KUCHING: Malaysia mencalonkan 10 hotel di seluruh negara untuk menerima Anugerah Hotel Hijau Asean yang diadakan bersempena Forum Pelancongan Asean 2014 yang bermula di sini Khamis lepas.
Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Mohd Daud Mohd Arif berkata sejak dimulakan pada 2006, 40 hotel di negara ini telahpun meraih anugerah itu yang diperkenalkan sebagai sebahagian usaha untuk mempromosi kesedaran terhadap alam sekitar.
"Seperti juga anugerah lain, anugerah ini akan memberi kebanggaan dan menaikkan martabat penerimanya selain dapat digunakan sebagai alat perhubungan awam untuk mempromosi premis mereka sendiri.
"Ini dianggap cara terbaik untuk mempertingkatkan perkhidmatan perhotelan terhadap kesedaran tentang pemeliharaan alam sekitar," katanya pada sidang akhbar Anugerah Hotel Hijau 2014 yang akan diadakan di sini esok.
Sidang akhbar itu turut dihadiri Ketua Pengarah Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand Dr Patanachart Kridiborworn.
Sementara itu, Patanachart berkata terdapat 216 hotel di seluruh negara anggota Asean yang telahpun memenangi anugerah berprestij itu dan bagi tahun ini, 86 hotel lagi dijangka meraih gelaran Hotel Hijau.
Beliau berkata anugerah berkenaan diadakan dua tahun sekali dan setiap pemenang mengekalkan gelaran itu selama tiga tahun.
"Sudah tentulah mereka akan berusaha mengekalkan kualiti perkhidmatan dalam usaha mengekalkan gelaran, jika tidak mereka akan kehilangannya," kata Patanachart.
Beliau memperjelaskan jawatankuasa anugerah itu menetapkan kriteria atau garis panduan yang menggalakkan perkhidmatan mesra alam sekitar dalam operasi hotel.
"Kriteria yang kami tetapkan adalah tentang dasar dan tindakan alam sekitar dalam operasi hotel, penggunaan produk mesra alam, kerjasama dengan komuniti dan pertubuhan setempat serta pembangunan insan," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan