Memaparkan catatan dengan label Destinasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Destinasi. Papar semua catatan

Khamis, 4 Jun 2015

Resort Atas Air Awesome

Jika masa tak mengizinkan anda untuk bercuti di luar negara, usah risau. Dalam Malaysia pun banyak lokasi menarik, malahan boleh berjimat juga sebab tak perlu bayar tiket flight bagi lokasi resort yang tidak jauh dari tempat tinggal anda.
Kami bawakan 9 resort berikut yang seronok untuk dikunjungi sama ada bersama keluarga atau bagi yang baru kahwin, ini boleh dijadi lokasi bulan madu anda.
1. Lexis Hibiscus Port Dickson
lexis-hibiscus-port-dickson-1
Terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur, Lexis Hibiscus Posrt Dickson merupakan resort berkonsep moden yang menghidangkan pemandangan menarik.
Resort ini menawarkan beberapa pakej bilik dan yang paling menarik adalah Panorama Pool Villa yang mengadap ke laut lepas. Tinggal di bilik ini pasti membuat pandangan anda bebas ke laut lepas sambil di sapa angin dari Selat Melaka.
lexis-hibiscus-pd-2
Bagi yang mahukan privacy, resort ini turut menawarkan pakej kolam renang di dalam bilik. Jadi anda boleh berendam dan mandi manda di kolam renang tanpa meninggalkan bilik anda.
Satu tetingkap kaca turut di bina di dalam bilik resort agar anda berpeluang menjenguk ke bawah dan melihat hidupan laut yang berenang bebas di sekitar resort ini.
Untuk tempahan anda boleh ke website Lexis Hibiscus PD.
2. Mabul Water Bungalows
mabul-water- bungalows-1Terletak di perairan Pulau Mabul, Sabah, Banglo Air Mabul telah dinobatkan sebagai salah satu dari ‘the best dive bases in the world’ kerana kejernihan airnya.
mabul-water- bungalows-4
Dekorasi gaya moden di villa terapung ini menjadikan ia kelihatan segar. Kemudahan internet turut disediakan di sini agar anda tetap kekal berhubung dengan dunia luar.
mabul-water- bungalows-3
Tiap kali menjenguk ke balkoni di bilik, pastinya anda dihidangkan dengan panorama indah serta air nya yang jernih dan berwarna hijau kebiruan.
mabul-water- bungalows-2
Perkhidmatan rawatan spa turut disediakan di resort ini. Tempahan boleh dilakukan di MabulWaterBungalows.com.
3. Pom Pom Island Resort and Spa
Terletak di Laut Sulawesi, untuk ke resort ini anda perlu menaiki bot selama 45 minit. Suasana resort yang jauh dari kesibukan kota pastinya memberikan suasana damai dan pemandangan yang indah.
Selain dari menikmati pemandangan indah laut dari bilik, anda juga bermain bola tampar pantai bersama rakan-rakan dan pengunjung lain atau melakukan jungle trekking di Pulau Bohaydulong yang terletak tidak jauh dari resort ini.
pom-pom-island-resort-3
Tapak sulaiman juga dapat di temui dengan mudah di beberapa lokasi pantai di pulau ini. Lapangan terbang terdekat terdekat untuk ke resot ini adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau. Untuk tempahan, anda boleh ke website PomPomIsland.com
4. Avillion Port Dickson
Mengambil inspirasi dari perkampungan nelayan di negara ini, Avilion Port Dickson adalah gambaran ketenangan tanpa perlu jauh meninggalkan kesibukan kota.
Avillion-Port-Dickson-2 Avillion-Port-Dickson-3
Dengan konsep senibina tradisional tetapi menyediakan kemudahan serba moden, di sini anda boleh berehat sepenuhnya dan meninggalkan seketika bebanan kerja.
avilion-port-dickson-3
Turut di sediakan di sini adalah aktiviti berkayak, basikal hydro dan kapal luncur angin bagi mereka yang sukakan aktiviti sukan air.
Tempahan boleh dilakukan di PortDicksonHotels.net
5.  Avani Hotels Sepang
avani-hotels-sepang-4
Selain dari lokasi yang tidak jauh dari Kuala Lumpur, Avani Hotels juga merupakan antara resort yang menawarkan servis yang baik pada harga bajet.
avani-hotels-sepang-2
avani-hotels-sepang-3
Tiada yang lebih menarik bagi mereka yang ingin merehatkan minda dan mencari sedikit ketenangan dari keriuhan kota dengan bersantai di balkoni bilik sambil menikmati matahari terbenam seperti ini.
avani-hotels-sepang-1
kuala-gandah
Hotel ini turut menawarkan pakej trip 1 hari melawat gajah di Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah. Up close and personal with elephants gitu. Mereka juga turut menyediakan pakej melawat stadium F1 di Sepang buat para pengunjung yang berminat.
Tempahan menginap di resort ini boleh dilakukan di AvaniHotels.com.
6. Gayana & Bunga Raya Eco Resort
gayana-eco-resort-4b
Gayana dan Bunga Raya Eco Resort terletak di Pulau Gaya, di luar Pantai Borneo.
Sebaik saja berada di resort ini, puncak Gunung Kinabalu dapat dilihat dengan jelas dari kejauhan.
gayana-eco-resort-3b
Layanan di sini pula adalah 1st class. Sarapan anda akan dihantar ke bilik jika anda lebih suka menikmati makan pagi sambil menikmati deburan ombak tanpa perlu meninggalkan bilik anda.
gayana-eco-resort-2b
Resort ini turut menawarkan spa dengan menggabungkan rawatan cara barat dan cara timur.
gayana-eco-resort-4
Pusat pemulihan haiwan turut ditempatkan di sekitar resort ini bagi mereka yang meminati bidang biologi marin. Anda boleh melihat kerang gergasi bertelur jika anda bernasib baik, atau menyentuh tapak sulaiman sampai ke tangan yang dipelihara dalam tangki.
gayana-eco-resort-1b
Lapangan terbang terdekat untuk ke resort ini adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Untuk tempahan dan info lengkap anda boleh ke website Gayana Eco-Resort.com.
7. Pangkor Laut Resort
pangkor-laut-resort-1
Resort ini dibina di atas pulau persendirian di Pangkor Laut, terletak 3 batu di luar pantai barat Malaysia. Lebih eksklusif, seluruh pulau di Pangkor Laut Resort dikhaskan untuk pengunjung resort ini.
pangkor-laut-resort-3
pangkor-laut-resort-2
Sama ada sekadar mendengar deruan ombak, berendam di kolam infiniti di resort, atau menjelajah belukar di sekitar pulau ini, anda bebas melakukan aktiviti anda sewaktu berada di sini.
Tempahan boleh dibuat di PangkorLautResort.com.
8. Berjaya Langkawi Island Resort
berjaya-langkawi-resort-1
Resort ini menawarkan 2 perkara menarik yang boleh anda nikmati di sini – nyamannya hutan tropika di satu bahagian dan hembusan bayu laut di satu bahagian lagi.
berjaya-langkawi-resort-3
muzeum-3d-langkawi
Bagi yang telah berkeluarga, berbagai aktiviti bersama anak-anak boleh dilakukan di sini antaranya melawat Underwater World Langkawi dan Muzeum 3D. Atau bagi yang sukakan aktiviti menyelam, anda boleh melakukan scuba diving di Pulau Payar.
Untuk tempahan menginap di resort ini, anda boleh ke BerjayaHotel.com.
9. Sipadan Water Village
Diilhamkan dari senibina rumah orang-orang Bajau, Sipadan Water Village menawarkan percutian menarik untuk anda.
Apatah lagi dengant air laut yang jernih dan pemandangan dasar laut yang cantik menjadikan resort ini satu tarikan kepada penggemar sukan menyelam skuba.
sipadan-water-village-2
Tak pandai scuba dive? Tak mengapa. Cukup jika anda mahu snorkeling atau sekadar berehat menenangkan minda di sini.
Suasan resort yang tenang sudah pasti buat anda seronok berada di sini sambil menikmati keindahan alam. Untuk info lengkap dan tempahan sila ke Sipadan-Village.com

Ahad, 17 Mei 2015

Festival Belia Putrajaya 2015

Festival Belia Putrajaya kembali lagi. Kalau tahun lepas Festival Belia Putrajaya 2014 diadakan di Presint 2 Putrajaya, tahun ini Festival Belia Putrajaya 2015 diadakan di Dataran Gemilang, Presint 4 Putrajaya. Festival Belia 2015 berlangsung pada 22 – 24 Mei 2015, dari 10.00 pagi – 10.00 malam. Semoga Festival Belia tahun ini meriah macam tahun lepas. Ingat lagi tahun lepas seronok gila ke Festival Belia Putrajaya. Banyak aktiviti menarik & booth-booth untuk para belia.

poster festival belia putrajaya 2015

Festival Belia 2015 bertemakan Pameran Bakat, selaras dengan falsafah baru Rakan Muda yang menggalakkan pembangunan bakat belia. Tahun ini menandakan permulaan baru festival Belia yang akan dikendalikan oleh Rakan Muda. Festival Belia kali ini juga mempunyai beberapa bakat terbaik Malaysia yang akan ditampilkan sebagai mentor-mentor Rakan Muda di festival Belia 2015. Festival Belia Putrajaya 2015 telah dibahagikan kepada 5 zon berdasarkan lima tema yang berlainan. Mentor-mentor Rakan Muda akan ditempatkan di zon yang selaras dengan bakat mereka.

festival belia putrajaya 2015

Jom kita tengok antara yang menarik di Festival Belia 2015.

menarik di festival belia 2015

 program menarik festival belia 2015

 
festival belia 2015 #fbp2015

  program menarik di festival belia 2015

  festival belia putrajaya2015

Dan, yang paling best, Festival Belia 2015 membawakan kepada anda penyanyi lelaki kegilaan ramai tanah air iaitu Anuar Zain. Sila jangan meroyan ye bila datang ke konsert Anuar Zain nanti. wahaha! Jangan lupa tick di kalendar masing-masing pada 23 Me1 2015, 10.00 pm Anuar Zain akan menghiburkan anda di Festival Belia 2015.

menarik di festival belia 2015_1

Rasanya tak susah pun untuk korang ke tapak Festival Belia 2015 di Dataran Gemilang, Presint 4. Betul-betul berhadapan Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM). Dari Presint 2, pergi straight je. Nanti jumpalah Dataran Gemilang itu. Biasa bila event gempak diadakan di Putrajaya, mesti ada shuttle bas yang akan membawa anda terus ke Dataran Gemilang dari Putrajaya Sentral (untuk korang yang nak naik bas). Maklumat lanjut mengenai Festival Belia Putrajaya 2015, boleh terjah media sosial diorang.

Selasa, 24 Mac 2015

Teman Lelaki Upahan (The Spices)

Inilah The Spices (restoren milik EL dan Adam dalam Drama Teman Lelaki Upahan)

story
Located at 2825-2831, Jalan sg.penchala 6000 Kuala Lumpur.Asmara Penchala, a modern and contemporary kampong themed restaurant found tucked away in kampong sungai penchala. This restaurant serves up a mix of asian and western foods, making it a one stop restaurant features and shrouded Banyan and coconut trees where you will also see kampong huts and where you can dine in and across the courtyard. 
Asmara Penchala is just 20km away from the heart of Kuala Lumpur city centre approximately 10 minutes driveaway and 50km from KLIA approximately 25 minutes is set amidst in a 1.2 acres of natural foliage of greens in its bliss by the hills of sungai penchala. The GPS coodinates is: 3ᵒ9” 35” N and 101ᵒ 37” 16” E.
The confluence between two rivers of sg.penchala and sg.ara, it has evolve this concept of resort lifestyle living, blending the taste of a culinary journey of a fine exclusive local and international dining.
There are air-condition function rooms which also double up as the indoor dining area added to comfort with music playing in the background to serenade you, making you feel as though you are in a SPA. Treating you well by our experience and friendly staff to serve and treat you as aristocrats with such love and tender.
 Asmara is being set constantly fusing the old and traditional yet contemporary while preserving its local Malay culture and its atmosphere to emulate the romantic ambiance.
Asmara Penchala is a perfect venue to hold events from serious business to marital bliss such as seminars, conferences, solemnization, wedding reception to a full protocol events. The entire area can be turned into an Alfresco garden venue with relaxing ambiance together with indoor seating that can accommodate to a capacity for 700 people in one sitting.

Isnin, 23 Mac 2015

Asmara Penchala (Teman Lelaki Upahan)

Kalau nak date mesti nak cari tempat makan yg romantik dan di limpahi cahaya bulan dengan suasana yang tenang. Tak perlu pergi jauh di Kuala Lumpur juga ada lokasi makan yang sungguh sesuai untuk pasangan suami isteri atau mereka yang bercouple.
Nama pun dah romantik Asmara Penchala adalah sebuah lagi destinasi makan yg akan diperkenalkan kepada anda semua. First time pergi tempat makan yg sungguh tenang sgt bila melangkah kaki masuk. Dengan reka bentuk batuan seakan berada di Bali memang memukau. Suasana kg walaupun di tengah2 Kuala Lumpur masih terasa kenyamanannya. Asmara Penchala terletak di Kg Sungai Penchala Damansara Kuala Lumpur.
 
Nak cari tak susah kalau dah sampai ker 1Utama atau The Curve ia berada di seberang jalan ken 'U' turn dan masuk ke kiri Kg Sungai Penchala, terus sampai jumpa signboard Asmara Penchala. Dengan pintu gerbang dan juga gong anda di sambut penuh romantik. Makan mlm memang sesuai kerana ada beberapa gazebo yg di bina khas oleh pemilik restoran untuk "candle light dinner" berdua-duaan.

Makan kat Asmara Penchala juga cukup hebat dengan gaya persembahan dan juga rasa yg sesuai untuk pasangan romantik. Berkonsepkan masakan Melayu tradisional keutamaan di restoran ini adalah Asam Pedas Asmara yg menjadi main dish untuk di cuba. Ada menu Asam Pedas Asmara Ikan Tenggiri dan juga Asam Pedas Asmara Daging untuk anda pilih.

 
Asam Pedas Asmara Ikan Tenggiri
Kat bawah ni beberapa menu utama yg ada di Asmara Penchala untuk anda pilih dan nikmati bersama pasangan anda.


Asmara Daging Masala

Asmara Butter Prawn
Asmara Nasi Goreng Cina

Asmara Nasi Goreng India

Asmara Nasi Goreng Kampung

Grill Salmon Asmara
Kalau datang bersama keluarga juga boleh nikmati makanan dengan ruang yg luas ada di sana. Ada yg "open air" dan juga ruang beraircond untuk anda. Dalam Asmara Penchala juga di serikan dengan deruan air pancut dan juga hiasan pokok yg tenang dan cantik. Masuk kat situ pun terpegun dan rasa mcm tak nak blk jer nak makan lagi.

Kalau nak buat tempahan untuk date atau dinner bersama tersayang boleh layari laman web Asmara Penchala. Kawasan yg luas ini pun boleh di gunakan untuk mengadakan majlis perkahwinan atau juga sambutan beramai-ramai. Ini kerana kawan dalam Asmara Penchala ini boleh memuatkan lebih kurang 1000 org dalam satu masa. 
Maklumat lanjut
Waktu operasi 3.00ptg - 12.00mlm
Asmara Pencala
Lot 2933, Jalan Sungai Penchala, 
Kampung Sungai Penchala, 
60000 Kuala Lumpur, Malaysia
info@asmarapenchala.com
03-7726 0964 / 016-2621 500
https://www.facebook.com/asmarapenchala
Untuk makluman semua, inilah lokasi dimana drama Teman Lelaki Upahan (TLU) shoot. Inilah restoren milik EL dalam drama (TLU). Untuk makluman semua, dahulu restoren ini dikenali sebagai Bora Asmara, sebuah restoren berkonsepkan senibina Bali. Sekarang ni, restoren ini ditutup bagi tujuan renovation dan tidak lagi menerima tetamu untuk makan-makan ianya cuma menerima tempahan perkahwinan dan juga majlis serta dijadikan lokasi shoot drama atau filem.