Isnin, 30 Disember 2013

Artis Malaysia 2013

Sungguh pantas masa berlalu. Pejam celik pejam celik tahun 2014 akan menjelma. Seperti biasa, dunia hiburan Malaysia dikejutkan dengan kisah-kisah kontroversi, panas dan tak masuk akal sepanjang tahun 2013. Marilah kita sama-sama mengimbau kisah-kisah tersebut (tidak mengikut turutan kejadian).
kisah paling sensasi

1. Terputusnya hubungan Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad
Hubungan percintaan yang terbina selama ini akhirnya terlerai jua selepas halangan daripada ND Lala, iaitu bapa kepada Shila Amzah. Menariknya Shila turut sama dilaporkan melarikan diri dan kemudian telah berkongsi sebuah video dirinya menyanyikan lagu “Ombak Rindu” ketika kontroversi ini berlaku. 

2. Fizz Fairuz bertunang dengan isteri orang
fizz fairuz tunang
Memang tak masuk akal tetapi itulah kenyataan. Fizz Fairuz mengambil keputusan untuk bertunang bukan dengan Almy Nadia, tetapi seorang isteri orang. Dikatakan terkena “buatan orang”, status tunangnya itu hanya diketahui selepas 4 hari pertunangan dilangsungkan. Pelik tapi benar kan?

3. Kontroversi Afiq Muiz dengan ibunya, Eina Azman turut dapat tempias
Dalam kontroversi Afiq Muiz dan ibunya, teman tapi mesra Afiq iaitu Eina Azman turut mendapat tempiasnya. Apa tidaknya, Eina Azman dalam satu kenyataan menyatakan yang emak Afiq “kurang siuman kot“. Afiq turut enggan meminta maaf sehingga berkata sanggup mati daripada sanggup disumpah ibu kandungnya 
.
4. Ashraf Muslim kahwin satu lagi dengan Wan Sakinah
ashraf
Terkejut seluruh peminat industri tanah air apabila Ashraf Muslim telah berkahwin seorang lagi dengan Wan Sakinah. Perkahwinan tersebut telah dilakukan di Bangkok tanpa izin isteri pertamanya, Dayana. Dikecam teruk oleh para peminatnya, kini Ashraf Muslim sedang bahagia menunggu saat kelahiran cahaya mata pertamanya yang dikandung oleh Wan Sakinah.

5. Shahrizal Jaszle ditangkap khalwat
Shah Jaszle yang sudah bertunang dengan Redzwani Puteri telah mengejutkan semua pihak apabila ditangkap khalwat dengan seorang wanita yang bernama Farah. Akibat penangkapan itu, pertunangan diputuskan. Ketika perbicaraan, Farah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat, sementara Shah Jaszle minta dibicarakan. Sama-sama kita nantikan perkembangan kes ini.

6. Wawa Zainal dan Aeril Zafrel “kantoi”  berkahwin dan ada anak
aeril wawa 
Ini ialah kisah yang paling kelakar bagi Abang Nara untuk tahun 2013. Beria-ia kata diri difitnah, ada cubaan dijatuhkan dan itu semua tipu, akhirnya Aeril dan Wawa tidak dapat berselindung lagi dengan bukti perkahwinan dan kelahiran anak mereka. Punca merahsiakan perkahwinan mereka ialah kononnya takut dengan tindakan oleh MIG, iaitu pihak pengurusan Wawa.

7. Johan As’ari lamar Lana Nordin selepas 3 hari bertemu
Setelah dikaitkan mempunyai kisah cinta dengan Shila Amzah, tup-tup Johan As’ari tampil membuat pengakuan bahawa telah melamar Lana Nordin untuk dijadikan isterinya selepas 3 hari bertemu. Ku sangkakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tak sampai sebulan “bercinta”, Johan As’ari mengakui telah memutuskan hubungan dengan Lana Nordin. Cinta “touch n go” barangkali?

8. Skandal Adi Putra dan Nooraida
Imej baik pelakon Adi Putra tercalar apabila satu laporan polis menyatakan dirinya bertukar-tukar gambar tidak senonoh dengan isteri orang yang bernama Nooraida. Kes ini kemudiannya diklasifikasikan sebagai “no further action”. Namun suami Nooraida berkeras mahu meneruskan perbicaraan kes ini. Tidak lama kemudian, Nooraida diceraikan suaminya dengan talak satu.

9. Video isteri Mat Yo dan pak guard
isteri mat yo 
Walaupun tidak termasuk di dalam golongan artis, tak lengkap rasanya jika tahun 2013 tidak disenaraikan gelagat isteri Mat Yo yang bersikap kurang ajar terhadap seorang pak guard. Walaupun telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, banyak pihak yang mengecam dan kecewa dengan tindakan isterinya yang jelas tidak menghormati orang tua.

10. Rita Rudaini dan Aidil Zafuan akhirnya bercerai
Setelah turun naik mahkamah bertahun-tahun lamanya, akhirnya Rita Rudaini sah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Aidil Zafuan menerusi SMS. Kini Aidil khabarnya dalam perancangan untuk berkahwin buat kali kedua dengan Zareema Zainal. Sementara itu Rita pula sedang sibuk memperjuangkan hak nafkah anak-anaknya di mahkamah.

Begitulah kisah-kisah, kontroversi dan suka duka yang melanda dunia hiburan Malaysia sepanjang tahun 2013. Apakah kisah kegemaran anda? Apakah yang paling membuatkan anda terkejut?

sumber: http://beautifulnara.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan