MENGANYAM sarung ketupat nasi sama ada sate, bawang ataupun ketupat pasar bukannya sukar. Kemahiran asas perlu dipelajari ialah pemerhatian dan minat yang mendalam. Bagi anak muda, sukar untuk mempelajari cara menganyam ketupat kerana bagi mereka ia sangat rumit dan mengelirukan.
Buat pun setahun sekali dan mungkin ada yang lupa langkahnya.Mulakan dengan membelah dua kepingan daun pucuk kelapa muda dari lidinya dan letakkan permukaan licin pada bahagian luar. Ikuti langkah seterusnya di bawah. Salam Aidilfitri.
Langkah membuat ketupat bawang (teknik dari kanan ke kiri)
- Lilit tiga kali kedua-dua helai daun kelapa muda itu di jari kiri (pangkal menghala ke bawah) dan kanan (menghala ke atas) seperti dalam gambar.
- Kemaskan teknik bersilang itu hingga menjadi seperti rangka seekor ikan. (sirip ikan atas dan bawah serta ekor yang panjang di belakang).
- Silangkan ekor daun dari kanan ke kiri secara bersilang (ekor daun mesti sebelah kanan) hingga ke mulut 'ikan'.
- Satu lagi ekor daun dibuat teknik sama dari kanan ke kiri hingga ke mulut 'ikan'.
- 'Telinga' ketupat sebelah kanan dimasuk secara bersilang antara dua petak dari kanan ke kiri. Begitu juga 'telinga' ketupat sebelah kiri. Tarik dengan kemas lebihan daun atau daun kembung pada bahagian tengah ketupat.
- Ketupat yang sudah siap dianyam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan