Bukan saja kisah perkahwinan Ashraf Muslim hangat dibicarakan ketika ini malah berita pernikahan Abby Abadi dengan lelaki jauh lebih muda padanya turut diperkatakan oleh orang di luar sana.
Ramai yang mempertikaikan mengapa aktress ini perlu berkahwin sampai ke Thailand bukan di negara sendiri dan ada juga yang tertanya-tanya mengapa perkahwinan mereka dilakukan secara tergesa-gesa.
Malah ada peminat yang mendakwa tindakan yang dilakukan oleh Abby dan suaminya itu sebagai jalan mudah yang diambil untuk berkahwin.
Kini, pelakon drama bersiri Gerak Khas ini tampil memberi penjelasan berkenaan isu beliau berkahwin di Thailand.
“Ya, saya akui bernikah di Thailand. Rasanya tiada sebarang masalah dalam undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah.”
“Bernikah di luar negara tidak menjadi masalah pun kerana saya mendahulukan Allah SWT. Itu bermakna saya sudah lepas dengan Allah SWT dan sekarang dengan manusia pula saya perlu terangkan.”
“Sudah tertulis bergitu, apa yang penting Allah SWT di dahulukan. Malah saya juga dapat mengelak dari dosa,” ujar Abby.
Untuk maluman pembaca, majlis persandingan mereka berdua akan di adakan pada 31 Ogos ini di sebelah pihak perempuan dan seminggu kemudian pula di sebelah pihak lelaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan