"Walaupun kita ada pilihan dalam hidup, pilihan yang kita ada, adalah terhad, apabila ilmu, kemahiran dan pengalaman yang kita ada adalah sedikit. Di mana kita membuat pilihan yang kurang tepat ataupun yang membebankan kita, akibat dari kekurangan ilmu. Semakin banyak ilmu dan kemahiran baik yang kita pelajari, semakin cerah untuk kita memilih hidup yang gembira dan bersyukur dengan izin Allah SWT."
Semakin banyak ilmu baik yang kita pelajari, semakin banyak plihan yang kita boleh pilih, yang akhirnya semakin be hidup kita di dunia ini, kerana kita ada terlalu banyak pilihan yang baik untuk dipilih.
Membaca buku yang baik, berjumpa dengan mentor yang baik dan menghadiri kursus yang baik, In Syaa Allah memberikan kita kebebasan dari dijajah oleh perangkap minda.
Pilihan menjadi banyak apabila kita ada banyak ilmu, kemahiran dan keberkatan, In Syaa Allah.
Hanya Allah yang mengetahui jawapan yang paling betul, berkenaan perkara di atas.
Khamis, 10 Januari 2013
Keseronokan Bekerja
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan