KUALA LUMPUR 15 April - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 35 peratus bagi menjadikan RM1,200 sebulan sebagai gaji minimum.
Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, setakat ini gaji terendah yang diterima oleh kakitangan awam sebanyak RM805 sebulan tidak memadai dan di bawah paras kemiskinan terutama bagi yang tinggal di kawasan bandar.
Menurutnya, tangga gaji itu tidak sepadan dengan garis kemiskinan yang telah ditetapkan iaitu bagi yang berpendapatan bawah RM880 sebulan dikira sebagai berada di bawah paras kemiskinan atau dikategorikan miskin bandar.
“Setakat ini, gaji terendah dalam perkhidmatan awam adalah RM805 dan RM820 sebulan. CUEPACS menggesa kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam 35 peratus agar gaji golongan itu boleh mencecah paling minimum RM1,200 sebulan.
“CUEPACS juga mahu kerajaan memperkenalkan jadual gaji yang lengkap dengan tangga gaji bermula daripada gaji minimum kepada maksimum selain membuat semakan gaji setiap tiga tahun sekali,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam dan Taklimat Isu-Isu Semasa kepada kakitangan awam di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras anjuran CUEPACS yang dihadiri lebih 500 kakitangan awam di sini hari ini.
Dalam majlis itu, Azih juga menyampaikan Memorandum CUEPACS 2015 berhubung tuntutan itu kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dengan disaksikan ahli-ahli jawatankuasa kongres tersebut.
Kata Azih, kenaikan dan semakan gaji kakitangan awam itu penting kerana kali terakhir kerajaan berbuat demikian adalah pada tahun 1995 dan ia relevan dengan keperluan dalam kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.
“Tahun 1995 adalah kali terakhir semakan gaji kakitangan awam dibuat oleh kerajaan dan sepatutnya lima tahun sekali diadakan semakan terbaharu tetapi perkara itu tidak berlaku. Kalau boleh CUEPACS mahu semakan itu nanti dibuat setiap tiga tahun sekali.
“CUEPACS juga menggesa agar kerajaan hanya mengambil kakitangan awam yang mempunyai kelayakan pendidikan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk bekerja bagi mengelakkan mereka mendapat gaji di bawah paras kemiskinan,” katanya.
Menurutnya, kenaikan 35 peratus gaji kakitangan awam itu juga berdasarkan hampir 70 peratus penjawat awam merupakan dalam kategori Kumpulan Pelaksana yang bergaji rendah dan sederhana daripada 1.6 juta keseluruhan kakitangan awam di negara ini.
Semakan kenaikan gaji itu bukan setakat perlu kepada golongan berpendapatan rendah, tetapi ia juga amat diharapkan oleh penjawat awam berpangkat tinggi kerana desakan terhadap kos sara hidup yang semakin tinggi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan