Bonus Raya 2013: Penjawat Awam Bakal Terima RM500 & RM250? | Jikalau ditanya pihak yang bersungguh membela nasib & membawa tuntutan 1.4 juta penjawat awam iaitu Cuepacs Malaysia, tidak ada angka yang cukup untuk mereka selagi bonus setengah bulan tidak ditunaikan.
Tetapi, seperti asam garam membuat tuntutan kepada pihak kerajaan, akan ada ditolak daripada jumlah yang sebenar.
Hari ini, sudah masuk hari ke 14 umat Islam berpuasa. Bermakna lagi 2 minggu daripada sekarang kita kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi seperti biasa, bersempena dengan kedatangan Ramadhan dan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak semestinya kakitangan awam terus menantikan dan mengharapkan pembayaran bonus Raya 2013, sekurang-kurangnya dapatlah kiranya meringankan beban kewangan 1.4 juta penjawat awam.
Menurut sumber yang diperolehi langsung daripada MOF, kewangan negara tidak berada dalam keadaan sihat ketika ini. Oleh itu, untuk pemberian bonus raya 2013 sehingga setengah bulan kali ini agak tipis sedikit. Tetapi harapan tetap ada, ini kerana berbalik kepada tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi dan juga bonus penjawat awam. Untuk terus menggalakkan perbelanjaan dan aliran tunai yang aktif di dalam negara dan sekaligus memastikan duit tidak tepu di dalam bank sahaja.
Menurut Berita Semasa, Perdana Menteri telah pun selesai mengadakan mesyuarat di MOF.
Maklumat Terkini Bonus Kakitangan Awam : Bonus Raya 2013
Sekurang-kurangnya jumlah pembayaran bonus raya :
Sekurang-kurangnya jumlah pembayaran bonus raya :
- Kakitangan Awam : RM500
- Pesara Kerajaan : RM250
Pengumuman Bonus Raya 2013
- Tarikh : 24 Julai @ 31 Julai 2013
- Hari : Rabu
- Diumumkan : Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)
Walaubagaimanapun terpulang kepada budi bicara dan pertimbangan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia sewaktu pengumuman kelak.
Turut dimaklumkan pengumuman rasmi akan diadakan pada 24 Julai atau 31 Julai 2013 ini, melibatkan tuntutan bonus raya 2013 kali ini oleh kakitangan awam. Pengumuman ini akan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan