Selasa, 23 Julai 2013

Saya DLSR Beginner, Semi-Pro Dan Pro?

hanifidrus

Salam satu blogger. Hari ini terbaca kat facebook rakan blogger kita Sembang Cyber nak beli DLSR. Cayalah lu bro.

Beliau ada memberi soalan bagaimana nak ketahui DLSR itu untuk Beginner, Semi pro atau Pro?
Soalan yang amat menarik dan kalau aku jawab di kotak komen facebook tak cukup ruang..hehehehehehe.
Hari ini aku nak terangkan dengan jelas.
Dalam dunia camera ini tiada siapa yang Beginner, Semi Pro atau Pro.Walau pun anda telah 5 tahun memiliki kamera DLSR tetapi anda kalah kepada rakan yang baru 1 tahun memiliki DLSR. Ini kerana bidang fotografi ini melibatkan bakat dan ilmu. Dan ini lah sebagai kayu pengukur Beginner, Semi pro atau Pro.
Kenapa saya katakan begitu? Jom mari saya terangkan!!!

Jenis-jenis Model  Kamera.

Dalam kes ini saya mengambil camera jenis Canon ler. I Love Canon!!!
Perbezaan harga DLSR ini kadangkala kita lihat macam 1100D harga baru RM1000+ manakala abang dia pula 600D pula harga sampai RM5000.
Adakah model kamera itu sebagai pengukur Beginner, Semi pro atau Pro?

hanifidrus

Ya, jika kita melihat dari sudut level control mereka iaitu aperture setting, ISO setting dan Shutter Speed mereka.
Sebagai contoh 1100D  ISO  maksimum yang boleh  setting  1200 tetapi  untuk 600D pula 2500.
Manakala  lagi baik model itu lagi baik level  control mereka.
Disini saya membahagikan jenis kamera Canon  Beginner, Semi pro atau Pro.
Canon beginner terdiri dari 3 -4 digit pula 1100D, 600D, 550D - hanya untuk hobi atau suka-suka
Canon SemiPro dia ada 2 digit di depan seperti 50D, 60D, 40D - untuk majlis kahwin-kahwin
Canon ialah ada 1 digit di depan seperti 5D, 7D, 1D dan lain-lain - ini kau kerja dengan National Geaoraphic..hehehehehe.
Jika saya ada duit boleh tak saya membeli 5D. Aku kata beli ler. Sebab fungsinya tetap sama. Semua orang boleh pakai!!
Sekali lagi saya katakan yang membezakannya ialah ILMU dan BAKAT.

Setting Mode Kamera

Dalam semua DLSR sekarang terdapat beberapa setting mode yang memudahkan pengguna.
hanifidrusSamada kau nak Full Auto, Shutter Speed Auto, Aperture Auto dan lain-lain. Tapi biasanya ia gunakan logo, Tv,P,M, Av.
Buat sementara gunakan auto dulu dan setelah memahami konsep asas "Triangle Exposure" maka perlahan-lahan study pakai manual.

Jenis lensa yang digunakan

Kadangkala kamu secara tiba-tiba boleh menjadi pro jika menggunakan kamera Pro kerana aplikasi yang terdapat dalam kamera tersebut telah memudahkan kerja.
hanifidrus
Biasanya apabila anda membeli kamera secara pakej anda akan dapat lensa 18-55mm. Itu standard,
Tapi jika beli membeli lensa yang berkualiti tinggi seperti 18-250mm  dengan f1.8, kualiti gambar anda lagi awesome.
Sebagai contoh kalau anda hendak ambil gambar model:
Disarankan menggunakan prime lensa 85mm f1.8.
Jika nak ambil gambar landskap gunakan lensa 18-250mm tapi diamater lensa besar . Dan lagi baik jika anda memasang filter.

Kesimpulan

Kesimpulannya ialah dalam dunia DLSR tiada Beginner, Semi pro atau Pro. Yang ada hanyalah kelengkapan kamera anda.
Dan jika kelengkapan anda tidak mencukupi, yang membezakan anda ialah bakat dan ilmu anda.
Jika anda dapat manupulasi ketiga-tiga triangle ini walaupun menggunakan kamera DLSR tahap beginner, gambar anda adalah kulaiti tertinggi.
Apatah lagi jika anda mempunyai imaginasi yang tinggi dari pengambilan sudut gambar yang cantik. Lagi cantik gambar anda.
Ditambah lagi jika prop yang digunakan disekeliling objek..lagi melecun.
Dan ditambah lagi jika model yang anda ambil memang cukup cantik dan berwajah fotogenik, pehhh memang dah cukup pakej!!!

hanifidrus

Harap rakan baik saya dapat memahami penerangan saya ini. Belilah mana-mana DLSR yang anda suka. Ikut budget anda.
Tapi jika ada budget yang baik saya cadangkan beli Canon 650D sebab ia ada video dan juga level function dia banyak. Itu standard yang terbaik!!
Kalau beli Canon ler..
Nikon lak, aku tak mahu beritahu...hahahahahahahhaha.
Mamat kat sebelah tu adalah contoh model fotogenik......muaahahahahahah

2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan