Isnin, 15 Julai 2013

Resepi Pavlova yang Mudah

Gambar Hiasan Resepi Pavlova yang Mudah

Gambar Hiasan Resepi Pavlova yang Mudah.

Sumber asal Resepi Pavlova yang Mudah di http://honeykoyuki.blogspot.com.

Resipi : Pavlova

Assalamualaikum

Orang kata Pavlova dekat Alexis sedap. Tapi aku tak pernah try hihi. Bila makan luar, aku suka makan main course je. Jarang sekali aku makan dessert. Bagi aku, dessert ni baik aku buat sendiri kat rumah. Nak buat pon senang je, lagipon boleh ajak ahli keluarga makan bersama. Apa barang makan kek sepotong. Dah la sepotong, pastu makan sensorang. Kerek angat tauuu hehe.

So Asfiq mintak Pavlova pula setelah dia menonton Asian Food Channel (AFC) tempoh hari. Aku pernah buat Pavlova ni 2 kali. Resipinya sangatlah mudah dan murah! Aku belajar buat Pavlova ni dari Youtube. Jangan memain uolls. Ingat Youtube untuk tengok RunningMan je ke? Di zaman pascamoden ini, Youtube adalah tempat untuk menimba ilmu juga tahu? Ihiks.

Bahan-bahan yang aku gunakan. Simple sangat kan? Yang putih bawah sekali ini adalah pengasing telur. Aku tak pro la nak asingkan egg white dengan yolk begitu sahaja, so aku gunalah benda ni.

: BAHAN - BAHAN :

Meringue

4 Putih Telur

175g Caster Sugar

1 sudu kecil cuka masakan

1 sudu kecil tepung jagung


Hiasan

Whip cream 250g

Strawberry / Blueberry / Kiwi ( Anything sour )

: CARA-CARA :


Oven

1. Pre-heat oven pada suhu 170 darjah celcius


Meringue

1. Dengan menggunakan mixer, pukul 4 putih telur sehingga berbuih (foamy)

2. Masukkan castor sugar sedikit demi sedikit, dan increase the speed.

3. Semasa masukkan caster sugar, masukkan sekali cuka masakan dan tepung jagung.

4. Pukul sehingga menjadi berkilat dan *bertanduk

* Bertanduk : Apabila kita terbalikkan meringue, ia tidak jatuh daripada bekas mixer

5. Place the baking paper on top of a baking tray (Use only baking paper, do not use any container or mould)

6. Spread the meringue in a circle shape.

7. Bakar selama 30 hingga 40 minit.

8. Apabila sudah masak, bukak pintu oven sedikit dan biarkan ia dalam oven seketika.

Hiasan

1. Dengan menggunakan mixer, pukul whip cream

2. Hias dengan strawberry atau apa-apa buah yang masam.

Pavlovaku. Comel sangat ! Sayang nak makan hehe

Pavlova ni luarnya rangup dan dalamnya lembut macam marshmellow. Rasanya manis. Jadi kena balancekan dengan cream dan strawberry. Sedap dimakan ketika sejuk-sejuk. Kalau korang rajin, bolehlah hias dengan kiwi, blueberry and grapes. Aku ni anak murid James Oliver, semua main campak-campak, thats why Strawberry pon tak potong hihi.

Chef anda memakai baju kurung Pahang.

Thank you for reading this entry !

Itu sahaja Resepi Pavlova yang Mudah dari blog Fatin Liyana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan