Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan

Rabu, 15 April 2015

Daging Masak Merah Ala Thai


Bahan-bahan:
1/2 kilo Daging - dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah
2 sudu besar lada kering - yang diblend
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili api - diketuk (terpulang ler pada masing2, nak pedas tambah lagi, tak nak buleh kurangkan)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut - dikoyakkan
Serai - dititik
Kacang panjang - dipotong memanjang
Garam secukup rasa
Perasa secukup rasa
Sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah

Cara membuatnya
Memula, goreng ler daging tu sebentar, ketepikanTumiskan bawang putih hingga naik bau.Masukkan lada kering yang diblend tadi,Kacau hingga lada nampak sedikit garing.Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram,Kacau seketika.Masukkan air bancuhan tepung jagung,Masukkan air ke dalam kuali itu Masukkan daun limau purut dan serai,Masukkan bawang besar ,Masukkan garam&perasa.Kacau sebentar.Masukkan air bancuhan tepung jagung.Setelah kuah nampak likat, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi goreng tadi.

Selasa, 24 Februari 2015

Daging Gulai Darat

 
Gulai darat adalah salah satu menu masakan yang cukup popular di negeri Cik Siti Wan Kembang. Kebiasannya ia di sediakan pada hari kenduri-kendara atau pada majlis perkhawinan. Gulai Darat rasanya cukup istimewa, daging nya yang di potong kecil dan lembut dengan rempah ratus istimewa menjadikan sajian ini di sukai ramai.

Sekali imbas kita lihat macam kari pun ada macam rendang cair pun ada tapi rasanya agak berbeza dan lain dari yang lain. Bagi anda yang berpeluang ke negeri Kelantan, jangan lupa untuk pekena sepinggan nasi bersama gulai darat yang istimewa ini.

Biasanya bila nak masak gulai darat ia ada rempah khas untuk memasak gulai darat. Rempah ini anda boleh dapatkan daripada pasar yang menjual rempah di negeri Kelantan. Tapi bagi anda yang tak berpeluang nak dapatkan rempah tu .. jangan berasa kempunan pulak tak dapat nak merasa.. hari ini ita kongsikan resepi yang di kongsikan oleh Kak Noly

Apa yang istimewanya kak Noly kongsikan bagaimana kita nak sediakan rempahnya jika kita tak dapat cari rempah gulai darat. Mudah sahaja rupanya anda hanya perlu campurkan cili serbuk dengan kunyit hidup.. tadaaa... dah dapat dah rempah gulai darat..mudah aje kan.. Kerana ita tak ada stock rempah gulai darat dalam simpanan, ita cuba kaedah yang kak Noly tunjukkan dan memang sedap juga.. tak banyak bezanya dengan yang menggunakan rempah gulai darat

Menurut kak Noly lagi gulai darat ni kuahnya tidak terlalu cair dan tidak terlalu kering.. ialah yang biasa ita makan bila ke Kelantan kuahnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.. yang sedan-sedang aje.. Ianya tidak terlalu pedas dan sesuai untuk hidangan anak-anak juga..  Jom kita intai resepi yang sedap sangat ni..



1/2 kg daging
4 cawan santan dari 1 biji kelapa
1 ketul ubi badak saiz kecil atau  3 biji kentang
3 sdm kerisik
3 sdm rempah gulai darat
1 cm gula melaka
garam secukup rasa
2 keping asam keping
sedikit mnyk utk menumis

Bahan Kisar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1/2 cm lengkuas
2 sdm ketumbar biji ~ sangai tanpa minyak dahulu

* Jika tiada rempah gulai darat, boleh campurkan 1 cm kunyit hidup dan 2 sudu makan serbuk cili dalam gulai. Versi yang sedikit berlainan tapi rasanya tetap sedap.

Hiris nipis daging atau potong dadu sederhanan besar.
Ubi kentang atau ubi badak jika ada di potong baji
Santan di asingkan 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak
masukkan rempah gulai darat, kerisik, gula melaka dan tumis hingga terbit minyak
Masukkan daging dan ubi kentang
Masukkan santan cair dan masak hingga daging dan kentang empuk
Setelah daging empuk, masukkan santan pekat, asam keping
Biarkan ia merenih hingga kuahnya pekat dengan api yang perlahan
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Sedia di hidangkan



Ahad, 15 Februari 2015

Daging Masak Asam


Bahan-bahan:

1 kg daging
6 ulas bawang putih*
6 ulasbawang merah*
3 cm halia* 
satu cawan air asam jawa 
2 sudu besar kicap 
sedikit sos tiram 
2 sudu kecil lada hitam 
daun bawang
 
Cara Penyediaan:
1. Potong halus bahan *.



2. Panaskan minyak dan tumis bahan *. 
3. Masukkan daging, kacau seketika hingga separuh masak. 
4. Masukkan air asam jawa, kicap, sos tiram, serta garam dan gula secukup rasa. 
5. Kacau sehingga daging masak dan lembut. 
6. Hiaskan dengan daun bawang.

Selasa, 23 September 2014

Kerabu Daging

 

Selamat pagi semua... Hari ni aku nak kongsi resepi masa makan tengahari nanti. Menu hari ni besa-besa saja.kerabu daging dan sayur campur. Menu yang nak dikongsi hari ni ialah kerabu daging. Aku guna daging pemberian orang masa raya haji tu. Ada baki sikit lagi. So, boleh la buat kerabu. Jom tengok cara nak buatnya....


Bahan-bahan

200gm daging-potong nipis
100gm taugeh
1 biji pelam sala-dihiris
1 biji bawang besar-dikisar
garam-secukup rasa
250ml santan@1 biji kelapa
1/2 biji limau nipis
1 inci lengkuas-ditumbuk @dikisar
2 batang serai-ditumbuk @dikisar
10 biji lada hitam-ditumbuk@dikisar
1 sudu teh belacan-ditumbuk@dikisar
4 biji cili padi-ditumbuk@dikisar
2 sudu besar kerisik
Cara penyediaan
Potong daging nipis-nipis dan rebus.
Celurkan taugeh dan masak santan seketika.
Potong bawang besar nipis-nipis dan sagat pelam.
Dalam mangkuk besar, satukan santan, kerisik, taugeh, bawang besar, daging dan bahan yang ditumbuk. Gau rata. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. 
Masukkan jus limau nipis.
Siap untuk dihidang 

*Santan dimasak seketika adalah untuk mengelak daripada cepat basi

Ahad, 4 Ogos 2013

Limpa Goreng Cili

Ini adalah masakan yang sempat saya masak semasa bercuti baru ni..limpa goreng bercili, agak susah untuk mendapatkan limpa..ni kebetulan jumpa semasa membeli daging salai..tu pun limpa yang beku..
Bahan-bahan:
500 gm limpa ~ rebus dan dihiris
5 biji cili api*
3 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
* dikisar (sy gunakan blender yg kering)
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu cili sos
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak.
Cara penyediaan:
1. Tumis bahan kisar sehingga garing, masukkan sos cili dan sedikit air.
2. Masukkan limpa dan gaul sehingga rata.
3. Rasakan masin dan manisnya. Masukkan bawang hiris, gaul seketika dan bolehlah diangkat.
* Limpa ni rasanya lebih kurang mcm hati jugak tapi bagi saya limpa lebih sedap sebab ianya lebih lembut dan tidak keras seperti hati.

Isnin, 22 Julai 2013

Minced Beef Pinwheel

 

Bahan yang diperlukan:

Puff Pastry ready made
cheese(saya guna cheddar cheese)
kuning telur ~ untuk sapu di atas permukaan)

Bahan Inti:-

500gm minced beef(daging cincang)
2 ulas bawang putih(cincang)
1 labu bawang bombay(cincang)
2 sudu besar double cream(boleh tukar kepada susu@ tomato puree)
2 biji buah tomato di cincang
sedikit mixed herb
garam secukup rasa
sedikit lada hitam
2 sudu besar minyak zaitun

Cara:

Panaskan minyak zaiton, tumis bawang bombay dan bawang putih hingga kekuningan..masukkan daging cincang. Kacau hingga daging masak. Masukkan buat tomato cincang, kacau lagi hingga tomato masak. Masukkan double cream, kemudian mixed herb dan lada hitam. Perasakan dengan garam. masak hingga kering. sejukkan.
Penyediaan pinwheel:
Ambil sekeping puff pastry, alaskan dengan baking paper.

kemudian, letakkan inti daging cincang tadi di atas permukaan puffpastry. sapu rata...tinggalkan sedikit ruang kosong di bahagian tepi untuk seal di bahagian tepi agar inti tidak mudah keluar.
Taburkan cheese di atas inti daging, gulung dengan menggunakan baking paper seperti menggulung swiss roll.
Kelar di permukaan atas pinwheel tadi mengikut besar saiz pinwheel yang ingin kita potong nanti..sapu permuakaan atas pinwheel dengan kuning telur. Bakar 200C-220C sehingga puff masak/ kekunin-kuningan. Apabila sudah masak, potong mengikut saiz yang telah kita kelar tadi..dan bolehlah dihidangkan. Enak dimakan ketika panas.

Ahad, 21 Julai 2013

Loaf Daging Bungkus

Untuk Loaf:

Bahan-bahan:

250 gram tepung gandum
125 gram mentega- sejukkan dan cincang
1 biji telur
1sudu makan air sejuk

Cara penyediaan:

Masukkan tepung, mentega dan sedikit garam ke dalam mangkuk. Gaul dengan senduk kayu sehingga campuran menyerupai serbuk roti.
Pukul telur dan 1 sudu makan air sejuk dalam mangkuk sehingga sebati, masukkan kedalam adunan tepung tadi. Gaul sehingga adunan membentuk doh.
Letakkan doh di atas papan. Uli perlahan-lahan dan bentukkan seperti batang kayu empat segi yang panjang. Bungkus denganplastik dan masukkan ke dalamperti ais semalamanatau sekurang-kurangnya 2 jam.

Loaf Daging Bungkus

Bahan-bahan:

500 gram daging kisar
50 gram serbuk santan
2 biji ubikentang - potong kiub kecil-kecil
1 biji bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji cili benggala - potong dadu
1 sudu besar campuran hirisan daun kucai dan daun selasih
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar serbuk roti
60ml susu segar
Garam secukup rasa
Pastri yang telah disediakan

Cara penyediaan:

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali pastri. Gaul sehingga rata.
Gris tin pembakar pembakar berbentukloaf dengan minyak masak. Masukkan adunan daging ke dalamnya dan padat-padatkan.
Masukkan ke dalamketuhar dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 40-50 minit atau sehingga kekuningan. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
Sementara itu gelek pastri untuk bungkus bahan yang dibakar.
Bungkus bahan yang telah dibakar dengan pastri dan bakar lagi pada suhu 180 darjah C selama 15-20 atau sehingga warnapastri keemasan.
Sejukkan pada suhu bilik sebelum dipotong.
Sedia untuk dihidangkan.

Selasa, 16 Julai 2013

Perut Air Asam

menu wajib mak saya ketika bersahur.
Bahan-bahan:
1. Perut Muda/Tebal.
2. Tomato.
3. Bawang Merah.
4. Halia.
5. Belacan.
6. Cili Api.
7. Limau Nipis/ Asam jawa
8. Sedikit garam dan gula.
Cara penyediaan
Perut dibersihkan & direbus sampai empuk (simpan air rebusan perut). Selepas itu dipotong kecil-kecil dan dimasukkan kedalam mangkuk.
Masukkan Tomato, Bawang Berah dan Halia yang telah dihiris berserta sedikit belacan (seeloknya dibakar terlebih dahulu) & perah limau nipis/ air asam jawa ke dalam air rebusan perut tadi. Tambakhan Garam dan Gula secukup rasa.
Potong cili padi dan masukkan ke dalam campuran tadi. (Jika nak pedas tambahkan cili)
perut muda sedang direbus
perut muda yang telah dipotong
yang ni plak perut tebal yang telah siap dipotong
siap dah perut air asam
Bila nak balik kampung nie.

Selasa, 9 Julai 2013

Daging Merah Ala Thai

dagingmerahalathai

Bahan-bahan:

  • 400 gm daging
  • sedikit pewarna merah
  • 1 biji bawang holland dimayang
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • sedikit lada benggala merah/hijau
  • sedikit kobis bunga
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis
  • bahan perasa secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Masukkan daging dalam periuk bersama sedikit pewarna merah serta air,rebus hingga daging empuk.Angkat dan toskan.Asingkan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali,masukkan bawang putih,bawang merah dan tumiskan hingga naik bau.
  3. Kemudian,masukkan sos tomato,sos cili serta sedikit air.
  4. Masukkan daging yang kemerahan tadi serta bahan perasa dan kacau sebati..
  5. Masukkan pula,lada benggala,kobis bunga serta bawang holland yang dimayang dan kacau seketika..
  6. Siap untuk dihidang..

Selasa, 29 Januari 2013

Lamb Chop

BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing
6 sudu makan kicap manis
1 sudu makan garam
2 sudu makan serbuk lada hitam

Sos Lada Hitam:
6 sudu makan mayonis
3 sudu makan kicap manis
2 sudu makan serbuk lada hitam

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging kambing bersama kicap manis, garam dan juga serbuk lada hitam semalaman.
2. Kemudian dipanggang sehingga masak.
3. Untuk sosnya, campurkan kesemua bahan di dalam periuk dan biarkan mendidih.
4. Apabila pekat kuahnya, angkat dan hidangkan bersama daging kambing.

* Info Chef
Semakin lama daging diperap semakin enak rasa bahan perapannya.