Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yg menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yg dibawanya tak berupaya berjalan.
Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya. "Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi,tak ada anak ka? Soal saya memula bicara.
"Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasing. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dgn macam2 perasaan. Biarlah saya upah teksi."
Dia diam sejenak. Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.
"Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita."
Dia mula mengesat air mata. "Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pd seorang anak, inikan mula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka. Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu.
"Allahuakbar!. Saya pula yg menitis air mata..
Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya. Bukan tak pernah menolak permintaan ayah, bukan tak pernah memberi alasan utk tidak menunai permintaan nya, bukan tak pernah bermasam muka dgnya.
Ya Allah. Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggung jawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dgn mengelak anak anak terjerumus dosa.
Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yg ada demi kesejahteraan anak, yg lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yg tuhan jadikan.
Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua. Tetapi bagai dikata oleh orang tua yg saya temui, akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yg terlupa, yg teralpa bila sibuk mengejar dunia, ada anak yg hilang pertimbangan antara bapa yg telah tak berupaya serta membebankan dgn dunia yg perlu dihambat!
Bapa yg baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yg saya ceritakan, sehingga akhir hayatnya.
Berhentilah memberi alasan kpd ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan utk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!
Alfatihah kepada ibubapa kita samada yg masih hidup atau telah meninggal dunia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan