Jumaat, 31 Julai 2015
Rahsia Tahi Lalat
1. Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita
6. Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua
7. Leher di tengah= Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas
11. Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri = Malas dan suka duduk
14. Betis kanan= Suka berhibur, boros
15. Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur
16. Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri= Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun
21. Kening kanan = Cerdas dan cekap
22. Kening kiri= Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya
26. Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat
30. Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31. Pada hidung= Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama
35. Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan
36. Tumit kiri= Baik budi
37. Alis kanan= Suka menolong dan baik hati
38. Alis kiri= Ramai yang suka
39. Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat
40. Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun
41. Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh
42. Jari kaki kanan= Suka menolong
43. Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik
44. Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan
45. Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
46. Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia
47. Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan
48. Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan
49. Lengan kiri= Menepati janji dan rajin
50. Pipi kanan= Ramai teman
51. Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka
52. Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman
53. Ubun-ubun= Kurang jujur
54. Pusat= Cerdas, tangkas, tekun
55. Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup
56. Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan
57. Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup
58. Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup
59. Dada kanan= Dapat mengatasi masalah
60. Dada kiri= Berani, jujur dan sabar
61. Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh
62. Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya
63. Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan
64. Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong
65. Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan
66. Jari tangan kiri= Serba baik bekerja
67. Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros
68. Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat
69. Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria
70. Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat
71. Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf
72. Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya
73. Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri
74. Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan
75. Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta
76. Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya
77. Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha
78. Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya
79. Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka
80. Kelopak mata kanan bawah= Agak malas
81. Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana
Harga Terkini Petrol RON95 RON97 dan Diesel mulai 1 Ogos 2015
Berita harga terkini minyak petrol RON95 RON97 dan Diesel mulai 1 Ogos 2015
Seperti sedia maklum, harga bagi ketiga-tiga bahan bakar tersebut akan dikemaskini pada jam 12.01 tengah malam 1 Ogos 2015.
Untuk info seperti yang dilaporkan dari portal Melvister hari ini, mulai bulan ogos 2015, pengumuman rasmi harga terkini jualan runcit RON95, RON97 dan Diesel hanya akan diumumkan oleh syarikat stesen minyak selepas jam 9.00 malam Jumaat 31 Julai 2015.
Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Ogos 2015 (Tidak Rasmi)
Nota Penting: Harga diatas adalah tidak rasmi berdasarkan purata pasaran minyak pada bulan Julai 2015. Harga rasmi bagi RON95, RON97 dan Diesel hanya akan dikemaskini selepas jam 9.00 malam Jumaat 31 Julai 2015.
Harga Terdahulu RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Julai 2015
Seperti sedia maklum, harga bagi ketiga-tiga bahan bakar tersebut akan dikemaskini pada jam 12.01 tengah malam 1 Ogos 2015.
Untuk info seperti yang dilaporkan dari portal Melvister hari ini, mulai bulan ogos 2015, pengumuman rasmi harga terkini jualan runcit RON95, RON97 dan Diesel hanya akan diumumkan oleh syarikat stesen minyak selepas jam 9.00 malam Jumaat 31 Julai 2015.
Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Ogos 2015 (Tidak Rasmi)
- RON95: RM2.17 Sen Seliter
- RON97: RM2.55 Sen Seliter
- Diesel: RM1.89 Sen Seliter
Nota Penting: Harga diatas adalah tidak rasmi berdasarkan purata pasaran minyak pada bulan Julai 2015. Harga rasmi bagi RON95, RON97 dan Diesel hanya akan dikemaskini selepas jam 9.00 malam Jumaat 31 Julai 2015.
Harga Terdahulu RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Julai 2015
- RON95: RM 2.15 Sen Seliter
- RON97: RM 2.55 Sen Seliter (Termasuk 6% GST)
- Diesel: RM2.05 Sen Seliter
- RON95: RM2.05 Sen Seliter
- RON97: RM2.35 Sen Seliter (Termasuk GST 6%)
- Diesel: RM 2.05 Sen Seliter
- RON95: RM 1.95 Sen Seliter
- RON97: RM 2.25 Sen Seliter (Termasuk GST 6%)
- Diesel: RM 1.95 Sen Seliter
Nota: Untuk makluman semua oleh kerana Malaysia tidak lagi menggunakan duit syiling 1 sen, maka disarankan agar pengguna semua untuk mengisi setiap kali isian dengan 1 liter. Ini akan memberikan penjimatan sebanyak 2 sen setiap isian berdasarkan round-up anda cuma membayar RM2.15 untuk setiap liter yang berharga RM2.17. Bayang berapa yang anda dapat jimatkan dengan berbuat demikian. Kira sendiri berapa liter yang anda isi didarabkan dengan 2 sen penjimatan seliter. Oleh itu adalah mustahil kerajaan akan menetapkan harganya begitu kerana ianya akan menimbulkan kontroversi kepada pengusaha sekiranya teknik di atas digunakan.
Rabu, 29 Julai 2015
Alif Mim Nun Wau, Alif Tendang Wau = "SARKIS"
Rasanya kesemua rakyat Malaysia pernah menonton filem P.Ramlee yg berjudul Pendekar Bujang Lapok.. Di dalam filem tersebut terdapat dialog yang merupakan antara dialog yang terus segar diingati kita hingga ke hari ini..
Apakah Maksud yang tersirat di sebalik dialog tersebut..?? Benarkah dialog tersebut diciptakan oleh P.Ramlee untuk menegur pemimpin UMNO..??
Di dalam buku tulisan saudara Abdullah Hussain " Seniman Agung P.Ramlee " terbitan karangkraf, cetakan pertama 1984.
Sejurus selepas Filem Pendekar Bujang Lapok diumumkan sebagai Komedi Terbaik Festival Filem Asia ke 6 di Kuala Lumpur (1959)
Tan Sri Ghazali Shafie yang ketika itu Menteri Kebudayaan dan Penerangan telah berjumpa di tempat duduk peserta dan bertanyakan beberapa soalan berkenaan kejayaan beliau menggondol anugerah filem komedi terbaik peringkat Asia......
Seperti biasa P.Ramlee yg telah terbiasa mengunakan perkataan Lu dan Gua (ketika itu Lu dan Gua adalah bahasa pasar yg digunakan oleh penduduk Singapura).
TS Ghazalie : Macam mana u boleh menang malam ni..??Terkedu Tan Seri Ghazali Shafie mendengar penjelasan P. Ramlee ketika itu.
P.Ramlee : Gua buat filem utk masyarakat bukan untuk wang..
TS Ghazalie : Tahulah tapi macam mana u boleh menang dan macam mana juri dari hong kong, jepun dan dua orang juri jemputan dari Australia boleh pilih filem u sedangkan mereka tak faham bahasa kita.
P.Ramlee : Filem dan Lagu tidak memerlukan bahasa yg khusus. Seni adalah bahasa universal.. Gua hasilkan seni dari gua untuk masyarakat dan dari masyarakat untuk gua. ada nasihat ada sindiran dan teguran agar masyarakat boleh berfikir.. Gua pun kutuk lu punya geng juga..... (Sambil ketawa).
TS Ghazalie : u kutuk apa? i tak nampak pun..
P.Ramlee : Alif Mim Nun Wau tu lu punya geng la..
TS Ghazalie : hah.. i tak faham la..
P.Ramlee : Alif itu Akal, Wau itu Ugama. Alif tendang Wau Sarkis. bermakna Akal Tendang ( Tolak ) Agama maka manusia akan menjadi seperti bintang2 Sarkis, hidup tanpa agama ini hanya layak utk haiwan sahaja. Alif Mim Nun Wau kan bunyinya UMNO
...sedutan dari buku tulisan Abdullah Hussain
Note : Ejaan dahulu Ugama bukannya Agama seperti sekarang ini..
Selasa, 28 Julai 2015
Senarai Menteri Kabinet Penggal 2015-2018
Senarai penuh Kabinet 2015
PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
MENTERI KEWANGAN
Datuk Seri Najib Razak
MENTERI KEWANGAN II
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:
1. Datuk Chua Tee Yong
2. Datuk Johari Abdul Ghani
MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri:
Datuk Mohd Johari Baharum
MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri:
1. Datuk Nur Jazlan Mohamed
2. Masir Anak Kujat
MENTERI LUAR NEGERI
Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2
Datuk Seri Ong Ka Chuan
Timbalan Menteri:
1. Datuk Ahmad Maslan
2. Senator Datuk Lee Chee Leong
MENTERI KESIHATAN
Datuk Seri Dr S.Subramanian
Timbalan Menteri
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
MENTERI PENDIDIKAN:
Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri:
1. P.Kamalanathan
2. Chong Sin Woon (Senator)\
MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri:
Datuk Mary Yap Ken Jin
MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri:
Datuk Mas Ermieyati Samsudin
MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri:
Datuk Abdul Aziz Kaprawi
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Datuk Amar Douglas Unggah Embas
Timbalan Menteri:
Datuk Noriah Kasnon
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak
Timbalan Menteri:
Datuk Jailani Johari
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri:
Datuk Seri Dr James Dawos Mamit
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri:
1. Datuk Alexander Nanta Linggi
2. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr Abu Bakar Diah
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri:
Datuk Ir Hamim Samuri
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri:
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri:
Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Menter
1. Datuk Azizah Mohd Dun
2. Senator Datuk Chew Mei Fun
MENTERI SUMBER MANUSIA
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem
Timbalan Menteri
Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri
Datuk loga Bala Mohan
MENTERI BELIA DAN SUKAN
Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri
Datuk M Saravanan
MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Datuk Seri Azalina Othman Said
2. Nancy Shukri
3. Senator Datuk Seri Wahid Omar
4. Datuk Wee Ka Siong
5. Datuk Seri Jamil Khir Baharom
6. Senator Datuk Seri Idris Jala
7. Tan Sri Joseph Kurup
8. Datuk Joseph Entulu Belaun
9. Datuk Seri Shahidan Kassim
10. Senator Paul Low Seng Kuan
11. Datuk Mah Siew Keong
Timbalan Menteri
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Isnin, 27 Julai 2015
Petai
Petai kaya dengan protein tumbuhan dan asid amino yang penting untuk memastikan fungsi sistem saraf yang betul. Ia juga adalah sumber mineral dan amat tinggi dalam kalsium, fosforus, kalium, dan besi. Petai juga tinggi dalam serat dan mengandungi sejumlah besar vitamin C dan E dan juga A vitamin B1, B2 dan B3. Ini menjadikan petai salah satu sayur-sayuran tempatan yang paling berkhasiat. Berita baik adalah bahawa petai mempunyai manfaat kesihatan yang penting dan telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit hati dan masalah buah pinggang. Petai juga kononnya berkesan dalam membuang cacing usus dan parasit.
Antioksidan yang kuat
Petai mengandungi antioksidan kuat yang berkesan boleh hapus sisa radikal berbahaya dan melindungi sel-sel badan daripada mengalami kerosakan. Antioksidan juga membantu untuk mengelakkan tekanan oksidatif yang merupakan punca pelbagai penyakit termasuk penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, artritis dan kanser.
Banyak kajian telah dilakukan untuk membuktikan sifat antioksidan petai. Antaranya ialah kandungan Vitamin C yang tinggi dan sejumlah besar vitamin E adalah sebatian utama yang terdapat dalam petai yang menyumbang kepada keupayaan antioksidannya.
Petai juga didapati menunjukkan jumlah sebatian fenolik yang tinggi. Fenolik bertindak sebagai antioksidan yang mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria yang kuat.
Diabetes dan kolesterol
Mungkin salah satu manfaat yang paling penting petai adalah sebagai rawatan diabetes. Ahli-ahli sains di Universiti Pertanian Malaysia mendapati bahawa petai mengandungi ekstrak kloroform yang ketara mengurangkan tahap glukosa darah pada tikus diabetes Alloxan-teraruh.
Kajian juga mendapati bahawa kesan hipoglisemik petai adalah disebabkan dua sterol tumbuhan utama yang hadir dalam kacang dan buah yang bekerja secara sinergistik untuk menghasilkan kesan anti-diabetes.
Sterol tumbuhan telah terbukti dengan ketara menurunkan paras kolesterol LDL sekaligus dapat mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung.
Membantu penghadaman dan penurunan berat badan
Petai menjadi makanan sterol yang tinggi, secara semula jadi mengandungi jumlah yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit dan memastikan sistem penghadaman yang sihat.
Serat melambatkan penyerapan glukosa daripada usus dan menghalang peningkatan yang pesat tahap insulin dalam darah. Ini juga memberi manfaat kepada pesakit kencing manis dan juga orang-orang yang obesiti.
Anti-kanser dan anti-radang
Thiazolidine-4-karboksilik asid juga dikenali sebagai thioproline adalah asid amino yang memberikan bau sulfur pada petai. Ia adalah ejen yang dapat memerangkap nitrit yang berkesan dalam badan. Nitrit biasanya digunakan dalam industri membuat makanan dan untuk mengawet daging.
Thioproline bertindak sebagai penyingkir nitrit dan telah diuji berkesan sebagai agen anti-kanser. Apa yang menarik untuk diperhatikan ialah bahawa jumlah thioproline dalam kacang petai tidak dapat dikesan dalam bentuk mentah tetapi meningkat dengan ketara selepas mendidih.
Caryophyllene dan Lupeol dua sebatian lain yang dijumpai dalam ekstrak petai yang telah dilaporkan mempunyai ciri-ciri anti-kanser. Lupeol juga didapati mempunyai kesan anti-radang dan anti-artritis.
Melindungi hati
Petai secara tradisional dipercayai mempunyai keupayaan untuk malakukan pembersihan darah dan detoksifikasi. Organ hati adalah bertanggungjawab untuk menapis toksin dari darah dan thioproline, agen anti-kanser yang sama yang dinyatakan di atas merangsang detoksifikasi dalam hati dan membantu melindungi hati daripada kerosakan yang disebabkan oleh pelbagai toksin seperti alkohol dan berlebihan parasetamol.
Anti-bakteria dan anti-mikrob
Polysulphides Cyclic salah satu daripada sebatian utama dalam petai yang memberi rasa yang pahit pada petai mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antikulat.
Atas sebab ini petai digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat keradangan buah pinggang yang disebabkan oleh aktiviti bakteria di dalam buah pinggang (contohnya E-coli). Petai juga merupakan penawar yang digunakan untuk jangkitan daripada saluran Kencing dan pundi kencing.
Mengurangkan tekanan darah tinggi
Ekstrak akar petai telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat tekanan darah tinggi. Saintis telah mendapati bahawa petai mengandungi peptida bioaktif (rantaian asid amino) yang mempunyai kesan antihipertensi.
Kesan-kesan sampingan
Petai kaya dengan karbohidrat kompleks oleh itu ia adalah biasa untuk mengalami kembung dan perut kembung akibat gas dibentuk oleh pecahan karbohidrat kompleks untuk proses penghadaman.
Petai mengandungi asid djenkolic asid amino yang mengandungi sulfur yang sedikit toksik. Dalam kepekatan yang tinggi ia boleh menyebabkan "gout, kesukaran membuang air kecil dan kegagalan buah pinggang "
Ia adalah dinasihatkan untuk minum air yang banyak untuk mengurangkan pengumpulan asid djenkolic dalam badan.
Tidak ada data saintifik mengenai tahap purin dari petai. Walau bagaimanapun, ia boleh dianggap bahawa seperti mana-mana kekacang, ia mungkin mengandungi tahap yang sederhana. Makanan yang tinggi purin boleh meningkatkan tahap asid urik oleh itu orang-orang yang terdedah kepada gout perlu mengambil petai secara sederhana.
Walaupun petai mempunyai kesan anti-bakteria dan anti-radang pada buah pinggang, penggunaan petai mungkin perlu terhad untuk pesakit dengan penyakit buah pinggang kerana petai yang tinggi dalam protein, kalium dan fosforus, semua yang memberi kesan kepada fungsi buah pinggang pada orang dengan penyakit buah pinggang.
Mengetahui faedah kesihatan yang berkaitan dengan petai akan membolehkan kita untuk menghargai hasil tempatan ini dan mengakui alam ciptaan tuhan merupakan sumber yang sempurna untuk kesihatan.
Rabu, 22 Julai 2015
Spagetti Goreng
Bahan-bahan (3-4 org makan)
1- 8 ulas bawang putih ditumbuk
2- 8-10 biji cili padi ditumbuk (kalau untuk anak2 makan, tak perlu letak pun tak apa)
3- 6 cmb minyak zaiton
4- 15 ekor udang saiz xl
5- 20 ekor kepah (ada jual yg frozen)
6- separuh biji capsicum merah dihiris
7- separuh biji capsicum hijau di hiris
8- 1 cmb parsley serbuk
9- 1cmb basil serbuk
10- garam & gula secukup rasa
11- Setengah bungkus spagetti (direbus dulu)
Cara-cara
1- Tumis bawang putih & cili padi dgn minyak zaiton.
2- Bila naik bau, masukkan udang & kepah. Blh juga gunakan sotong or lala.
3- Masukkan parsley, basil, garam, gula secukup rasa. Gaul.
4- Masukkan pula spagetti & gaul sebati.
5- Akhir sekali masukkan capsicum merah & hijau. Goreng sekejab & siap.
Share Supaya Tak Hilang
Isnin, 13 Julai 2015
Langkah Mengelakkan Panahan Kilat
Tahukah anda bahawa negara kita Malaysia adalah negara ketiga paling banyak menerima panahan kilat di dunia, selepas Rwanda dan Congo.
Namun negara kita tiada program kesedaran mengenai langkah yang perlu diambil ketika mula kedengaran guruh, nampak awan hitam, hujan renyai atau lebat dan sebagainya untuk berlindung dari kemungkinan panahan kilat menyambar pada bila-bila masa.
Bak kata seorang jurutera perunding dan pakar kilat Encik Hartono Zainal Abidin dalam artikel akhbar The Star, “We shouldn’t wait until lightning strikes a VIP before we take strong action.”
Berikut adalah panduan untuk mengurangkan risiko panahan kilat;-
LANGKAH 1 (Fahami aktiviti kilat)
1). Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.
2). Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku iaitu dengan mengetahui jarak kilat. Bagi mengira jarak kilat, anda boleh menggunakan teknik ‘Flash to Bang’ atau ‘Kilat ke Guruh’. Cara kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1.6 km dari kedudukan anda. Ia bermaksud, jika 10 saat bersamaan 3.2 km, 20 saat bersamaan 6.4 km dan 30 saat bersamaan 9.6 km dari kedudukan anda.
LANGKAH 2 (Sekiranya anda berada di luar rumah)
1). Hentikan semua aktiviti luar dan cari tempat perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Kilat tidak semestinya diiringi hujan dan masih boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada pada jarak 15 km dari tempat anda berada.
2). Cari perlindungan dalam bangunan yang besar dan kukuh, kenderaan atau struktur yang besar seperti jambatan dengan pantas.
3). Cari tempat perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran kilat.
4). Jika tiada tempat berlindung berdekatan anda, segera turun dari tempat tinggi dan berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang yang kering.
5). Jangan tunggu sehingga hujan turun sebelum mencari perlindungan kerana kilat boleh memanah anda walaupun sebelum hujan turun.
6). Jangan gunakan payung ketika adanya panahan kilat (kerana payung turut diperbuat dari logam).
7). Sekiranya hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika anda terkena panahan kilat.
8). Segera duduk dalam ‘Kedudukan Pertahanan Kilat’, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan.
9). Jangan sentuh objek besi seperti pagar, tiang dan orang lain.
10). Jangan berlindung di bawah pokok, khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan kilat.
LANGKAH 3 (Sekiranya anda berada dalam rumah atau tempat perlindungan)
1). Jika anda di dalam tempat perlindungan, jangan sentuh peralatan elektrik dan tanggalkan plug dari soket jika perlu.
2). Jangan gunakan telefon rumah atau pejabat. Gunakan telefon bimbit jika perlu sahaja.
3). Jauhi balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang yang menghadap luar rumah.
4). Elakkan berada di dalam bilik air atau berhampiran dengan paip air yang dibuat daripada besi.
5). Pastikan anda berada di dalam tempat perlindungan untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit selepas guruh yang terakhir kedengaran. Anda perlu ingat bahawa kilat masih lagi boleh menyambar walau pun hujan telah berhenti.
Sumber Dr Ong
Rupanya ini sebabnya mengapa perempuan yang disetubuhi lelaki durjana mudah bersalin
Assalammualaikum.
Wallahua'lam
Semoga semuanya sihat selalu. Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa orang perempuan yang mengandug anak luar nikah ni senang je beranak? Mengandung pun orang tak perasaan. Tak ada jalan terkedek-kedek bila dah tengah sarat. Tau-tau je dah bersalin.
Screenshot di atas itu adalah jawapannya.
Apa pun tu semua kuasa Allah dan rezeki masing-masing. Ada juga yang dapat rezeki mudah bersalin... Wallahua'lam
Ahad, 12 Julai 2015
How Much Are Malaysia's Politicians Earns
“I am one of the best paid and probably one of the poorest of the Third World prime ministers,” Lee Kuan Yew, the late minister mentor of Singapore was once quoted.
The saying of “if you pay peanuts, you get monkeys,” is also undeniable. To get good quality people, you need to pay for it.
Before the recent amendments to the Members of Parliament (Remuneration) (Amendment) Act that was passed on April 10, 2015, members of the parliament (MPs) in Malaysia received a monthly income of RM4,112.
Other perks MPs get are RM2,500 entertainment allowance, RM1,500 fuel allowance and a RM300 toll allowance, but these do not go into their pockets as income earned.
Whether you think they deserve it or not, a pay raise for members of Parliament and senators has been approved a month ago.
The base salary of an MP jumps to RM16,000 from RM6,508.59, which was higher than the initial proposal of RM11,000 when the Bill was tabled in November last year.
The last amendment to federal lawmakers’ salary and allowances was a mere increase of RM700 more than a decade ago in 2002.
Other than the additional claimable allowances for entertainment, fuel, travel and others, the parliamentarians also receive an allowance of RM200 a day when attending Parliamentary sittings and a daily allowance of RM150 to attend meetings with government agencies.
Sabtu, 11 Julai 2015
Jumaat, 10 Julai 2015
Khamis, 9 Julai 2015
Jadual Masa Perjalanan Hari Raya 2015 Dari PLUS
Setiap kali menjelang musim perayaan besar seperti Hari Raya Aidilfitri, jalanraya pasti akan dipenuhi dengan kenderaan. Kesesakan pastinya akan berlipat kali ganda namun yang menariknya situasi ini berlawanan dengan hari-hari biasa di mana Lembah Klang akan menjadi lengang dengan kenderaan tanpa sebarang kesesakan.
Akibat terlalu banyaknya kenderaan dijalanraya maka kesesakan berlaku di mana-mana sahaja lokasi diluar Lembah Klang. Lebih menyakitkan hati apabila kesesakan turut berlaku di lebuhraya di mana kita perlu membayar untuk melaluinya. Oleh itu, ia sepatutnya memberi keselesaan dan kepantasan disepanjang perjalanan di lebuhraya.
Namun semuanya itu tidak mungkin terjadi! Kadang kala, lebuhraya jugalah pilihan terbaik yang ada, maka terpaksa juga menggunakannya.
Jalan Penyelesaian Dari Plus
Bagi mengatasi masalah ini, pihak Lebuhraya PLUS telah mengeluarkan jadual masa perjalanan disepanjang cuti Hari Raya Aidilfitri (16 - 20 Julai 2015). Ianya bertujuan untuk mengurangkan kesesakan berikutan kemasukan kenderaan yang banyak secara serentak di lebuhraya PLUS pada waktu puncak.
Jadual masa perjalanan dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama :
- Kangar, Alor Setar, Johor Bahru dan Kota Tinggi - Mulakan perjalanan anda diantara jam 6:00 pagi ~ 8:00 pagi
- Kepala Batas, Butterworth, George Town, Bayan Lepas, Batu Pahat, Segamat dan Muar - Mulakan perjalanan anda diantara jam 8:00 pagi ~ 12 tengahari.
- Taiping, Kuala Kangsar, Grik, Ipoh, Jasin, Melaka, Alor Gajah - Mulakan perjalanan anda diantara jam 12:00 tengahari ~ 6:00 petang
- Bidor, Tapah, Teluk Intan, Lumut, Tanjung Malim, Senawang, Kuala Pilah, Port Dickson dan Seremban - Mulakan perjalanan anda selepas jam 6:00 petang
Jadual masa perjalanan dari bandar-bandar utama ke Lembah Klang :
- Kangar, Alor Setar, Johor Bahru dan Kota Tinggi - Mulakan perjalanan anda diantara jam 6:00 pagi ~ 8:00 pagi
- Kepala Batas, Butterworth, George Town, Bayan Lepas, Batu Pahat, Segamat dan Muar - Mulakan perjalanan anda diantara jam 9:00 pagi ~ 12:00 tengahari.
- Taiping, Kuala Kangsar, Grik, Ipoh, Jasin, Melaka, Alor Gajah - Mulakan perjalanan anda diantara jam 2:00 petang ~ 6:00 petang
- Bidor, Tapah, Teluk Intan, Lumut, Tanjung Malim, Senawang, Kuala Pilah, Port Dickson dan Seremban - Mulakan perjalanan anda selepas jam 8:00 malam
Jika anda dari destinasi selain dari yang disenaraikan di atas, mulakan perjalanan anda sebelum jam 6:00 pagi atau selepas jam 12:00 tengah malam.
Bagi pengguna motorsikal pula, anda digalakkan merancang perjalanan dilebuhraya sebelum 16 Julai dan selepas 20 Julai 2015
Selain itu, PLUS juga menggalakkan merancang perjalanan di lebuhraya pada hari tertentu. Sebagai ganjaran, pengguna lebuhraya akan diberi diskaun @ rebat jika menggunakan lebuhraya Plus pada hari-hari sebelum dan selepas hari puncak :
- 13 Julai 2015 : rebat 50%
- 14 Julai 2015 : rebat 40%
- 15 Julai 2015 : rebat 30%
- 21 Julai 2015 : rebat 30%
- 22 Julai 2015 : rebat 40%
- 23 Julai 2015 : rebat 50%
Termaktub pada semua Lebuhraya PLUS (NSE & ELITE) - Hanya untuk jarak perjalanan lebih 100km dan hanya kepada pengguna kad PLUSMiles, Touch 'n Go dan SmartTAG pada sepanjang hari (24 jam) tersebut
Keselesaan Dan Keselamatan Perlukan Kerjasama Serta Keprihatinan
Mungkin jadual ini tidak akan dapat menyelesaikan sepenuhnya masalah kesesakan yang berlaku di lebuhraya tetapi sekurang-kurangnya dapat melancarkan perjalanan dan mengelak dari kesesakan yang teruk akibat kemasukan terlalu banyak kenderaan ke lebuhraya pada waktu yang serentak.Rancanglah perjalanan anda dan patuhi undang-undang jalan raya, almaklumlah... bila kesesakan berlaku, ramai yang akan hilang kesabaran. Ingatlah...bukan anda sahaja yang terperangkap. Kasihani dan hormatilah orang lain. Janganlah pentingkan diri sendiri.... sabar...
Berhati-hatilah semasa memandu kerana sedikit kecuaian anda mungkin akan membuatkan anda atau orang lain menyesal seumur hidup. Ingatlah insan tersayang... Hari Raya adalah masa untuk ceria serta bergembira dan bukan hari untuk meratapi kesakitan atau kehilangan.
Rabu, 8 Julai 2015
Selasa, 7 Julai 2015
Isnin, 6 Julai 2015
Ahad, 5 Julai 2015
Sabtu, 4 Julai 2015
Jumaat, 3 Julai 2015
Khamis, 2 Julai 2015
Langgan:
Catatan (Atom)