- akan dibuka bermula 23hb disember 2013 (isnin) ini sehingga 31 Januari 2014
- Bagi penerima BR1M sedia ada - tidak perlu mendaftar semula tapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
- Bagi pemohon baharu - boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut.
- Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati
- di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),
- Jabatan Pembangunan Persekutuan
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
- atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.
- Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari 2014.
- Sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Dis ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.
Sedikit info pemberian BR1M 2014 :
- Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah - RM650
- Indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan - RM300.
- Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara- RM650.
- Caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan