Isnin, 28 Januari 2013

Sambuatan Maulidurrasul…

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmYIAEZjhl4E0DV5L6RYDfIDgHk6IiwI4_PDxAgo0AtvTETv64paJ6ZYW9R8rzacWfIoJEOKLrnTerFMNiuHH7QnSpQLHrf3uhIxHH3-rgVZ6VtaNzqgBReHm5D8hnt_pcs-QiEbDUqDg/s1600/Maulidur-rasul.jpg

 

Picture1

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Al-Imran: 31)

Alhamdulillah, Rabiul Awal datang lagi. Sudah beberapa kali kita telah menemuinya, kali ini entah yang keberapa kali dalam hidup kita ataupun mungkin ini adalah yang terakhir buat kita. Hanya Allah swt yang mengetahuinya. Sebenarnya setiap bulan yang kita tempuhi samada Muharam atau Safar dan lain-lainnya hendaklah kita bersyukur kehadrah Allah swt kerana kita masih dipanjangkan usia. Bezanya pada Rabiul Awal ini kita ummat Islam bersama-sama menyambutnya dengan peristiwa yang di penuhi kecintaan kepada rasul junjungan Nabi Muhammad saw yang lahir pada bulan ini.
Bukan bererti hanya pada bulan ini sahaja kita ummatnya mengingati baginda rasulullah saw. Tidak juga bererti pada bulan ini kita di mestikan membuat perayaan-perayaan sambutan secara rutin sekadar sambutan sahaja, tetapi ianya bertujuan supaya setiap muslim lebih mengetahui sejarah hidup baginda Rasulullah saw seterusnya bakal menimbulkan bibit-bibit kecintaan kepada seorang manusia yang diangkat menjadi nabi dan rasul terakhir kepada ummat manusia.
Memang salah kalau ada yang menganuti Islam mengkhususkan kecintaan kepada rasul junjungan hanya pada bulan Rabiul Awal . Begitu juga teramat keliru jika ada ummat Islam sendiri yang menganggap bahawa bulan Rabiul Awal sahaja bulan perayaan bagi nabi. Yang benar kita ummat Islam hendaklah sentiasa mencintai nabi pada setiap masa dan ketika. Firman Allah swt:
9:24
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
(Al-Taubah: 23)
Dari ayat di atas, terbukti bahawa kita ummat Islam perlu disetiap masa dan ketika melaksanakan ajaran Allah yang ditunjukkan oleh rasulnya. Hanya sahaja sebagai tanda untuk menunjukkan kecintaan itu, tidak salah jika kita bersepakat meraikan bulan bulan kelahiran nabi saw.
Di ketika musuh berada di setiap penjuru kita. Sebut sahaja di rumah dengan siaran televisyen yang memaparkan tubuh-tubuh wanita yang terbuka luas auratnya, suara di radio yang sentiasa memikat pendengar untuk berbual, berborak dengan kita yang perkara-perkara melaghakan, iklan di media massa dan sebahagian akhbar majalah yang di penuhi dengan gambar-gambar lelaki perempuan yang bukan muhrim berpegangan sana dan sini tanpa segan silu, tiada malu sedangkan nama yang terpapar adalah nama-nama orang Islam yang mengaku cintakan Allah dan RasulNya. Betulah sabda junjungan yang bermaksud:
Janganlah kalian berlebihan dalam memujiku sebagaimana (orang nasrani) berlebih-lebihan memuji Isya bin Maryam. Katakanlah (tentang aku) hanya sebagai seorang hamba Allah dan rasulNya.
dan sabdanya lagi yang bermaksud:
sekiranya kamu tidak mempunyai rasa malu, maka lakukan apa sahaja yang kamu kehendaki.
Jadi tujuan sambutan mengingati maulidurrasul atau kelahiran Nabi Muhammad saw ini bukan seqadar mematuhi rutin acara tahunan dan mengabiskan masa cuti atau tenaga dengan berselawat sana sini dengan bermacam-macam bawaan-bawaan (sepanduk), tetapi jauh dari semua yang di sebutkan adalah supaya kita umat islam di segerkan kembali dengan sejarah perjuangan baginda Rasulullah saw. Sejarah dalam pengertian bukan untuk dijadikan kenangan nostalgia tetapi untuk dijadikan iktibar dan pedoman supaya dapat mengembalikan kemuliaan Islam sepertimana terkenalnya bangsa arab setelah kedatangan Muhammad saw dan masyornya bangsa-bangsa lain setelah menerima kedatangan Islam.
Oleh itu, kalau kita antara yang sering menghadiri acara selawat dan kerap kali menyebut atau mendengar rangkap yang berbunyi:
engkaulah rahsia hidup mulia; engkaulah obor penyuluh jiwa
Usahlah kita mencari yang lain untuk mulia, jangan sekali-kali terikut dengan mereka yang tiada pegangan aqidah dan meremehkan syariat. Yakinlah bahawa hidup mulia hanya dengan kembali mengikut ajaran yang ditunjukkan nabi junjungan saw. Firman Allah swt:
33:36

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.

(Al-'Aĥzāb)

Memang sejak dahulu lagi dan berterusan sehingga ke hari ini bermacam-macam tohmahan, herdikan ditujukan kepada peribadi mulia junjungan besar Nabi Muhammad saw melalui berbagai cara dan wadah samada tulisan atau gambar serta filem dengan niat semata-mata untuk menjatuhkan maruah Islam dan ummatnya, sedangkan Allah swt telah berfirman:
61:8
Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
Malang sekali jika setiap tahun kita meraikan dan menyambut mauliduRasul dengan berselawat dan memuji baginda tetapi sunnahnya tidak kita jaga. Ambil sahaja contoh yang berulang kali berlaku dalam masyarakat kita yang ingin melangsungkan perkahwinan, setelah semuanya di ijab kabulkan oleh imam atau wali yang bertauliah, terus sahaja si suami mencium si isteri di khalayak ramai, kadangkala di dalam masjid, kononnya untuk acara membatalkan wudhu’, pada halnya ia telah membelakangkan sunat nabi saw kerana tidak perlu pun mengucup pipi atau dahi isteri di khalayak ramai. Percayalah ianya merupakan amalan bukan Islam tetapi sudah meresapi di dalam jiwa pemuda-pemudi muslim yang dengkal itu cetek pengatahuan ajaran Islamnya. Kita yang bergelar ibu atau bapa jangan dibiarkan cudayan ini menular kepada anak-anak kita.
Akhirnya marilah kita menjadikan sambuatan Maulidurasul kali ini sebagai pengukuhan imyaj ummat Islam untuk lebih berdaya saing dengan mengambil sifat-sifat yang ada pada nabi Muhammad saw seperti Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathanah.
Demi meraih kehidupan cemerlang dunia akhirat, wajib atas kita memperbanyakkan ilmu pengetahuan tentang riwayat baginda yang bermati-matian memperjuangkan Islam supaya kita mampu mengasihinya dengan sepenuh hati dan terlebih penting biarlah kita dapat meneguk air kolam baginda saw yang sering kita lafazkan dalam selawat: “kolam airmu sejuk jernih, kunjungi kami hari akhirat. “ dengan itu marilah kita semua bersama-sama bermuhasabah diri. Dapatkah kita meneguk air kolam nabi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan