Bersempena dengan kedatangan bulan Ramdhan yang mulia ini, PC ingin berkongsi tentang hubungan suami isteri di bulan Ramdhan.
1) Kisah Sahabat Nabi Mencampuri Isterinya Di Siang Hari.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata:“Celakalah saya wahai Rasulullah!” Rasulullah bertanya: “Apa yang mencelakakan kamu?” Dia menjawab: “Saya telah melakukan hubungan seks dengan isteri saya pada (siang hari) bulan Ramadhan.”
Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya: “Bolehkah kamu mencari seorang hamba untuk dibebaskan?” “Tidak!” “Bolehkah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut?” “Tidak!” “Bolehkah kamu memberi makan kepada enam puluh orang miskin?” “Tidak!”Kemudian dia duduk.
Ketika itu dibawakan kepada Rasulullah s.a.w. sebakul kurma, lalu Baginda memberikan kepada lelaki tersebut. Dia menjawab: “Adakah yang lebih miskin daripada kami? Tidak ada yang lebih miskin di antara dua lembah Madinah ini melainkan keluarga saya.”Mendengar yang sedemikian Rasulullah s.a.w. tersenyum sehingga nampak gigi Baginda, lalu Baginda bersabda: “Pergilah dan berilah makan keluarga kamu (dengan kurma ini).” [Riwayat Muslim].
2) Batasan Hubungan Suami-Isteri Yang Ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. pernah mencium (isterinya) padahal Baginda sedang berpuasa dan pernah bermesra-mesraan (dengan isterinya) padahal Baginda berpuasa. Akan tetapi Baginda adalah orang yang paling mampu mengendali nafsunya di antara kalian. [Sahih Muslim]
Puasa adalah perisai yang boleh mencegah seseorang daripada melakukan kejahatan. Sesuatu kejahatan itu boleh berlaku apabila manusia menurut kehendak nafsunya. Suami-isteri yang dilarang melakukan perhubungan seks di waktu siang hari dalam bulan Ramadhan adalah bagi mengekang kehendak nafsu, dimana nafsu adalah merupakan ibu kepada kejahatan. Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan batasan hubungan yang dibenarkan, namun Baginda adalah orang yang paling mampu mengawal nafsunya.
3) Kifarah Hanya Ke atas Suami.
Mengapakah kifarah hanya dikenakan ke atas para suami? Ini kerana, lelaki adalah orang yang menanggung dosa perempuan yang berada di bawah tanggungannya. Dalam kes ini kesalahan yang dilakukan oleh 2 orang diletakkan ke atas 1 orang.
An-Nisaa [34] Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki…telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan