Assalamualiakum
Eh!..nak kasut tu...!
Tetiba cakap pasal kasut nie sebab da lama tak beli kasut baru, yang ada pun dah tak selasa sangat bila pakai.. Yola kan..hari-hari dok pakai kesana kesini p class,mana tak nya? Kalau kaki yang pakai kasut tu macam span lain la cite nya.. Sekarang dalam mood nak membeli kasut baru,tengah survey mana yang cantik..
Nak beli kasut yang cantik-cantik macam nie, tapi bila dah jumpa yang cantik tu, bila tengok heels dia, mak aii!! tinggi bebenor! Terus tak jadi beli....lol
Dalam mencari-cari tu, ada la terbaca satu artikel yang mengatakan kasut tumit tinggi (high heels) nie boleh membuatkan wanita tak subur!! Nak tahu lebih lanjut, jom baca apa lagi info-info yang berguna kat bawah nie ya...
Kasut tinggi memang membuatkan seseorang wanita lebih bergaya dan seksi. Tapi ia boleh menjejaskan peluang kepada si pemakai untuk menimang anak!
Kajian yang dilakukan oleh pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy mendapati gaya berdiri yang tak seimbang setiap kali pakai kasut bertumit setinggi 12.7sm memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.
Naa,, selain tu jugak, pemakaian kasut tumit tinggi ni boleh menyebabkan sakit leher, lutut, sendi, tulang belakang dan jugak bahu. Sebab tu lah perempuan yang suka shoping tu
cepat je penat bila pakai high heels.
Tambah Dax Moy lagi, "Kalau wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan memakai kasut tinggi, ia tersangatlah tidak berbaloi dengan risiko yang mereka terima."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan