Memaparkan catatan dengan label Kek & Pastry. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek & Pastry. Papar semua catatan

Isnin, 22 Julai 2013

Minced Beef Pinwheel

 

Bahan yang diperlukan:

Puff Pastry ready made
cheese(saya guna cheddar cheese)
kuning telur ~ untuk sapu di atas permukaan)

Bahan Inti:-

500gm minced beef(daging cincang)
2 ulas bawang putih(cincang)
1 labu bawang bombay(cincang)
2 sudu besar double cream(boleh tukar kepada susu@ tomato puree)
2 biji buah tomato di cincang
sedikit mixed herb
garam secukup rasa
sedikit lada hitam
2 sudu besar minyak zaitun

Cara:

Panaskan minyak zaiton, tumis bawang bombay dan bawang putih hingga kekuningan..masukkan daging cincang. Kacau hingga daging masak. Masukkan buat tomato cincang, kacau lagi hingga tomato masak. Masukkan double cream, kemudian mixed herb dan lada hitam. Perasakan dengan garam. masak hingga kering. sejukkan.
Penyediaan pinwheel:
Ambil sekeping puff pastry, alaskan dengan baking paper.

kemudian, letakkan inti daging cincang tadi di atas permukaan puffpastry. sapu rata...tinggalkan sedikit ruang kosong di bahagian tepi untuk seal di bahagian tepi agar inti tidak mudah keluar.
Taburkan cheese di atas inti daging, gulung dengan menggunakan baking paper seperti menggulung swiss roll.
Kelar di permukaan atas pinwheel tadi mengikut besar saiz pinwheel yang ingin kita potong nanti..sapu permuakaan atas pinwheel dengan kuning telur. Bakar 200C-220C sehingga puff masak/ kekunin-kuningan. Apabila sudah masak, potong mengikut saiz yang telah kita kelar tadi..dan bolehlah dihidangkan. Enak dimakan ketika panas.

Adunan Roti Canai (Dough)

Bahan-bahan:

550gm tepung gandum
230gm air
3 sudu susu pekat manis
garam
1 sudu besar butter yang di cairkan
1 biji telur
margerin untuk melumur adunan

Cara:

Bancuh bahan-bahan air, susu, garam, butter dan telur di dalam satu bekas.

Dalam bekas lain(loyang menguli), masukkan tepung gandum. Tuang bancuhan air tadi kedalam tepung sedikit demi sedikit hingga habis, uli menjadi adunan selama 15 minit.

Rehatkan adunan 5 minit. kemudian uli semula selama 10-15 minit dan rehatkan semula adunan lagi 5 minit kemudian uli semula lagi 10-15 minit. Pastikan adunan di uli selama 3 kali di selangkan dengan 2 kali rehat.

Adunan akan menjadi liut dan tak mudah terkoyak.

Jangan terlebih uli nanti adunan menjadi terlalu lembik atau keras.

Bahagikan doh kepada 10-11 bahagian, kemudian bulat-bulatkan adunan . Setiap adunan di lumurkan dengan margerin kemudian simpan dalam suhu bilik semalaman.

Rabu, 3 Julai 2013

Roti Bakar Special

Bahan-Bahan
Roti Gardernia
Telur
Mentega/marjerin
Mayonis
Garam
Serbuk lada hitam
Cara-cara
Ambil sekeping roti. Sapukan sebelahnya dengan marjerin/mentega dan mayonis disebelah yang satu lagi. Letakkan roti yang bersapu mentega atas tray/dulang pembakar. (Bhgn mayonis disebelah atas)
Ambik sekeping lagi roti, sapukan mentega. Potong bulat ditengah-tengahnya.
Tangkupkan roti tersebut dengan bahagian yang bersapu mayonis. (utk roti lapisan ke2 bhgn bersapu mentega disebelah atas.) Manakala roti yang dipotong bulat letakkan ditepi dulang.
Masukkan tray roti kedalam ketuhar yang telah dipanaskan.
Pecahkan telur. Tuang ke atas roti yang telah dilubangkan tadi. Taburkan dengan garam dan lada hitam. Bakar dengan api atas bawah sampai masak.
Hidangkan dengan sos cili yang sesuai.
Roti Bakar Special Oleh:Norashikin Rahmat cc : www.facebook.com/bukuresepi  Bahan-Bahan Roti Gardernia Telur Mentega/marjerin Mayonis Garam Serbuk lada hitam   Cara-cara  Ambil sekeping roti. Sapukan sebelahnya dengan marjerin/mentega dan mayonis disebelah yang satu lagi.  Letakkan roti yang bersapu mentega atas tray/dulang pembakar. (Bhgn mayonis disebelah atas)  Ambik sekeping lagi roti, sapukan mentega. Potong bulat ditengah-tengahnya.  Tangkupkan roti tersebut dengan bahagian yang bersapu mayonis. (utk roti lapisan ke2 bhgn bersapu mentega disebelah atas.)  Manakala roti yang dipotong bulat letakkan ditepi dulang.  Masukkan tray roti kedalam ketuhar yang telah dipanaskan.  Pecahkan telur. Tuang ke atas roti yang telah dilubangkan tadi.  Taburkan dengan garam dan lada hitam.  Bakar dengan api atas bawah sampai masak.  Hidangkan dengan sos cili yang sesuai.  P/s : sedap makan panas-panas
P/s : sedap makan panas-panas
Oleh:Norashikin Rahmat

Isnin, 17 Jun 2013

Roti Pita Ber’SOS’

ROTI PITA BERSOS (utk 2 keping roti pita) Oleh:Nurul Suraya Mohd Khazali cc : www.facebook.com/bukuresepi   Bahan2 2 keping daging burger/ayam 2 keping roti pita (potong 2) timun( potong dadu) tomato(potong dadu) bawang besar (potong dadu) mayonis sos cili blackpaper  Cara2 masak daging burger (half cook) kemudian hancurkn(ketepikan)kemudian tumis bawang, timun,tomato yg dipotong td bersama sos cili,mayonis,blackpaper dn terus masuk daging burger td..kacau seketika..potong rotii pita dan isikan..makan panas2...selamat mencuba..
Bahan2
2 keping daging burger/ayam
2 keping roti pita (potong 2)
timun( potong dadu)
tomato(potong dadu)
bawang besar (potong dadu)
mayonis
sos cili
blackpaper
Cara2
masak daging burger (half cook) kemudian hancurkn(ketepikan)kemudian tumis bawang, timun,tomato yg dipotong td bersama sos cili,mayonis,blackpaper dn terus masuk daging burger td..kacau seketika..potong rotii pita dan isikan..makan panas2...selamat mencuba..


Rabu, 12 Jun 2013

Resepi Kek Gula Hangus

Bahan-bahan
(A)
250gm gula
225ml air
1 sudu besar mentega
Bahan-bahan
(B)
125gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
( diayak)
4 biji telur (gred A)
2 sudu besar susu pekat manis
Cara Membuatnya
1. Masak gula hingga cair (jangan terlalu hangus, nanti pahit) tuang air sedikit-sedikit dan teruskan kacau sampai menjadi betul-betul cair. padamkan api dan masukkan mentega, kacau biar sebati.
2. (dalam bekas lain) pukul telur hingga pekat dan gebu, setelah itu, masukkan susu dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Seterusnya masukkan bahan yang telah diayak dan kacau lagi.
4. Masukkan air gula tadi dan gaul hingga betul-betul sebati. dan akhir sekali apa lagi bakarlah hingga maskkkk....
AAaaaaaa....senangkan? senang saja KY ni hihihi..betul senang je, kalau u alls nak lagi cantik, kukus pun boleh, lagi lembut dan gebu....oklah..sampai sini saja kelas kita untuk kali ini, lain kali kita belajar lagi, yang penting cuba jangan tak cuba...

Selasa, 14 Mei 2013

Spaghetti Beef, Mushroom & Cheese Bolognese

Bahan-bahan :
Spaghetti
5 biji tomato (RM 1 wahaha murah!)
1/2 daripada 1 tube daging kisar
1 biji bawang besar
5 sudu besar cili giling
3 sachets VONO Mushroom Cheese Instant Soup
Daun bawang
: Cara-cara :



Celur spaghetti, jangan lupa letak minyak sikit untuk mengelakkan ia melekat
Tomato Puree
Buah tomato dipotong dadu. Didihkan di dalam periuk sehingga tekstur menjadi hancur. Sukatan air terpulang.
Bolognese Sauce
Tumis bawang dan cili giling.
Apabila sudah terbit minyak, masukkan daging kisar. Gaul sehingga daging bertukar warna.
Masukkan tomato puree, Vono Mushroom Cheese Instant Soup & garam.
Let it simmer/boil gently. Once dah boiled, letak beberapa genggam daun bawang.
Voila !
Tomato is loaded with folate, Vitamin C & potassium =) Sangat nutritious!
Bagi aku sedap juga pakai raw tomato! Boleh rasa tekstur tomato tu bila makan. Lagipon, ia adalah organik, tak payah beli tomato dalam tin yang ada pengawet. Aku suka hati je masukkan Vono Mushroom & Cheese soup untuk menambahkan kelikatan sekaligus memberi rasa cendawan dalam bolognese sauce ni =)
Served with potato salad on top. Budak-budak mesti suka Beef, mushroom & cheese bolognese ni sebab rasa dia tak berapa pedas & creamy !