Semalam telah pun berlangsung konsert akhir Kilauan Emas 3. 4 peserta iaitu Mior, Alina, Idris dan Silah. Kesemuanya menyanyikan 2 buah lagu dengan 1 lagu dicipta khas untuk mereka. 70% markah adalah daripada pihak juri dan 30% daripada undian SMS para peminat.
Mior akhirnya menepati ramalan apabila berjaya menjadi juara Kilauan Emas 3. Mior membawa pulang sebuah kereta Nissan Livina X-Gear, wang tunai RM 50,000, trofi dan hadiah sampingan. Idris yang berjaya mendapat tempat kedua membawa pulang RM30,000 dan Silah di tempat ketiga pula mendapat hadiah wang tunai RM20,000. Hebat-hebat juga hadiahnya kan?
Jutaan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Walaupun kebanyakan peserta memang sudah dimakan usia, kehebatan mereka menyanyi memang tidak boleh disangkal lagi. Senang cerita, mereka memang otai. Apa pula pendapat anda yang mengikuti program Kilauan Emas 3?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan