Selasa, 28 Ogos 2012

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!… Setiap tahun menjelang 31 Ogos kita melaungkan kalimah ini.. Sebuah kalimah keramat sempena meraikan kemerdekaan negara kita. Pelbagai acara dan sambutan diadakan bagi memperingati peristiwa bersejarah ini.. iaitu sempena pembebasan negara yang amat kita cintai ini dari tangan penjajah.
Tahukah anda semua apa itu MERDEKA, perkataan merdeka itu sendiri berasal dari bahasa sanskrit iaityu MAHARDIKA, yang bermaksud emas. Oleh Itu merdeka adalah kekayaan untukl menjadi kaya kita mestilah tidak di tindas atau dijajah atau jadi hamba. Secara keseluruhan merdeka bermakna kebebasan dari sebarang kuasa individu, kumpulan, negara atau mana-mana monarki yang ada sealiran dengan fitrah kejadian manusia yang hanya merupakan hamba kepada yang Maha Esa.
Berbalik kepada erti kemerdekaan Malaysia yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Persoalannya adakah negara kita merdeka atau setidak-tidaknya diri kita sendiri telah bebas dari kongkongan dan pengaruh mana-mana anasir yang ada yang cuba menguasai diri kita secara lahiriah atau batiniah. Secara kasar atau halus.
31 Ogos 1957 dipilih sebagai tarikh keramat sebagai tarikh kemerdekaan Malaysia kerana pada waktu itu, bintang berbentuk dacing berada tepat diatas langit Tanah Melayu Pada Masa itu. mengikut perkiraan juga, tarikh itu juga membawa maksud aman dan gagah.. Ianya sesuai bagi sebuah kerajaan yang baru ingin bertapak bersama kuasa-kuasa dunia yang telah hebat.
Tetapi disebalik kefahaman-kefahaman itu, adakah kita sebenarnya Merdeka atau bebas dari sebarang pengaruh. Lihat dan amati persekitaran anda, adakah keputusan yang dibuat itu sebenar-benarnya apa yang hati kita mahukan atau sekadar untuk menjaga periuk nasi atau perut kita. Ingatlah orang yang sebenar-benarnya merdeka adalah mereka yang melakukan sesuatu yang mereka mahukan kerana kepercayaan mereka kerana mereka percaya apa yang mereka lakukan adalah benar dan selalunya apa yang mereka lakukan beriringan dengan tuntutan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Mereka ini percaya bahawa ajal-maut jodoh pertemuan, kebahagiaan, kekayaan dan semuanya adalah dari Allah dan milik Allah semuanya dan tidak ada sesuatupun didunia ini, dialam ini bukan milikNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan