Majlis pelancaran model terbaru Naza Kia, Cerato telah diadakan pada 2 Julai 2013 bertempat di Pavilion Kuala Lumpur dan dihadiri oleh orang ramai yang ingin melihat sendiri keunikan yang ada pada model baru ini. Pihak Naza Kia mensasarkan jualan Kia Cerato kepada golongan kelas pertengahan yang berumur di antara 26 hingga 40 tahun.
Terdapat dua variasi Kia Cerato yang dilancarkan iaitu Cerato 1.6 yang dijual pada harga RM99,888.00 dan Cerato 2.0 pula pada harga RM118,888.00. Kia Cerato didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu Clear White, Glittering Metal, Bright Silver, Temptation Red dan Golden Beat.
Antara keunikan Kia Cerato yang bakal menarik minat pembeli ialah :
- LED Rear Combination Lamps
- Smart Welcome Lighting System
- HID Xenon Headlamps
- Sunroof
- Push Start/Stop Button
- Smart Key
- Steering Wheel Remote Control
Tiada ulasan:
Catat Ulasan