Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan

Selasa, 14 April 2015

Nasi Minyak ala Nasi Hujan Panas

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiljcvgAWR3jUWx6Zok8QhboSc0azs9K5ndyyZJ6TAL_f7vqmLnLlz9jMa-0cnaSSojb_6bD8aOv7OeTk_Enc24pbpUfi9DvM0jktOeb7BoSQ5PjVExe959njhF3MJL4-ZerkpEXEgAYitm/s320/IMG_3377.JPG

Bahan; 
2 pot beras Basmathi-dibasuh dan toskan kering.
3 pot yang sama air (ada orang gunakan sukatan yang sama dengan beras, tapi saya dapati nasinya terlalu berderai dan keras..saya lebih suka sukatannya lebih...terpulanglah, trial and error)
2 sudu minyak sapi
3 sudu minyak masak
1/2 cawan susu sejat/susu segarpun boleh...jangan susu pekat sudahlah
2 helai daun pandan
1 labu bawang besar dimayang halus/dadu
3 ulas bawang putih dimayang nipis/dadu
1 inci halia dimayang halus
3 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan
1/2 cawan kismis kuning/hitam-rendam dalam air panas
1/2 cawan biji gajus -digoreng terlebih dahulu
pewarna hijau, merah dan kuning garam

Cara memasaknya; 
Saya gunakan rice cooker..senang aka malas..hahaha Panaskan ricecooker, masukkan minyak sapi dan minyak masak. Bila dah cair, masukkan bahan bawang dan halia. Kacau hingga jernih dan masukkan rempah kasar. tumis sekejap. Masukkan daun pandan. Masukkan air,garam dan tanak hingga menggelegak. Masukkan susu. Masak sekejap. Masukkan beras, kacau dan tutup periuk. Bila hampir kering, kacau dan masukkan kismis serta biji gajus. Titikkan beberapa spot untuk setiap warna merah hijau dan kuning. Biarkan nasi masak. Bila nasi masak, gemburkan nasi dengan garfu...dah siap...senangkan?.. Masak untuk raya ni kan best...padankan dengan kurma ayam, kuzi, dalca, acar rampai, sambal belacan....huhhhh...mentua lalu kat belakang sure tak nampak..hihihi..ok..byee..

Ahad, 26 Oktober 2014

Nasi Dagang

Nasi dagang ialah hidangan popular bagi negeri Kelantan dan Terengganu. Terdapat beberapa variasi yang berbeza untuk hidangan nasi dagang di setiap daerah. Ada yang menggunakan beras siam yang lembut dan ada yang menggunakan beras biasa yang dicampur dengan sedikit beras pulut.

Begitu juga dengan lauk gulai ikan tongkol untuk nasi dagang. Ada yang berkuah merah, ada yang kuahnya berwarna kuning atau dipanggil gulai kunyit lengkuas. Selain ikan tongkol, telur atau udang juga sedap dijadikan lauk nasi dagang selain ayam atau daging. Begitu juga dengan pelengkap hidangan nasi dagang, ada acar dan sambal kelapa.

Bagi orang-orang yang tinggal di negeri Terengganu, mereka lebih suka menyediakan acar seperti acar timun, acar nenas dll, manakala bagi orang-orang negeri Kelantan, mereka lebih suka menyediakan sambal kelapa untuk hidangan nasi dagang mereka. Walaubagaimanapun, hidangan ini tetap enak dan digemari ramai orang.. Bagi saya, kedua-duanya boleh digandingkan untuk hidangan nasi dagang yang istimewa.

Di Kelantan, ada beras khas untuk menyediakan nasi dagang. Beras ini berwarna kemerah-merahan dipanggil beras lembut atau beras nasi dagang. Harganya juga agak mahal berbanding beras-beras lain. Bagi orang-orang Terengganu pula, mereka lebih suka menggunakan beras siam yang dicampur sedikit beras pulut.

Untuk hidangan nasi dagang ini, banyak kelapa digunakan. Bermula dengan penyediaan nasi, lauk hingga sambalnya. Semuanya menggunakan santan dan juga kelapa parut. Walaubagaimanapun, untuk mengurangkan kolestrol dalam masakan, kurangkan penggunaan santan, sebaiknya tambahkan susu cair ke dalam masakan. Terpulanglah kepada citarasa masing-masing. Tepuk dada, tanya selera.

Berikut ialah resipi Nasi Dagang yang simple yang selalu saya sediakan untuk keluarga saya.

Bahan-bahan untuk nasi.
3 cawan beras siam
1 cawan beras pulut
1 cawan air panas mendidih (gunakan air yang dididihkan untuk mengukus beras
1 cawan pati santan + 1 sudu kecil garam atau secukup rasa -didihkan tapi jangan sampai pecah minyak

bahan-bahan untuk dimayang halus
10 biji bawang merah
2 inci halia
1 sudu besar halba

Cara Menyediakannya
kedua-dua beras dicuci bersih dan direndam berasingan sekurang-kurangnya 2 jam. Kemudian toskan beras dan campur kedua-duanya hingga rata. Kukus selama 30 - 45 minit atau sehingga beras tiga suku masak. Boleh dikenalpasti sekiranya periuk kukus mengeluarkan wap.

Keluarkan dari periuk kukus dan terus tuang ke dalam besen yang agak besar. Terus curahkan satu cawan air panas mendidih dan terus kacau rata-rata hingga beras kembang. Proses ini hendaklah dilakukan ketika masih panas. Masukkan kembali ke dalam periuk kukus dan timbuskan sekali bahan-bahan yang dimayang halus tadi juga halba. Kukus sekali lagi hingga betul-betul masak. Ketika masih panas, tuangkan kembali ke dalam besen tadi dan curahkan santan yang telah dididihkan. Kacau rata-rata hingga keluar minyak. Bolehlah dihidangkan bersama-sama gulai ikan tongkol, telur rebus, acar dan sambal kelapa.

Nota : cara yang lebih cepat menyediakan nasi dagang ialah dengan cara menanak nasi tersebut di dalam rice cooker iaitu campurkan beras, santan secukupnya dan sedikit garam. Bila hampir kering taburkan bahan-bahan yang dimayang halus dan hingga masak seperti biasa. Selepas itu baru dikacau-kacau dengan sudip kayu untuk menggebukan nasi.

GULAI IKAN TONGKOL

Bahan-bahan untuk merebus ikan
2 ekor ikan tongkol sederhana besar, dipotong anggaran 1 inci
5 keping asam gelugur
garam kasar secukup kegunaan
1 sudu teh cuka makan
1 cawan air

Caranya
Ikan tongkol yang dibersihkan disusun ke dalam periuk berselang seli dengan garam kasar dan asam gelugur. tuangkan air dan cuka. jerang di atas api sederhana hingga mendidih. Apabila mendidih, kecilkan api dan renehkan hingga kuah hampir kering. Sedia untuk dibuat gulai.

Bahan-bahan untuk gulai
Santan 2 biji kelapa

5-6 biji belimbing buluh, belah 2 - jika suka (boleh ganti dengan tomato)
5-6 biji lada hidup, dipotong 2
5-6 biji cili padi, biarkan sebiji-sebiji

Bahan-bahan untuk dikisar lumat
5-6 biji bawang merah
5-6 biji cili kering atau secukupnya
3 biji bawang putih
1inci lengkuas
1/2 inci kunyit
1 /2inci halia
1 sudu besar kelapa parut
3-4 sudu besar rempah kari ikan
sedikit gula melaka (nisan kelapa) atau gula pasir

Cara Menyediakannya

Didihkan santan sampai keluar minyak muda. Masukkan bahan-bahan kisar dan renehkan hingga bahan-bahan masak dan naik minyak berwarna kemerah-merahan. Masukkan ikan yang telah direbus bersama-sama kuahnya dan renehkan atas api kecil hingga pekat. Tak perlu dimasukkan garam dan asam kerana ikan rebus telah cukup rasa masin dan masamnya. Akhir sekali masukkan belimbing buluh, cili hidup dan cili padi tadi. Tutupkan periuk dan padamkan api. Selepas lima minit atau cili dan belimbing buluh telah layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Nota : boleh juga bahan-bahan kisar ditumis terlebih dahulu sebelum dimasukkan santan. terpulang kepada cara memasak seseorang.

Acar
2 biji timun, potong 1 inci panjang dan buang empulurnya. Hiriskan nipis
1/4 biji nenas, dipotong kecil-kecil
1 batang lobak merah, potong 1 inci dan hiris halus seperti batang mancis
2 biji lada merah
2 biji lada hijau
1 biji bawang besar atau 5 biji bawang merah, dimayang halus
3 sudu gula pasir
1/2 sudu kecil garam
3-4 sudu cuka makan

Cara :

Campur semua bahan dan sesuaikan rasa. Hidangkan dengan nasi dagang

Sambal kelapa

1/2- 1 biji kelapa parut, digoreng tanpa minyak hingga kekuningan dan dikisar kering tapi jangan sampai pecah minyak

2 batang serai, mayang halus
3-4 biji bawang merah
sehiris dua halia
1 keping nisan kelapa
Secubit garam
1-2 ekor ikan selayang, dibakar dan ambil isinya (guna ikan tongkol rebus pun boleh)

Cara

Tumbukkan serai, halia dan bawang merah hingga lumat,masukkan ikan, garam dan nisan kelapa. Kemudian masukkan kelapa goreng tadi dan gaulkan rata-rata. Pastikan jangan terlalu basah atau terlalu kering. Sesuaikan rasa dan hidangkan dengan nasi dagang, gulai ikan tongkol, acar dan lain-lain lauk pilihan.


Nota : Jika hendak memasak gulai udang atau telur rebus, pastikan kuahnya telah secukup rasa baru dimasukkan telur rebus atau udang yang telah dibersihkan. Masak hingga pekat.

AYAM/DAGING GULAI KUNYIT LENGKUAS

Bahan-bahan untuk memasak gulai ayam kunyit lengkuas adalah sama dengan gulai ikan tongkol. Cuma gantikan rempah kari ikan dengan kari daging. Boleh juga ditambah ketumbar jintan yang telah disangai dan ditumbuk halus ke dalam bahan-bahan gulai. Gaulkan bahan-bahan kisar dengan ayam, tambahkan garam dan asam keping sesedap rasa. Jerang di atas api sederhana hingga agak kering, baru ditambahkan santan secukupnya dan masak lagi ayam empuk dan kuahnya hingga pekat. Boleh ditambah cili padi atau lada hidup diakhir masakan. Akhir sekali, tumiskan sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan dan wangi. Masukkan ke dalam gulai yang masih mendidih dan tutup periuk serta padamkan api. Selepas 5 minit, baru dibuka tutup periuk dan dikacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba..

Rabu, 16 Oktober 2013

Resep Nasi Ayam Hainan

Resep Nasi Ayam Hainan - Istilah ayam Hainan sudah tidak asing lagi sebagai salah satu hidangan berkarbohidrat yang bisa kita coba sajikan dengan nasi. Nasi ayam Hainan merupakan suatu kombinasi hidangan yang cukup digemari. Citarasa ayam yang empuk mnenjadi salah satu daya tariknya.
Nasi Ayam Hainan
Dan pada kesempatan ini akan kami sajikan Resep Masakan dan Makanan Berkarbohidrat Nasi Ayam Hainan yang bisa kamu praktekkan.

Bahan Ayam Hainan

  • 4 buah (800 gram) paha ayam
  • 2 cm jahe dan haluskan
  • 2 buah daun bawang dan di iris-iris
  • 2 sendok makan minyak wijen
  • 3 sendok makan kecap ikan
  • 1/2 sendok teh merica bubuk
  • 1 sendok teh garam
  • 1 liter air untuk merebus

Bahan Nasi

  • 700 gram beras
  • 2 cm jahe dan haluskan
  • 4 siung bawang putih dan haluskan
  • 500 ml kaldu ayam
  • 2 sendok makan kecak ikan
  • 2 sendok makan minyak wijen
  • 1 sendok teh garam

Cara Membuat Nasi Ayam Hainan

  1. Tusuk-tusuk paha daging ayam dengan garpu atau ujung pisau yang lancip.
  2. Lumuri ayam dengan kecap ikan dan jahe yang sudah dihaluskan. Diamkan selama 30 menit.
  3. Rebus ayam dalam air mendidih. Tambahkan kecap ikan, merica, dan garam. Masak dengan api kecil hingga empuk.
  4. Tambahkan daun bawang dan angkat. Celup ayam dalam air es, angkat dan tiriskan. Kemudian olesi ayam dengan kecap ikan dan minyak wijen.
  5. Untuk nasinya, panaskan minyak, tumis jahe dan bawang putih hingga harus. Masukkan beras dan aduk rata.
  6. Tambahkan kaldu ayam, kecap ikan, minyak wijen, dan garam. Masak dengan api kecil hingga menjadi aronan. Yaitu suatu kondisi nasi sudah dalam keadaan setengah matang dan siap untuk di kukus.
  7. Kukus aronan tersebut sampai matang dan angkat. Sajikanm nasi dengan ayam Hainan.

Khamis, 22 Ogos 2013

Nasi Kerabu

Bahan-bahan:

Nasi

Beras
Air
4 helai daun limau purut
1/2 sk pewarna biru
~Sambal tumis
3 biji bawang besar * dikisar
4 ulas bawang putih * dikisar
1 inch halia * dikisar
2 batang serai * dikisar
2 senduk cili kisar
1 batang serai
1 tin santan
2-3 asam keping
garam
gula
gula merah/ gula Melaka

Sambal Kelapa

Isi ikan direbus (1 ekor ikan kembung)
Kelapa parut goreng tanpa minyak (Kali ini I dh ada kelapa goreng siap..special sebab kelapa ini dikirim khas oleh mak mertua Kak Rin yang disangai atas arang...tq Kak Rin bagi I sikit ;))-
1 biji bawang besar
2 batang serai
garam
gula

Sambal cili

Cili padi
garam
gula
1 biji air perahan limau nipis

Lauk nasi kerabu:

Ayam goreng kunyit/ ikan goreng tepung
Telur masin direbus
Sayuran (kubis, carrot, taugeh, salad dll)
Solok Lada
Keropok

Cara-cara penyediaanya:

Nasi
Masak nasi ikut sukatan macam biasa terpulang kepada kuantiti berapa pot nak masak
Masukkan daun limau purut dan pewarna biru.

Sambal tumis
Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar bersama serai sehingga terbit minyak.
Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing. Masukkan asam keping dan biarkan sekejap.
Masukkan garam, gula dan gula merah dan biarkan sebati.
Masukkan santan dan kacau sehingga santan dan sambal mesra.
Kacau sambal perlahan-lahan dan masak sehingga sedikit pekat.

Sambal kelapa:
Kisar isi ikan yang siap direbus bersama bawang dan serai.
Bahan kisar tadi dicampurkan di atas kelapa goreng dan digaul rata (kelapa goreng bolehlah digoreng 1mangkuk kecil,digoreng tanpa minyak)
Masukkan garam dan gula dan digaul rata.

Sambal cili
Kisar/tumbuk cili padi.
Campurkan gula, garam dan perahan limau dan dikacau sebati.

Hidangan:
Hidangkan nasi kerabu bersama sambal tumis, sambal kelapa, sambal cili dan lauk pauk seperti telur masin, solok lada, ayam goreng kunyit, daging bakar dan sayuran

Ahad, 21 Julai 2013

Nasi Dagang (Kelantan)

Photobucket

Ingredients

4 cups of Beras Nasi Dagang

  • 1 1/2 cups (375 ml) thick coconut milk
  • 1 1/2 cups (375 ml) thin coconut milk
  • 10 shallots, sliced
  • 2 cm ginger, cut into thin strips
  • 5g fenugreek
  • 1 teaspoon salt

Directions

  1. Wash rice, drain and soak overnight in water. Next day, drain the water and steam the rice for half an hour. Remove from steam and stir in the thin coconut milk and resteam for 15 minutes until the rice is almost cooked.
  2. Mix the thick coconut milk with the ginger, fenugreeek and salt and then mix well into the cooked rice. Resteam again for another 15 minutes until the rice is completely cooked.

Rabu, 26 Jun 2013

Resepi Nasi Hujan Panas

Jarang sekali saya kongsikan resepi masakan di dalam blog ini. Hari ni saya ingin kongsikan resepi nasi hujan panas yang pernah dimasak pada hari raya dan diberikan kepada keluarga saya dan mertua. Memang sangat mudah untuk menyediakan nasi ini dan ia sesuai dijadikan juadah istimewa untuk keluarga tersayang.
Nasi hujan panas ini boleh dimakan bersama ayam masak merah, daging masak kurma atau apa saja lauk yang bersesuaian. Semasa memasak pada hari raya, saya gunakan 1kg beras Basmathi, tengoklah sampai penuh rice cooker saya tu.
Nasi yang telah dititikkan dengan pewarna merah, kuning dan  hijau.
Bahan-bahan (untuk 3 - 4 orang makan) :
3 cawan beras Basmathi
3 cawan air
3 sudu makan minyak sapi (boleh guna marjerin)
2 sudu makan minyak masak
2 helai daun pandan
1/2 cawan susu cair
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu teh pewarna merah, hijau & kuning
3 labu bawang besar (dikisar)
6 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
garam secukup rasa
Cara memasak :
1. Cuci beras dan ditoskan.
2. Panaskan minyak masak dan minyak sapi/marjerin.
3. Tumiskan buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis dan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
4. Masukkan beras, susu cair, air dan garam.
5. Apabila nasi kering, titikkan pewarna merah, hijau dan kuning di tempat berasingan.
6. Apabila nasi masak, gembur-gemburkan nasi itu.

Selasa, 25 Jun 2013

Resepi Nasi Ayam Mudah & Sedap

Bagi yang ingin mencuba, di sini saya kongsikan resepi nasi ayam mudah dan sedap yang telah diubah suai mengikut cita rasa kami sekeluarga. Suami juga turut memberi pujian - nasi ayam yang dihasilkan ini 100% sedap. Lepas ni bolehlah dijadikan sebagai salah satu menu untuk berbuka puasa pula.
Resepi Nasi Ayam Mudah & Sedap (Resepi untuk 4-5 orang)
Ayam
Untuk merebus :
1/2 ekor ayam (dipotong)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 cm halia (diketuk)
Air secukupnya
- Rebus ayam sehingga empuk.
- Angkat, toskan dan kemudian perap bersama bahan perapan selama 30 minit.
Untuk perap :
Sos tiram
Kicap manis
Madu
1 cm halia (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
- Goreng ayam yang sudah diperap sekejap sahaja - hingga keperangan.
Nasi ayam
4 cawan beras
1 cm halia (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
2 sudu butter 
Susu full cream
Garam
Gula
Air rebusan ayam
- Basuh beras dan toskan. Masukkan ke dalam rice cooker.
- Dengan menggunakan kuali, panaskan butter dan masukkan bahan kisar (bawang putih & halia), bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis. 
- Setelah naik bau, masukkan air rebusan ayam, susu full cream, gula dan garam mengikut rasa dan biarkan mendidih. 
- Matikan api dan masukkan bahan ke dalam rice cooker untuk dimasak seperti biasa.
* Sukatan untuk 4 cawan beras : 2 cawan air rebusan ayam dan 2 cawan susu full cream.
Sos
5 biji cili merah (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
2 cm halia (dikisar)
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
- Tumis bahan yang dikisar, kemudian masukkan cuka, garam, gula dan air rebusan ayam. 
- Gunakan api kecil dan masak hingga menjadi likat.
Kicap
- Masak air kicap hasil perapan ayam tadi sehingga mendidih.
Sup
Air rebusan ayam
Rempah sup
Daun sup (dihiris)
Garam
- Didihkan air rebusan ayam, masukkan rempah sup, daun sup dan garam secukup rasa.
Sayur
Boleh dihidang bersama tomato, timun dan daud salad.
Siap. Selamat mencuba.