Jika anda seorang blogger, update entri adalah ibarat aur dengan tebing. Ianya tidak boleh dipisahkan. Bukan blogger namanya jika hanya ada blog, tetapi tiada entri. Jika ada pun, entri yang sudah berbulan-bulan lamanya. Blog terbiar, dan sepi. Melainkan anda ada urusan lain yang membuatkan anda benar-benar berhenti dari dunia blogging.
Sebenarnya, ia.. mama tahu bukan mudah mengarang entri. Anda terpaksa memperuntukkan hampir berjam-jam lamanya hanya untuk mengarang satu entri. Adakalanya, idea mencurah deras, namun ada ketikanya idea lenyap hinggakan anda sendiri terkesima di hadapan blog anda sendiri.
Bahkan, semua blogger menghadapi situasi yang sama. Seperti juga diri mama tidak terkecuali. Namun, mama akan usahakan juga untuk menerbitkan entri selagi termampu. Jangan memaksa diri sendiri. Buat ikut kadar kemampuan, jika benar-benar anda kehilangan idea, anda harus rehatkan minda. Cubalah mencari ketenangan lain.
Cuma, mama ingin tekankan di sini, jangan biarkan blog anda terbiar sepi hinga berlarutan lama. Boleh cuba buat blogwalking ke blog lain, mana tahu idea anda datang ketika itu. Terdapat banyak kebaikan blogging yang telah mama kongsikan ketika dulu. Selain itu, anda boleh intai-intai apa yang diperlukan diutamakan dan apa yang tidak.
Banyak sebenarnya tentang blog jika hendak diceritakan. Cuma rajin dengan tidak sahaja untuk anda menyelongkar isi-isi perut blog mama ini. Selain itu, ianya bagus untuk Alexa anda. Boleh rujuk entri betapa pentingnya Alexa untuk kestabilan blog.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan