Bahan-bahan
Rabu, 15 April 2015
Kangkung Belacan Ala Thai
Bahan-bahan
Rabu, 1 April 2015
Pajeri Terung

3 biji terung panjang
5 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
7 cili kering - dikisar
rempah ratus - bunga lawang,bunga cengkih,jintan putih,kulit kayu manis
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu besar udang kering - ditumbuk
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar kerisik
Santan secukupnya
Asam jawa
Garam, Gula serta Gula Melaka
Cara-cara Menyediakan:
1. Terung dipotong 2 kerana saiznya yang agak panjang dan dibelah di tengah2nya tapi jangan sampai putus.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap hingga warna keperangan. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dan masukkan rempah ratus, bawang merah dan bawang putih yang dihiris dan tumiskan sehingga kekuningan.
4. Masukkan bahan kisar dan udang kering. Masak sehingga garing.
5. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak lagi sehingga pecah minyak.
6. Kemudian masukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan asam jawa.
7. Akhir sekali masukkan kerisik dan terung yang telah digoreng. Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak.
8. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Rabu, 11 Mac 2015
Khasiat Petola
1)Pembersih darah
-Memakan petola dengan kerap adalah cara yang berkesan untuk membersihkan darah anda dari bahan tercemar.Di samping itu ia bertindak untuk meningkatkan kesihatan organ hati.
-Khasiat yang diperolehi daripada sayuran ini berupaya menyembuhkan jaundis (sakit kuning) kerana keupayaannya membersihkan organ hati.
3)Bermanfaat untuk penyakit kencing manis
-Kualiti tertentu terdapat pada petola membolehkan ia membantu pesakit kencing manis.Ini kerana kewujudan insulin seperti peptida dalam sayuran ini yang dapat mengurangkan paras gula dalam darah.Selain itu juga mengawal paras tahap insulin darah ke kuantiti yang diperlukan.
4)Membantu penurunan berat badan
-Ia adalah sangat rendah dalam kandungan lemak tepu,ia mempunyai penggunaan yang lebih rendah kolestrol ke arah badan,ia menawarkan jumlah yang sangat ideal lemak dan kalori,mengandungi banyak air di dalamnya.Nilai pemakanan yang terdapat pada petola seperti serat pemakanan,vitamin dan mineral adalah sumber penting untuk mengurangkan berat badan.
5)Memiliki sifat laksatif
-Sayuran ini diiktiraf kerana mempunyai sifat-sifat julap sihat secara semulajadi.Petola boleh dijadikan sebagai ubat yang amat berkesan terhadap masalah sembelit dan mugkin juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit buasir.Ia mempunyai keupayaan membantu sistem penghadaman perut.
6)Anti-radang dan antibiotik
-Sifat anti-radang dan antibiotik seolah-olah berkaitan dengan sayur-sayuran tertentu.Ia adalah kaedah semulajadi yang sangat baik untuk menghapuskan sebatian toksik pada badan.
7)Mengukuhkan sistem imun
-Mekanisme pertahanan yang kuat bermakna badan akan lebih mampu untuk bertahan dalam jangkitan bakteria dan mengekal kesihatan.Petola dikatakan mempunyai sumber mekanisme pertahanan untuk memerangi jangkitan dan juga virus.
8)Baik untuk perut
-Selulosa yang banyak dalam petola membantu anda untuk memerangani masalah usus dan dan di samping itu membantu penyembuhan buasir.
Semoga bermanfaat !
Ahad, 21 Julai 2013
Terung Berlada
Deskripsi Singkat
Terong balado merupakan hidangan yang umum ditemui di berbagai tempat di Indonesia. Cara pembuatannya pun relatif mudah, sehingga cocok sebagai pelengkap hidangan lauk di meja makan Anda.
Bahan
- 2 buah terung ungu,potong dan belah
- 2 buah tomat merah matang, rebus buang kulitnya, rajang
- 10 cabai merah kriting, tambahkan lagi untuk lebih pedas, haluskan
- 2 siung bawang putih, iris
- 2 siung bawang merah, iris
- 1 sdt gula merah atau gula pasir
- 250 ml air
- Minyak zaitun untuk menumis dan menggoreng
- Garam secukupnya
Proses Pembuatan
- Panaskan wajan anti lengket, oleskan dengan minyak zaitun
- Masukan terung ungu, tekan-tekan, balik beberapa kali, tekan-tekan lagi hingga permukaanya menguning, sisihkan
- Pada wajan bekas terung, oleskan lagi minyak zaitun, tumis bawang merah dan bawang putih sampai harum
- Masukan air, cabai, dan tomat, aduk sampai menyusut, lalu masukan gula dan garam
- Tata terung di piring saji, siram dengan bumbu, sajikan hangat