Memaparkan catatan dengan label Sos & Sambal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sos & Sambal. Papar semua catatan

Selasa, 14 April 2015

Sambal Belacan

 
Ingredients:
4 oz seeded chilies (sliced thinly)
1 tablespoon belacan (shrimp paste)
1 – 1 1/2 teaspoons sugar
2 tablespoons kalamansi lime juice/lime juice
Salt (optional or to taste)
Method:
Clean chilies with running water, seeded and sliced. Transfer the chilies to a mortar.
Heat up a wok or pan on low heat and “toast” the belacan until aromatic. The texture of the belacan would turn dry and powdery after toasting. Transfer out and add to the chilies and start pounding with the pestle until fine. (Some people like their sambal belacan somewhat coarse so it’s personal preference.)
Transfer out to a bowl, add salt and sugar to taste and add lime juice (or kalamansi lime juice). Blend well. You can keep the sambal in the refrigerator for up to a few days.
Cook’s Notes:
If you don’t have a mortar and pestle, you can use a mini food processor to grind everything.
If you like extra fiery kick in your sambal, you can add a few bird’s eye chilies

Ahad, 30 November 2014

Sambal Ikan Bilis


SAMBAL IKAN BILIS KERING
2 genggam ikan bilis
1 senduk minyak masak
1 sudu besar bawang merah blend
1/2 sudu bawang putih blend
1 senduk cili kering blend
1 keping asam keping
sedikit gula
sedikit garam 

Dah itu je pun bahan-bahan dia.. Mula-mula panaskan minyak.. basuh ikan bilis dan toskan.. pastu terus goreng.. make sure goreng hingga garing.. then angkat dan ketepikan.

Keluarkan lebihan minyak tadi.. Tinggalkan agak-agak 1 senduk je dalam kuali.. tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering blend.. Kecilkan api dan masak hingga cili tadi betul-betul masak.. masukkan asam keping, gula dan garam.. (gula just untuk balance kan rasa, jangan sampai jadi manis ye) garam pon sikit je sebab ikan bilis selalunya dah masin.. agak-agak cili tadi dah betul-betul masak, masukkan ikan bilis dan kacau rata.. angkat dan letak kat pinggan.. sedia untuk dimakan bersama nasik panas-panas..

Rabu, 31 Julai 2013

Kuah Kacang Sate

Bahan -

1kg kacang tanah
1 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas ( ketuk )
3 senduk gula pasir
1 senduk Gula merah atau gula melaka
1 cawan air asam jawa
1 cawan cili kering atau giling ( blender )
10 ulas bawang kecil ( shallot- blender )
1 inci belacan
100 gm Udang Kering
5 biji bawang merah ( blender )
1 inci Kunyit Hidup ( bleender )atau 1 sudu besar serbuk Kunyit
1 1/2 liter Air Rebusan Ayam atau air kosong
2 sudu besar Kicap pekat Manis
3 senduk minyak masak
garam secukup rasa.

Cara-caranya

1.Goreng kacang dengan sedikit minyak hingga kuning angkat toskan juga boleh gunakan cara sangai (goreng tanpa minyak).
2.Tumis cili giling, baw.merah ,shallot dan belacan hingga naik bau,kemudian masukkan Serai, lengkuas juga halia .lebih kurang 2 minit menumis matikan api.
3.Panaskan air rebusan ayam1 1/2 liter, kemudian masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk atau diblender . Apabila mendidih masukkan Air asam jawa, pastikan sederhana kecil, masak secara  tradisional akan lebih sedap bila menggunakan api sederhana kecil dan masa yang agak lame juge...heeee
4.Masukkan Bahan yang ditumis tadi, kemudian masukkan udang kering, gula merah ,kicap pekat manis dan garam, kacau perlahan hingga pecah minyak. Siap.. anda boleh tambah sedikit air jika  tidak berapa suke kuah kacang yang agak pekat... obie suke kuah kacang yang pekat marvellous tau!!

12

Isnin, 22 Julai 2013

Sambal Tumis Ikan Bilis Sempoi

Bahan yang diperlukan

1 cawan Ikan Bilis yang telah digoreng garing
3 sudu besar cili kering yang telah diblander
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar di belah sahaja / separuh ditumis dan separuh masukkan kemudian
2 sudu besar cuka makan
2 hingga 3 sudu besar gula
1/2 cawan minyak untuk menggoreng dan menumis
1/2 cawan air panas / air sejuk pun tak apa sebagai kuah
garam dan perasa secukup rasa

Cara

Baki minyak menggoreng ikan bilis tadi kita gunakan untuk menumis bahan yang seterusnya
setelah ikan bilis digoreng garing, angkat dan letak ditepi
tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga garing
masukkan cili blander dan tumis sehingga naik minyak
setelah naik baunya masukkan cuka masak tadi dan kacau sehingga rata
masukkan gula, garam dan serbuk perasa. pastikan kadangkala ikan bilis yang digoreng sudah masin
masukkan baki bawang besar tadi dan biarkan bawang tadi masak seketika
masukkan air panas kedalam sambal dan kacaukan
akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing kedalam sambal
rasa kesedapan yang dikehendaki
biarkan semua bahan sebati dengan api dapur yang perlahan

 

Sambal Tumis Ikan Bilis Sempoi sudah pun masak

Selasa, 16 Julai 2013

Perut Air Asam

menu wajib mak saya ketika bersahur.
Bahan-bahan:
1. Perut Muda/Tebal.
2. Tomato.
3. Bawang Merah.
4. Halia.
5. Belacan.
6. Cili Api.
7. Limau Nipis/ Asam jawa
8. Sedikit garam dan gula.
Cara penyediaan
Perut dibersihkan & direbus sampai empuk (simpan air rebusan perut). Selepas itu dipotong kecil-kecil dan dimasukkan kedalam mangkuk.
Masukkan Tomato, Bawang Berah dan Halia yang telah dihiris berserta sedikit belacan (seeloknya dibakar terlebih dahulu) & perah limau nipis/ air asam jawa ke dalam air rebusan perut tadi. Tambakhan Garam dan Gula secukup rasa.
Potong cili padi dan masukkan ke dalam campuran tadi. (Jika nak pedas tambahkan cili)
perut muda sedang direbus
perut muda yang telah dipotong
yang ni plak perut tebal yang telah siap dipotong
siap dah perut air asam
Bila nak balik kampung nie.

Isnin, 15 Julai 2013

Air Asam

Tidak lengkap kalau makan ikan bakar tanpa air asam.. Penyediaannya amat mudah dan ringkas..
Bahan-bahan:
10 biji cili api**
1 inci belacan**
**tumbuk/kisar, jgn terlalu lumat

1 biji bawang besar ~ belah 2 dan dihiris
1 biji tomato ~ dipotong dadu
2-3 biji cili api ~ dihiris
Air asam jawa secukupnya
1 biji limau kasturi ~ belah 2
Sedikit garam dan gula secukup rasa.
Cara penyediaan:
1. Didalam mangkuk/bekas, satukan bahan yg telah ditumbuk/kisar, bawang besar, tomato, cili hiris dan air asam jawa(air asam jawa letak sedikit2).
2. Rasakan masam, masin dan manisnya. Bila telah cukup rasanya bolehlah diletakkan ke dalam mangkuk dan letaklah potongan limau kasturi utk menambah rasa masam jika perlu.

Ahad, 14 Julai 2013

Pes Bawang

Bahan-bahan: 1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara saya menyediakan: 1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.

Pes Cili

Semenjak ada anak kecil ni, saya memang sentiasa menyediakan pes cili dan pes bawang. Tujuannya adalah utk memudahkan kerja memasak. Tak perlu lagi nak menunggu lama utk menumis cili ataupun bawang. Maka bolehlah saya menumpukan lebih perhatian kepada sikecil dan juga abg2nya...
Bahan-bahan:
100 gm cili kering (bergantung kpd kepedasan cili yg diperlukan) ~ potong kecil dan direbus, basuh dan toskan
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan dihiris
300 bawang putih ~ belah 2
Sedikit garam dan gula
1/2 liter atau secukupnya minyak.
Cara saya menyediakan: 1. Panaskan minyak, goreng bawnag putih sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bawang merah dan goreng sehingga bawang agak layu.
3. Masukkan pula cili yang telah direbus tadi dan goreng sehingga cili tersebut masak dan airnya kering. Angkat dan biarkan sejuk seketika.
4. Kemudian kisar semua bahan yg telah digoreng tadi bersama minyak gorengan.
5. Kemudian goreng semula bahan yg telah dikisar dgn menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak. Tambahkan sedikit garam dan juga gula. Sedia untuk digunakan.
Bawang putih, bawang merah dan cili yg dipotong sedang digoreng.. Bahan yang telah dikisar dan digoreng semula..

Pes cili yg sedia untuk digunakan..