Sapa suka makan ketupat ? Admin pun suka.. (sangat suka) makan ketupat. Tapi admin suka makan ketupat nasi jer. Kalau ketupat palas yang biasanya guna pulut tuh admin tak suka sangat sebab rasa muak semacam jer. Biasa kalau kat Johor neh pon layan ketupat nasi jer. Jarang sangat orang Johor makan ketupat pulut.
Zaman dulu masa admin kecik-kecik, admin sempat belajar menganyam ketupat daun... sempat la belajar beberapa jenis ketupat. Tapi disebabkan admin dah jarang buat ketupat sendiri, maka kemahiran menganyam ketupat tuh dah turun sikit. Tapi masih ada lagi lar...
Maklum ler zaman sekarang semua segera... ketupat pun orang guna ketupat segera Nona atau Adabi jer... senang... tak payah panjat pokok kepala lagi...
Tapi semangat tuh akan lebih membara jika kita anyam ketupat sendiri. Ada banyak jenis ketupat sebenarnya. Kita jer yang tak tau sebab kemahiran tuh kekadang tak disebar luaskan. Maka dengan ini admin sebarkan beberapa jenis design ketupat yang sempat admin cari untuk pengetahuan semua...
1. Ketupat bawang
Ketupat bawang adalah ketupat yang paling popular dan agak mudah untuk membuatnya. Reka bentuk ketupat neh pun agak menarik dan cantik. Bentuknya seperti sebiji bawang besar... sebab itu dinamakan ketupat bawang.
Admin diperkenalkan ketupat neh dengan nama ketupat satay. Bentuknya seperti bantal. Kenapa namanya ketupat satay ? Sebab selalu digunakan oleh penjual satay sebagai hidangan sampingan satay mereka.. sebab itu ia juga dikenali sebagai ketupat pasar... ketupat ini yang berbentuk segi empat (hampir segiempat) memudahkan kita memotong ketupat ini kepada bentuk segi empat yang lebih kecik sebelum dimakan.
3. Ketupat burung
Admin diperkenalkan ketupat jenis ini pula adalah ketupat burung. Mungkin sebab bentuknya seperti burung tapi tak ada sayap jer. Bentuknya juga agak ringkas dan mudah membuatnya. Tapi ketupat jenis ini sesuai jika daun kelapa tuh agak pendek. Jika daun kelapa tuh panjang, maka pembaziran daun kelapa akan berlaku.
Gambar yang kanan tuh ialah ketupat burung versi yang dah diubah supaya ada sayap sama macam burung sebenar.
4. Ketupat daun palas.
Ketupat daun palas biasanya menggunakan pulut. Admin tak pernah buat pun ketupat jenis neh. Cara nak ikat pon admin tak tau... biasa juga dapat ketupat neh masa raya tapi tak pernah cuba untuk membuatnya. Perbezaan ketupat neh ialah daun yang digunakan ialah daun palas dan bukan daun kelapa.
Setahu admin sejak admin hidup neh pernah beberapa kali jer admin dapat ketupat neh masa jiran sekampung bagi. Rasanya nak buat ketupat neh memerlukan daun yang lebih.. bukan hanya sehelai daun jer.
6. Ketupat hati
Selain ada ketupat jantung, ketupat hati pun ada juga. Bentuknya seperti 'love' yang biasa kita lukis. Gambar yang menggunakan daun kelapa admin takder. Cuma ada yang versi guna reben jer.
7. Ketupat kotak
Yang neh admin rasa menggunakan kaedah menganyam seperti nak buat kotak. Cantik juga bentuknya dan senang nak makan kalau bersaiz kecil..
8. Ketupat kon / piramid
Agak menarik juga ketupat jenis neh. Secara nyata admin tak pernah jumpa lagi.
Admin pun tak tau ketupat ni namanya apa.... tapi kalau pandang 2 ke 3 kali rasa macam ketupat kembar siam untuk ketupat satay..
Untuk 9 jenis ketupat di atas, bentuknya agak 'biasa-biasa' jerk... tapi admin ada satu lagi ketupat yang bagi admin sangat istimewa...
jeng.. jeng..jeng....
diperkenalkan.... ketupat kucing dan ketupat bentuk haiwan...
Ini adalah ketupat kucing yang belum dimasak...siap dengan ekor dan telinga sekali... kaki jer yang agak kontot...
Yang neh ketupat kucing yang dah di masak.... siap berada di atas pinggan....
Selepas di belah, maka inilah isi ketupat kucing tersebut..... haha... tahniah kepada pencipta ketupat neh....
Kalau admin dapat ketupat kucing neh, admin rasa nak framekan jer... cute lar... tak sampai hati nak makan...
yang neh pulak adalah ketupat berbentuk kambing... rasanya kalau nampak macam kucing pun boleh.. berdasarkan maklumat yang admin dapat, ketupat kambing / lembu neh memerlukan 7 helai daun kelapa dan anggaran boleh dimakan oleh 5 orang.
Bagi cikgu matematik, bolehlah gunakan ketupat di atas yang ada neh untuk tajuk 3 matra (3D)... hehe...
Cara-cara nak buat ketupat boleh tengok kat bawah neh:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan