Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan

Khamis, 15 Oktober 2015

Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2016

Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2016 telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Seperti biasa, takwim ini penting buat ibu bapa serta pelajar dalam merencanakan aktiviti bersama keluarga dan rakan.
Dengan adanya takwim persekolahan ini, senanglah buat ibu bapa untuk semak hari cuti supaya dapat membuat persediaan awal dalam merancang percutian. Bolehlah tempah tiket penerbangandan hotel dengan lebih murah. Saya cadangkan tempah di - Agoda, sebab mereka menawarkan harga yang berpatutan, banyak pilihan, dan selesa. 
Kalender Cuti Sekolah 2016
Apabila anda sudah menetapkan tarikh percutian atau aktiviti, lebih mudah untuk anda sediakan bajet. Sama ada untuk hotel, tiket penerbangan, minyak kereta, atau duit untuk shopping, ia memerlukan perancangan yang teliti. 

Kalendar cuti Umum 2016
 

Semoga info ini dapat menjadi rujukan buat anda..

Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015

Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015. Macam-macam perkara yang perlu rakyat Malaysia lalui tahun ni. Tidak cukup dengan perlaksanaan GST, harga petrol naik, jerebu, dan nilai ringgit jatuh. Hari ini beberapa syarikat konsesi menaikkan kadar tol antara 20sen dan RM3 mulai 15 Oktober ini.
Antara lebuhraya yang terlibat adalah Lebuhraya KL-K.Selangor (LATAR), Duta-Ulu Kelang (DUKE), Baru Pantai (NPE), Maju Expressway (MEX), Sungai Besi (BESRAYA), KL-Karak (KLK), Kajang SILK, Guthrie, Grand Saga, dan LEKAS.
Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong turut mengumumkan kenaikkan tol bagi Terowong Lebuhraya SMART kepada RM3. 
Namun, kadar tol bagi semua lebuhraya kendalian Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) masih kekal pada harga sama. Antara lebuhraya PLUS adalah:
  1. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
  2. Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
  3. Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2)
  4. Lebuhraya Seremban Port-Dickson (SPDH)
  5. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  6. Lintasan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)
  7. Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
  8. Jambatan Pulau Pinang
Sudah pasti berita kenaikkan kadar tol ini tidak menggembirakan terutamanya buat mereka yang terpaksa menggunakan laluan tol untuk ke tempat kerja.Walaupun kenaikkan hanya beberapa sen, ia tetap memberi impak psikologi yang cukup besar kerana ia boleh mempengaruhi kenaikkan harga barang.

Rabu, 30 September 2015

Harga Terkini Petrol RON95 RON97 dan Diesel

Harga Minyak Terkini 2015
Bermula Disember 2014, harga runcit minyak (bahan api) ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal dan penetapan harga akan dilakukan setiap bulan berdasarkan Purata Harga Pasaran bulan sebelumnya.

Hari terakhir setiap bulan kini sudah menjadi tarikh penting buat pengguna di mana pada tarikh itu masing-masing mahu mengetahui harga runcit bagi petrol RON95, RON97 dan Diesel untuk bulan baharu Untuk info, bermula bulan Julai yang lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak lagi mengeluarkan apa-apa pemberitahuan mengenai perubahan harga bahan api kepada orang ramai (pengguna) seperti kebiasaannya Sebaliknya, KPDNKK akan memberitahu harga runcit baharu bulanan bagi RON95, RON97 dan Diesel hanya kepada Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia atau peruncit bermula tengah malam pada hari terakhir setiap bulan.

Sehubungan dengan itu, pengguna hanya akan mengetahui harga runcit petrol RON95, RON97 dan Diesel sama ada berubah atau tidak pada tengah malam, hari terakhir setiap bulan Dalam pada itu, ramai pihak mahu kerajaan mengkaji semula keputusan tersebut untuk mengelakkan pengguna berada dalam keadaan tidak bersedia dengan berpendapat bahawa pengumuman awal seperti bulan-bulan sebelumnya membolehkan mereka merancang perbelanjaan bulanan mereka dengan lebih baik.

Senarai Harga Terkini Petrol dan Diesel


Untuk memudahkan anda memantau pergerakan naik turun harga runcit (harga di pam) bahan api, berikut kami sediakan senarai harga bulanan bagi seliter minyak petrol dan diesel di semua lokasi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Jadual sejarah harga minyak ini akan kami kemaskini setiap bulan.

Berikut adalah maklumat harga minyak Petrol RON 95, Petrol RON 97 dan Diesel terkini di Malaysia.



harga minyak petrol dan diesel terkini

Kaedah Pengapungan Terkawal

Melalui kaedah pengapungan terkawal (managed float) ini, purata perubahan kos produk dan kadar pertukaran mata wang bulan semasa akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya. Ini bermakna harga runcit minyak akan bergantung kepada harga minyak mentah di pasaran dunia. Jika harga minyak mentah dunia meningkat, harga runcit minyak juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya.

Selasa, 8 September 2015

Senarai Plaza Tol Elektronik Sepenuhnya

Senarai Plaza Tol Tanpa Tunai (Elektronik Sepenuhnya): Semakin lama semakin banyak plaza tol yang beroperasi tanpa tunai di mana kesemua transaksi adalah secara elektronik sepenuhnya menerusi kad PLUSMiles, TnG atau SmarTAG.
Senarai Plaza Tol Tanpa Tunai (Elektronik Sepenuhnya)
Menurut Pengarah Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (Kesturi),
“Seperti yang telah kita saksikan di plaza tol yang mana pembayaran secara elektronik dilaksanakan sepenuhnya, memang ada tentangan daripada sesetengah pihak, tetapi kami rasa ini adalah jalan terbaik ke hadapan untuk memastikan keberkesanan operasi tol dan untuk manfaat kesemua pengguna lebuh raya.”
Keputusan pihak konsesi lebuhraya dilihat amat yakin dengan operasi plaza tol tanpa tunai mampu menyelesaikan masalah kesesakan di plaza tol. Benarkah?
Berikut adalah senarai plaza tol di beberapa lebuhraya terpilih di seluruh negara yang melaksanakan operasi kutipan tol tanpa tunai (elektronik sepenuhnya menerusi kad PLUSMiles, TnG atau SmarTAG)  
Mula Berkuatkuasa tengahari 9 September 2015
  1. Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
  2. Plaza Tol Bukit Kayu Hitam (PLUS)
  3. Plaza Tol Lunas, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
  4. Plaza Tol Kubang Semang (BKE)
  5. Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang
  6. Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK)
  7. Plaza Tol Bentong (KLK)
  8. Plaza Tol Datuk Keramat Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)
  9. Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
  10. Plaza Tol Sentul Pasar (DUKE)
  11. Plaza Tol Batu (DUKE)
  12. Plaza Tol Lebuhraya SMART

Mula Berkuatkuasa 1 Jun 2015
  1. Plaza Tol Mambau
  2. Plaza Tol Lukut
(Kedua-duanya di Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH))
Mula Berkuatkuasa 1 September 2014
  1. Plaza Tol Batu Tiga 
  2. Plaza Tol Sungai Rasau
(Kedua-duanya di Lebuhraya Persekutuan)
Mula Berkuatkuasa Januari 2014
  1. Plaza Tol Perling di Lebuh raya Linkedua
  2. Plaza Tol Kempas di Lebuhraya Utara-Selatan
Senarai Plaza Tol Tanpa Tunai (Elektronik Sepenuhnya)

Jumaat, 31 Julai 2015

Harga Terkini Petrol RON95 RON97 dan Diesel mulai 1 Ogos 2015

2Berita harga terkini minyak petrol RON95 RON97 dan Diesel mulai 1 Ogos 2015

Seperti sedia maklum, harga bagi ketiga-tiga bahan bakar tersebut akan dikemaskini pada jam 12.01 tengah malam 1 Ogos 2015.

Untuk info seperti yang dilaporkan dari portal Melvister hari ini, mulai bulan ogos 2015, pengumuman rasmi harga terkini jualan runcit RON95, RON97 dan Diesel hanya akan diumumkan oleh syarikat stesen minyak selepas jam 9.00 malam Jumaat 31 Julai 2015.

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Ogos 2015 (Tidak Rasmi)
  1. RON95: RM2.17 Sen Seliter
  2. RON97: RM2.55 Sen Seliter
  3. Diesel: RM1.89 Sen Seliter
2

2
Nota Penting: Harga diatas adalah tidak rasmi berdasarkan purata pasaran minyak pada bulan Julai 2015. Harga rasmi bagi RON95, RON97 dan Diesel hanya akan dikemaskini selepas jam 9.00 malam Jumaat 31 Julai 2015.

Harga Terdahulu RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Julai 2015
  1. RON95: RM 2.15 Sen Seliter
  2. RON97: RM 2.55 Sen Seliter (Termasuk 6% GST)
  3. Diesel: RM2.05 Sen Seliter
Harga Terdahulu RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Jun 2015
  1. RON95: RM2.05 Sen Seliter
  2. RON97: RM2.35 Sen Seliter (Termasuk GST 6%)
  3. Diesel: RM 2.05 Sen Seliter
Harga Terdahulu RON95 RON97 & Diesel Mac, April & Mei 2015
  1. RON95: RM 1.95 Sen Seliter
  2. RON97: RM 2.25 Sen Seliter (Termasuk GST 6%)
  3. Diesel: RM 1.95 Sen Seliter
Nota: Untuk makluman semua oleh kerana Malaysia tidak lagi menggunakan duit syiling 1 sen, maka disarankan agar pengguna semua untuk mengisi setiap kali isian dengan 1 liter. Ini akan memberikan penjimatan sebanyak 2 sen setiap isian berdasarkan round-up anda cuma membayar RM2.15 untuk setiap liter yang berharga RM2.17. Bayang berapa yang anda dapat jimatkan dengan berbuat demikian. Kira sendiri berapa liter yang anda isi didarabkan dengan 2 sen penjimatan seliter. Oleh itu adalah mustahil kerajaan akan menetapkan harganya begitu kerana ianya akan menimbulkan kontroversi kepada pengusaha sekiranya teknik di atas digunakan.

Selasa, 28 Julai 2015

Senarai Menteri Kabinet Penggal 2015-2018

Senarai penuh Kabinet 2015

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

MENTERI KEWANGAN
Datuk Seri Najib Razak

MENTERI KEWANGAN II
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:
1. Datuk Chua Tee Yong
2. Datuk Johari Abdul Ghani

MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Timbalan Menteri:
Datuk Mohd Johari Baharum

MENTERI DALAM NEGERI

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri:
1. Datuk Nur Jazlan Mohamed
2. Masir Anak Kujat

MENTERI LUAR NEGERI
Datuk Seri Anifah Aman

Timbalan Menteri 
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2
Datuk Seri Ong Ka Chuan

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Ahmad Maslan
2. Senator Datuk Lee Chee Leong

MENTERI KESIHATAN 
Datuk Seri Dr S.Subramanian

Timbalan Menteri 
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

MENTERI PENDIDIKAN: 
Datuk Seri Mahdzir Khalid

Timbalan Menteri: 
1. P.Kamalanathan
2. Chong Sin Woon (Senator)\

MENTERI PENGAJIAN TINGGI 
Datuk Seri Idris Jusoh

Timbalan Menteri:
Datuk Mary Yap Ken Jin

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Timbalan Menteri: 
Datuk Mas Ermieyati Samsudin

MENTERI PENGANGKUTAN 

Datuk Seri Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: 
Datuk Abdul Aziz Kaprawi

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI: 
Datuk Amar Douglas Unggah Embas

Timbalan Menteri: 
Datuk Noriah Kasnon

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak

Timbalan Menteri:
Datuk Jailani Johari

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri:
Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: 
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri:
1. Datuk Alexander Nanta Linggi
2. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Wilfred Madius Tangau

Timbalan Menteri: 
1. Datuk Dr Abu Bakar Diah

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: 
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri:
Datuk Ir Hamim Samuri

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

MENTERI KERJA RAYA: 
Datuk Seri Fadillah Yusof

Timbalan Menteri: 
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN: 
Datuk Hamzah Zainuddin

Timbalan Menteri:
Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT 
Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Timbalan Menter
1. Datuk Azizah Mohd Dun
2. Senator Datuk Chew Mei Fun

MENTERI SUMBER MANUSIA 
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem

Timbalan Menteri 
Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN 
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Timbalan Menteri 
Datuk loga Bala Mohan

MENTERI BELIA DAN SUKAN 
Khairy Jamaluddin

Timbalan Menteri 
Datuk M Saravanan

MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI 
1. Datuk Seri Azalina Othman Said
2. Nancy Shukri
3. Senator Datuk Seri Wahid Omar
4. Datuk Wee Ka Siong
5. Datuk Seri Jamil Khir Baharom
6. Senator Datuk Seri Idris Jala
7. Tan Sri Joseph Kurup
8. Datuk Joseph Entulu Belaun
9. Datuk Seri Shahidan Kassim
10. Senator Paul Low Seng Kuan
11. Datuk Mah Siew Keong

Timbalan Menteri 
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Khamis, 9 Julai 2015

Jadual Masa Perjalanan Hari Raya 2015 Dari PLUS

Setiap kali menjelang musim perayaan besar seperti Hari Raya Aidilfitri, jalanraya pasti akan dipenuhi dengan kenderaan. Kesesakan pastinya akan berlipat kali ganda namun yang menariknya situasi ini berlawanan dengan hari-hari biasa di mana Lembah Klang akan menjadi lengang dengan kenderaan tanpa sebarang kesesakan.
Akibat terlalu banyaknya kenderaan dijalanraya maka kesesakan berlaku di mana-mana sahaja lokasi diluar Lembah Klang. Lebih menyakitkan hati apabila kesesakan turut berlaku di lebuhraya di mana kita perlu membayar untuk melaluinya. Oleh itu, ia sepatutnya memberi keselesaan dan kepantasan disepanjang perjalanan di lebuhraya.

Jadual Masa Perjalanan Hari Raya 2015 Dari PLUS
Namun semuanya itu tidak mungkin terjadi! Kadang kala, lebuhraya jugalah pilihan terbaik yang ada, maka terpaksa juga menggunakannya. 
Jalan Penyelesaian Dari Plus
Bagi mengatasi masalah ini, pihak Lebuhraya PLUS telah mengeluarkan jadual masa perjalanan disepanjang cuti Hari Raya Aidilfitri (16 - 20 Julai 2015). Ianya bertujuan untuk mengurangkan kesesakan berikutan kemasukan kenderaan yang banyak secara serentak di lebuhraya PLUS pada waktu puncak.
Jadual masa perjalanan dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama :
  • Kangar, Alor Setar, Johor Bahru dan Kota Tinggi - Mulakan perjalanan anda diantara jam 6:00 pagi ~ 8:00 pagi
  • Kepala Batas, Butterworth, George Town, Bayan Lepas, Batu Pahat, Segamat dan Muar - Mulakan perjalanan anda diantara jam 8:00 pagi ~ 12 tengahari.
  • Taiping, Kuala Kangsar, Grik, Ipoh, Jasin, Melaka, Alor Gajah - Mulakan perjalanan anda diantara jam 12:00 tengahari ~ 6:00 petang
  • Bidor, Tapah, Teluk Intan, Lumut, Tanjung Malim, Senawang, Kuala Pilah, Port Dickson dan Seremban - Mulakan perjalanan anda selepas jam 6:00 petang
Jadual masa perjalanan dari bandar-bandar utama ke Lembah Klang
  • Kangar, Alor Setar, Johor Bahru dan Kota Tinggi - Mulakan perjalanan anda diantara jam 6:00 pagi ~ 8:00 pagi
  • Kepala Batas, Butterworth, George Town, Bayan Lepas, Batu Pahat, Segamat dan Muar - Mulakan perjalanan anda diantara jam 9:00 pagi ~ 12:00 tengahari.
  • Taiping, Kuala Kangsar, Grik, Ipoh, Jasin, Melaka, Alor Gajah - Mulakan perjalanan anda diantara jam 2:00 petang ~ 6:00 petang
  • Bidor, Tapah, Teluk Intan, Lumut, Tanjung Malim, Senawang, Kuala Pilah, Port Dickson dan Seremban - Mulakan perjalanan anda selepas jam 8:00 malam
Jika anda dari destinasi selain dari yang disenaraikan di atas, mulakan perjalanan anda sebelum jam 6:00 pagi atau selepas jam 12:00 tengah malam.
Bagi pengguna motorsikal pula, anda digalakkan merancang perjalanan dilebuhraya sebelum 16 Julai dan selepas 20 Julai 2015 
Jadual Masa Perjalanan Hari Raya 2015 Dari PLUS
Selain itu, PLUS juga menggalakkan merancang perjalanan di lebuhraya pada hari tertentu. Sebagai ganjaran, pengguna lebuhraya akan diberi diskaun @ rebat jika menggunakan lebuhraya Plus pada hari-hari sebelum dan selepas hari puncak :
  • 13 Julai 2015 : rebat 50% 
  • 14 Julai 2015 : rebat 40%
  • 15 Julai 2015 : rebat 30%
  • 21 Julai 2015 : rebat 30%
  • 22 Julai 2015 : rebat 40%
  • 23 Julai 2015 : rebat 50% 
Termaktub pada semua Lebuhraya PLUS (NSE & ELITE) - Hanya untuk jarak perjalanan lebih 100km dan hanya kepada pengguna kad PLUSMiles, Touch 'n Go dan SmartTAG pada sepanjang hari (24 jam) tersebut

Keselesaan Dan Keselamatan Perlukan Kerjasama Serta Keprihatinan

Mungkin jadual ini tidak akan dapat menyelesaikan sepenuhnya masalah kesesakan yang berlaku di lebuhraya tetapi sekurang-kurangnya dapat melancarkan perjalanan dan mengelak dari kesesakan yang teruk akibat kemasukan terlalu banyak kenderaan ke lebuhraya pada waktu yang serentak.
Rancanglah perjalanan anda dan patuhi undang-undang jalan raya, almaklumlah... bila kesesakan berlaku, ramai yang akan hilang kesabaran. Ingatlah...bukan anda sahaja yang terperangkap. Kasihani dan hormatilah orang lain. Janganlah pentingkan diri sendiri.... sabar...
Berhati-hatilah semasa memandu kerana sedikit kecuaian anda mungkin akan membuatkan anda atau orang lain menyesal seumur hidup. Ingatlah insan tersayang... Hari Raya adalah masa untuk ceria serta bergembira dan bukan hari untuk meratapi kesakitan atau kehilangan.

Khamis, 25 Jun 2015

Putrajaya Berpanas

 
PUTRAJAYA – Seramai 2,000 kakitangan awam di beberapa bangunan utama kerajaan semalam terpaksa bekerja dalam keadaan panas setelah operasi pendingin hawa di premis-premis itu terjejas kerana saluran paip air alat itu di Presint 1 di sini bocor.

Paip itu merupakan saluran air dari Loji Air Pendingin yang terletak berhampiran Sekolah Alam Shah. Ia digunakan bagi menyejukkan pendingin hawa di premis-premis ber­kenaan.

Antara pejabat kerajaan yang terjejas ialah Kompleks A, B, C, D dan E yang meliputi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Operasi pendingin hawa di pusat beli-belah Alamanda dan Hotel The Everly turut me­ngalami nasib sama.


Selasa, 23 Jun 2015

E-Penyata Gaji & Laporan

E-Penyata Gaji & Laporan (ANM) | Portal Janm (Jabatan Akauntan Negara) sila klik ikon untuk akses:
E-Penyata GajiPortal JANM
E-Penyata Gaji merupakan sistem akses kepada penyata gaji online untuk Kakitangan Kerajaan berperingkat Perseketuan seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau Kementerian seumpamanya.

Cara-cara mengakses sistem E-Penyata Gaji :

Jika anda daftar untuk kali pertama ke E-Penyata Gaji anda perlu klik pada “Pertama Kali Mendaftar” dan mengisi informasi yang diperlukan. Pendaftaran anda akan berjaya jika informasi No. Kad Pengenalan dan No. Gaji dapat disahkan dalam sistem E-Penyata Gaji yang sedia ada.
Untuk akses ke sistem E-Penyata di masa hadapan anda hanya perlu masukkan No. Gaji dan Kata laluan dengan tepat setelah melayari epenyatagaji-laporan.anm.gov.my atau www.anm.gov.my dan klik pada butang “Daftar Masuk” untuk meneruskan akses ke sistem E-Penyata Gaji.
Sistem E-Penyata
Langkah seterusnya klik pada “Sendiri” di Tab Penyata Gaji sebelah kiri untuk maklumat atau muat turunPenyata Gaji yang terkini dalam bentuk PDF. Anda juga dapat mengakses Penyata Pendapatan Tahunansecara online atau dalam bentuk E-Penyata dan akses kepada maklumat Pendapatan Tahunan serta informasi Pusat Bayaran, Kod Jawatan, No. Cukai Pendapatan, No. Fail Majikan, Tunggakan Gaji Tahun Lepas dan sebagainya dari sistem “E-Penyata Gaji”.
Menyemak Penyata Pendapatan anda menerusi E-Penyata dengan butiran Gaji Pokok dan Elaun-Elaun akan membantu anda untuk memahami butiran bayaran yang tepat termasuk informasi cukai dan insurans telah dibayar dari pihak anda. Anda juga dapat mengenal pasti Potongan terkini atau sedia ada dari E-Penyata Gaji serta potongan dari Biro Angkasa dengan lebih tepat.
epenyata gaji
Pada masa kesemasa sistem E-penyata Gaji dari Jabatan Akauntan Negara (ANM) akan dipertingkatkan. Sistem e-penyata telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 untuk membantu pengguna-pengguna Kakitangan Kerajaan untuk mengakses informasi penyata pendapatan bulanan dan tahunan secara serta merta dengan kawalan sekuriti yang ketat dan juga penjimatan kos slip penyata gaji.

Panduan Terperinci dan Tatacara E-Penyata Gaji :

E-Penyata Gaji atau sistem akses kepada Penyata Pendapatan secara online adalah disediakan dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM), jika anda memerlukan panduan kegunaan atau Tatacara Pengunaan Sistem E-Penyata dengan teliti dan lengkap sila muat turun panduan dalam bentuk PDF disini.
epenyata gaji pendaftar pertama kali
Dengan penyelarasan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3/2010 mengiringi pelaksanaan Sistem “e-Penyata Gaji dan Laporan” dari ANM. Surat pekeliling tersebut adalah bertujuan untuk mengistihar pelaksanaan dan panduan serta tatacara pengunaan sistem e-Penyata Gaji atau e-Penyata online, pendapatan tahunan juga mulai dapat diakses dan dicetak sendiri dari laman rasmi Jabatan Akauntan Negara oleh Kakitangan Kerajaan bertaraf Perseketuan manakala laporan bulanan dicetak dan diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada Pusat Pembayar Gaji dan Pusat Tanggungjawab. Muat turun surat pekeliling e-Penyata dan laporan dalam bentuk PDF disini
Kesemua individu termasuk Kakitangan Kerajaan berhak untuk mendapatkan informasi Penyata Gaji yang terperinci dan bertulis pada atau sebelum masa setiap individu dibayar oleh majikan. E-Penyata Gaji secara online atau Penyata Pendapatan yang tertulis membolehkan individu untuk mendapatkan informasi pendapatan dan kawalan keatas finansial dengan lebih berkesan. Hak untuk maklumat butiran E-Penyata Gajikepada Kakitangan Kerajaan mahupun pekerja swasta adalah hak asasi bebas untuk yang bekerja.

E-Penyata Gaji anda harus menunjukkan :

  • Jumlah Pendapatan – bayaran penuh dari Gaji Pokok, Elaun Tetap atau sementara dan bayaran Tunggakan Gaji sebelum apa-apa cukai atau insurans yang telah dicajkan ke dalam penyata.
  • Jumlah Potongan – amaun potongan dari Cukai Pendapatan, Biro Angkasa, Insurans dan bayaran Ansurans Perumahan Kerajaan atau bank dalam penyata yang berubah dari bulan ke habis bulan
Jumlah amaun untuk apa-apa Potongan Tetap adalah potongan yang tidak berubah dari bulan ke habis bulan dalam E-Penyata Gaji. Majikan berhak memberikan butir-butir potongan tersebut dan memberi keterangan yang berasingan untuk butiran bulanan atau untuk sekurang-kurangnya sekali setahun. Jumlah amaun pendapatan bersih adalah dari jumlah pendapatan selepas tolakan dari jumlah potongan yang sedia ada (contohnya angka terpisah dari pembayaran tunai jika ada dan bakinya dikreditkan ke akaun bank) dan informasi boleh diperolehi dari E-Penyata Gaji. Sistem E-Penyata sekian memudahkan Kakitangan Kerajaan untuk informasi pendapatan tahunan dan bulanan dengan mudah.

Lupa Kata Laluan E-Penyata:

Sekiranya anda terlupa kata laluan sistem E-Penyata sila masuk ke skrin Daftar and klik pada “Lupa Kata Laluan”. Sejurus selepas mengaksesnya, anda akan dikemuka pilihan soalan yang telah dimasukkan semasa pendaftaran E-Penyata Gaji pada kali pertama.
Jika soalan dan jawapan adalah tepat, kata laluan “E-Penyata Gaji” akan dinyatakan untuk akses semula ke dalam sistem. Sekiranya anda terlupa jawapan, sila klik “Daftar Semula” untuk pendaftaran semula, sekiranya No. Gaji dan Kad Pengenalan masih sah dalam sistem E-Penyata, pendaftaran semula akan berjaya untuk akses semula ke sistem E-Penyata.
E-Penyata merupakan sistem daftar masuk ANM untuk menyemak, mengakses dan print slipgaji Kakitangan Kerajaan secara online dan secara tidak langsung akan memudahkan penggunaan E-Penyata dengan penjimatan kos kerajaan yang tinggi.

Update :

E-Penyata Gaji akan mengalami had akses terhad atau dalam status sistem maintenance dari masa ke semasa untuk mengendali, mengemaskini maklumat dan update laman rasmi E-Penyata. Ia merupakan rutin untuk menentukan operasi sistem yang terkini dan penambahbaikan keselamatan penggunaan sistem akses dan mutu perkhidmatan laman penyata gaji online. Jika perlu, sila rujuk kepada tatacara dan panduan penggunaan diatas. Harap maklum.

Ahad, 21 Jun 2015

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2015

kadar bayaran zakat fitrah seluruh negeri 2015 Kadar Bayaran Zakat Fitrah Seluruh Negeri 2015 Kadar Bayaran Zakat Fitrah Seluruh Negeri 2015 kadar bayaran zakat fitrah seluruh negeri 2015
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Berikut adalah kadar bayaran zakat fitrah seluruh negeri 2015:
NEGERIKADAR ZAKAT
PerlisRM6.50
KedahRM7.00
Pulau PinangRM7.00
PerakRM7.00
SelangorRM7.00
Negeri SembilanRM6.50
MelakaRM6.70
JohorRM5.00/RM8.00*
PahangRM7.00
TerengganuRM7.40/RM6.80/RM4.60*
KelantanRM7.00
SarawakRM7.00
SabahRM7.00
Wilayah PersekutuanRM7.00

* Perbezaaan kadar bayaran zakat fitrah di negeri Johor dan Terengganu adalah berdasarkan harga, gred dan jenis beras yang dimakan.

Ahad, 14 Jun 2015

Ramadhan Al- Mubarak

Marhaban Ya Ramadhan..

Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki dan bulan membaiki institusi keluarga. 
Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak, Ramadhan adalah bulan kesembilan dalam kalender Hijrah. Pada bulan Ramadhan ummat Islam diwajibkan berpuasa pada siang harinya dari waktu Subuh sehingga Maghrib. Ibadah Puasa merupakan Rukun Islam yang ketiga.
Hanya dibulan Ramadhan sahaja kita boleh melaksanakan ibadah Solat Terawih yang tidak diberikan pada bulan-bulan lain selainnya.

Bebarapa kelebihan dibulan Ramadhan ini adalah

1.Dibelenggu para syaitan dan jin.

Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.

Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.


Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

Dikongsikan bersama sebagai panduan untuk kita semua.
doa berbuka puasa

Salam Ramadhan dari Emmy Shaklee...
 emmyshaklee.blogspot.com

Jumaat, 29 Mei 2015

RMK11

 

Salam 1Malaysia!

Alhamdulillah, pagi Khamis yang lalu, saya telah membentangkan sebuah lagi dokumen penting yang merupakan pelonjak akhir sebelum kita memasuki gelanggang negara maju, yakni Rancangan Malaysia Ke-11 atau RMK11.

Sepanjang sepuluh Rancangan Malaysia yang lalu, terdapat 10 kejayaan yang telah kita kecapi seperti:  
  • 6.2% - pertumbuhan ekonomi tahunan secara purata sejak lima dekad yang lalu, antara yang tertinggi di Asia
  • 76.5% - sumbangan sektor pembuatan dan perkhidmatan kepada KDNK
  • RM6,141 - pendapatan bulanan purata isi rumah pada tahun 2014
  • 76.1% - isi rumah keseluruhan sudah memiliki kediaman
  • 95.1% - penduduk mendapat akses kepada bekalan air bersih
  • 98% - kadar literasi
  • 27% - tenaga buruh yang kini mempunyai pendidikan tertiari, meningkat empat kali ganda berbanding 6 peratus pada 1980
  • 2.9% - kadar pengangguran, turun daripada 7.4% pada 1970
  • 23.5% - hak milik ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat pada 2011, meningkat 10 kali ganda daripada 2.4% pada 1970
  • 0.6% - kadar kemiskinan pada 2014, turun daripada 49.3% pada 1970
Bagi tempoh 2016-2020, Rancangan Malaysia Ke-11 akan dilaksanakan dengan enam strategi tumpuan iaitu;
  1. Inklusiviti;
  2. Kesejahteraan Rakyat;
  3. Modal Insan;
  4. Pertumbuhan Hijau;
  5. Infrastruktur;
  6. Inovasi dan Produktiviti
Antara projek-projek pembangunan yang telah diumumkan dalam RMK 11 adalah:

Pemilikan perumahan rakyat
  • 182 ribu rumah dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada akhir tahun 2015.
  • Lebih 23 ribu unit telah disediakan oleh kerajaan negeri dan FELDA.
  • 653 ribu unit rumah lagi akan dibina juga oleh pelbagai pihak di bawah RMK 11
Infrastruktur
  • 2,239 kilometer - Lebuh Raya Pan Borneo yang akan meningkatkan hubung-jalin di Sabah dan Sarawak sedang dibina
  • Siap pada 2019 - Lebuh Raya Pantai Barat yang akan menyediakan akses yang lebih baik kepada penduduk pantai barat di Perak dan Selangor.
  • 197 kilometer - Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru akan dilaksanakan.
  • MRT Laluan Sungai Buloh ke Kajang, Laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya dan LRT3 akan berlangsung dalam RMK-11.
Akses Perkhidmatan Jalur Lebar
  • 100 megabit sesaat - kelajuan perkhidmatan jalur lebar untuk semua isi rumah di ibu negeri dan kawasan pertumbuhan berimpak tinggi
  • 20 megabit sesaat - kelajuan perkhidmatan jalur lebar untuk kawasan pinggir bandar dan luar bandar

Isnin, 25 Mei 2015

Pangkat, Darjat dan Kedudukan mampu menipu kita.

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/v/t1.0-9/10430888_10152849856979178_3827184559561763731_n.jpg?oh=75a0104eb70c0bb695ad6ee1a2ce1a22&oe=560C5ECA&__gda__=1443587765_d6891a5df402334077f4ffe490643c02 
Numan bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah, atau popular disebut Imam Hanafi, pernah berselisih atau terserempak dengan anak kecil yang berjalan mengenakan sepatu kayu.
"Sang imam berkata, "Hati-hati nak dengan sepatu kayumu itu! Jangan sampai kau tergelincir."

Anak kecil ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.
"Bolehkah saya tahu namamu, tuan?", tanya si anak kecil.
"Nu'man namaku.", jawab sang imam.
"Jadi, tuan lah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'dhom (Imam Agung) itu..?", tanya si anak kecil.
"Bukan aku yang memberi gelaran itu, masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku."
"Wahai Imam, hati-hati dengan gelaran mu itu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran."
"Sepatu kayuku ini mungkin hanya menggelincirkan aku di dunia. Tapi gelaran mu itu dapat menjerumuskan mu ke dalam api yang kekal jika kesombongan dan keangkuhan menyertainya."
Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itu pun tersungkur menangis. Imam Abu Hanifah (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan datang dari lidah seorang anak kecil.

Betapa banyak manusia tertipu kerana pangkat, jawatan, jabatan, tertipu kerana kedudukan dan tertipu kerana kemaqamannya. Jangan kita jadikan gelaran di dunia untuk keangkuhan.

Ya Karim!

Semoga kita menjadi seseorang yang lebih bertanggung jawab lagi.

اِ نْشَآ ءَ اللّهُ
آمِين آمِين آمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Khamis, 21 Mei 2015

RMK-11

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xpa1/v/t1.0-9/11039223_10152764096060952_4871968265939128386_n.png?oh=60f44cb5f6f5398bb671a9a1f57094dd&oe=560848D3 
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Alhamdulillahi Rabbil A’lamin, wa bihi Nastai’n
Selawat dan Salam kepada Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW, suri tauladan sepanjang zaman.
Tuan Yang Dipertua,
Saya dengan penuh ta’zim berdiri dalam Dewan yang mulia ini, untuk mengemukakan satu usul:
Bahawa Dewan ini,
menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh;
merestui usaha Kerajaan untuk meneruskan Dasar Transformasi Nasional atau DTN dalam merangka dan merencana Rancangan Malaysia ke 11 seterusnya;
meluluskan pelaksanaannya bertunjangkan falsafah Dasar Transformasi Nasional dalam ikhtiar menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020, menurut Kertas Perintah 23 Tahun 2015; dan
Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Ke-11, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama dan berusaha menjayakan matlamatnya.
Tuan Yang Dipertua serta Ahli-Ahli Yang Berhormat,
1. Beberapa hari yang lalu, kita baru sahaja meninggalkan bulan Rejab. Hari ini pula, Khamis 21 Mei, jatuhnya bersamaan 3 Syaaban 1436 Hijrah, pada salah satu bulan yang mulia, sampailah masa dan ketika yang ditetapkan oleh Allah SWT, bahawa, sebuah lagi dokumen penting lagi bersejarah akan dipersembahkan.
2. Sepertimana tercatat dalam kitab suci Al-Quran, Surah Ali-Imran Ayat 26 dan Ayat 54. Mafhumnya, naik turun atau jatuh bangun sesebuah kerajaan itu adalah dalam rahsia dan kekuasaan penuh Pemilik semesta raya, bukannya di tangan makhluk.
3. Begitulah juga, kemampuan manusia merancang, amat terbatas, kerana sebaik-baik Perancang adalah Tuhan seru sekalian alam.
Tuan Yang Dipertua,
4. Menyusur titian masa, semenjak tahun 1971 hingga 1990, kita telah melalui Dasar Ekonomi Baru atau DEB, dipelopori oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, yang mengutamakan pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
5. Di mana ketika itu, untuk mencapai sasaran sosio ekonomi yang lebih saksama, sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam negara, yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama.
6. Kemudiannya, bermula tahun 1991, sampai kepada tahun 2000, diperkenalkan pula, oleh Tun Dr. Mahathir, Dasar Pembangunan Nasional yang berfokuskan pembangunan seimbang dan membawa kepada lahirnya Wawasan 2020.
7. Dalam pada itu, Dasar Wawasan Negara dilaksanakan, melewati tahun 2001 hingga 2010. Dasar ini pula, memberi penekanan kepada pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif lagi makmur, menuju negara maju menjelang 2020.
8. Selanjutnya, dalam episod-episod bersilih ganti, diperkukuhkan lagi dengan beberapa gagasan dan misi nasional oleh Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Tuan Yang Dipertua,
9. Sebelum itu, elok saya menjelaskan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, khususnya, dan rakyat dikasihi di luar sana, tentang pelbagai dokumen yang dibentangkan oleh pihak Kerajaan, sama ada dalam parlimen atau, di majlis-majlis rasmi.
10. Pertamanya, saban tahun, dalam dewan yang mulia ini, Kerajaan usulkan bajet-bajet negara, yang diselaraskan oleh Kementerian Kewangan.
11. Manakala, kira-kira 3 minggu yang lepas, di Angkasapuri, saya telah menyampaikan Laporan Tahunan, merangkumi Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.
12. Dokumen itu pula, diseliakan oleh pasukan PEMANDU, bersama kementerian-kementerian dan agensi yang berkaitan.
13. Rancangan Malaysia ini pula, ianya di bawah kelolaan Unit Perancang Ekonomi atau EPU. Untuk pengetahuan ramai, semenjak Unit ini ditubuhkan pada tahun 1961, tugas utamanya adalah untuk menyediakan Rancangan pembangunan negara.
14. Jadinya, jika dihimbau semenjak 5 dekad lalu, melalui 10 rancangan Malaysia, Kerajaan Barisan Nasional telah menempa dan mencipta pelbagai ceritera kejayaan yang dapat diperbanggakan.
15. Ini bermakna, Alhamdulillah, negara bertuah ini telah mencapai kemajuan yang dikagumi, dan terus berada di jajaran yang betul serta kukuh.
Tuan Yang Dipertua,
16. Di sinilah, satu hal yang perlu difahami baik-baik, bahawa, kesemua dasar dan wawasan,… setiap satu rancangan,… adalah tali temali, saling kait berkait dan lengkap melengkapi antara satu sama lain secara konsisten sejak puluhan tahun yang lalu.
17. Ertinya,… adalah tidak benar, jika sesetengah pihak menuduh kononnya, dasar Kerajaan hari ini terpisah daripada dasar-dasar yang sebelumnya.
18. Dalam konteks ini, ingin saya tegaskan bahawa, segala perancangan,… gagasan dan dasar Kerajaan Perikatan, membawa kepada Barisan Nasional,… sejak meraih kemerdekaan,… bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman ketika itu,… hinggalah kini, kita terus berkesinambungan dan beristiqamah pada landasan dan menuju matlamat yang sama.
19. Jelasnya,… bertitik tolak dari Rancangan Malaysia Pertama yang dilaksanakan oleh pucuk pimpinan Parti Perikatan selepas Pilihanraya Umum Malaysia yang pertama tahun 1964, sehinggalah Rancangan Malaysia Kesepuluh, kita telah mampu memperoleh pelbagai nikmat kejayaan.
Tuan Yang Dipertua,
20. Antara 10 pencapaian dan kisah yang boleh diperbanggakan sepanjang sepuluh Rancangan Malaysia yang lalu adalah,… Pertamanya,… pada tahun 1970 nilai KDNK adalah 71.1 bilion ringgit, berbanding pada tahun 2014, ia telah meningkat kepada 1.1 trilion ringgit.
21. Malaysia juga boleh berbangga, kerana telah berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi, antara yang tertinggi di Asia, yakni secara purata pada kadar 6.2 peratus setahun sejak lima dekad yang lalu.
22. Kedua, dari sudut struktur ekonomi, kita telah beralih daripada sebuah negara dominan sektor pertanian, dengan sumbangan 31.8 peratus kepada KDNK pada tahun 1970, kepada sebuah negara berasaskan pembuatan dan perkhidmatan, dengan sumbangan pada kadar 76.5 peratus kepada KDNK. Walhal, sektor pertanian telah menguncup kepada paras 9.2 peratus pada tahun lepas.
23. Ketiga, pendapatan bulanan purata isi rumah, juga meningkat lebih 20 kali ganda. Yakni, daripada 264 ringgit sebulan pada tahun 1970 kepada 6,141 ringgit sebulan pada tahun 2014. Manakala, pendapatan penengah atau median income sebulan pada tahun 1970 daripada 166 ringgit, telah meningkat kepada 4,585 ringgit sebulan tahun lalu.
24. Keempat, setakat RMK-10, sebanyak 76.1 peratus daripada isi rumah keseluruhan sudah memiliki kediaman. Bagi isi rumah miskin pula, 75.3 peratus telah berjaya mempunyai rumah sendiri.
25. Kelima, sehingga kini, 95.1 peratus daripada penduduk di seluruh negara, telah mendapat akses kepada bekalan air bersih, dan 97.6 peratus pula, mendapat bekalan elektrik.
26. Keenam, jika pada tahun 1970, hanya 75 peratus rakyat Malaysia boleh membaca dan menulis. Syukurlah, hal ini, kadar literasi telah meningkat kepada 98 peratus.
27. Ketujuh, sebanyak 27 peratus daripada tenaga buruh kini mempunyai pendidikan tertiari, iaitu meningkat empat kali ganda berbanding 6 peratus pada tahun 1980 ketika penghujung Rancangan Malaysia Ketiga.
28. Kelapan, kadar pengangguran telah menurun daripada 7.4 peratus pada tahun 1970 kepada hanya 2.9 peratus pada 2014.
29. Kesembilan, hak milik ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat pula, telah meningkat sebanyak 10 kali ganda, yakni, daripada 2.4 peratus pada tahun 1970, kepada 23.5 peratus pada tahun 2011.
30. Dan kesepuluhnya, kadar kemiskinan telah berkurang daripada 49.3 peratus pada tahun 1970, kepada hanya 0.6 peratus pada 2014 yang lalu. Jadinya, bersyukur kita bahawa, kemiskinan tegar telah berjaya dibasmikan.
Tuan Yang Dipertua,
31. Sebermulanya saya mengambil tampuk kepimpinan negara pada 3 April 2009, Kerajaan telah melakarkan Dasar Transformasi Nasional, sebagai falsafah teras kepada pentadbiran negara dihitung dari tahun 2011 sehingga 2020.
32. Dasar Transformasi Nasional ini, dirangka sebagai satu peta halatuju negara, dengan tujuan mentransformasi Malaysia secara tuntas dan holistik, demi melonjakkan kita sebagai sebuah negara maju, High Income Advanced Economy.
33. Ia berasaskan kriteria-kriteria antaranya, untuk mencapai pertumbuhan yang bersifat inklusif, sustainable, growth with equity, kompetitif, progresif, rakyat yang bersahsiah dan morally strong, dalam satu kehidupan masyarakat yang saling berpadu, mengamalkan pula kesederhanaan yakni wasatiyyah, berpaksikan kepada prinsip 1Malaysia.
34. Ringkasnya, kita mahu mencapai satu bentuk kecapan kemakmuran dan kejayaan negara kepada seluruh rakyat, di mana tidak ada mana-mana golongan pun yang akan berasa tercicir atau terpinggir.
Tuan Yang Dipertua,
35. Di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional inilah, lahirnya setakat ini 6 program. Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Politik, Program Transformasi Komuniti, Program Transformasi Sosial dan Program Transformasi Fiskal. Hari ini, satu lagi kertas mustahak, akan saya sampaikan, yakni Rancangan Malaysia Kesebelas.
36. Berhubung rapat dengan falsafah tunjang Dasar Transformasi Nasional yang saya takrifkan sebentar tadi pula, sebelum saya meneruskan dengan pembentangan, moleklah diberi gambaran, bagaimanakah yang dikatakan rupa wajah sebuah Malaysia yang maju itu kelak, pabila tiba penghujungnya Rancangan Malaysia Kesebelas ini.
37. Sebagaimana kita perlu faham, Rancangan Malaysia Kesebelas ini merupakan pelonjak akhir sebelum kita memasuki gelanggang negara maju. Pada waktu itu, kita seharusnya telah mencapai beberapa perkara seperti:
38. Pendapatan Negara Kasar per Kapita telah mencecah 15 ribu dolar Amerika. Dari piawaian antarabangsa, nilai ini telah menepati tahap pendapatan sebagai negara maju. Walaupun demikian, sesebuah negara maju tidak boleh hanya didefinasikan dari sudut pendapatan per kapita.
39. Ringkasnya, pada hemah saya, kita perlu membangunkan sebuah tamadun holistik, di mana masyarakatnya memiliki nilai-nilai tinggi, berakhlak, mencintai pula ilmu pengetahuan, rajin membaca, menghargai seni budaya dan warisan serta memiliki minda yang mencerminkan pula rakyat sebuah negara maju.
Tuan Yang Dipertua,
40. Makanya, melangkah ke hadapan, buat julung kali setelah menerima mandat daripada rakyat secara demokrasi pada pilihanraya umum ke-13 yang lalu, dengan kehendak dan izin yang Maha Berkuasa, saya bentangkan di sini, Rancangan Malaysia Kesebelas dengan Enam Strategi Tumpuan :
Pertama : Inklusiviti;
Kedua : Kesejahteraan Rakyat;
Ketiga : Modal Insan;
Keempat : Pertumbuhan Hijau;
Kelima : Infrastruktur; dan
Keenam : Inovasi dan Produktiviti
41. Bagi mempastikan Enam Strategi Tumpuan RMK-11 ini berjaya mencapai matlamatnya, game changers berikut, akan dilaksanakan sebagai pemangkin ke arah lonjakan yang signifikan bagi menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat secara inklusif.
Pertama : Meningkatkan Produktiviti;
Kedua : Menjana Kekayaan Melalui Inovasi;
Ketiga : Mempertingkat peratusan masyarakat kelas menengah;
Keempat : Menteraskan Pendidikan dan Latihan Teknikal atau TVET;
Kelima : Melaksana Pertumbuhan Hijau; dan
Keenam : Melabur di Bandar-bandar Berdaya Saing.
Tuan Yang Dipertua,
42. Merujuk strategi tumpuan inklusiviti, Kerajaan akan berikhtiar bersungguh-sungguh agar tiada golongan rakyat yang akan tercicir daripada menikmati manfaat kemakmuran dan pembangunan negara.
43. Adalah hakikat, di dunia ini, bagaimana maju pun sesebuah negara itu seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun, there will always be vulnerable groups, mereka yang berpendapatan rendah,…golongan gelandangan dan yang tidak mempunyai pekerjaan.
44. Selain daripada itu, Malaysia akan terus menangani golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah yakni Bottom 40 percent, atau selepas ini saya akan sebut sebagai B40. Untuk makluman, menurut perangkaan, golongan B40 ini, kini adalah sekitar 2.7 juta isi rumah.
45. Oleh yang demikian, dalam tempoh Rancangan ini, Kerajaan mensasarkan pendapatan purata isi rumah B40 meningkat daripada lebih kurang 2,500 ringgit sebulan pada tahun 2014 kepada lebih 5 ribu ringgit sebulan pada tahun 2020 kelak. Ke arah ini, Kerajaan akan mengambil usaha-usaha yang intensif antaranya merapatkan jurang pencapaian pendidikan dan kemahiran serta meningkatkan produktiviti.
46. Bahkan, kadar pekali Gini negara dijangka semakin mengecil daripada 0.401 pada tahun 2014, kepada 0.385 pada tahun 2020. Untuk makluman semua, dari sudut ekonomi, lebih kecil nilai pekali Gini, bererti kita makin berada dalam keadaan lebih baik, dengan pengagihan pendapatan yang lebih saksama di kalangan rakyat.
47. Bagi menangani kos sara hidup isi rumah B40 ini, inisiatif-inisiatif seperti Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan Kedai Agrobazaar Rakyat 1Malaysia akan terus dilaksanakan. Pelbagai lagi inisiatif baru akan dibuat dan diperkenalkan sepanjang tempoh Rancangan ini.
48. Pendapatan isi rumah B40 juga dapat dipertingkatkan melalui pendidikan dan kemahiran tinggi. Bagi yang berminat untuk berniaga pula, program sokongan keusahawanan akan ditambah baik khususnya, perusahaan mikro dan kecil.
49. Di samping itu, saya menyeru dan mahukan sektor swasta, terutamanya syarikat multinasional dan syarikat besar tempatan, supaya menyumbang kepada pembangunan golongan ini dengan cara menempatkan premis perniagaan atau kilang-kilang mereka, di kawasan majoriti penduduk B40.
50. Seperkara lagi, masyarakat kelas menengah seperti yang dihasratkan oleh Kerajaan, dapat ditingkatkan saiznya daripada 40 peratus sekarang, kepada 45 peratus bila tibanya tahun 2020.
Tuan Yang Dipertua,
51. Dalam hal memperkasa komuniti untuk membina masyarakat yang produktif dan sejahtera, tentulah tumpuan akan diberikan kepada kanak-kanak, belia, warga emas, wanita dan kaum majoriti Bumiputera.
52. Bagi golongan wanita, peranan mereka bukan sahaja terhad kepada pembentukan keluarga yang bahagia tetapi juga menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi.
53. Kadar penglibatan tenaga kerja wanita akan meningkat daripada 54 peratus pada tahun 2014, kepada 59 peratus menjelang 2020.
54. Kerajaan juga akan terus melaksanakan dasar yang menentukan pembabitan wanita di peringkat pengurusan dan pembuat keputusan pada kadar 30 peratus di sektor awam dan swasta.
55. Kepada golongan belia pula, yang menjadi harapan dan aset penting negara, dengan Dasar Belia Negara yang baru, Kerajaan mahukan potensi mereka dicapai sepenuhnya melalui pengupayaan, pendidikan dan latihan kemahiran, keusahawanan, sukan dan kesukarelawan.
56. Ke arah ini, seperti mana dalam Bajet 2015 yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan cadangan pelaksanaan tiga projek perintis bagi 1Malaysia Youth City, iaitu di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak 100 juta ringgit.
57. Di bawah RMK-11 pula, 1Malaysia Youth City akan mempunyai ekosistem komprehensif, bagi membolehkan belia meningkatkan keupayaan dan memajukan diri dalam pekerjaan dan keusahawanan di samping menikmati kemudahan rekreasi, perumahan, termasuklah rumah transit.
58. Bagi golongan kanak-kanak pula, pusat penjagaan kanak-kanak berkeperluan khas akan diperbanyak. Sementara itu, bagi yang berumur 13 hingga bawah 18 tahun, dan tinggal di institusi kebajikan akan diberi peluang untuk mendapat pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional atau TVET.
59. Selanjutnya, sumbangan dan khidmat bakti yang telah ditabur oleh warga emas kepada negara ini akan senantiasa dihargai. Justeru, sebagai masyarakat penyayang dan prihatin, fasiliti penjagaan warga emas akan ditambah baik dan diperbanyakkan dari masa ke semasa sepanjang tempoh Rancangan ini.
60. Seterusnya, bagi golongan orang kurang upaya, Kerajaan akan memperkukuh kesejahteraan mereka dengan memperluaskan lagi peluang pendidikan, latihan kemahiran dan keusahawanan kepada mereka.
61. Melalui Rancangan ini, Kerajaan dengan kerjasama sektor swasta mensasarkan penambahan 7 lagi pusat kehidupan berdikari baharu di seluruh negara, yang akan memberi manfaat kepada sejumlah hampir 11 ribu OKU.
62. Kerajaan juga komited mencapai sasaran penyertaan OKU untuk mengisi lebih 16 ribu jawatan dalam sektor awam melalui pertimbangan khas. Kini, seramai hampir 4 ribu OKU sedang berkhidmat dalam sektor awam.
Tuan Yang Dipertua,
63. Selaras dengan konsep inklusiviti, bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi negara dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia tanpa mengira gender, etnik, status sosioekonomi dan kedudukan geografi, tumpuan turut diberikan kepada semua kumpulan etnik, sub-etnik dan kumpulan minoriti hatta rakyat Malaysia berketurunan Siam dan Portugis.
64. Antaranya, Program Skim Pinjaman Khas Kampung Baru Cina akan diteruskan dengan menumpukan kepada pinjaman mikro kredit.
65. Bagi masyarakat India pula, satu Blueprint yang menggariskan hala tuju pembangunan sosioekonomi mereka akan disediakan.
66. Untuk Orang Asli dan Bumiputera di Sabah serta Sarawak, tumpuan akan diberikan kepada pemberian hak milik tanah adat atau NCR bagi menggalakkan pembangunan tanah dengan teknologi moden melalui agensi kerajaan berkaitan.
67. Kepada masyarakat Melayu di perkampungan tradisi terutama nelayan dan petani serta isi rumah yang bekerja sendiri, akan disediakan kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan termasuk memodenkan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan produktiviti serta pendapatan mereka.
Tuan Yang Dipertua,
68. Bercakap tentang pembangunan bandar dan luar bandar secara saling melengkapi, penyediaan prasarana asas luar bandar seperti jalanraya akan diteruskan, terutamanya di Sabah dan Sarawak.
69. Kerajaan akan membina 3 ribu kilometer jalan berturap lagi di luar bandar bagi tempoh 2016 sehingga 2020. Akses kepada bekalan air dan elektrik di seluruh negara pula, akan dipertingkatkan kepada 99 peratus pada tahun 2020.
70. Bagi bekalan air bersih dan terawat melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar pula, sukacita dinyatakan, lebih 10 bilion ringgit akan diluluskan.
71. Manakala, lebih 3 bilion ringgit lagi, turut diluluskan untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar. Ini,… akan memberi impak kepada hampir 40 ribu rumah.
Tuan Yang Dipertua,
72. Dari aspek pembangunan ekonomi wilayah, dalam tempoh 2011 sehingga 2014, lima koridor, iaitu Iskandar Malaysia, Koridor Pembangunan Sabah, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Utara dan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak, telah berjaya menarik pelaburan komited sebanyak 307 bilion ringgit, dengan 57 peratus atau 175 bilion ringgit pelaburan. Jumlah pelaburan ini, menjana sebanyak lebih 427 ribu peluang pekerjaan.
73. Maka, untuk RMK-11 ini, Kerajaan mensasarkan sebanyak 236 bilion ringgit pelaburan dan mewujudkan sebanyak 470 ribu pekerjaan lagi di kelima-lima koridor wilayah tersebut.
Tuan Yang Dipertua,
74. Berhubung hal pembangunan ekonomi wilayah juga, sukacita saya umumkan,… Kerajaan akan mewujudkan Malaysia Vision Valley.
75. Malaysia Vision Valley ini yang terletak di bahagian barat Negeri Sembilan, meliputi Nilai, Seremban dan Port Dickson dengan cadangan kawasan seluas 108 ribu hektar.
76. Sebagai makluman, Malaysia Vision Valley ini merupakan satu lagi projek pembangunan bersepadu baharu, meliputi beberapa kluster strategik yang bertujuan untuk melengkapi pembangunan di Lembah Klang, khususnya di Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Tuan Yang Dipertua,
77. Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pula, akan terus menjadi agenda nasional. Peratus Bumiputera kepada populasi negara kini, adalah 68 peratus berbanding 62 peratus 25 tahun yang lalu.
78. Maka dengan itu, inisiatif-inisiatif bagi Bumiputera bukan sekadar harus, tetapi wajib dilaksanakan. Kerajaan akan tetap memperjuangkan dasar-dasar Bumiputera, tetapi mestilah berasaskan meritokrasi sesama Bumiputera.
79. Seterusnya, ucapan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan pada 2013, kita komited dan berazam sepenuhnya, untuk mensasarkan kadar 30 peratus Pemilikan Ekuiti Bumiputera, berjaya dicapai menjelang 2020 nanti. Insya-Allah.
80. Seterusnya lagi, untuk meningkatkan pemilikan ekuiti korporat Bumiputera, sukacita saya ingin memaklumkan bahawa, pengeluaran wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera 2 akan dilancarkan, tertakluk kepada syarat penabungan minima.
Tuan Yang Dipertua,
81. Kesejahteraan rakyat adalah segala-galanya. Apa ertinya kemajuan tanpa sentosa dan bahagia mendatangi kehidupan.
82. Oleh itu, di bawah RMK-11 ini, tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan akan terus dipertingkatkan. Ke arah itu, antara inisiatifnya, bilangan katil di kedua-dua hospital awam dan swasta akan ditingkatkan sebanyak 25 peratus kepada 73 ribu katil pada tahun 2020.
83. Sasaran ini akan dicapai antaranya, menerusi pembinaan 6 hospital baru di Kemaman, Bentong, Baling, Pendang, Pasir Gudang dan Maran. Manakala, 2 buah hospital di Sabah iaitu Hospital Tawau dan Hospital Kota Marudu serta Hospital Miri di Sarawak akan dinaiktaraf. Selain pembinaan hospital baru, Kerajaan juga sedang giat menyiapkan hospital di Sri Aman, Sarawak.
84. Di samping itu, bagi menambahbaik akses kepada penjagaan kesihatan terutamanya di kawasan luar bandar, sebanyak 165 buah Klinik 1Malaysia akan dibina dengan kos sebanyak 33 juta ringgit.
85. Pada masa yang sama, lebih ramai pakar perubatan dan kakitangan kesihatan yang berkemahiran tinggi akan disediakan. Matlamat Rancangan ini, menjelang tahun 2020, nisbah doktor kepada penduduk dijangka meningkat kepada seorang doktor bagi setiap 400 penduduk.
86. Dalam perkara ini, sekalipun World Health Organization atau WHO, tidak menetapkan apa-apa nisbah khusus, namun sekadar perbandingan dan makluman, Ahli-Ahli Yang Berhormat, nisbah doktor kepada populasi kita kalau nak dibandingkan dengan negara Singapura 1 kepada 502, manakala di United Kingdom adalah 1 kepada 358. Ini adalah satu hal yang sungguh positif.
87. Bahkan, selain daripada perkhidmatan kesihatan awam kita yang hampir percuma, yakni bayaran hanya seringgit jika kita ke Hospital Kerajaan dan Klinik 1 Malaysia,…bagi rawatan pesakit luar.
88. Secara keseluruhannya lagi, WHO telah mengiktiraf bahawa, sistem perkhidmatan kesihatan di negara ini adalah antara yang terbaik di rantau Pasifik Barat.
89. Meskipun begitu, kita perakui hakikat bahawa kita masih perlu menangani kekurangan pakar-pakar perubatan khususnya, di kawasan-kawasan luar bandar.
Tuan Yang Dipertua,
90. Rumah tempat tinggal, dan bumbung tempat berlindung dari panas dan hujan, adalah antara 3 keperluan asas kehidupan kepada semua.
91. Seiring ini, bagi meneruskan agenda pemilikan perumahan rakyat, semenjak 2013, Kerajaan mensasarkan untuk membina 1 juta rumah mampu milik untuk rakyat.
92. Jadinya, bagi merealisasikan sasaran tersebut, pembinaan perumahan mampu milik kepada rakyat dibuat melalui kerjasama antara kerajaan negeri dan sektor swasta antaranya, menerusi program PR1MA, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, Projek Perumahan Rakyat dan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia.
93. Daripada jumlah 1 juta unit rumah yang dihasratkan tersebut, sebanyak 182 ribu unit rumah dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada akhir tahun 2015. Di samping itu, kira-kira lebih 23 ribu unit telah disediakan oleh kerajaan negeri dan FELDA.
94. Jikalau, dalam tempoh RMK-10, sekitar 74,300 unit rumah mampu milik telah dibina oleh sektor swasta di pelbagai negeri, di bawah RMK-11 pula, sejumlah 653 ribu unit rumah lagi akan dibina juga oleh pelbagai pihak.
Tuan Yang Dipertua,
95. Sebagai satu program baru lagi, yang akan mengubah wajah rumah-rumah di kampung dan luar bandar, sukacita saya mengumumkan bahawa, satu program baik-pulih secara besar-besaran melibatkan sebanyak 400,000 rumah dalam tempoh Rancangan. Sebanyak 5,000 ringgit hingga 10,000 ringgit akan diperuntukkan kepada setiap rumah.
Tuan Yang Dipertua,
96. Sememangnya bidang sukan merupakan medium perpaduan yang sangat diminati dan popular di kalangan rakyat. Oleh itu, Kerajaan akan menggalakkan bidang ini demi melahirkan atlet-atlet jagoan dan bertaraf dunia seperti Dato’ Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Sazali Abdul Samad dan Pandelela Rinong.
97. Lantaran itu, bagi melahirkan lebih ramai atlet yang cemerlang, di bawah RMK-11, Universiti Malaya dipilih untuk menumpukan kecemerlangan dalam sukan badminton, manakala Universiti Teknologi MARA akan menumpukan kepada kecemerlangan sukan bola sepak.
98. Di samping itu, Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari, di Gambang Pahang, yang telah dilancarkan pada tahun 2014 akan terus diperhebat demi mempastikan pembangunan pemain, kejurulatihan, kemudahan dan pertandingan secara berterusan, dilaksanakan pada peringkat usia muda.
Tuan Yang Dipertua,
99. Kemajuan juga bererti berkembangnya kesenian, kebudayaan dan ketamadunan. Sebab itulah, RMK-11 turut mementingkan golongan karyawan dan penggiat seni tanahair.
100. Untuk itu, aktiviti kesenian akan dipergiat dengan menaik taraf Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau ASWARA, daripada tahap akademi kepada status universiti dalam usaha menghasilkan penggiat seni dan budayawan yang berkaliber. Sehubungan itu juga, industri kreatif akan terus dipergalakkan.
Tuan Yang Dipertua,
101. Modal insan adalah sumber terpenting kepada pembangunan negara. Maju atau mundurnya sesebuah negara bergantung penuh kepada kekuatan dan kehebatan nilai, kompetensi dan kemahiran insaniah.
102. Berhubung ini, sukalah saya maklumkan, melalui RMK-11 ini sejumlah 1.5 juta peluang pekerjaan baharu, bakal diwujudkan.
103. Antara langkah yang akan diambil ialah, menambah baik produktiviti buruh dan gaji, serta mempertingkatkan kecekapan operasi pasaran buruh.
104. Selanjutnya, pada akhir tempoh RMK-11 kelak, Kerajaan mensasarkan peningkatan produktiviti buruh pada kadar purata 3.7 peratus setahun, berbanding 2.6 peratus setahun pada RMK-10.
105. Dalam Rancangan ini, Kerajaan juga mensasarkan agihan pampasan pekerja kepada KDNK meningkat kepada 40 peratus, berbanding dengan 34 peratus pada tahun 2013. Maksudnya, jika sesebuah syarikat menjana 10 ribu ringgit, agihan yang diberikan kepada pekerja adalah secara puratanya 4 ribu ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
106. Merujuk kepentingan dan kebajikan warga kerja, Kerajaan akan memperkenalkan Indeks Gaji Nasional sebagai petunjuk dan penanda aras kepada majikan dalam menetapkan gaji yang setimpal dengan produktiviti, kemahiran, kelayakan dan kepakaran pekerja.
107. Dalam pada itu, paras Gaji Minimum akan terus dikaji secara berkala berasaskan persetujuan tripartite, yakni pihak Kerajaan, majikan dan kesatuan pekerja.
Tuan Yang Dipertua,
108. Realitinya lagi, dalam menuju negara maju, kita memerlukan lebih ramai pekerja yang berkemahiran tinggi. Oleh sebab itu, Kerajaan mahu supaya lebih ramai pelajar yang mendapat pendidikan berbentuk kemahiran dan vokasional dilatih dan dilahirkan, yang jumlahnya kini hanya 25 peratus daripada tenaga kerja.
109. Rancangan ini bermatlamat melonjakkan jumlahnya kepada 35 peratus, supaya dapat beriring dengan graduan akademik dan profesional.
110. Sebab itulah, dalam mengatasi dan mendepani keperluan ini, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau TVET akan diperkasakan.
111. Ke arah ini, sukacita saya mengumumkan antara lain, 1 bilion ringgit akan diperuntukkan kepada Tabung Pembangunan Kemahiran, berbanding 500 juta ringgit pada tempoh Rancangan yang lalu.
112. Melalui program ini, lepasan TVET berpeluang untuk mendapat pekerjaan dengan kadar pendapatan nilai tambah yang tinggi dalam sektor-sektor seperti minyak dan gas, kejuruteraan penerbangan, perkapalan serta automotif.
113. Selain itu, Program Sistem Latihan Dual Nasional disesuaikan daripada model latihan TVET di negara Jerman yang 70 peratus kandungan latihan adalah berorientasikan apprenticeship. Ianya dijangka meningkatkan jumlah pelatihnya daripada 164 ribu kepada 225 ribu pelatih pada tahun 2020.
114. Sehubungan ini, bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam program apprenticeship ini, Kerajaan bercadang memberi insentif berbentuk geran dan pengecualian cukai pendapatan.
Tuan Yang Dipertua,
115. Laginya, dalam ikhtiar meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 sedang dilaksanakan dengan rapi.
116. Daya saing sesebuah negara bergantung kepada penguasaan kita dalam pendidikan STEM atau Science, Technology, Engineering and Mathematics. Begitu juga, pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dan bahasa kebangsaan sebagai pengukuhan jati diri rakyat Malaysia.
117. Di samping itu, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta pendidikan agama dan moral adalah di antara subjek yang perlu diberi keutamaan.
Tuan Yang Dipertua,
118. Seperkara yang mustahak lagi, ingin saya nyatakan kepada Dewan yang mulia, dalam tempoh Rancangan,… kadar penyertaan murid dari peringkat prasekolah sehingga sekolah menengah akan disasarkan kepada 100 peratus enrolmennya menjelang 2020.
119. Untuk pendidikan rendah dan menengah juga, sejumlah sekurang-kurangnya 80 buah sekolah baru akan dibina di seluruh negara dalam tempoh 2 tahun pertama semasa Rancangan, meliputi antaranya 2 buah di Perlis, 2 buah di Melaka, 5 buah di Sabah dan 5 buah lagi di Sarawak.
120. Ini tidak termasuk sebagai contoh, dua buah Maktab Rendah Sains MARA yang akan dibina di Sik, Kedah dan Tanah Merah, Kelantan, serta sebuah sekolah menengah yang majoritinya Orang Asli di Sungai Siput, Perak yang sudah hampir siap binaannya.
121. Manakala, beberapa buah Sekolah Berasrama Penuh akan dibina, seperti di Keningau, Sabah dan Manjung, Perak.
122. Menyentuh pendidikan tinggi pula, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) merupakan antara strategi utama RMK-11.
123. Langkah ini dijangka dapat menyokong pencapaian sasaran 80 peratus graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian.
Tuan Yang Dipertua,
124. Berbicara tentang pertumbuhan hijau, pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Copenhagen 2009, Malaysia telah dengan secara sukarela mensasarkan pengurangan intensiti pelepasan gas rumah kaca atau Greenhouse Gas daripada KDNK, sehingga 40 peratus menjelang tahun 2020.
125. Sehingga akhir tahun 2013, Malaysia telah berjaya mengurangkan sebanyak 33 peratus intensiti pelepasan Greenhouse Gas daripada KDNK, hasil daripada pelaksanaan langkah mitigasi.
126. Di sudut ini juga, senario global warming yang berlaku di seluruh dunia telah mengakibatkan pelbagai bencana alam seperti banjir, hakisan pantai dan tanah runtuh. Ini telah menjejaskan aktiviti ekonomi serta punca pendapatan dan keselamatan rakyat.
127. Selain itu, untuk projek Rancangan Tebatan Banjir atau RTB, antaranya, Kerajaan akan melaksanakan RTB Sungai Kelantan secara bersepadu melalui pembinaan empangan Nenggiri dan Lebir.
128. Projek-projek lain termasuklah RTB Sungai Kuantan, Pahang, Sungai Moyog di Sabah, Sungai Perak dan Sungai Kemaman di Terengganu.
Tuan Yang Dipertua,
129. Pembangunan infrastruktur adalah tulang belakang dalam melonjakkan kemajuan negara serta kesejahteraan rakyat.
130. Rancangan ini menarik perhatian kepada antaranya beberapa pembangunan infrastruktur yang akan memberi impak tertinggi dalam mencapai status negara maju. Ini, termasuklah pembinaan lebuhraya, kemudahan MRT dan LRT, loji janakuasa elektrik, loji rawatan air, dan inisiatif jalur lebar berkelajuan tinggi.
131. Bagi pembangunan rangkaian jalan raya, Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer yang sedang dibina, akan meningkatkan hubung-jalin di Sabah dan Sarawak.
132. Manakala, Central Spine Road, yang menghubungkan Kuala Krai ke Simpang Pelangai Pahang dan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai akan menambah-baik hubung-jalin di Semenanjung Malaysia dan memangkin pertumbuhan di wilayah pantai timur.
133. Kemudiannya lagi, Lebuh Raya Pantai Barat yang dijangka siap pada tahun 2019, akan menyediakan akses yang lebih baik kepada penduduk pantai barat di Perak dan Selangor.
134. Juga, Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru dengan jarak 197 kilometer akan dilaksanakan.
Tuan Yang Dipertua,
135. Bagi pengangkutan awam juga, suka saya kongsikan, pembinaan Klang Valley Mass Rapid Transit Laluan Sungai Buloh ke Kajang, Laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya dan LRT3, kesemuanya akan berlangsung dalam RMK-11.
136. Pembinaan High Speed Rail juga untuk makluman Tuan Yang Dipertua, yang akan menjajari Bandar Malaysia di Kuala Lumpur, hingga ke Jurong East di Singapura, akan dilaksanakan.
137. Kemudahan ini bakal mempercepatkan perjalanan KL ke Singapura, pada hanya 90 minit. Setelah siapnya projek ini kelak, akan meningkatkan manfaat ekonomi antara kedua-dua buah negara yang paling pesat membangun di rantau ini.
Tuan Yang Dipertua,
138. Berkait perkhidmatan jalur lebar pula, Kerajaan akan meningkatkan liputannya secara menyeluruh, melalui Inisiatif Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi atau HSBB2, dan Inisiatif Jalur Lebar Pinggir Bandar untuk menyokong pertumbuhan ekonomi.
139. Dengan ini, sukacita dimaklumkan, menjelang 2020, semua isi rumah di ibu negeri dan kawasan pertumbuhan berimpak tinggi, akan mendapatkan akses perkhidmatan jalur lebar berkelajuan 100 megabit sesaat.
140. Manakala, saudara-saudara kita di kawasan pinggir bandar dan luar bandar pula akan dapat akses perkhidmatan jalur lebar 20 megabit sesaat…dalam kata lain, lagi laju daripada rumah kita sekarang ini.
Tuan Yang Dipertua,
141. Seterusnya, loji-loji janakuasa elektrik baharu untuk menjana 7,626 Megawatt kuasa elektrik akan dibina. Antaranya adalah 3 buah projek loji janakuasa elektrik arang batu di Johor, Perak dan Negeri Sembilan serta 2 buah projek loji janakuasa elektrik gas di Pulau Pinang dan Johor.
142. Ini semua, dengan anggaran jumlah kos pelaburan sebanyak 28 bilion ringgit dan akan mewujudkan lebih kurang 35,000 jumlah peluang pekerjaan baharu.
Tuan Yang Dipertua,
143. Loji Rawatan Air Langat 2 pula adalah penting bagi menjamin bekalan air yang berterusan. Margin rizab bagi Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada masa sekarang adalah lebih kurang 4 peratus.
144. Bagi mempastikan margin rizab di antara 10 hingga 15 peratus seperti yang digariskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, pelaksanaan ini perlu disegerakan. Kelewatan pelaksanaan projek ini akan menyebabkan integriti bekalan air dan kesejahteraan rakyat Selangor serta Lembah Kelang terjejas.
Tuan Yang Dipertua,
145. Di sudut lain, perkhidmatan pembetungan bersambung pula disasarkan meningkat daripada 63 peratus kepada 80 peratus di bandar utama. Oleh itu, Projek Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan di Kinta Barat, Papan, Perak,… akan dibina dengan anggaran kos berjumlah 2 bilion ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
146. Berhubung sumber gas asli, medan gas yang sedia ada, khususnya di Semenanjung Malaysia semakin matang. Dari itu, kemudahan pengimportan gas asli perlu ditambah untuk memenuhi permintaan gas asli pada masa hadapan.
147. Lantasnya, Terminal Regasifikasi 2 sedang dibina di Pengerang, Johor sebagai tambahan kepada Terminal Regasifikasi 1 di Melaka, yang mula beroperasi pada tahun 2013.
148. Selain itu, pembangunan Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang akan terus dilaksanakan dengan pelaburan sebanyak 53 bilion ringgit pada 2016.
149. Selain daripada itu, projek infra utama yang akan dilaksanakan dalam Rancangan ini, termasuklah pembinaan lapangan terbang Mukah dan Lawas di Sarawak, pembesaran lapangan terbang Kota Bharu dan penambahbaikan Pelabuhan Kuantan. Terminal Padang Besar juga akan dinaiktaraf dalam merancakkan lagi kendalian kargo dari Selatan Thailand untuk dieksport melalui Pelabuhan Klang.
Tuan Yang Dipertua,
150. Seterusnya, kajian empirikal membuktikan bahawa wujudnya korelasi yang kuat antara inovasi dan produktiviti. Survival dan berjayanya sesebuah organisasi atau negara itu, sangat bergantung kepada penekanan terhadap dua perkara ini.
151. Justeru, untuk sentiasa kekal mendepani kelok kemajuan, Malaysia akan terus membudayakan inovasi yang membawa kepada peningkatan produktiviti dalam semua peringkat, sama ada di peringkat nasional, industri mahupun perusahaan.
152. Sehubungan itu, satu Blueprint Produktiviti Nasional akan digubal bagi menggariskan hala tuju serta merangka tindakan komprehensif lagi spesifik dalam memacu produktiviti. Bagi maksud ini, Majlis Produktiviti Nasional akan diwujudkan.
153. Salah satu langkah untuk meningkatkan produktiviti, Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan akan ditubuhkan untuk menyelaras, dan memantau pelaksanaan Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan.
154. Sektor industri pengangkutan dan penyimpanan dijangka berupaya mewujudkan sejumlah 146 ribu peluang pekerjaan baharu berkemahiran tinggi kepada rakyat.
155. Dalam usaha meningkatkan tahap inovasi negara lagi, Kerajaan akan turut mengambil pendekatan yang pelbagai. Umpamanya, peralihan daripada pendekatan secara Government-centric kepada pendekatan keseluruhan masyarakat dan memberi peluang kepada penglibatan organisasi berasaskan komuniti.
156. Selaras itu, kerjasama penyelidikan antara Kerajaan, industri dan ahli akademik akan terus diperkemas. Salah satu contoh sedia ada adalah, seperti Steinbeis Malaysia Foundation, SIRIM-Fraunhofer dan Jaringan Penyelidikan Awam Swasta yang ditubuhkan bagi meningkatkan pengkomersialan hasil penyelidikan.
157. Makanya, menjelang tahun 2020, pengkomersialan output R&D disasar meningkat kepada 10 peratus berbanding 5 peratus pada tahun 2013.
Tuan Yang Dipertua,
158. Melalui Rancangan ini juga, sektor-sektor utama seperti perkhidmatan, pembuatan, pertanian, perusahaan kecil dan sederhana, akan terus dipastikan signifikasi sumbangannya kepada KDNK negara.
159. Dalam sektor perkhidmatan, antara industri yang akan digalakkan adalah kewangan Islam, ICT, minyak dan gas, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan tinggi swasta, pelancongan dan industri Halal.
160. Pada tahun ini, Blueprint Sektor Perkhidmatan yang mempunyai 29 pelan tindakan, mensasarkan peningkatan produktiviti buruh dari 68,111 ringgit pada tahun 2015, kepada 83,411 ringgit menjelang tahun 2020. Sektor ini, Insya-Allah, dijangka menyumbang sebanyak 55.3 peratus kepada KDNK.
161. Bagi sektor pembuatan pula, akan dipacu oleh beberapa subsektor pemangkin iaitu kimia, elektrik dan elektronik, mesin dan peralatan, peranti perubatan serta aeroangkasa. Yang penting, sektor ini akan membuka 2.8 juta lagi peluang pekerjaan.
162. Seterusnya, bagi merancakkan pertumbuhan eksport baru-baru ini, Majlis Eksport Negara telah ditubuhkan. Majlis ini bertanggungjawab bagi menggalakkan pertumbuhan eksport termasuk meningkatkan ekosistem eksport dengan menaik taraf infrastruktur, meningkatkan aktiviti dalam rantaian nilai, memaksimumkan peluang perdagangan terutamanya dengan negara-negara ASEAN dalam jangkamasa pendek dan sederhana.
Tuan Yang Dipertua,
163. Jika negara perlu melakukan inovasi, bandar-bandar utama kita juga perlu melakukan inovasinya supaya kekal relevan. Kini, bandaraya-bandaraya besar dunia, bukan hanya berlumba-lumba mencari pelaburan, tetapi ia menjadi persaingan bakat-bakat terbaik dunia untuk mentransformasikan bandar-bandar ini dan seterusnya negara mereka.
164. Jika dahulu, kalau berbicara tentang negara China, hanya bandar Beijing dan Shanghai diperkatakan. Namun kebelakangan ini, bandar-bandar lain di negara China seperti Shenzhen atau Guangzhou, menjadi sebutan di persada dunia.
165. Justeru, bagi meningkatkan daya saing negara, bandar-bandar Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu telah dikenal pasti untuk melonjak pertumbuhan ekonomi. Bandar-bandar ini akan merangka pelan induk persaingan masing-masing supaya selaras dengan aspirasi negara di bawah RMK-11.
Tuan Yang Dipertua,
166. Sesungguhnya, kita sentiasa menghargai jasa dan khidmat kakitangan awam dan anggota keselamatan. Untuk itu, dalam Rancangan ini, Kerajaan akan terus menjamin kebajikan mereka seperti pembangunan kerjaya, skim perkhidmatan dan perumahan dari masa ke semasa.
167. Di samping itu, penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat akan terus dimantapkan dari segi kepantasan khidmat, kecekapan dan integriti.
Tuan Yang Dipertua,
168. Bagi keseluruhan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas ini, Kerajaan akan menyediakan siling peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak 260 bilion ringgit sepanjang tempoh 2016 hingga 2020.
PENUTUP
Tuan Yang Dipertua,
169. Seandai dan sekira diqabul dan diperkenankan oleh Allah jua, realitinya, dalam pada kita menongkah separuh jalan Rancangan ini, tinggal hanya setahun dua saja lagi, era yang disebut sebagai beyond 2020.
170. Meskipun dengan segala perencanaan yang kita perbuat ini, gambaran dan warna Malaysia pasca 2020 nanti, adalah amat penting untuk dijiwai suasana dan keadaannya kala itu. Barulah kita dapat berfirasat dalam meneruskan momentum pertumbuhan dan rentak perjalanan, sebuah kelana negara ini supaya tidak tersasar.
171. Ini bermaksud, bayangan dan corak Malaysia contohnya, pada tahun 2030, antaranya, jumlah penduduk mencecah kira-kira 36 juta, kadar urbanisasi meningkat kepada 80 peratus, KDNK sebanyak 2.6 trilion ringgit, KDNK per kapita pula melebihi 117 ribu ringgit dan perdagangan dunia dijangka menjangkau 44 trilion dolar Amerika.
172. Yang terlebih utama, kita mahu adalah, wujudnya National Consensus atau Kesefahaman Nasional tentang halatuju negara pasca 2020.
173. Berbalik dan berpasak kepada pelbagai prakarsa atau inisiatif besar, selama bertahun-tahun ini, seperti bajet 2015, telah dirangka atas keseimbangan antara capital economy dan people economy.
174. Tatkala, berdepan dengan ketidak tentuan harga minyak dan kemelut ekonomi global, pada awal tahun ini pula, kerajaan tanpa berlengah telah membuat pengumuman khas, untuk mengambil langkah-langkah proaktif mengubah polisi-polisi bagi mempastikan negara kekal berada di trajektori dan landasan yang betul lagi tepat.
175. Ini membuktikan, Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah Kerajaan yang pragmatik dan sistematik dalam menyusun dan mencartakan apa jua kepentingan rakyat,… sekalipun dalam banyak hal, kita telah berbuat sehabis baik begini-begini,… namun,… ditohmahnya pula oleh orang, begitu-begitu,…..
Tuan Yang Dipertua,
176. Dalam hal lain,… apabila Kerajaan dengan ikhlasnya pulak,… memutuskan supaya subsidi pukal diganti dengan subsidi bersasar agar bantuan dapat diberi terus kepada golongan yang sangat memerlukan melalui BR1M,… tiba-tiba,… dituduh dan diperkata pulak,… sekian-sekian.
Tuan Yang Dipertua,
177. Berkenaan GST, umum berpendapat ia adalah baik untuk negara. Namun, setelah mendengar rungutan dan hingga berlakunya kekeliruan kepada rakyat, kita perakui sistem ini, mengambil masa bagi proses pelaksanaannya yang lebih efisien dan memuaskan semua pihak.
178. Sehubungan ini, saya nak nyatakan dalam Dewan Yang Mulia, rakyat sekalian janganlah gundah dan runsing,… kerana,… pihak Kerajaan akan memaklumkan tentang hasil kutipan GST ini, ke arah mana perbelanjaannya.
179. Kerana itu,… pagi ini,… saya bagi pihak Kerajaan yang menepati janji, ingin menegaskan bahawa,… kita akan mempastikan hasil GST akan diperuntukkan kembali kepada manfaat dan keperluan rakyat keseluruhannya.
Tuan Yang Dipertua,
180. Walaupun, mutakhir ini, pelbagai dugaan dan rintangan dihadapkan, saya dan pihak Kerajaan memilih hanya SATU jalan, iaitu terus melangkah ke hadapan dan sekali-kali tidak akan berbalik haluan.
181. Ternyata, benarlah kata-kata para alim dan pujangga, hidup ini sememangnya adalah sebuah perjuangan, laksana lautan yang jarang tenang. Sekali ombak naik, sekali ombak turun. Pergantian musim hujan dan musim panas, adakala masa susah dan adakala masa senang.
182. Justeru,… saya menyeru kepada rakan-rakan yang setia,… sekiranya kita bersabar,… seandainya kita terus kukuhkan kepercayaan,… juga keyakinan di dada,… bertawakal kepada yang Maha Kuasa,… kelak… akan terbentanglah jalan keluar dan kemenangan buat kita.
183. Begitulah, kita wajib menghitung doa dan berharap bahawa Rancangan Malaysia Kesebelas ini, akan disokong dan memanfaati semua lapisan.
184. Tak kiralah,… Pak Tani di kebun, Pesawah di bendang, para nelayan, golongan kolar biru dan putih, ahli-ahli korporat mahupun cendekiawan.
185. Hatta, kepada saudara-saudari kita,… di seberang sana, saya mengajak agar sama-sama mendokong usaha murni Kerajaan untuk menjulang Malaysia gagah dan megah di persada antarabangsa.
Tuan Yang Dipertua,
186. Sesungguhnya, perjuangan ini adalah perjuangan yang murni, demi bangsa Malaysia dan pertiwi. Sememangnya jua, beban dan amanah yang sedang digalas ini, adalah berat dan memerlukan jiwa-jiwa besar serta kekuatan dari segenap penjuru. Barulah sebuah negara bangsa yang maju dan berjaya dapat dijelmakan.
187. Pucuk pangkalnya, janganlah dipersiakan, apa yang sudah kita secara susah payah raih dan kecapi. Jauh sekali meruntuhkannya, nauzubillah,… kelak menyesal tidak berguna lagi,….
188. Lantas, marilah kita merenung bait-bait lagu Kebangsaan, “Negaraku, …. Tanah Tumpahnya Darahku,… Rakyat Hidup Bersatu dan Maju…” Itulah tema,… itulah rahsia,… kecemerlangan kita selama ini.
189. Disimpulkan kalam,… Ya Ilahi,… Ya Robbi,… satukanlah hati-hati kami,… berkatilah perjuangan ini,… seraya kita maktub dan keramatkan rancangan Malaysia Kesebelas ini.
Tuan Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
190. Pastinya,…pastinya… setiap satu amal dan setiap satu usaha kita semua,… akan dipersaksi oleh masa dan dihakimi oleh waktu.…
191. Bak kata orang dulu-dulu,… Yang benar tetap benar,…. Buktinya kelak jadi sejarah.
Tuan Yang Dipertua,
Saya mohon mencadangkan.