Ahad, 4 Ogos 2013

Durian Crepe

Alaa nak buatnya pun bukan susah sangat. Jom kita kongsi resepi manalah tau ada yang baik hati lepas buat nak post sikit kat saya. Kecik tapak tangan, tapak dinosour saya tadahkan. TROLOLOLOL ;
CREPE:
Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500ml santan (lebih mudah gunakan santan kotak 400ml campur air 100ml)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (ikut suka korang nak guna kaler kuning ke hijau ke)
Cara-cara;
Campurkan semua bahan dan blender kemudian tapis.
Panaskan pan atau kuali yang leper dengan api yang kecil..ratakan sedikit minyak.
Tuangkan 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe
Tak perlu dibalikkan dan biar permukaan atas kering..angkat dan biarkan sejuk
DURIAN FILLING
Bahan-bahan :
1 cawan Non Dairy Whipping Cream (pukul hingga kental)
Isi durian secukupnya (ambik isi aje..bijinya korang boleh semai hahah)
Cara-cara ;
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengah-tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipat crepe dan simpan dalam peti sejuk
Senang kan? Cubalah buat lepastu post sikit kat saya teww teww teww. OkBai!

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan