Kuala Lumpur: Honda Malaysia akan melancarkan HR-V (Hip and Smart Runabout Vehicle), kenderaan utiliti sukan kompak (SUV) generasi baru Februari depan.
Honda dalam kenyataannya berkata, model berkenaan dijangka akan mendapat sambutan baik di Malaysia memandangkan ia menggabungkan ciri-ciri kelapangan, mesra pengguna dan mempunyai pelbagai fungsi.
“Pada dasarnya HR-V serba baru ini adalah gabungan keindividuan dan kegunaan yang sempurna,” katanya.
Kenderaan yang digerakkan oleh enjin 1.8 liter i-VTEC SOHC yang dibina pada transmisi boleh laras berterusan dibangunkan di bawah Honda’s Earth Dreams Technology yang memberi tumpuan ke atas penambahbaikan prestasi pemanduan serta ekonomi bahan api.
Sempena pelancaran berkenaan, Honda akan menjalankan siri jelajah di kompleks membeli-belah terpilih di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Petaling Jaya, Johor Bahru dan Sungai Petani.
Kenderaan ini boleh ditempah melalui 77 pengedar Honda di seluruh negara mulai semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan