Khamis, 14 Jun 2012

Bahtera Merdeka

CONTOHI RASULULLAH DALAM MELAYARI BAHTERA RUMAHTANGGA...
suami isteri adalah 2 insan yg berlainan karektor dan pemahaman..pepatah bijakn pandai pernah mengatakan di sebalik kejayaan seorang lelaki,ada insan yang bernama wanita di belakangnya.kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga dan rasulullah telah mencontohkan kemesaan tersebut dengan isteri-isteri baginda....
1).TIDUR DALAM SATU SELIMUT BERSAMA ISTERI
(dari atha' bin yasar)
"Sesungguhnya Rasulullah dan Aishah biasa mandi bersama dalam satu bejana.ketika bahginda sedang dalam satu selimut dgn Aishah,tiba2 Aishah bangkit.Baginda kemudian bertanya,"mengapa engkau bangkit?"jawab Aishah,"Kerana saya haid,wahai rasulullah."sabda rasulullah ,"kalau begitu,pergilah,lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku."Aku pun masuk,lalu berselimut bersama baginda." (hadis riwayat sa'id bin manshur)
2).MEMBERI WANGI-WANGIAN PADA AURAT
Aishah berkata,"sesungguhnya Nabi s.a.w apabila meminyaki badannya,bahginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah(sejenis serbuk pewangi)dan isteri bahginda meminyaki bahgian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (hadis riwayat Ibnu majah)
3).MEMBELAI ISTERI"Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua(isterinya)seorang demi seorang.baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama,sehinga baginda singgah ke tempat isteri yg menjadi giliran baginda,lalu baginda bermalam di tempatnya". (hadis riwayat Ahmad)
4).MANDI BERSAMA ISTERIDari Aishah r.a,beliau berkata,"Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w.mengunakan 1 bejana.Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami(ke dalam bejana tersebut)." hadis riwayat abdurrazaq)
5).DISIKATKAN OLEH ISTERIDari Aishah r.a,beliau berkata,"Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w,ketika itu saya haid." (hadis riwayat ahmad)
6).MEMINTA ISTERI MEMINYAKI BADANdari Aishah r.a,beliau berkata "saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w pd raya 'aidil adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah." (hadis riwayat ibnu 'Asakir)
7).MINUM BERGANTIAN PADA TEMPAT YANG SAMAdrpd Aishah r.a,dia bekata "saya biasa minum dari cawan yg sama walaupun ketika haid.Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut,lalu baginda minum,kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya.kemudian baginda mengambilnya dari saya,lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya,lalu baginda pun menghirupnya". (hadis riwayat abdurrazaq dan said mansur)
8).MENCIUM ISTERIdari Aishah r.a,bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk,kemudian baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya." (hadis riwayat abdurrazaq)
dari Hafshah,putri umar r.a,"sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa," (hadis riwayat ahmad).
9).BERBARING DI PANGKUAN ISTERIdari Aishah r.a,beliau berkata ."Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid,kemudian beliau membaca Al-quraan." (hadis riwayat abdurrazaq)
10).MEMANGGIL DENGAN PANGGILAN MESRARasulullah s.a.w biasa memanggil Aishah dgn beberapa nama panggilan yg disukainya seperti Aish dan Humaira(pipi merah delima)
11).MENYEJUKKAN KEMARAHAN ISTERI DENGAN MESRANabi s.a.w biasa memicit hidung Aiahah jika dia marah dan baginda berkata,"wahai Tuhanku,Tuhan Muhammad,ampunilah dosa dosaku,hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan." (hadis riwayat ibnu sunni)
12).MEMBERSIHKAN TITISAN DARAH HAID ISTERIdari Aishah r.a dia berkata,"Aku pernah tidur bersama rasulullah s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid,apabila darahku menitis di atas tikar itu,baginda mencucinya pada bahagian yg terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu,kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula,lalu baginda bebaring kembali di sisiku.apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu,baginda mencuci pada bahagian yg terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu,kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.." (hadis riwayat nasai)
13).SEGERA MENEMUI ISTERI APABILA TERGODAdari jabir,sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita,lalu bahginda masuk ke tempat kediaman Zainab,untuk melepasakan keinginan baginda kepadanya,lalu keluar dan bersabda,"wanita kalau menghadap dalam rupa syaitan...apabila seseorang di antara kamu melihat wanita menarik,hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yg sama dgn yg ada pada wanita itu..
(hadis riwayat tarmizi)
KEWAJIBAN SEORANG SUAMI
1).Pertama ialah membayar mahar dengan sempurna.
2).memberi nafkah zahir dan batin,rasulullah bersabda:
"takutlah kepada Allah dalam memperlakukan wanita,kerana kamu mengambil mereka dengan amanat Allah dan kamu halalkan kemaluan mereka dengan kalimat Allah dan kewajiban kamu adalah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan baik."
3).suami wajib memberi pelindungan kepada isterinya.bermaksud dia haruslah memberi tempat berlindung yg selesa mengikut kemampuan diri.
4).mempergauli isteri dengan baik.
Allah berfirman,"dan pergaulilah mereka dengan cara yang baik".(an-nisa:19)
Rasulullah s.a.w bersabda,"orang mukmin yg paling sempurna imannya adalah yg paling baik akhlaknya:dan sebaik-baik kalian adalah yg paling baik terhadap isterinya."Riwayat (tarmizai).
KEWAJIBAN SEORANG ISTERI
1).mentaati suami.namun dalam mentaati suami dan juga batasannya.batasan itu adalah seperti yg disabdakan Rasulullah s.a.w,."Tidak ada ketaatan terhadap makhluk yg melakukan maksiat kepada Allah dan melakukan apa yg dilarangnya".
2).seorang isteri harus menjaga kehormatan diri,suami,dan harta keluarga.(contoh:meminta keizinan suami ketika keluar dari rumah dan memberitahu arah dan tujuan anda keluar.jangan sesekali anggap perkara ini remeh kerana ia merupakan tanggungjawab seorang isteri).
3).mengatur dan menguruskan hal berkaitan rumah tangga seperti memasak untuk suami dan anak-anak kerana air tangan seorang isteri adalah pengubat segala kepenatan suami dan dapat mengelak dari suami keluar berpoya-poya diluar.
4).melahirkan dan mendidik anak-anak.dalam hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari dan meslim.Rasulullah bersabda,"wanita adalah pengasuh dan pendidik di rumah dan bertanggungjawab atas asuhannya."
5).isteri harus berbuat baik dan melayani keluarga suaminya dengan penuh rasa kasih dan ikhlas.Tip ambil hati mentua dan ipar duai seperti memberi hadiah,memasak ketika sesekali pulang ke kampung,dan bercakap dengan sopan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan