Khamis, 9 Mei 2013
Aiskrim Coklat Vanilla
Bahan-bahan
1 tin susu cair
4 sudu teh susu pekat
1 biji telur
Setengah sudu teh esen vanilla
1 sudu teh ovallet (tengok kat google kalau tak tahu)
5 sudu serbuk milo/5 sudu coklat masakan yang dicairkan
2 sudu teh perisa vanilla.
Cara-cara
1. Satukan susu cair, susu pekat, telur, esen vanilla dan ovallete. Pukul kesemua bahan hingga pekat dan berwarna putih susu seperti krim. Pukul lebih kurang 25 minit dengan menggunakan mesin mixer.
2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.Satu bahagian campurkan dengan 5 sudu serbuk milo/coklat masakan yang dicairkan. Gaul sebati. Satu lagi adunan masukkan perasa vanilla. Gaul sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam bekas dan simpan ke dalam peti sejuk beku. Siap !
P/S : Boleh juga menggunakan perasa lain mengikut citarasa. Selamat Mencuba
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan