Ahad, 31 Mac 2013

Tomato Ubati Kesedihan dan Kemurungan

Januari 2013
Beijing: Amalan memakan tomato sekurang-kurangnya sebiji sehari boleh membantu mengubati kesedihan dan mengurangkan kemurungan sehingga 52%, lapor satu kajian. Penyelidik dari Universiti Perubatan Tianjin Dr Kaijun Niu, berkata, kajian yang dijalankan mendapati tomato memberikan kesan yang hebat untuk mengatasi
kemurungan. Sayuran ini dipenuhi lycopene yang mampu mengurangkan ketegangan dan memberi perlindungan kepada beberapa penyakit kronik seperti serangan jantung dan barah kepada mereka yang mengamalkannya.

Ramai orang mengamalkan makan salad dan menyangka sayuran ini banyak khasiat tetapi tomato mempunyai kandungan bahan yang jauh lebih hebat untuk membantu mengekalkan kesihatan, katanya. Kaijun berkata walaupun sebab sebenar tidak dapat dijelaskan, penyelidikan kesihatan mental ke atas 1,000 responden berusia 70 tahun di Jepun mendapati, mereka yang makan sekurang-kurangnya 2 biji tomato seminggu hidup lebih gembira berbanding kelompok yang tidak mengamalkannya - Agensi.

Baju Merah Meningkatkan Keyakinan Wanita

Januari 2013
London : Dua daripada setiap lima wanita percaya memakai pakaian atau sesuatu berwarna merah akan meningkatkan keyakinan profesional. Selain itu, sebanyak 29% pula mahu memakainya lebih kerap, lapor satu tinjauan Yayasan Jantung British.

Keputusan tinjauan membabitkan 1,000 wanita itu, mendapat sokongan pakar psikologi, Gayle Brewer dari Universiti Central Lancashire.

"Pakaian yang dipakai dan warnanya memang memberi impak besar kepada perasaan kita. Warna merah dikaitkan dengan keyakinan dan kuasa. Wanita nampaknya mahu memastikan bahawa mereka mengenakan pakaian merah terbaik bagi memastikan kehadiran di pejabat mendapat perhatian orang lain," kata Dr Brewer yang dipetik akhbar Daily Telegraph.

Seorang daripada setiap 10 responden wanita di dalam tinjauan itu berkata, mereka akan memakai pakaian merah untuk mewujudkan rasa kagum rakan sepejabat. Pada masa sama, 26% lagi menyatakan, sedikit sentuhan gincu berwarna merah di bibir, mampu meningkatkan keyakinan.

Keadaan ini juga berlaku di kalangan selebriti apabila beberapa aktres termasuk Zooey Deschanel, Naomi Watts dan Jennifer Garner memakai gaun merah ketika menghadiri majlis anugerah Golden Globes di Beverly Hills, 13 Januari lalu.

Jaundice - The Yellow Symptom


Jaundice in newborns is usually harmless and lasts only for a short time, but when you see an adult with yellow skin, it implies a serious health problem that requires urgent medical attention.
Jaundice is a sign of many diseases. There is a yellow discolouration of the skin and sclera (the whites of the eyes) due to excess bilirubin circulating in the body. This is normally accompanied by very dark urine, pale stools (if patients have bile duct obstruction), and other symptoms, such as itchy skin and occasional nausea and loss of appetite.

Excess Bilirubin

Why is there excess bilirubin? Bilirubin is actually a natural 'waste product' arising from the normal breakdown of old red blood cells (RBC) in your body. Under normal circumstances, bilirubin undergoes certain processes in the liver before it is excreted. Bilirubin metabolites are formed in the gut and passed out in the urine and faeces. Bilirubin is also the pigment that gives your urine and faeces colour.

Many reasons can contribute to excess bilirubin in the blood. It is mostly due to problems in the liver or obstruction in the bile ducts, both of which can lead to jaundice. In rare cases, excessive bilirubin is due to haemolytic anaemia, a disorder where an abnormally large number of red blood cells are broken down.

Common Causes and Symptoms
In general,
jaundice can be categorised into 2 types: obstructive jaundice and hepatocellular jaundice.

Obstructive Jaundice

Obstructive jaundice, or cholestatic jaundice, is caused by blockage in the bile ducts due to gallstones, pancreatic cancer, or bile duct cancer (cholangiocarcinoma).

Individuals with obstructive jaundice typically have dark-coloured urine and pale stools because of the reduced flow of bile and bilirubin into the intestines. Pain and fever can be felt if gallstones are present. Because the pain is located at the upper part of the abdomen, patients often misconstrue it as gastric pain.

However, patients with obstructive jaundice due to gallstones usually have upper abdominal pain which radiates to the back. On the other hand, bile duct cancer is usually painless, but can cause weight loss over time.
Obstructive jaundice caused by pancreatic cancer usually presents with pain and weight loss. It is important to pick up pancreatic cancer early and physicians should think about pancreatic cancer, especially when patients present with 'gastric pain'.

Hepatocellular Jaundice

Hepatocellular jaundice is caused by an injury or inflammation of the liver cells. This could be due to:

* Medications (drug-induced jaundice) – Certain prescribed medications or traditional herbal supplements may interfere with liver function. This prevents bilirubin from being efficiently removed from the blood or excreted into the bile, thus leading to jaundice.

* Viral hepatitis – Hepatitis is a condition where the liver becomes inflamed and its ability to process and secrete bilirubin is largely discounted. Common forms of viral hepatitis include viral hepatitis A, B, and C. Viral hepatitis A is normally contracted through shell fish whereas viral hepatitis B and C are through blood products and body fluids. Alcohol hepatitis is another important cause of hepatocellular jaundice.
* Chronic liver diseases – In chronic liver diseases (e.g. chronic hepatitis B, alcoholic liver disease), scar tissue can form in the liver. Scar tissue cannot do what healthy liver tissue does. As more scar tissue replaces the normal functioning liver tissue, the liver function deteriorates (e.g. unable to clean blood, digest food, and store energy).

Ultimately, there will be jaundice. By the time jaundice is noticeable, the condition may have already become serious, and patients may experience liver failure and complications of liver cirrhosis (hardening of liver).

Finding Out What’s Wrong

It is important for the doctor to determine the underlying health conditions leading to the jaundice so that appropriate treatment can be given to the patient. The jaundice usually resolves once the underlying cause is treated.

History and physical examination can suggest possible reasons for the jaundice. For instance, jaundice is most likely caused by alcoholic liver disease if the patient is a heavy drinker, or may be drug-induced if patient is taking new medications recently.

Presence of abdominal pain and fever may suggest blockage of the bile duct, usually by gallstones. If there is weight loss, it could be cancer related.

Liver function tests for measuring bilirubin and liver enzymes are helpful to determine if the jaundice is due to abnormal RBC destruction, inflammation of the liver, or obstruction or disease in the bile duct. A liver function test can help suggest what is the probable cause of jaundice. Blood tests can be done to test for hepatitis A, B, and C.

An ultrasound scan of the abdomen may help to detect obstructions in bile ducts, e.g. gallstones or pancreatic cancer.

Computerised tomography (CT) scans and MRI scans are especially useful to identify tumours in the pancreas and liver. It is also useful to detect bile duct tumour.

Endoscopic ultrasound is particularly useful to examine the pancreas for tumours or small gallstones in the gallbladder and bile ducts that cannot be detected by other methods. It is also useful to take some tissues using fine needle aspiration.Treatment

Before a doctor treats a jaundiced patient, he has to find out the cause first, so that treatment may be directed at the specific cause. For example, hepatitis B is treated with anti-viral drugs, while a procedure called Endoscopic Retrograde Cholangiopancreatography (ERCP) is performed to remove a gallstone in the bile duct or to insert a stent in the bile duct to unblock the blockage in the bile duct due to tumour.
If the jaundice is associated with alcoholic hepatitis, the patient has to stop alcohol intake.

The main treatment for bile duct cancer is surgery to remove the tumour, but operation is not always possible. When that’s the case, a small tube (stent) will be put into the bile duct to allow the bile to flow again and relieve the jaundice.

Prevention

Jaundice can be prevented if your liver is healthy and functioning efficiently. While causes such as pancreatic cancer and bile duct cancer cannot be prevented, there are things you can do to protect your liver.

* Avoid excessive intake of alcohol.
* If you have not had hepatitis A or B, get vaccinated.
* There is no vaccine available for hepatitis C, but you can reduce your risk by practising safe sex and avoiding injecting drugs or sharing intravenous drug needles. All the needles in hospitals nowadays are single-use.
* Make sure shellfish are cooked properly before eating to prevent hepatitis A.
* For people with gallstones, eating a low-fat diet helps to reduce the attack of pain. If the gallstones give you symptoms, remove it.

As with most diseases, timely and appropriate treatment saves lives, so seek medical help as soon as you notice any signs of jaundice, or experience intense abdominal pain and fever.

by Dr Tan Huck Joo

Merawat Barah - amalkan

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

1. SURAH AL-MAIDAH (52 -91)

2. SURAH AL-ARAF (70 -81)

3. SURAH AL-ARAD (16 -28)

4. SURAH AL-ANBIA (38 -50)

5. SURAH ASY-SYU'ARA (185 - 227)

6. SURAH AZ ZUKHRUF (52-70)

7. SURAH AZ ZUMMAR (42-52)

8. SURAH GHAFIR(67-77)

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 10x.

2. Salawat Nabi 10x.

3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. SURAH AL-MAIDAH (52 -91)


TERJEMAHAN SURAH AL-MAIDAH : AYAT 82 - 91

82. Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani". Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

83. Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).

84. Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran (Al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang-orang yang soleh.

85. Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) yang telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan.

86. Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itulah ahli Neraka.

87. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

88. Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

89. Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur.

90. Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

91. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

2. SURAH AL-ARAF (70 -81)



TERJEMAHAN SURAH AL-RAF (AYAT 70 - 81)

70. Mereka berkata: "Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar".

71. Nabi Hud menjawab: "Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakanya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu".

72. Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersertanya, dengan rahmat dari Kami, dan kami (binasakan serta) putuskan keturunan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukanlah orang-orang yang beriman.

73. Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Saalib. Ia berkata: "Wahai kaumKu! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

74. "Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum 'Aad, dan ditempatkan kamu di bumi, (dengan diberikan kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganang untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi ini".

75. Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaumnya berkata kepada orang-orang yang dipandang lemah iaitu orang-orang yang telah beriman kepada mereka: "Tahukah kamu bahawa Saalih itu diutus dari tuhannya?" Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami beriman kepada apa yang ia diutuskan untuk menyampaikannya".

76. Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: "Sesungguhnya kami tetap ingkar akan orang yang kamu beriman kepadanya".

77. Maka meraka pun menyembelih unta itu, dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka, sambil berkata: "Hai Saalih! Datangkanlah azab yang telah engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah)".

78. Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.

79. Maka Nabi Saalih pun meninggalkan mereka sambil berkata: " Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat".

80. Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

81. "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".

3. SURAH AL-ARAD (16 -28)



TERJEMAHAN SURAH AL-RAD (AYAT 16 - 28)

16. Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya? Bertanyalah lagi: Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka? Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.

17. Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

18. Bagi orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya; dan orang-orang yang ingkar yang tidak menyahut seruanNya, kalaulah mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi disertai dengan sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri dengannya. Mereka itu disediakan baginya hitungan hisab yang seburuk-buruknya, serta tempat kembali mereka ialah Neraka Jahanam dan amatlah buruknya tempat tinggal itu

19. Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta mata hatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

20. Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu;

21. Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soal jawab dan hitungan amal (pada hari kiamat);

22. Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat

23. Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu;

24. (Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.

25. Dan (sebaliknya) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, mereka itu beroleh laknat dan mereka pula beroleh balasan hari akhirat yang seburuk-buruknya.

26. Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya dan mereka (yang ingkar): Bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.

27. Dan orang-orang yang kafir berkata: Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya? Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi petunjuk ke jalan agamanya, sesiapa yang rujuk kepadaNya.

28. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

4. SURAH AL-ANBIA (38 -50)



TERJEMAHAN SURAH AL-ANBIA (AYAT 38 - 50)

38. Dan (kerana tabiat terburu-burunya) mereka berkata: Bilakah berlakunya janji azab itu, jika betul kamu orang-orang yang berkata benar?.

39. Kalaulah orang-orang kafir itu mengetahui apa yang akan menimpa mereka ketika mereka tidak dapat menahan atau mengelakkan api Neraka dari muka dan belakang mereka dan mereka pula tidak diberi pertolongan, (tentulah mereka segera beriman, dan tidak berkata demikian).

40. (Mereka tidak diberitahu akan masa itu) bahkan (yang dijanjikan) itu akan datang kepada mereka secara mengejut, serta terus membingungkan mereka; maka mereka tidak akan terdaya menolaknya dan tidak akan diberi tempoh bertaubat.

41. Dan demi sesungguhnya, telah diperolok-olokkan beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka, ditimpakan balasan azab bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.

42. Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang dapat menjaga keselamatan kamu pada malam dan siang daripada azab Tuhan yang bersifat Maha Pemurah? (Mereka tidak memikirkan yang demikian) bahkan mereka tetap berpaling ingkar dari pengajaran Tuhan mereka.

43. Tidak ada bagi mereka tuhan-tuhan yang dapat melindungi mereka dari azab Kami. Mereka yang dipertuhankan itu tidak dapat menolong dirinya sendiri dan tidak pula mereka dibantu dengan pertolongan dari pihak Kami.

44. (Bukan benda-benda yang dipertuhankan itu yang memberi kesenangan kepada mereka) bahkan Kami biarkan mereka dan datuk-nenek mereka menikmati (kesenangan hidup) hingga berlanjutanlah umur mereka (dalam keadaan yang menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini mereka). Maka tidakkah mereka melihat bahawa kami datangi daerah bumi yang mereka kuasai dengan menguranginya sedikit demi sedikit dari sempadan-sempadannya? Jika demikian halnya, maka adakah mereka yang akan menang?

45. Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah memberi amaran kepada kamu dengan wahyu (Al-Quran yang diturunkan Allah kepadaku) dan sudah tentu orang-orang yang pekak tidak dapat mendengar seruan apabila mereka diberi amaran, (maka janganlah kamu menjadi pekak kerana azab Tuhan amatlah berat).

46. Dan demi sesungguhnya, jika mereka disentuh oleh sedikit sahaja dari azab Tuhanmu, sudah tentu mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami! Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri)!

47. Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.

48. Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Musa dan Nabi Harun Kitab (Taurat) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan yang menjadi cahaya yang menerangi, serta yang mengandungi pengajaran, bagi orang-orang yang mahu bertakwa.

49. Iaitu mereka yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan mereka pula gerun cemas akan (peristiwa-peristiwa yang mengerikan pada) hari kiamat.

50. Dan Al-Quran ini juga pengajaran yang berkat, yang Kami turunkan (kepada Nabi Muhammad); dengan keadaan yang demikian maka patutkah kamu mengingkarinya?

5. SURAH ASY-SYU'ARA. (185 - 227)

TERJEMAHAN SURAH ASY-SYU'ARA (AYAT 185 - 227)

185. Mereka menjawab: Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib) hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir.

186. Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang-orang yang dusta.

187. Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang membinasakan) dari langit, jika betul engkau dari orang-orang yang benar!

188. Nabi Syuaib berkata: Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

189. Maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar (huru-haranya).

190. Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

191. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

192. Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.

193. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.

194. Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).

195. (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.

196. Dan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab agama orang-orang yang telah lalu.

197. (Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendeta-pendeta agama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu?

198. Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab,

199. Kemudian dia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan.

200. Demikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa tidak percayakan Al-Quran.

201. Mereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya,

202. Lalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya.

203. Maka (pada saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): Dapatkah kiranya kami diberi tempoh?

204. (Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami?

205. Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun,

206. Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka,

207. (Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.

208. Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.

209. Memperingatkan mereka dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.

210. Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.

211. Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya.

212. Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.

213. Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.

214. Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.

215. Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!

216. Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,

217. Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,

218. Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang),

219. Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud.

220. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

221. Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?

222. Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,

223. Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.

224. Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat tidak berketentuan hala.

225. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

226. Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

227. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu) dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

6. SURAH AZ ZUKHRUF (52-70).


TERJEMAHAN SURAH AZ ZUKHRUF: (AYAT 52-70)

52. Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?

53. (Kalau betul dia seorang Rasul) maka sepatutnya dia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan dia seorang pemimpin) atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?

54. (Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik (derhaka).

55. Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami (dengan perbuatan derhaka itu), Kami menyeksa mereka, iaitu menenggelamkan mereka semuanya di laut (sehingga binasa).

56. Maka kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang yang datang kemudian.

57. Dan ketika (Nabi Isa) anak Mariam dikemukakan sebagai satu misal perbandingan, (untuk membantahmu wahai Muhammad), tiba-tiba kaummu bersorak-sorak kesukaan terhadapnya (kerana menyangka bahawa mereka telah menang).

58. Dan mereka berkata lagi: Manakah yang lebih baik, benda-benda yang kami sembah atau Isa? Dan (sebenarnya) mereka tidak mengemukakan perbandingan itu kepadamu (wahai Muhammad) melainkan kerana membantah semata-mata (bukan kerana mencari kebenaran); bahkan mereka itu adalah kaum yang suka sekali mengemukakan bantahan.

59. Nabi Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang telah Kami kurniakan nikmat kepadanya (dengan pangkat Nabi) dan Kami jadikan dia satu contoh (kekuasaan kami yang menakjubkan) bagi kaum Bani Israil.

60. Dan kalaulah kami kehendaki, kami berkuasa melahirkan daripada kamu (wahai kaum lelaki): Malaikat mengganti kamu (menjalankan urusan) di muka bumi.

61. Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus.

62. Dan janganlah Syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan yang benar); sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.

63. Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat (ajaran Tuhan) dan untuk menerangkan kepada kamu: Sebahagian dari (perkara-perkara agama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.

64. Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia; inilah jalan yang lurus.

65. Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang zalim itu, dari (paluan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya, pada hari pembalasan.

66. (Mereka yang menentang Nabi Muhammad) tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut dan dalam keadaan mereka lalai leka dengan perkara-perkara keduniaan.

67. Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).

68. (Mereka yang bertakwa itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) dan kamu pula tidak akan berdukacita.

69. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh,

70. (Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan.


7. SURAH AZ ZUMMAR (42-52)


TERJEMAHAN SURAH AZ ZUMMAR: (AYAT 42-52)

42. Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).

43. Patutkah mereka (yang musyrik) mengambil yang lain dari Allah menjadi pemberi syafaat? Bertanyalah (kepada mereka): Dapatkah yang lain dari Allah memberi syafaat padahal semuanya tidak berkuasa sedikitpun dan tidak pula mengerti (sebarang apa pun)?

44. Katakanlah (wahai Muhammad): Syafaat itu semuanya hak kepunyaan Allah; Dialah Yang Menguasai segala urusan langit dan bumi; kemudian kamu akan dikembalikan kepadaNya (untuk menerima balasan).

45. Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): Apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta-merta riang dan gembira.

46. Ucapkanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah jua yang mengadili di antara hamba-hambaMu, mengenai apa yang mereka sentiasa berselisihan padanya.

47. Dan sekiranya orang-orang zalim itu mempunyai segala apa jua yang ada di bumi, disertai sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri mereka dengannya daripada azab seksa yang buruk pada hari kiamat, setelah jelas nyata kepada mereka dari (hukum) Allah, azab yang mereka tidak pernah fikirkan.

48. Dan sudah tentu akan nyata kepada mereka keburukan perkara-perkara yang mereka telah usahakan dan mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.

49. Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).

50. Sebenarnya orang-orang yang terdahulu daripada mereka telah juga mengatakan yang demikian maka segala yang mereka usahakan itu tidak dapat menyelamatkan mereka (dari azab Allah).

51. Lalu mereka ditimpa keburukan padah perbuatan-perbuatan jahat yang mereka lakukan dan orang-orang yang zalim di antara golongan (yang musyrik) ini akan ditimpa juga akibat buruk perbuatan-perbuatan buruk perbuatan jahat yang mereka lakukan dan mereka tidak akan dapat melepaskan diri.

52. (Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).


8. SURAH GHAFIR(67-77)

TERJEMAHAN: SURAH GHAFIR  (AYAT 67-77)

67. Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Dia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan) dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan).

68. Dialah yang menghidupkan dan mematikan; oleh itu apabila Dia menetapkan jadinya sesuatu perkara maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.

69. Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan terhadap orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah, bagaimana mereka telah dipalingkan (dari kebenaran)?

70. Iaitu orang-orang yang mendustakan Al-Quran dan segala yang dibawa oleh Rasul-rasul Kami yang telah Kami utus; maka mereka akan mengetahui kelak.

71. Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka, diseret

72. Ke dalam air panas yang menggelegak; kemudian mereka dibakar dalam api Neraka;

73. Akhirnya dikatakan kepada mereka: Mana dia berhala-berhala yang kamu dahulu sekutukan;

74. (Dengan menyembahnya atau memujanya) selain Allah? Mereka menjawab: Benda-benda itu telah hilang lenyap dari kami, bahkan yang sebenarnya kami dahulu tidak pernah sekutukan sesuatu pun (dengan Allah). (Sebagaimana Allah menjadikan mereka sesat), demikian pula Allah menyesatkan orang-orang yang kufur ingkar (menentang maksud ayat-ayatNya).

75. (Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa): Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan) dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat).

76. Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam kekallah kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah Neraka Jahanam.

77. Maka bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah (menyeksa musuh-musuhmu itu) adalah benar; oleh itu kiranya Kami perlihatkan kepadamu sebahagian dari azab yang Kami janjikan kepada mereka ataupun Kami wafatkanmu sebelum itu, (maka tetaplah mereka akan menerima balasan azab) kerana kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.

Jangan Jadi Mangsa

Satu: Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.

Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.

Contoh mudah: Pasangan anda berkerja sebagai seorang kerani dan gaji bulanannya sebanyak RM1000.00 sebulan bersih(dah ditolak KWSP dsb.). Anda pula memang tahu status kewangan dan “pattern” perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil-bil untuk dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup sahaja.
Satu hari dia membelikan anda cincin emas berharga RM700.00. Anda tanya, “Mana dapat duit?”. Dia kata, lama dah simpan khas untuk “surprise”kan anda. Oklah, boleh terima.

Bila anda tengok pakaiannya pula berjenama. Dia mula “shopping sakan” dan anda pun dia belikan bermacam barangan lagi. Anda tanya lagi, “Mana dapat duit?”. Dia kata, “ada la “bisnes” dengan kawan…” Anda pun percaya terus…

Soalan di sini, dalam senario di atas, tidakkah anda rasa musykil dan bermacam soalan lagi bermain dalam kotak fikiran tentang jawapan mudah seperti itu? Atau anda tergolong dalam wanita yang terus percaya 100% tanpa banyak soal lagi?

Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya tentang apa yang ditanya atau diragui oleh pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan sahaja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa sahaja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain?

Jadi, sekiranya ada sesuatu yang anda rasa ragu-ragu, perlu ditanya kepada pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuailah. Percaya secara total dan “semborono” boleh meletakkan anda dalam bahaya.

Contoh dalam senario di atas tadi, menjadi rakan kongsi untuk mengedar dadah adalah maksud sebenar dia berkenaan ayat, “ada la bisnes dengan kawan…”.

Kalau ini berlaku… macamana?

Dua: Wanita yang “terdesak” untuk berkahwin.

Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

Kerisauan terhadap faktor umur yang meningkat, tekanan ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika kahwin lewat mampu menyebabkan sesetengah wanita seolah-olah “terdesak” untuk mencari pasangan hidup.

Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh “terlepas pandang” tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu. Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya secara tidak langsung membawa maksud mereka sudah mempunyai tahap kewangan yang stabil.

Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa “buaya professional” yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini, ingat… biar lambat, asal selamat!

Tiga: Wanita “sosial”.

Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ke, persatuan wanita di kawasan anda ke, atau perkara yang seumpamanyalah. Sosial dalam hal ini ialah suka kepada “night life”, disko, berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa macam-macam..”. Fahamkan maksud saya?

Wanita-wanita ini (lebih ramainya gadis remaja), yang melibatkan diri dengan cara hidup bebas dan sosial seperti ini terang-terangan mendedahkan dan “mengiklankan” diri sendiri kepada “species” lelaki pemangsa wanita.
Bersosial tanpa batasan adalah di antara resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu sekaligus dirosakkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab. Tepuk dada, tanya selera? Tidak.. Tanya Iman!

Empat: Wanita yang tidak pentingkan ilmu.

Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?

Wanita yang berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak “terpilih” lelaki penipu dan berbahaya. Sekiranya dia “terjebak” dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Ia juga bermaksud wanita yang mengetahui hak-haknya sebagai wanita dan sebagai seorang isteri. Wanita yang berilmu juga berani “membetulkan” keadaan dan mempertahankan haknya bila perhubungan/perkahwinannya terganggu/diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri.

Wanita seumpama ini mampu menjadi pasangan/isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan/suaminya sendiri dan mempunyai segala sifat sebagai seorang yang cemerlang.

Wanita seperti ini, sentiasa cintakan ilmu. Sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu selagi hayat dikandung badan.

Wanita yang mempunyai segulung ijazah atau Ph.D pun boleh ditipu dan dipermainkan lelaki “species berbahaya” ini…apatah lagi jika wanita yang hanya meletakkan 100% kebahagiaannya ke atas lelaki dan langsung tidak mahu atau mengambil mudah untuk meningkatkan ilmu dalam diri?

Lima: Wanita yang memandang “faktor fizikal”

sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya. Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki “cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?

Ingat..semakin “handsome”, “cute”, “sexy” seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan “sistem pertahanan” diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK “handsome” dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang “handsome”?

Ingat.. “handsome”, “cute”, dan seumpamanya itu pada seseorang lelaki sepatutnya BUKAN menjadi antara ciri-ciri utama lelaki idaman wanita. Ia sepatutnya hanya menjadi ciri-ciri “bonus” lelaki idaman wanita.

Nasihat untuk wanita yang mudah “cair” dengan lelaki seperti ini, dan menjadikan lelaki seperti ini sebagai “target” utama ciri bakal pasangan hidupnya.. fikir masak-masak!

Anda mungkin sedang diperhatikan oleh “pemangsa handsome dan sexy” yang sentiasa mencari wanita untuk ditipu dan dipermainkan..

Enam: Wanita yang “sabar” tidak bertempat.

Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu “makan hati berulam jantung”, atau mungkin juga dah sampai tahap “makan tangan berulam kaki”. Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/ suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.

Soalnya di sini, bila diperlakukan sebegitu, dia hanya “berharap” pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya. Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.

Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi “lesen” kepadanya untuk terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat. Sabar, biarlah bertempat!

Dua beradik dihukum gantung

Dua beradik wanita warga Iran dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi semalam, selepas didapati bersalah mengedar 2,987.7 gram syabu, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Nurchaya Arshad menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Sejurus mahkamah membuat keputusan, Fatemah Zandiyeh Mohammad, 24, dan kakaknya Tahmineh Zandiyeh Mohammad, 26, tidak menunjukkan sebarang reaksi tetapi bapa mereka yang berada di galeri awam dilihat menangis dan hampir rebah.
Fatemah dituduh mengedar 1,489.8 gram syabu di kawasan tuntutan bagasi, Aras 1, Balai Ketibaan KLIA pada 11.30 pagi, 5 Mei 2011.
Dua dituduh akta sama
Tahmineh pula dituduh mengedar 1,497.9 gram dadah jenis sama di tempat, masa dan tarikh sama.
Dua beradik itu didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.
Seramai lapan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zainal Azwar Kamaruddin sementara dua beradik itu diwakili peguam Datuk N Sivananthan dan R Vinothini.

Sukan dan Rekreasi

Pengenalan
Istilah ‘rekreasi’ berasal dari bahasa Latin iaitu, ‘re-creare’ yang bermaksud membuat ulang, kegiatan yang dilakukan untuk penyegaran kembali jasmani dan rohani seseorang. Secara umumnya, rekreasi adalah aktiviti yang dilakukan oleh seseorang selain pekerjaan. Aktiviti rekreasi biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti rekreasi boleh disusun atur dalam bentuk pertandingan atau persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang. Matlamat akhir rekreasi ialah untuk mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti. Ringkasnya, rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina, merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan. Berikut merupakan beberapa pendapat tokoh tentang rekreasi :-
▪ Webster (1990)
Rekreasi adalah aktiviti saranan untuk menyegarkan kembali atau hiburan.
▪ Ford (1981)
Rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap.
▪ Hammerman Etal (1985)
Sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
▪ Mohd Salleh Aman (2004)
Rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai (pasif).
▪ Knapp ( 1981 )
Sukan Rekreasi adalah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.
▪ Douglas (1970)
Rekreasi alam tempat terbuka adalah rekreasi yang dilakukan di tempat-tempat yang tidak dibatasi.
▪ Meyer, Brightbill dan Sessom
  • rekreasi merupakan kegiatan
  • bentuknya beraneka ragam
  • rekreasi ditentukan oleh motivasi
  • rekreasi dilakukan secara rutin
  • rekreasi sukarela
  • rekreasi dilakukan secara universal dan penting
  • rekreasi adalah serius dan berguna
  • rekreasi itu fleksibel
  • rekreasi merupakan hasil sampingan
2.0 Kepentingan Sukan dan Rekreasi
Secara psikologi banyak orang di lapangan yang merasa tidak selesa dengan adanya beberapa kesibukan dan masalah, sehingga mereka mengkorbankan masa dari bekerja, tidur dengan nyaman, bersantai sehabis latihan, keseimbangan antara pengeluaran dan pendapatan, mempunyai teman bekerja yang baik, hidup bebas, dan merasa aman dari risiko buruk. Rekreasi dapat disimpulkan sebagai suatu kegiatan yang dilakukan sebagai pengisi waktu luang untuk satu atau beberapa tujuan. Antaranya untuk kesenangan, kepuasan, penyegaran sikap dan mental yang dapat memulihkan kekuatan baik fizikal maupun mental.
Banyak nilai yang dapat diperoleh dari rekreasi dengan menggunakan dasar persekutuan. Ketegangan dapat dilepaskan dan masa yang ada dapat digunakan dengan cara-cara yang berguna. Seseorang individu dapat diajari bagaimana individu dapat dibangun dan ditingkatkan melalui rekreasi. Salah satu manfaat penting dari rekreasi adalah dalam pembentukan personaliti diri seseorang. Melalui suatu program rekreasi yang telah disusun dan dijalankan dengan baik, seseorang individu dapat belajar untuk menikmati penggunaan waktu sebaik-baiknya serta nilai-nilai seperti disiplin diri, keyakinan diri, kerjasama, dan tolong-menolong.
3.0 Jenis sukan dan rekreasi
3.1 Perkhemahan
Aktiviti perkhemahan adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran. Perhubungan yang erat dengan alam semulajadi perlu diutamakan dalam perkhemahan sama ada perkhemahan secara individu ataupun perkhemahan secara kumpulan. Melalui aktiviti perkhemahan, unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan seperti bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan jati diri dipupuk dalam diri seseorang individu. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing. Aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara tidak langsung mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing-masing.
Jenis-jenis Khemah
Jenis-jenis khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu:
▪ Ridge Tent
imageMempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Ia diperbuat dari bahan nilon(nylon) yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.
▪ Dome Tent
imageBerbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai serta fleksibel. Ianya ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya.
▪ Frame Tent
imageKhemah jenis besar ini biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan dipasang terlebih dahulu kemudian barulah dipasang kanvas.
▪ Bell Tent
imageMempunyai satu sahaja tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini juga sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis ‘dome’.
3.2 Kajian empirikal
Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Kajian empirikal dijalankan dengan mengaplikasikan dua kaedah iaitu soal selidik dan temu ramah. Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data-data atau maklumat terkini dapat diperolehi. Kaedah ini kebiasaannya melibatkan satu turutan aktiviti yang harus diikuti untuk memudahkan kajian yang dilakukan. Kajian empirikal terhadap flora dan fauna penting dan perlu dijalankan dalam aktiviti rekreasi. Maklumbalas ini perlu untuk mengetahui tentang penemuan-penemuan baru, fungsi-fungsi serta habitat flora dan fauna di sesuatu tempat. Jika kajian terhadap alam semulajadi diteruskan, bermakna alam semulajadi akan dapat dikekalkan dan generasi akan datang dapat merasai peluang melihat dan mengenali alam semulajadi dengan lebih dekat. Kajian empirikal juga dapat menarik minat seseorang untuk lebih meminati aktiviti rekreasi dan mendekatkan diri dengan alam semulajadi.
3.3 Kemahiran tali
Kemahiran tali amat penting semasa melakukan aktiviti rekreasi. Kemahiran ini banyak menyumbang untuk melakukan aktiviti seperti membina khemah, abseiling, dan flying fox. Terdapat beberapa jenis kemahiran tali yang penting dan perlu diketahui oleh seseorang individu yang menyertai aktiviti rekreasi iaitu, seperti yang dihuraikan di bawah :-
3.3.1 Simpulan (knotting)
Lazimnya simpulan dibuat menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Tali ini digunakan pada benda-benda kecil dan sederhana. Contoh simpulan adalah seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit dan lilit dua simpul.
imageimageimageimageimageimageimageimage
3.3.2 Ikatan (lashing)
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Contoh ikatan adalah seperti ikatan seraya, ikatan serong, ikatan silang gunting dan lilit balak.
imageimageimageimage
3.3.3 Sambat (splicing)
Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. Menyambung dua tali dengan menggunakan sambat adalah baik dan selamat semasa digunakan. Contoh sambat adalah seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat mata.
imageimageimageimageimage
3.3.4 Mematikan hujung tali (whipping)
Tali tidak boleh digunakan sebelum tali itu di matikan. Ia bertujuan supaya tali tidak terburai di hujungnya. Contoh ikatan adalah seperti lilit pemati biasa, lilit pemati selit dan sambat balik.
imageimageimageimage
3.4 Ikhtiar Hidup
Ilmu ikhtiar hidup di dalam hutan amat luas. Bagi memahiri ilmu ini, seseorang itu memerlukan latihan amali dan pengalaman yang banyak. Dalam melaksanakan kegiatan luar kadang kala kita tidak akan menduga bahawa berlakunya perkara yang tidak diingini. Tersesat di dalam hutan, kemalangan dan kecemasan semasa melaksanakan aktiviti luar adalah sesuatu risiko yang perlu dihadapi oleh setiap pengamal kegiatan luar. Dalam keadaan seperti inilah seseorang yang sememangnya mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal akan cuba berhadapan dengan apa jua keadaan demi menyambung terus kehidupan mereka. Kemahiran ikhtiar hidup adalah merupakan suatu amalan dan pelajaran yang amat berguna, terutamanya kepada mereka yang sememangnya sentiasa berminat dalam rekreasi yang berbentuk kegiatan luar. Kamus Dewan mentakrifkan ikhtiar sebagai pilihan atau berusaha mencari jalan bagi mencapai sesuatu maksud. Hidup pula ditakrifkan sebagai terus bernyawa atau bernafas. Perkataan ikhtiar hidup dapatlah dirumuskan sebagai sesuatu usaha atau mencari pilihan daripada pelbagai yang ada untuk terus hidup atau menyambung nyawa.
3.4.1 Ketakutan
Antara kebanyakkan kesukaran yang akan dihadapi jika tersesat dalam sesuatu tempat rekreasi seperti hutan, gunung dan bukit, perasaan takut adalah halangan yang paling tinggi. Ketakutan kita akan berkurangan apabila keadaan yang mencemaskan menjadi normal. Ada berbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi perasaan takut. Ketakutan yang paling penting adalah seperti takut terhadap perkara-perkara yang tidak diketahui, takut disebabkan ketidakselesaan dan takut disebabkan kelemahan diri sendiri.
3.4.2 Perhubungan Dengan Orang Asli
Apabila bertembung dengan orang asli, seseorang itu harus berhati-hati. Sekiranya individu tersebut boleh berhubung dengan mereka, maka peluang untuk terus hidup adalah cerah. Mereka boleh membantu dengan makanan, tempat berteduh, ubatan tempatan, petunjuk jalan dan keselamatan. Walaubagaimanapun, seseorang itu perlu berhati-hati kerana adat orang asli berbeza dengan adat kita. Bagi orang asli yang hidup di pendalaman hutan, mereka mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang kehidupan di luar hutan. Pantang larang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan mereka.
3.4.3 Makanan
Berikhtiar hidup biasanya melibatkan perjalan yang jauh tanpa mempunyai makan yang mencukupi. Lazimnya, dalam hutan di Malaysia terdapat sumber makanan yang banyak tetapi adalah penting dalam memilihnya. Jika hendak berikhtiar hidup, seseorang itu harus tidak boleh mengikut selera makan tetapi harus terima sahaja makan dari pelbagai sumber seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
3.5 Pendidikan Konservasi
Pendidikan konservasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha untuk menimbulkan kesedaran atau kepekaan terhadap kepentingan atau keperluan terhadap sesuatu perkara. Manakala sukan rekreasi pula boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi ketenangan minda dan merehatkan badan serta mempelajari pengetahuan tentang sesuatu perkara. Maka kepentingan pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha ataupun cara untuk mendidik seseorang individu dalam sesuatu perkara apabila mereka mengikuti aktiviti rekreasi ini. Menurut Rijksen (1981), konservasi merupakan suatu bentuk evolusi kebudayaan. Pada masa duhulu, usaha konservasi lebih buruk dan sangat lemah daripada sekarang. Konservasi dapat dilihat dari segi ekonomi dan ekologi. Konservasi dari segi ekonomi bererti cuba memperuntukkan sumber daya alam untuk sekarang. Manakala dari segi ekologi, konservasi merupakan peruntukan sumber daya alam untuk sekarang dan masa yang akan datang.
Pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi perlu didedahkan kepada semua orang sejak di bangku sekolah lagi supaya kita dapat meluaskan ilmu pengetahuan mereka terhadap kepentingan alam sekitar kita. Hal ini kerana isu alam sekitar sememangnya menjadi suatu isu yang serius dan memerlukan pemerhatian segera. Oleh itu apabila pendidikan konservasi terhadap alam sekitar diberikan kepada anak murid melalui sukan rekreasi, kita dapat memupuk amalan memelihara dan memulihara alam sekitar daripada ancaman pencemaran.
Pendidikan koservasi ini juga turut mendidik anak-anak murid untuk tidak mencemarkan alam sekitar kita dan ramah dengan alam sekitar dengan tidak membuang sampah serta mencemarkan sungai. Mereka juga akan mula untuk mencintai flora dan fauna serta sungai yang berada di kawasan aktiviti sukan rekreasi. Ini akan membantu untuk memelihara alam sekitar kita yang kian hari semakin mengalami ancaman yang serius.
Selain itu, pendidikan konservasi dalam sukan rekrasi juga menjadi alat utama untuk menanamkan semangat untuk menjaga alam sekitar dan sekaligus menukar sikap mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada sebaliknya. Pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi sememangnya sesuatu yang harus ditekankan dan diteruskan supaya kita dapat mengubah sikap generasi yang akan datang supaya mereka juga turut memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar kita. Dengan berbuat demikian dapatlah kita mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar dan mula untuk menanam semula pokok-pokok baru supaya kawasan sekeliling kita dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau.
4.0 Jenis-jenis aktiviti rekreasi
Aktiviti rekreasi dilingkari beberapa jenis aktiviti lasak yang menguji ketahanan fizikal dan mental seseorang yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat memupuk keyakinan diri dalam diri seseorang yang mengikutinya. Berikut adalah contoh beberapa jenis aktiviti yang dapat dijalankan semasa aktiviti rekreasi.
4.1 Jungle trekking
imageAktiviti jungle trekking adalah satu aktiviti lasak yang lazimnya dijalankan dalam program rekreasi. Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti ini, akitiviti keselamatan hendaklah sentiasa diutamakan tidak kira kepada peserta, guru pengiring, fasilatator mahupun jurulatih itu sendiri. Pengurusan risiko terhadap aktiviti ini boleh diuruskan dengan menggunakan satu kaedah yang dinamakan HIRARC. HIRARC adalah singkatan kepada Hazard Identification, Risk Assessment & Risk Control. HIRARC merupakan satu kaedah dimana setiap hazard dikenal pasti pada sekitar kawasan jungle trekking, laluan denai, peralatan, manusia dan lain-lain. Setiap hazard yang dikenalpasti akan dinilai sejauh mana risiko ke atas keselamatan para peserta dan setiap risiko akan dikawal mengikut hieraki kawalan.
4.2 Orienteering
Orienteering merupakan salah satu cabang pengetahuan yang berkenaan dengan teknik-teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan di atas peta dan ditentukan di permukaan bumi mengikut susunan tertentu.
4.2.1 Terminologi Dan Alatan
Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan-alatan yang digunakan bagi menjalankan aktiviti ini. Antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti berikut:
Titik kawalan (Control point)
    • Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta.
    • Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
    • Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.
Penanda kawalan (Control marker)
    • Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
    • Sesuatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
    • Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
Kad kawalan (Control card)
    • Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
    • Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat.
Peta utama (Master map)
    • Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan.
    • Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
Keterangan kawalan (Control description)
    • Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
    • Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambarajah.
Landasan (Course)
    • Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
    • Tanda yang berkenaan landasan adalah seperti berikut :-
      • Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
      • Titik kawalan dengan tanda bulatan.
      • Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
      • ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.
Kompas (Compass)
    • Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
    • Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.
Peta
imagePeta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan. Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas peta kepada maklumat sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu gambaran yang dapat dilihat dari udara ke atas sesuatu tempat atau kawasan yang menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis tanaman, bangunan, jalanraya, sungai, paya, hutan tanah tinggi dan sebagainya. Peta yang selalu digunakan untuk aktiviti orienteering ialah peta topografi.
4.3 Berkayak
imageBerkayak adalah sejenis sukan air. Berbeza dari sukan kanu, berkayak selalunya di lakukan di air yang tenang dan kurang berisiko. Aktiviti berkayak boleh dilakukan secara bersendirian ataupun dengan pemerhatian jurulatih.
4.3.1 Anatomi Kayak
Semua jenis kayak mempunyai nama bahagian yang sama, hanya bentuk, ukuran dan bahan pembuatannya sahaja yang berbeza mengikut syarikat pengeluar dan teknologi semasa. Berikut adalah anatomi kayak :-
Haluan & Buritan (Bow & Stern)
Bow atau Haluan adalah bahagian depan atau muncung kayak yang berfungsi sebagai arah tujuan dan juga sebagai alat memecah ombak. Stern atau Buritan pula ialah bahagian belakang kayak. Kedudukan. Tip untuk mengenali diantara Bow dengan Stern ialah melihat arah tempat duduk pendayung.
Gunwale Line / Painter Line
Gunwale Line / Painter Line ialah bahagian tepi atau sisi kayak yang berfungsi sebagai penyeimbang bagi pendayung, apakah perahu yang dinaikkan itu sesuai dengan berat badannya atau tidak. Sisi kanan disebut "starboard" dan sisi kiri disebut "portside".
Hull
Hull ialah bahagian bawah kayak. Bentuknya berbeza bergantung kepada jenis kayak.
Deck (Geladak)
Deck ialah bahagian atas hadapan kayak untuk melindungi kaki untuk memudahkan melakukan teknik Eskimo Roll. Deck bahagian depan ini dikenali sebagai "foredeck"dan dibelakangnya pula dikenali sebagai "afterdeck".
Cockpit (Ruang Tempat Duduk)
Cockpit ialah ruangan yang dibentuk untuk pendayung kayak. Kedudukan Cockpit ini berbeza mengikut rekaan bentuk dan penggunaan kayak tersebut.
Seat (Tempat Duduk)
Tempat duduk terletak didalam Cockpit, dan tempat duduk terbahagi dalam beberapa jenis iaitu Standard (bentuk dan ukuran tetap), tempat duduk sederhana (biasa untuk kayak rekreasi), tempat duduk ketat (digunakan untuk di arus deras.)
Toggle
Toggle adalah sejenis tali untuk mengangkat kayak, letaknya di hujung depan (Bow) dan belakang (Stern).
Coaming
Coaming adalah bahagian tepi kecil dan mengelilingi cockpit, ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam perahu dan juga untuk mengikat spray cover.
Knee Brace
Letaknya dibawah Coaming yang berfungsi sebagai penahan lutut dan memberikan sanggahan ke kaki supaya kaki pendayung lebih kuat terhadap perahu.
Towline / Deckline
Towline / Deckline ialah tali yang diikatkan di hujung kayak (bow) dan buritan kayak (stern). Ia berfungsi sebagai tali penyelamat, menarik perahu.
Keel
Terletak dibawah geladak belakang dan berfungsi sebagai kemudi.
Buoyancy
Buoyancy adalah bahan apungan yang terletak di bawah deck bagian depan (bow) dan deck bagian belakang (stern) yang berfungsi sebagai penyimpang apabila kayak terbalik dan tidak mudah tenggelam.
Footrest
Footrest terletak di bahagian foredeck berfungsi sebagai tempat meletak kaki, bentuknya terdiri dari bar (dipasang pada sisi kiri dan kanan), paddle (hampir sama dengan bar tetapi terpisah antara letak sebelah kiri dengan kanan), bulkhead (bentuk bulat rata dan terletak di bagian haluan (bow).
Deck Eye / Eye Cleat
Eck Eye / Eye Cleat ialah lubang untuk mengikat tali (towline) yang terletak di atas geladak.
Eye Pit
Eye Pit ialah lubang yang terletak di ujung haluan (bow) dan buritan (stern) pada jenis kayak-kayak tertentu.
Hatch
Hatch ialah lubang penutup yang terdapat di bahagian depan dek dan belakang dek, yang berfungsi sebagai tempat meletakkan barang, biasa digunakan untuk kayak jenis ekspedisi.
Back Strap
Back Strap berbentuk getah yang diletakkan pada bahagian tempat duduk belakang, berfungsi untuk memberikan keselesaan pendayung untuk menyandar ke belakang sewaktu mendayung dan sekaligus untuk melindungi keselamatan bahagian belakang pendayung.
4.4 Rafting
imageRafting adalah sejenis aktiviti yang seiras dengan aktiviti berkayak tetapi lebih mencabar. Aktiviti rafting dilakukan dalam kumpulan. Aktiviti ini tidak dilakukan semasa air dalam keadaan tenang. ‘Water Rafting’ adalah satu sukan yang amat mencabar fizikal dan mental. Aktiviti ini amat memerlukan kekuatan daya tahan yang maksimum. Sekiranya tidak, ia akan mendatangkan risiko kepada semua ahli kumpulan. Aktiviti ini digalakkan untuk dilakukan dengan pemerhatian jurulatih.
4.5 Abseiling
Abseiling merupakan satu aktiviti menuruni satu kawasan tinggi ke kawasan yang rendah dengan menggunakan tali. Individu yang terlibat akan mengawal sendiri pergerakannya. Namun begitu, sebagai langkah keselamatan, jurulatih ataupun fasilitator akan bertanggungjawab membantu individu itu pada masa-masa kecemasan bagi mengelakkan kemalangan. Bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lebih lancar, peralatan yang sesuai dan ada jaminan kualiti sahaja yang boleh digunakan.
4.5.1 Alat-alat untuk melakukan aktiviti Abseiling
Safety Helmet (Topi Keselamatan)
imageTopi keselamatan digunakan sebagai pelindung kepala dan untuk menahan hentakan. Topi keselamatan ini bersifat ringan.
▪ Carabin (Karabina)
imageimage
Karabina digunakan sebagai alat penghantaraan untuk menyambung satu alat ke alat yang lain. Alat ini diperbuat daripada aloi (alloy) yang sensitive pada hentakan dan boleh menampung beban seberat 2000kg hingga 2200kg.
▪ Pulleyimage
Pulley digunakan untuk mengurangkan keberatan bebanan. Alat ini diperbuat daripada aloi (alloy) yang sensitive pada hentakan . Kemampuan bebanan bergantung pada kedudukan pulley. Maksimum bebanan adalah 2400kg.
▪ Figure of Eight
imageAlat ini digunakan untuk tujuan menurun sahaja. Alat ini diperbuat daripada aloi (alloy) yang sensitive pada hentakan. Alat ini juaga boleh menampung beban seberat 2500kg hingga 3000kg bergantung kepada saiz dan pengeluar.
▪ Full Seat Harnes
imageAlat ini digunakan untuk menyokong tubuh. Ianya diperbuat daripada nylon atau polyster.
▪ Juma @ Jammer
imageAlat ini digunakan untuk menaik sahaja dan diperbuat daripada aloi (alloy) yang sangat sensitif pada hentakan. Alat ini boleh menampung beban seberat 2500kg hingga 3000kg.
▪ Stopper
imageAlat ini digunakan untuk turun dan melakukan sebarang kerja di pertengahan tali.
Ianya diperbuat daripada aloi(alloy) yang sensitif pada hentakan.
▪ Rack
imageAlat ini digunakan untuk tujuan menurun sahaja. Alat ini diperbuat daripada aloi (alloy) yang sensitif pada hentakan.
▪ Sling
imageAlat ini digunakan sebagai tali penghantaraan. Ia diperbuat daripada nylon atau polyster dan boleh menampung beban seberat 2000kg hingga 2200kg.
▪ Kernmantle Rope
imageTali lebih sesuai digunakan untuk permukaan yang tajam.
4.6 Snorkeling
Pengertian dasar snorkeling adalah suatu teknik menikmati pesona keindahan dasar laut dengan menggunakan peralatan dasar selam berupa snorkle, fin (kaki katak) dan mask (kacamata renang). Snorkeling adalah kegiatan berenang atau menyelam dengan menggunakan peralatan berupa masker selam dan snorkel. Selain itu, penyelam sering mengenakan alat bantu gerak berupa kaki katak (sirip selam) untuk menambah daya dorong pada kaki. ‘Snorkel’ adalah peralatan selam berupa selang berbentuk huruf ‘J’ dengan pelindung mulut di bahgian hujung sebelah bawah. Alat ini berfungsi sebagai jalan masuk udara ketika bernafas dengan mulut tanpa harus mengangkat muka dari permukaan air. Pemandangan bawah air biasanya dapat dilihat sambil berenang dengan wajah menghadap ke permukaan air dan bernafas melalui snorkel. Selain menguasai cara bernafas dengan mulut melalui snorkel, kegiatan snorkeling tidak memerlukan kemahiran yang khusus.
4.6.1 Alatan-alatan yang digunakan untuk aktiviti Snokerling
Snorkle atau alat bantu pernafasan
Alat ini wajib dipunyai sendiri untuk membantu pernafasan. Cara pemakaian alat ini adalah dengan digigit pada mulut sehingga kita biasa bernafas melalui mulut.
Mask atau kacamata selam
Mask atau kacamata selam memudahkan penglihatan kita dalam air. Mask adalah alat yang menghalang air dari dimasuki mata.
▪ Fin atau kaki katak
Fin atau kaki katak. Terdapat 2 model fin iaitu open whell dan close whell.
3.7 Flying fox
Aktiviti Flying Fox juga dikenali sebagai Kubung Terbang. Aktiviti ini juga adalah salah satu aktiviti yang amat menyeronokan serta mampu menguji ketahanan mental peserta.
Flying fox merupakan salah satu aktiviti yang dapat mewujudkan keyakinan diri dalam diri seseorang individu. Aktiviti ini kebiasaanya dilakukan secara individu. Peserta akan dibawa naik ke atas pelantar yang tinggi untuk melakukan aktiviti ini, Dengan menggunakan peralatan khusus yang disediakan, peserta akan menggelongsor turun ke bawah mengikut kecuraman tali. Peralatan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti ini adalah peralatan yang digunakan untuk aktiviti abseiling seperti :-
▪ Tali statik
▪ Carabinar
▪Helmet
▪ Full Harnest
▪ Figure of Height
5.0 Rumusan
Kesimpulannya, aktiviti rekreasi dapat mengembangkan tingkah laku positif serta hubungan sosial seseorang. Aktiviti rekreasi juga membantu meluaskan pengetahuan seseorang peserta tentang alam sekitar atau ruang lingkup kegiatan tersebut. Rekreasi dapat disimpulkan sebagai suatu kegiatan yang dilakukan sebagai pengisi waktu luang untuk sesuatu tujuan, di antaranya untuk kesenangan, kepuasan, penyegaran sikap dan mental yang dapat memulihkan kekuatan baik fizikal mahupun mental.
Banyak nilai yang dapat diperoleh melalui aktiviti rekreasi dengan menggunakan dasar persekutuan. Ketegangan dapat dilepaskan dan kesihatan juga dapat dipertingkatkan. Selain itu, seseorang yang menyertai aktiviti rekreasi akan diselitkan dengan nilai keyakinan diri, bekerjasama, tolong-menolong, dan disiplin diri.
Aktiviti rekreasi dapat membentuk personaliti seseorang. Misalnya, membentuk personaliti diri yang berkualiti seperti berdikari, berani dan yakin. Selain itu, aktiviti sebegini juga menyelitkan nilai kepimpinan dalam diri seseorang individu. Aktiviti rekreasi bersama kumpulan dapat melatih rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap keselamatan orang lain. Lantaran itu, penglibatan dalam rekreasi juga dapat memupuk sikap sosialisasi. Tamsilnya, seseorang peserta dapat melibatkan diri dengan aktiviti kumpulan yang dianjurkan oleh sesebuah pihak dan memberi peluang kepada seseorang untuk mengenali orang lain yang turut serta dalam aktiviti berkenaan. Aktiviti umpama ini dapat memberi pengalaman yang baru dan pelbagai kepada peserta.
Disingkap dari aspek kelemahan, penglibatan dalam aktiviti rekreasi boleh mengundang kecelakaan. Contohnya, seseorang itu boleh menghadapi kecederaan semasa melakukan aktiviti lasak. Selain itu, seseorang boleh juga bersemuka dengan masalah seperti sesat dalam hutan, gunung atau taman negara.
Secara rumusnya, pelbagai aspek perlu diambil kira semasa melakukan sesuatu aktiviti rekreasi. Kebaikan dan kelemahan sesuatu aktiviti perlu diberi perhatian sebelum dijalankan. Rentetan itu, aktiviti-aktiviti lasak perlu dilakukan dengan pemerhatian jurulatih atau dengan panduan yang diberikan oleh jurulatih. Peserta aktiviti sukan dan rekreasi perlu selalunya berhati-hati semasa rekreasi.