Ahad, 17 Mei 2015

Festival Belia Putrajaya 2015

Festival Belia Putrajaya kembali lagi. Kalau tahun lepas Festival Belia Putrajaya 2014 diadakan di Presint 2 Putrajaya, tahun ini Festival Belia Putrajaya 2015 diadakan di Dataran Gemilang, Presint 4 Putrajaya. Festival Belia 2015 berlangsung pada 22 – 24 Mei 2015, dari 10.00 pagi – 10.00 malam. Semoga Festival Belia tahun ini meriah macam tahun lepas. Ingat lagi tahun lepas seronok gila ke Festival Belia Putrajaya. Banyak aktiviti menarik & booth-booth untuk para belia.

poster festival belia putrajaya 2015

Festival Belia 2015 bertemakan Pameran Bakat, selaras dengan falsafah baru Rakan Muda yang menggalakkan pembangunan bakat belia. Tahun ini menandakan permulaan baru festival Belia yang akan dikendalikan oleh Rakan Muda. Festival Belia kali ini juga mempunyai beberapa bakat terbaik Malaysia yang akan ditampilkan sebagai mentor-mentor Rakan Muda di festival Belia 2015. Festival Belia Putrajaya 2015 telah dibahagikan kepada 5 zon berdasarkan lima tema yang berlainan. Mentor-mentor Rakan Muda akan ditempatkan di zon yang selaras dengan bakat mereka.

festival belia putrajaya 2015

Jom kita tengok antara yang menarik di Festival Belia 2015.

menarik di festival belia 2015

 program menarik festival belia 2015

 
festival belia 2015 #fbp2015

  program menarik di festival belia 2015

  festival belia putrajaya2015

Dan, yang paling best, Festival Belia 2015 membawakan kepada anda penyanyi lelaki kegilaan ramai tanah air iaitu Anuar Zain. Sila jangan meroyan ye bila datang ke konsert Anuar Zain nanti. wahaha! Jangan lupa tick di kalendar masing-masing pada 23 Me1 2015, 10.00 pm Anuar Zain akan menghiburkan anda di Festival Belia 2015.

menarik di festival belia 2015_1

Rasanya tak susah pun untuk korang ke tapak Festival Belia 2015 di Dataran Gemilang, Presint 4. Betul-betul berhadapan Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM). Dari Presint 2, pergi straight je. Nanti jumpalah Dataran Gemilang itu. Biasa bila event gempak diadakan di Putrajaya, mesti ada shuttle bas yang akan membawa anda terus ke Dataran Gemilang dari Putrajaya Sentral (untuk korang yang nak naik bas). Maklumat lanjut mengenai Festival Belia Putrajaya 2015, boleh terjah media sosial diorang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan