Share info berkaitan dengan Resit yang dikenakan cukai 6% GST supaya kita tidak ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Jika ciri-ciri yang perlu ada dalam resit tidak ada anda perlu segera melaporkan kepada pihak Kementerian perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi untuk tindakan lanjut. Sebarang maklumat lanjut juga boleh terus berhubung dengan KPDNKK dan rujuk http://gst.customs.gov.my/. Elakkan anda menjadi mangsa penipuan.
Banyak aduan yang kita terima bekaitan penipuan berkaitan resit cukai 6% GST antaranya yang ada diterima dalam aplikasi WhatsApp iaitu :-
Pembelian top up prepaid prabayar sepatutnya tidak dikenakan GST namun begitu ada segelintir peniaga yang mengambil kesempatan keatas pengguna. Oleh itu, dinasihatkan kepada pengguna agar mengambil tahu barang-barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST dan yang tidak dikenakan GST dengan memastikan setiap pembelian ada bil/resit kemudian membuat semakan pada resit tersebut sebelum meninggalkan permis perniagaan. Jika terdapat maklumat yang mencurigakan atau terdapat unsur penipu boleh terus membuat aduan kepada pihak berwajib. Ini antara bil dan resit yang boleh dibuat aduan kepada pihak Kementerian perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi sebagai rujukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan