam boi dengan dia harini.
Jeruk Mangga Asam Boi - 1

 Bahan-bahan Jeruk Mangga Asam Boi

  • Mangga muda
  • Asam boi
  • Gula ( lebihkan )
  • Garam
  • Cili padi potong ( lebihkan jika suka pedas )
Jeruk Mangga Asam Boi - 2

 Cara-cara Membuat Jeruk Mangga Asam Boi

Kupas dan belah buah mangga, cuci dan toskan sehingga air agak kering. Gaulkan mangga dengan semua bahan. Simpan dalam peti ais dalam 4-5 jam. Siap untuk dimakan.
Jeruk Mangga Asam Boi - 4
Mudah  sangat kan buat jeruk mangga asam boi ni. Hn beli 4 biji mangga terus dan harga mangga tersebut RM9. Glup-glup sungguh. Siapa ada pokok mangga kat rumah tu ke rumah jiran ke bagi salam mintak sikit mangga dia dan cuba buat.
Sebelum ni Hn biasa makan dengan kicap blend cili tu je. Ada cara ni pon mudah juga. Tak sabar nak tunggu jeruk mangga asam boi ku. Ok lah.. selamat mencuba.
Jeruk Mangga Asam Boi - 5

 Jeruk Mangga Asam Boi dah rasa, try buat Infuse Water pula

air-detox-infused-water-7

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Masakan – Resepi Asam Pedas Ikan Pari 

Resepi asam pedas ikan pari ni kegemaran ramai orang. Lagi-lagi tulang ikan pari yang lembut tu boleh dimakan sekali. Rasa apa? cuba la makan, tulang dia tak de la rasa apa sangat. Jadi boleh je telan sekali. hehe.. Asam pedas ni kalau panas dan pedas makan dengan nasi panas-panas sangatlah mengancam kan..hihi
Resepi asam pedas ikan pari ni terpulang kalau taknak ikan pari pon boleh. Guna ikan kembung ke ikan patin ke kann.. banyak je ikan boleh ganti. Tapi kali ni Hn nak asam pedas ikan pari dengan harapan Hn boleh bertukar jadi pari-pari comel.. ahaks..

Bahan- bahan

Bahan A :
  • 500 gram ikan pari ( dibersihkan )
  • 10 biji bendi
  • 1 biji tomato ( dipotong 4 )
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 5 tangkai daun kesum
  • 3 cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan B ( Dikisar ) :
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

Cara Masak 

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
  2. masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan ikan, garam, daun kesum, dan bendi. Kemudian biarkan sehingga mendidih lagi.
  4. Masukkan tomato perlahankan api, biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.
  5. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin.

Haa siap sudah resepi asam pedas ikan pari yang sangat simple. Adik-adik sekolah pon pandai je buat dari Hn.. Banyak lagi resipi mudah yang boleh buat.. Nanti Hn ingat Hn akan share ye.. Korang ada resepi yang best lagi nak share? jom kongsi..

Ahad, 15 Mac 2015

Ayam Golek Cili Padi

Bahan Utama:-
1 ekor ayam sederhana besar
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disimpul
1/2 ketul kiub ayam "MAGGI"
2 cawan santan pekat
Garam dan gula (jika perlu)

Bahan Kisar Halus:-
10 - 15 biji cili padi
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah kecil
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih (resipi asal tak da)

Cara membuatnya:-
  1. Belah sedikit ayam di bahagian dada supaya bahagian dalam ayam masak rata, bersihkan dan tos. Ayam tidak payah di potong.
  2. Dalam kuali yang agak besar (boleh muat seekor ayam), masukkan santan, bahan2 kisar, serai dan daun kunyit. Masukkan kuib pati ayam, sedikit garam dan gula. Biar mendidih.
  3. Masukkan ayam tadi dan kecilkan api. Masak ayam atas api perlahan hingga kuah pekat. golek2kan ayam setiap 5 minit.
  4. Kemudian, jika suka, keluarkan ayam tadi dan panggang dalam oven pada suhu 200C selama 10 - 15 minit hingga keperangan. Hidangkan bersama lebihan kuah tadi sebagai sos.

Ayam Tandoori Arab



Bahan-bahan
  • ayam - dibersihkan dan dipotong 8cengkih
  • 5 biji cili kering
  • 1/2 cawan yogurt asli
  • bawang putih - dikisar
  • 1 1/2 sudu serbuk cili
  • 1 sudu kecil mentega
  • 1 sudu halia yang telah dikisar
  • garam - secukup rasa
  • 1/2 sudu pewarna merah
Cara Penyediaan
Gaulkan yogurt,garam.pewarna,halia,bawang putih dan serbuk cili - gaulkan hingga sebati
Letakkan ayam di dalam bekas dan perapkan bersama yogurt yang telah digauklan tadi - perapkan lebih kurang 1/2 jam (lebih lama lebih bagus)
Letakkan ayam ke dalam foil bersama bahan perapan dan sapukan mentega di atas ayam
Bakar selama 1/2 jam sehingga 45 minit
Siap untuk dihidangkan - nak lebih sedap hidangkan perahkan lemon atau limau

Selasa, 24 Februari 2015

Daging Gulai Darat

 
Gulai darat adalah salah satu menu masakan yang cukup popular di negeri Cik Siti Wan Kembang. Kebiasannya ia di sediakan pada hari kenduri-kendara atau pada majlis perkhawinan. Gulai Darat rasanya cukup istimewa, daging nya yang di potong kecil dan lembut dengan rempah ratus istimewa menjadikan sajian ini di sukai ramai.

Sekali imbas kita lihat macam kari pun ada macam rendang cair pun ada tapi rasanya agak berbeza dan lain dari yang lain. Bagi anda yang berpeluang ke negeri Kelantan, jangan lupa untuk pekena sepinggan nasi bersama gulai darat yang istimewa ini.

Biasanya bila nak masak gulai darat ia ada rempah khas untuk memasak gulai darat. Rempah ini anda boleh dapatkan daripada pasar yang menjual rempah di negeri Kelantan. Tapi bagi anda yang tak berpeluang nak dapatkan rempah tu .. jangan berasa kempunan pulak tak dapat nak merasa.. hari ini ita kongsikan resepi yang di kongsikan oleh Kak Noly

Apa yang istimewanya kak Noly kongsikan bagaimana kita nak sediakan rempahnya jika kita tak dapat cari rempah gulai darat. Mudah sahaja rupanya anda hanya perlu campurkan cili serbuk dengan kunyit hidup.. tadaaa... dah dapat dah rempah gulai darat..mudah aje kan.. Kerana ita tak ada stock rempah gulai darat dalam simpanan, ita cuba kaedah yang kak Noly tunjukkan dan memang sedap juga.. tak banyak bezanya dengan yang menggunakan rempah gulai darat

Menurut kak Noly lagi gulai darat ni kuahnya tidak terlalu cair dan tidak terlalu kering.. ialah yang biasa ita makan bila ke Kelantan kuahnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.. yang sedan-sedang aje.. Ianya tidak terlalu pedas dan sesuai untuk hidangan anak-anak juga..  Jom kita intai resepi yang sedap sangat ni..



1/2 kg daging
4 cawan santan dari 1 biji kelapa
1 ketul ubi badak saiz kecil atau  3 biji kentang
3 sdm kerisik
3 sdm rempah gulai darat
1 cm gula melaka
garam secukup rasa
2 keping asam keping
sedikit mnyk utk menumis

Bahan Kisar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1/2 cm lengkuas
2 sdm ketumbar biji ~ sangai tanpa minyak dahulu

* Jika tiada rempah gulai darat, boleh campurkan 1 cm kunyit hidup dan 2 sudu makan serbuk cili dalam gulai. Versi yang sedikit berlainan tapi rasanya tetap sedap.

Hiris nipis daging atau potong dadu sederhanan besar.
Ubi kentang atau ubi badak jika ada di potong baji
Santan di asingkan 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak
masukkan rempah gulai darat, kerisik, gula melaka dan tumis hingga terbit minyak
Masukkan daging dan ubi kentang
Masukkan santan cair dan masak hingga daging dan kentang empuk
Setelah daging empuk, masukkan santan pekat, asam keping
Biarkan ia merenih hingga kuahnya pekat dengan api yang perlahan
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Sedia di hidangkan



Ahad, 15 Februari 2015

Daging Masak Asam


Bahan-bahan:

1 kg daging
6 ulas bawang putih*
6 ulasbawang merah*
3 cm halia* 
satu cawan air asam jawa 
2 sudu besar kicap 
sedikit sos tiram 
2 sudu kecil lada hitam 
daun bawang
 
Cara Penyediaan:
1. Potong halus bahan *.



2. Panaskan minyak dan tumis bahan *. 
3. Masukkan daging, kacau seketika hingga separuh masak. 
4. Masukkan air asam jawa, kicap, sos tiram, serta garam dan gula secukup rasa. 
5. Kacau sehingga daging masak dan lembut. 
6. Hiaskan dengan daun bawang.

Ahad, 30 November 2014

Sambal Ikan Bilis


SAMBAL IKAN BILIS KERING
2 genggam ikan bilis
1 senduk minyak masak
1 sudu besar bawang merah blend
1/2 sudu bawang putih blend
1 senduk cili kering blend
1 keping asam keping
sedikit gula
sedikit garam 

Dah itu je pun bahan-bahan dia.. Mula-mula panaskan minyak.. basuh ikan bilis dan toskan.. pastu terus goreng.. make sure goreng hingga garing.. then angkat dan ketepikan.

Keluarkan lebihan minyak tadi.. Tinggalkan agak-agak 1 senduk je dalam kuali.. tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering blend.. Kecilkan api dan masak hingga cili tadi betul-betul masak.. masukkan asam keping, gula dan garam.. (gula just untuk balance kan rasa, jangan sampai jadi manis ye) garam pon sikit je sebab ikan bilis selalunya dah masin.. agak-agak cili tadi dah betul-betul masak, masukkan ikan bilis dan kacau rata.. angkat dan letak kat pinggan.. sedia untuk dimakan bersama nasik panas-panas..

Rabu, 26 November 2014

Stew Ayam


Bahan-bahan:
1 ekor ayam-dipotong 12
6 biji bawang besar
1 labu bawang putih
8 biji ubi kentang
2 biji karot
2-3 cawan air
1 biji kiub ayam
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar serbuk BISTO
Garam n serbuk lada hitam secukup rasa
* Serbuk BISTO ini berwarna coklat macam serbuk brown sos rupanya tapi rasa lain sikit . Bisto hanya boleh dibeli di Cold Storage , kalau tak ada serbuk bisto tak sedap la stew ayam ini .

Cara:
Bersihkan ayam dan gaul dengan sediki garam kemudian goreng ayam sampai kekuningan . Kupas semua bawang dan di mayang nipis-nipis , semua ubi kentang juga di kupas kulit dan dipotong kecil-kecil , kikis kulit carrot dan dipotong menyerong tebal-tebal. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , biarkan bawang ini masak dan menjadi kekuningan . Terus masukkan semua air dan ubi kentang serta carrot kemudian kacau , biarkan kuah mendidih dan sampai ubi kentang menjadi empuk . Masukkan kiub ayam , lada hitam dan semua ayam yang telah di goreng tadi . Bancuh serbuk BISTO dengan sedikit air , kemudian tuang ke dalam stew tadi kacau semua bahan . Bancuh pula tepung jagung dengan sedikit air dan tuang ke dalam stew serta kacau stew supaya semua bahan menjadi sekata . Kuah stew akan menjadi pekat dan rasa garam jika kurang masin tambah la garam lagi . Biar kuah mendidih selama 3-5 minit lagi dan boleh la ditutp api dapur. Kuah stew yang tengah mendidih , saya masukkan dahulu ubi kentang dan carrot supaya menjadi empuk , last sekali baru la saya masukkan ayam . Kemudian saya akan kacau semua bahan supaya menjadi sama rata , saya biarkan stew ini mendidih untuk 5 minit lagi sebelum saya tutup api dapur.

Selasa, 18 November 2014

Resepi Ayam Masak Kicap


masakan, tip masakan


Bahan-bahan 

1-2 bahagian paha ayam (resepi ini untuk 2 orang, kalau nak banyak lagi boleh agak sendiri)
garam
kunyit
Minyak
1 biji bawang besar (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (mayang)
1 inci halia (cincang)
kicap pekat manis (agak-agak)
2-3 biji cili padi
1 batang cili hijau
Cara Membuat/ Masak Ayam Masak Kicap
  1. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit kemudian goreng
  2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Tambah air sekiranya terlalu pekat. Gaulkan seketika sehingga ayam masak.
  4. Setelah ayam masak masukkan cili hijau. Gaul sekejap dan siap untuk dihidangkan.

Ahad, 26 Oktober 2014

Nasi Dagang

Nasi dagang ialah hidangan popular bagi negeri Kelantan dan Terengganu. Terdapat beberapa variasi yang berbeza untuk hidangan nasi dagang di setiap daerah. Ada yang menggunakan beras siam yang lembut dan ada yang menggunakan beras biasa yang dicampur dengan sedikit beras pulut.

Begitu juga dengan lauk gulai ikan tongkol untuk nasi dagang. Ada yang berkuah merah, ada yang kuahnya berwarna kuning atau dipanggil gulai kunyit lengkuas. Selain ikan tongkol, telur atau udang juga sedap dijadikan lauk nasi dagang selain ayam atau daging. Begitu juga dengan pelengkap hidangan nasi dagang, ada acar dan sambal kelapa.

Bagi orang-orang yang tinggal di negeri Terengganu, mereka lebih suka menyediakan acar seperti acar timun, acar nenas dll, manakala bagi orang-orang negeri Kelantan, mereka lebih suka menyediakan sambal kelapa untuk hidangan nasi dagang mereka. Walaubagaimanapun, hidangan ini tetap enak dan digemari ramai orang.. Bagi saya, kedua-duanya boleh digandingkan untuk hidangan nasi dagang yang istimewa.

Di Kelantan, ada beras khas untuk menyediakan nasi dagang. Beras ini berwarna kemerah-merahan dipanggil beras lembut atau beras nasi dagang. Harganya juga agak mahal berbanding beras-beras lain. Bagi orang-orang Terengganu pula, mereka lebih suka menggunakan beras siam yang dicampur sedikit beras pulut.

Untuk hidangan nasi dagang ini, banyak kelapa digunakan. Bermula dengan penyediaan nasi, lauk hingga sambalnya. Semuanya menggunakan santan dan juga kelapa parut. Walaubagaimanapun, untuk mengurangkan kolestrol dalam masakan, kurangkan penggunaan santan, sebaiknya tambahkan susu cair ke dalam masakan. Terpulanglah kepada citarasa masing-masing. Tepuk dada, tanya selera.

Berikut ialah resipi Nasi Dagang yang simple yang selalu saya sediakan untuk keluarga saya.

Bahan-bahan untuk nasi.
3 cawan beras siam
1 cawan beras pulut
1 cawan air panas mendidih (gunakan air yang dididihkan untuk mengukus beras
1 cawan pati santan + 1 sudu kecil garam atau secukup rasa -didihkan tapi jangan sampai pecah minyak

bahan-bahan untuk dimayang halus
10 biji bawang merah
2 inci halia
1 sudu besar halba

Cara Menyediakannya
kedua-dua beras dicuci bersih dan direndam berasingan sekurang-kurangnya 2 jam. Kemudian toskan beras dan campur kedua-duanya hingga rata. Kukus selama 30 - 45 minit atau sehingga beras tiga suku masak. Boleh dikenalpasti sekiranya periuk kukus mengeluarkan wap.

Keluarkan dari periuk kukus dan terus tuang ke dalam besen yang agak besar. Terus curahkan satu cawan air panas mendidih dan terus kacau rata-rata hingga beras kembang. Proses ini hendaklah dilakukan ketika masih panas. Masukkan kembali ke dalam periuk kukus dan timbuskan sekali bahan-bahan yang dimayang halus tadi juga halba. Kukus sekali lagi hingga betul-betul masak. Ketika masih panas, tuangkan kembali ke dalam besen tadi dan curahkan santan yang telah dididihkan. Kacau rata-rata hingga keluar minyak. Bolehlah dihidangkan bersama-sama gulai ikan tongkol, telur rebus, acar dan sambal kelapa.

Nota : cara yang lebih cepat menyediakan nasi dagang ialah dengan cara menanak nasi tersebut di dalam rice cooker iaitu campurkan beras, santan secukupnya dan sedikit garam. Bila hampir kering taburkan bahan-bahan yang dimayang halus dan hingga masak seperti biasa. Selepas itu baru dikacau-kacau dengan sudip kayu untuk menggebukan nasi.

GULAI IKAN TONGKOL

Bahan-bahan untuk merebus ikan
2 ekor ikan tongkol sederhana besar, dipotong anggaran 1 inci
5 keping asam gelugur
garam kasar secukup kegunaan
1 sudu teh cuka makan
1 cawan air

Caranya
Ikan tongkol yang dibersihkan disusun ke dalam periuk berselang seli dengan garam kasar dan asam gelugur. tuangkan air dan cuka. jerang di atas api sederhana hingga mendidih. Apabila mendidih, kecilkan api dan renehkan hingga kuah hampir kering. Sedia untuk dibuat gulai.

Bahan-bahan untuk gulai
Santan 2 biji kelapa

5-6 biji belimbing buluh, belah 2 - jika suka (boleh ganti dengan tomato)
5-6 biji lada hidup, dipotong 2
5-6 biji cili padi, biarkan sebiji-sebiji

Bahan-bahan untuk dikisar lumat
5-6 biji bawang merah
5-6 biji cili kering atau secukupnya
3 biji bawang putih
1inci lengkuas
1/2 inci kunyit
1 /2inci halia
1 sudu besar kelapa parut
3-4 sudu besar rempah kari ikan
sedikit gula melaka (nisan kelapa) atau gula pasir

Cara Menyediakannya

Didihkan santan sampai keluar minyak muda. Masukkan bahan-bahan kisar dan renehkan hingga bahan-bahan masak dan naik minyak berwarna kemerah-merahan. Masukkan ikan yang telah direbus bersama-sama kuahnya dan renehkan atas api kecil hingga pekat. Tak perlu dimasukkan garam dan asam kerana ikan rebus telah cukup rasa masin dan masamnya. Akhir sekali masukkan belimbing buluh, cili hidup dan cili padi tadi. Tutupkan periuk dan padamkan api. Selepas lima minit atau cili dan belimbing buluh telah layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Nota : boleh juga bahan-bahan kisar ditumis terlebih dahulu sebelum dimasukkan santan. terpulang kepada cara memasak seseorang.

Acar
2 biji timun, potong 1 inci panjang dan buang empulurnya. Hiriskan nipis
1/4 biji nenas, dipotong kecil-kecil
1 batang lobak merah, potong 1 inci dan hiris halus seperti batang mancis
2 biji lada merah
2 biji lada hijau
1 biji bawang besar atau 5 biji bawang merah, dimayang halus
3 sudu gula pasir
1/2 sudu kecil garam
3-4 sudu cuka makan

Cara :

Campur semua bahan dan sesuaikan rasa. Hidangkan dengan nasi dagang

Sambal kelapa

1/2- 1 biji kelapa parut, digoreng tanpa minyak hingga kekuningan dan dikisar kering tapi jangan sampai pecah minyak

2 batang serai, mayang halus
3-4 biji bawang merah
sehiris dua halia
1 keping nisan kelapa
Secubit garam
1-2 ekor ikan selayang, dibakar dan ambil isinya (guna ikan tongkol rebus pun boleh)

Cara

Tumbukkan serai, halia dan bawang merah hingga lumat,masukkan ikan, garam dan nisan kelapa. Kemudian masukkan kelapa goreng tadi dan gaulkan rata-rata. Pastikan jangan terlalu basah atau terlalu kering. Sesuaikan rasa dan hidangkan dengan nasi dagang, gulai ikan tongkol, acar dan lain-lain lauk pilihan.


Nota : Jika hendak memasak gulai udang atau telur rebus, pastikan kuahnya telah secukup rasa baru dimasukkan telur rebus atau udang yang telah dibersihkan. Masak hingga pekat.

AYAM/DAGING GULAI KUNYIT LENGKUAS

Bahan-bahan untuk memasak gulai ayam kunyit lengkuas adalah sama dengan gulai ikan tongkol. Cuma gantikan rempah kari ikan dengan kari daging. Boleh juga ditambah ketumbar jintan yang telah disangai dan ditumbuk halus ke dalam bahan-bahan gulai. Gaulkan bahan-bahan kisar dengan ayam, tambahkan garam dan asam keping sesedap rasa. Jerang di atas api sederhana hingga agak kering, baru ditambahkan santan secukupnya dan masak lagi ayam empuk dan kuahnya hingga pekat. Boleh ditambah cili padi atau lada hidup diakhir masakan. Akhir sekali, tumiskan sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan dan wangi. Masukkan ke dalam gulai yang masih mendidih dan tutup periuk serta padamkan api. Selepas 5 minit, baru dibuka tutup periuk dan dikacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba..

Sate Kajang (Asli)


sate kajang memang terkenal satu malaysia,lebih-lebih lagi sate kajang haji samuri tapi saya taklah nak kongsi resepi hj samuri sebab resepi tu cuma beliau je yang tau. saya nak kongsi resipi sate kajang asli yang boleh tahan sedap nya. meh kita tengok.mesti cuba..

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam-buang kulit dan potong kecil ikut saiz yang anda suka
  • 400gm bawang merah-dikisar@diblender
  • 250gm halia-dikisar@diblender
  • 5 batang serai-dikisar@diblender
  • 250gm lengkuas-dikisar@diblender
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 4-5 sudu besar gula
  • garam-secukup rasa
Cara-cara
  1. gaulkan ayam dengan semua bahan
  2. perap ayam semalaman(dibekas yang bertutup,simpan dalam peti sejuk pun boleh)
  3. lepas perap bolehlah bakar(bakar dengan arang)
Teknik membakar
  1. bakar arang-hingga semua arang terbakar dan xde api yang marak
  2. bakar sehingga masak
  3. kawal api menggunakan kipas supaya arang sentiasa membara
  4. sapu dengan minyak supaya kelihatan berkilat dan wangi(guna serai untuk sapu sebab kalau guna berus takut berus cair)
  5. bila dah warna keperangan atau keemasan tu kira dah masaklah
  6. siap dihidangkan(hias mengikut cita rasa anda)
sedap dimakan dengan nasi himpit dan kuah kacang,untuk resepi kuah kacang boleh tengok di sini.
Senang dan mudahkan??