Isnin, 4 Februari 2013

Melayu - Apa Istimewanya

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam bukunya A Doctor in the House mengaku bahawa beliau berketurunan India tetapi boleh menjadi Melayu. Melayu celah mana? Jika bapa seorang melayu baharulah layak bergelar melayu kerana keturunan seseorang adalah daripada bapanya. Di era Mahathir lahirlah muka-muka tak melayu yang langsung tiada darah melayu tetapi mendakwa berbangsa melayu mewakili umno yang banyak sekali terdapat di Penang. Lahirlah juga ramai individu yang memeluk Islam bukan kerana menyintai agama Islam tetapi hanya ingin bergelar melayu dan mendapat segala kelebihan sebagai bumiputra. Ruang sudah dibuka untuk penipuan maka apa dipinta itulah yang didapat. Masih mengekalkan perangai kafirnya seperti minum arak, berjudi, berzina, melanggan pelacur dan berniaga sesuatu yang haram sesuatu yang haram di sisi agama Islam. Menipu adalah mainan harian. Jebang sana sini tentang keislaman mereka mengalahkan alim ulama tersohor antarabangsa lulusan universiti Al Azhar disamping memburukkan orang lain yang nyata lebih baik Islamnya. Fenomena “kahwin campur” ini adalah biasa di Malaysia di mana jika dilihat pada Perdana Menteri Malaysia, maka kita akan dapati bahawa Tunku Abdul Rahman mempunyai pertalian darah dengan raja-raja Siam, Tun Razak berketurunan Bugis, Tun Hussein Onn berdarah Turki, Mahathir diketahui keturunan India, dan Tun Abdullah Badawi mempunyai campuran darah Arab dan Cina. Tetapi lihatlah kulit mereka termasuk Mahathir. Walaupun berdarah asing namun mereka memiliki ciri-ciri melayu yang tidak dapat dinafikan kerana tetap ada darah melayu dalam diri mereka.. Berbeza sekali dengan mereka yang terdapat di Penang. Terdapat mamak penang yang 100% india muslim tanpa perkahwinan campur dengan melayu turut mendapat status melayu (bumiputra). Sekarang keadaan menjadi semakin buruk dengan kehadiran myanmar, pakistan, bangladesh.dan kemboja. Setelah mendapat kad pengenalan, mereka ini juga akan bergelar melayu (bumiputra).Entah betul Islam entah tidak. Berlambak Bangladesh minum beer secara terbuka di seksyen 16 Shah Alam.  Inilah dasar sial yang diwujudkan oleh umno demi mempertahankan kuasa. Kalau Tun Razak Berdarah Bugis bermakna Najib Razak juga begitu.
Orang bugis ini sering digambarkan sebagai orang-orang yang berani dan bijak dalam ehwal laut. Merupakan satu bangsa yang berkemahiran tinggi dalam pembuatan kapal-kapal besar.
Berperang memang boleh dianggap sebagai hobi sejak dahulu lagi. Kerana itu semasa kita pelajari sejarah Kedah, Selangor dan Johor ada sahaja cerita anak bugis menjadi tentera upahan untuk berperang bagi pihak seseorang anak raja di  Tanah Melayu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan