Isnin, 25 Mei 2015

6 Tips Tidurkan Anak Awal

1. Pastikan perut kenyang
Kalau anak-anak yang minum susu botol tu bagi diorang minum dengan kenyang. Kalau nak makan nasi,bagi makan nasi sebelum pukul 9malam. Kalau susu badan senang je,bagi susu sambil baring pastu tidurkan terus.



2. Mandi atau basahkan badan
Ida suka mandikan anak-anak sebelum tidur. Jangan lewat sangat. Selepas Isyak tu ok la. Bukan mandi betul-betul. Gosok gigi diorang dan basahkan badan skit je bagi diorang selesa skit badan nak tidur tu. Pakaikan baju tidur kan diorang.

3. Bacakan buku.
Selepas mandi tu,bacakan buku cerita kat diorang. Tak kisah buku apa-apa pun. Sebaiknya kisah-kisah Nabi la..

4. Jangan biarkan tidur petang yang lama
Ida ajar anak-anak tidur petang sebelum pukul1..So diorang tidur dalam 3jam. Tak lebih pukul4 mesti bangun.Time tu diorang main puas-puas sampai malam. Dekat2 pukul10 tu dah senang nak suruh diorang tidur.

5. Tutup semua lampu
Tepat pukul 9.30malam tu. Korang tutup semua lampu. Ni tak time ni mak-mak baru nak makan nasi ke pe. Ida makan memang awal. Sebelum Isyak dah makan malam. Sebelum pukul 10.30 memang Ida dah masuk bilik.Konon nak ajak tidurlah. Siap bagitahu "taknak tidur dok sorang-sorang kat luar".heheheh


6. Tegas displin kan anak
Ni korang kena tegas skit. Bagitahu ni masa tidur bukan masa main. Ida selalu akan cakap " Dah cukup jom tidur dah pukul 11 dah walaupun masa tu baru pukul 10. Kalau anak-anak yang dah pandai membaca takleh cakap camtu. Ni anak yang masih kecik. Ajar dari awal kan senang. Kadang Asyraf nak bawa ipad masuk dalam bilik. Tapi Ida dah tegaskan,nak tidur tak boleh main game. Game main esok. Die main kejap je terus tutup nak tidur. So sekarang bila nak tidur Asyraf siap cakap lagi "dah pukul 11 dah nak tido". Kan senang..yang penting tegas dan displin.

Ini antara tips tidurkan anak awal dengan mudah dari pengalaman Ida la. Lain orang lain cara nya. Bagi Ida nak ajar,ajar dari masa kecik ni. So nanti dah start sekolah takde la nak tidur lambat kan sebab nak bangun awal ke sekolah. Tidur anak setiap hari pun mencukupi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan