Bermula Disember 2014, harga runcit minyak (bahan api) ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal dan penetapan harga akan dilakukan setiap bulan berdasarkan Purata Harga Pasaran bulan sebelumnya.
Hari terakhir setiap bulan kini sudah menjadi tarikh penting buat pengguna di mana pada tarikh itu masing-masing mahu mengetahui harga runcit bagi petrol RON95, RON97 dan Diesel untuk bulan baharu Untuk info, bermula bulan Julai yang lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak lagi mengeluarkan apa-apa pemberitahuan mengenai perubahan harga bahan api kepada orang ramai (pengguna) seperti kebiasaannya Sebaliknya, KPDNKK akan memberitahu harga runcit baharu bulanan bagi RON95, RON97 dan Diesel hanya kepada Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia atau peruncit bermula tengah malam pada hari terakhir setiap bulan.
Sehubungan dengan itu, pengguna hanya akan mengetahui harga runcit petrol RON95, RON97 dan Diesel sama ada berubah atau tidak pada tengah malam, hari terakhir setiap bulan Dalam pada itu, ramai pihak mahu kerajaan mengkaji semula keputusan tersebut untuk mengelakkan pengguna berada dalam keadaan tidak bersedia dengan berpendapat bahawa pengumuman awal seperti bulan-bulan sebelumnya membolehkan mereka merancang perbelanjaan bulanan mereka dengan lebih baik.
Untuk memudahkan anda memantau pergerakan naik turun harga runcit (harga di pam) bahan api, berikut kami sediakan senarai harga bulanan bagi seliter minyak petrol dan diesel di semua lokasi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Jadual sejarah harga minyak ini akan kami kemaskini setiap bulan.
Berikut adalah maklumat harga minyak Petrol RON 95, Petrol RON 97 dan Diesel terkini di Malaysia.

Senarai Harga Terkini Petrol dan Diesel
Untuk memudahkan anda memantau pergerakan naik turun harga runcit (harga di pam) bahan api, berikut kami sediakan senarai harga bulanan bagi seliter minyak petrol dan diesel di semua lokasi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Jadual sejarah harga minyak ini akan kami kemaskini setiap bulan.
Berikut adalah maklumat harga minyak Petrol RON 95, Petrol RON 97 dan Diesel terkini di Malaysia.
Kaedah Pengapungan Terkawal
Melalui kaedah pengapungan terkawal (managed float) ini, purata perubahan kos produk dan kadar pertukaran mata wang bulan semasa akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya. Ini bermakna harga runcit minyak akan bergantung kepada harga minyak mentah di pasaran dunia. Jika harga minyak mentah dunia meningkat, harga runcit minyak juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya.