1. Jika anda punyai kereta, kekalkan kereta anda walaupun setelah habis membayar sepenuhnya. Usah bermimpi untuk tukar kereta baru. Cuba kekal dalam 6 bulan, anda akan dapati ada duit lebihan contoh RM500 sebulan, 6 bulan tentu sudah ada RM3000 dalam tangan. Jika setahun, tentu RM6000!
2. Bayar bil secara lebihan. Jika bila anda RM75, bayar RM100. Tetap bayar lebih setiap bulan dan jangan fikir tak perlu bayar jika 2-3 bulan akan datang tengok bil negatif (contoh negatif -RM25 yakni TNB hutang kita). Displinkan diri bayar sampai hujung tahun. Anda akan dapati bil anda telah capai -RM300. Jadi, bulan berikutnya anda ada duit lebih dan tak perlu risau setiap bulan untuk bayar bil. Pastikan bayar bil secara online, bayar di kaunter tidak dibenarkan bayar lebih.
3. Berhenti merokok. Maaflah ya perokok. Anda boleh jimat antara RM120-RM200 sebulan. Mungkin lebih untuk perokok tegar.
4. Jangan membuat pinjaman untuk apa-apa seperti pinjaman peribadi, pinjaman membeli saham, tak perlu beli insurans hayat jika anda betul-betul berjimat untuk beberapa tahun dan jaga kesihatan anda yang paling utama agar tidak sering jatuh sakit.
5. Saya sudah hampir 10 tahun berhenti langgan astro. Saya jimat RM1200 setahun. Bermakna saya sudah jimat RM12k. Saya jarang tonton tv sebab saya selalu pulang lewat. Jika ada masa tersisa hanya 1 jam itu pun rasa tak berbaloi langgan astro. Jika mahu tonton, saya tonton melalui youtube (jika ada).
6. Kurangkan berbelanja makanan minuman mewah di luar. Tentu dapat jimat RM150-RM250 sebulan.
7. Jika ke tempat kerja, guna kereta separuh jalan, parking berhampiran stesen dan naiki tren atau bas. Anda sudah jimat separuh tangki petrol kereta anda. Contoh jika sebulan kos petrol anda RM400, anda sudah jimat RM200.
8. Elakkan shopping barang yang tak perlu. Jika setiap bulan berbelanja untuk pakaian, contoh RM150-RM200, anda sudah jimat RM200.
9. Kurangkan penggunaan telefon. Berjumpa jika perlu berbual lama. Berbual hal yang bermanfaat sahaja. Ini dapat mengurangkan kos dan mungkin mengurangkan dosa bergosip atau mengumpat atau fitnah. Jangan marah aa. Anda boleh jimat separuh atau mungkin lebih. Jika sebelumnya, penggunaan telefon saya mencecah RM90 sebulan, kini RM30 bertahan untuk sebulan. Saya jimat RM720 setahun