Selasa, 16 April 2013

Panduan Memilih Jurusan/Course Selepas SPM: Part 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua. SPM 2012 akan diumumkan beberapa hari lagi. Diam tak diam dah masuk tahun ke tiga aku meninnggalkan alam persekolahan.Sekejap je rasanya masa berlalu.Diploma aku ni pun semester depan dah masuk tahun akhir.Untuk pengetahuan yang membaca ,aku sekarang menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia di uitm.Jadi sesiapa yang berminat dengan course ni, bolehlah aku tolong sikit-sikit. Buat lepasan spm yang bakal mendapat result kelak, doa banyak-banyak agar Allah berikan yang terbaik untuk anda. Dan bila keputusan  keluar jangan pula terlebih excited atau terlebih emo dengan result masing-masing,banyak lagi benda perlu difikirkan selepas ini.

gamabar keputusan spm 2012

Apa yang perlu dilakukan selepas keputusan spm keluar?

Selepas keputusan keluar anda akan mempunyai beberapa peluang untuk menyambung pelajaran seperti Matrikulasi KPTM, Asasi IPTA, Diploma IPTA dan Politeknik, IPG, SPA, IKM dan lain-lain. Perlu diingat ketika ini tiada lagi istilah 'ikut kawan' seperti zaman sekolah dulu. Untuk tahap ini, menyambung pelajaran mengikut minat dan pilhan sendiri adalah disarankan. Pelajar juga harus peka dengan sebarang pengunguman permohonan dan rayuan ke  institusi berkaitan kerana kebiasannya tempoh masa untuk pelajar membuat permohonan pada tahap ini adalah singkat..

Panduan Memilih Jurusan Selepas Spm

-"Saya minat subjek biologi dan kimia tapi bencikan fizik"

Kebiasaanya statement ini datangnya daripada pelajar-pelajar perempuan yang lebih gemar membaca dan mengingat. Jadi kalau dah tak sukakan sesuatu subjek itu janganlah membebankan diri untuk mengambilnya diperingkat yang lebih tinggi ini. Ambil course-course yang bersesuaian seperti perubatan, pergigian, farmasi, mikrobiologi, kimia perindustrian atau course yang berkaitan dengan kimia dan biologi. Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke matrikulasi mereka akan diberi pilihan modul nanti,pilih modul yang tidak berkaitan dengan subjek fizik. Satu lagi, buat yang tidak berminat dengan subjek fizik tetapi cenderung kepada subjek kimia sahaja, kejuruteraan kimia bukanlah bidang yang sesuai untuk anda kerana bidang ini akan lebih memfokuskan kepada proses-proses yang sudah tentunya akan melibatkan banyak pengiraan yang menjurus kepada fizik.

-"Saya sangat suka matematik dan fizik"

Bagi yang berminat untuk dua subjek ini, tidak lain tidak bukan  bidang engineering sangat sesuai dengan prospek masa depan anda. Sekiranya anda berminat untuk menyambung ke peringkat diploma, anda seharusnya tahu cabang engineering manakah anda berminat untuk menyambung pelajaran. Ini kerana apabila anda telah menyambung pelajaran di peringkat diploma, pelajar tidak boleh lagi membuat penukaran jurusan. Fikirlah masak-masak sebelum membuat keputusan ye. Sekiranya masih ragu-ragu, anda bolehlah memilih peringkat matrikulasi atau asasi kerana kedua-kedua intitusi ini juga menyediakan peluang anda menyambung pelajaran diperingkat degree nanti. Antara universiti yang menyediakan asasi berkaitan engineering ini ialah asasi engineering UiTM, asasi engineering UIA, asasi sains fizikal UM(sila tambah kalau aku terkurang). Di peringkat matrikulasi juga mereka menyediakan modul untuk pelajarnya yang berminat dengan bidang engineering ini. Selain itu bidang-bidang lain yang berkaitan sekiranya berminat dengan subjek-subjek ini ialah seperti sains ukur bahan, sains komputer dan lain-lain...

bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan