Dua kejutan sepanjang minggu ini mengenai dua artis kita. Dua-duanya juga kurang aktif dalam lakonan akhir-akhir ini tapi terus menjadi perhatian kerana kisah peribadi mereka.
Seorang kahwin lagi satu dan seorang lagi berkahwin lagi. Itulah kisah pelakon yang dikenali dengan imej alim, Ashraf Muslim dan Abby Abadi yang kini bertudung. Kedua-duanya kahwin rahsia, dan Abby selepas 12 hari bergelar isteri, akhirnya berkongsi berita itu dengan umum apabila memperkenalkan suaminya melalui laman sosial Instagramnya, kelmarin.
Tahniah Abby kerana dipertemukan jodoh dengan lelaki lebih muda daripadanya. Komen rakan, Abby dapat pucuk muda. Nyata lelaki muda tetap jadi pilihan Abby selepas percintaannya dengan Zul Ariffin putus, dua tahun lalu. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Perkahwinan Abby memang mengejutkan, bak kata Abby dalam laman sosial itu, “kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru dua minggu kenal dan ALLAH tunjukkan jalan ke sini. Syukur!!” Manakala Ashraf, 32, berkahwin dengan gadis yang digosipkan dengannya sebelum ini, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada 7 Julai lalu tetapi hanya diketahui isterinya, Noor Dayana Lokman, 26, pada 9 Julai, dua hari selepas pernikahan suaminya, selepas terjumpa dokumen perjalanan suami dan Sakinah dalam beg pakaian.
Berita itu didedahkan di Mahkamah Tinggi Syariah, Rabu lalu, apabila Ashraf datang untuk menarik balik permohonan berpoligami yang difailkan sebelum ini kerana mengaku sudah bernikah.
Pada hari itu, akhbar Harian Metro melaporkan, Ashraf akan hadir di mahkamah untuk mendengar permohonan poligami, tetapi sebaliknya datang untuk membatalkan permohonannya.
Berita pernikahannya dengan Sakinah juga sekali gus mengesahkan cerita dilaporkan Harian Metro sebelum ini mengatakan Ashraf akan berkahwin lagi, tetapi Ashraf menafikannya dan menegaskan perkahwinannya dengan Dayana bahagia dan mengatakan dirinya difitnah.
Bermula dengan gosip dan penafian tetapi akhirnya kebenaran terungkai juga. Kita merancang, Tuhan menentukan. Kalau sebelum ini Ashraf ingin berahsia, tetapi dapat dihidu media hingga dirinya hilang punca dan terpaksa buat kenyataan menafikannya. Sekali lagi Ashraf membuat perancangan rahsia dengan berkahwin tanpa pengetahuan isterinya di Thailand, tetapi beberapa hari selepas itu diketahui juga isterinya dan akhirnya satu Malaysia tahu cerita Ashraf kahwin lagi satu.
Ramai bersimpati dengan apa yang menimpa Dayana dan kesal dengan apa dilakukan Ashraf, tetapi masyarakat hanya boleh menuding jari dan mengulas cerita ini. Hakikatnya, Ashraf yang selama ini dikenali melalui watak alim dalam drama Ustaz Amirul melakukan tindakan yang sangat mengecewakan bapa mentuanya, Lokman Abdul Hamid, 52.
Nampak dalam hal ini pengasas Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah itu sangat terkilan hingga mengatakan dirinya rasa tertipu, berbeza dengan Dayana yang pasrah dan menerima takdir yang menimpa dirinya. Kerana cinta dan kasihnya Dayana, dia tetap setia di sisi Ashraf.
Umum tahu Ashraf dan Dayana berkahwin bukan atas dasar sama-sama cinta tetapi lebih kepada perkahwinan yang diatur keluarga, berbeza dengan perkahwinan kedua adalah pilihan hatinya yang dikenalinya sebelum berkahwin dengan Dayana. Dalam Islam, Ashraf berhak untuk berkahwin sampai empat.
Masyarakat terutamanya wanita bertambah-tambah simpati dengan Dayana apabila Khamis lalu, melalui laman sosial Facebooknya, Dayana berkongsi satu puisi yang dilihat sebagai luahan isi hatinya. Ramai pula berkongsi puisi yang dikatakan nukilan Dayana dan puisi ini dibacakan Siti Rohkhaida Abdul Khalil yang lebih dikenali sebagai Kiah Propa ketika berbual-bual bersama di majlis buka puasa anjuran Metrowealth Pictures (MIG), Khamis lalu. Dengan penuh perasaan, Kiah membacakan puisi itu dan mengatakan sangat bersimpati dengan Dayana dan kecewa dengan tindakan Ashraf. Kita hanya mampu bersimpati tetapi Dayana yang melalui semua ini. Sehari selepas itu, ada wanita mendakwa puisi itu bukan ditulis oleh Dayana, sebaliknya hasil tulisannya yang dikongsi bersama melalui laman sosial Facebooknya.
Katanya, dia tampil membuat pendedahan itu kerana tidak mahu masyarakat salah faham dengan menganggap Dayana sengaja menghasilkan puisi itu untuk suaminya. Bagi yang belum membaca puisi itu, saya kongsikan di sini untuk pembaca nilaikan kerana bait-bait kata-kata di dalamnya jelas menceritakan apa yang berlaku antara Dayana, Ashraf dan Sakinah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan