Setiap manusia tidak terlepas dari membuat silap dan salah. Sifat manusia itu sendiri adalah tidak sempurna dari setiap sudut dan kerana sebab inilah kita saling memerlukan untuk saling melengkapi iaitu mencari kesempurnaan.
Dalam usaha untuk mencari kesempurnaan inilah pelbagai perkara dan rintangan ditempuhi, pelbagai perkara baru dipelajari dan dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan yang sementara agar tidak tergelincir dari landasan atau laluan menuju ke alam yang kekal abadi.
Kehidupan ini adalah sementara dan oleh kerana ianya sementara maka, belajarlah dari kesilapan dan membuat silap bukan bererti kita bodoh atau dungu tetapi ianya adalah satu proses pembelajaran. Belajar melalui kesilapan.
Takut untuk membuat kesilapan, akan membuatkan kita berada di takat lama dan tidak akan berkembang. Seperti Thomas A. Edison berkata, dia tidak pernah gagal tetapi menemui 999 cara untuk menghasilkan mentol.
Setiap kali kesilapan dilakukan, kita akan berusaha untuk memperbetulkan kesilapan tersebut. Sekiranya kita terus menerus melakukan dan mengulangi kesilapan yang sama, kita tergolong dalam golongan yang rugi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan