Sebelum ni penyokong politik, para aktivis, mahasiswa, pekerja bank dan beberapa golongan je yang rajin buat demonstrasi, tetapi sekarang ni terdapat sekumpulan guru pula yang menggelarkan diri mereka Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) bercadang mahu mengadakan perhimpunan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya bagi membantah sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) terutama program penilaian tiga tahun pelajar SPPBS 2014.
Antara Isu SPPBS (PBS) 2014 Yang Berbangkit oleh Guru-guru:
Guru kecewa dengan komputer yang tidak cukup bagi memasukkan data Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBA) sehingga mengakibatkan masalah sistem.
Guru terpaksa bangun seawal jam 3 pagi sewaktu trafik internet lancar bagi memasukkan data SBA ke dalam sistem pelayan kementerian.
Guru-guru mendakwa Data PBS yang lepas tidak akan digunakan untuk menilai prestasi pelajar tingkatan tiga tahun ini ekoran arahan kementerian yang berbeza kepada guru untuk memasukkan markah pelajar tingkatan satu bermula 2012
Nisbah pelajar dan guru tidak seimbang dan sistem penilaian pelajar yang masih belum jelas
Walau fanpage FB "Kami Mahu SPPBSS Dimansuhkan" mendapat sambutan ramai guru2 di Malaysia sehingga mencecah 67K Like, namun ramai guru yang tidak mahu turut serta dalam perhimpunan bantahan ini kerana takut dan bimbang akan diambil tindakan.
Sementara itu, ekoran mendapat pelbagai bantahan terhadap sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh meminta guru-guru bersabar dan tidak gopoh.
Beliau turut meminta para guru memberikan masa kepada Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan sistem yang telah ditambah baik itu.
“Sabarlah. Saya rasa tak perlu (demonstrasi)....tak perlu. Apa masalahnya? Beritahu kepada kita apa masalahnya. Kerana ini sistem yang dikehendaki.
“Yang buat itu (sistem) bukan Idris Jusoh. Yang buat itu profesor, doktor...pakar-pakar. Kita harap jangan gopoh, beri masa kepada kementerian untuk melaksanakannya.
“Kalau ada yang tak kena, beritahu apa yang tak kenanya. Kita perbaiki. Yang tak faham, beritahu kita apa yang tak faham. Kita duduk semeja, kita selesaikan masalah itu,” katanya kepada media ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2014, semalam.
Namun persatuan guru SGMM tetap mahu meneruskan protes walaupun kementerian sudah ajak berunding, akan tetapi usaha Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) dalam mendapatkan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan aman di Putrajaya masih gagal apabila dimaklumkan borang permohonan tersebut tiada.
Jangan kata protes, t-shirt mansuh PBS juga sudah ada.
Berikut adalah antara ulasan daripada Prof. Dr. Mohammad Agus Yusof mengenai kesesuaian Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam membangunkan murid cemerlang:
MASALAH DENGAN SISTEM PBS
1. Sistem ini tiada peperiksaan akhir tahun dan tiada peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR. Jika tanpa peperiksaan, bagaimana menilai pencapaian murid? Bagaimana ibu bapa dapat mengetahui pencapaian anak mereka?
2. Sistem ini tidak sesuai dilaksanakan selagi nisbah guru-murid dan kemudahan sekolah bandar-luar bandar tidak seimbang. Di sekolah pedalaman misalnya, bagaimana mereka mahu mendapatkan kemudahan internet untuk merekodkan maklumat pelajar?
3. Sistem ini memerlukan kemudahan sekolah yang mencukupi. Bagaimana melaksanakannya dengan baik jika mendapatkan kertas dari pejabat sekolah pun sukar? Tinjauan saya mendapati guru membeli sendiri kertas, pencetak dan toner yang diperlukan mereka.
4. Cara pembahagian band tidak konsisten. Guru-guru sendiri mengakui hal ini dengan mengatakan sistem ini sebenarnya tidak jujur; adakalanya mereka terpaksa meluluskan band setiap pelajar atas dasar simpati dan hendak mengejar band.
5. Sistem ini menyebabkan tugas utama guru mengajar menjadi semakin kurang kerana masa banyak ditumpukan kepada merekodkan maklumat pelajar dan membuat kerja-kerja perkeranian. Jika macam ini, bagaimanakah kita boleh menghasilkan insan yang cemerlang?
6. Sistem ini mewujudkan murid dan pelajar yang malas membaca, malas berusaha, malas berfikir dan hilangnya sifat ingin berlumba menjadi yang terbaik. Ini kerana murid-murid tidak lagi mempunyai tekanan untuk bersedia bagi menghadapi peperiksaan. Ibu bapapun tidak ghairah lagi untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen. Bila malas berfikir, malas mengulangkaji, maka apa hasil cemerlangnya dengan sistem ini?
MENGATASI KELEMAHAN PBS
Hujah di atas menunjukkan kelemahan sistem PBS. Bagi mengatasinya saya mencadangkan dua perkara.
Pertama, sistem peperiksaan berpusat UPSR dan PMR perlu diadakan semula. Bagi saya buatlah sistem PBS atau apapun, tetapi jangan hapus bentuk peperiksaan yang sedia ada sekarang. Pelajar perlu dinilai, bukan sahaja untuk mengetahui tahap pencapaian mereka,tetapi untuk mereka mempunyai semangat berlumba, dan juga untuk membolehkan ibubapa menilai prestasi anak mereka.
Saya menekankan keperluan peperiksaan ini kerana saya tidak mahu melihat pelajar menjadi semakin malas dan tidak suka berfikir. Bagi saya, UPSR dan PMR sudah elok, cumanya jika hendak menilai kedua-dua aspek akademik dan kokurikulum, buatlah 50% peperiksaan dan 50% kokurikulum dan kerja kursus, selesai masalah.
Kedua, jika sistem ini mahu diteruskan juga, maka guru-guru perlu diberikan pembantu untuk merekodkan data kerana tanggungjawab utama guru adalah mengajar. Guru perlu diberikan kembali keseronokan mereka mengajar tanpa dibebankan dengan kesibukan mengisi maklumat dalam komputer.
Namun buatlah macam mana pun, pusing2 pun sistem pendidikan kita tetap seperti berikut:
Sementara itu di Finland:
Tiada uniform sekolah.
Tiada ujian kemasukan.
Tiada yuran sekolah.
Tidak sistem nombor yang membanding2kan murid.
Tidak membahagi dan membeza2kan murid mengikut kelas.
Tiada kerja rumah atau homework yang terlalu banyak lebih daripada 30 minit.
Kerjaya guru mempunyai status profesional setaraf dengan doktor dan peguam.
Dan sistem pendidikan di Finland masih adalah yang terbaik dalam dunia.
Oleh itu apa kata para menteri pendidikan, professor2 di sektor pendidikan, pengarah, pegawai kanan kementerian, jabatan pendidikan dan guru2 cemerlang gemilang terbilang ni adakan lawatan dan rombongan sambil belajar ke negara Finland untuk meniru, bukan mengkaji, tak payah kaji2 dah sebab buang masa dan duit lagi nak upah2 consultant, tiru sahaja sistem pendidikan Finland untuk digunapakai di negara kita, habis cerita.
Tak payah lah nak SPPBS bagai, diorang takde SPPBS pun tapi sistem pendidikan diorang adalah yang terbaik dalam dunia. Kita punya sistem pendidikan dah berkali2 diubah, ditukar, ditransformasi, tapi masih lagi berada di tangga kedua tercorot di kalangan negara2 Asia Tenggara, kalau di kalangan negara dunia tak tahulah nombor berapa. Bukan tu je, siap belanja berjuta2 lagi nak guna khidmat konsultan dan perunding luar untuk merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. So macam aku cakap kat atas tadi, pergi je ke Finland, tiru sahaja sistem pendidikan mereka.
Bak kata orang, learn from the best?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan